You are on page 1of 1

Organisasi Bengkel Pengurusan Organisasi Bengkel Dan Keselamatan 1.

Organisasi bengkel dan keselamatan adalah satu sistem pengurusan bengkel. 2. Dalam sistem ini, murid akan menjalankan tugas mereka dalam kumpulan secara bergilirgilir. 3. Murid perlu mematuhi jadual kerja yang disediakan dan bekerjasama untuk memastikan peraturan-peraturan tersebut dipatuhi. Struktur Organisasi Bengkel 1. Ketua kumpulan dinamakan formen dan dibantu oleh penolong formen. 2. Formen dan penolong formen menerima arahan daripada guru dan mereka akan menyelaraskan tugasan kepada setiap kumpulan. 3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan menjalankan tugas masing-masing berdasarkan carta organisasi. Langkah-Langkah Keselamatan 1. Amalan 4M dipraktikkan di dalam bengkel bagi memupuk semangat bekerjasama dan bertanggungjawab di kalangan murid. 2. Amalan 4M tersebut ialah seperti yang berikut. Amalan 4M Membersih Kebersihan dari segi fizikal dan mental Menyusun atur Alatan dan bahan hendaklah disusun di tempat yang telah ditetapkan Menilai Penilaian diri mengenai mutu kerja dan proses kerja Mendisiplin