You are on page 1of 2

JURNAL REFLEKSI Bilangan Jurnal Minggu Fokus : Kelima : 5 (25 Ogos 2013 29 Ogos 2013) : Pembelajaran Bermakna

1. Isu/Peristiwa/Masalah Pada minggu kempat, saya telah dicerap oleh En Pajuzi Awang dalam subjek major iaitu Sains. Melalui perbincangan dengan beliau, saya mendapati bahawa guru perlu menyediakan satu suasana atau pengalaman belajar yang bermakna kepada muridmurid. 2. Analisis Masalah Tajuk seperti Sistem Suria merupakan satu tajuk yang bersifat abstrak iaitu ianya sukar bagi kita untuk menunjukkan contoh atau situasi yang sebenar. Oleh yang demikian, ianya tidak dinafikan bahawa tugas sebagai guru bagi memahamkan murid-murid akan tajuk ini adalah agak sukar. Murid-murid hanya mampu untuk berimaginasi dan kadang kala imaginasi kanak-kanak boleh memakan diri seandainya ianya tidak dikawal. Saya juga perlu mengetahui bahawa tugas utama saya adalah untuk memastikan murid-murid faham akan setiap tajuk yang diajari bukan sahaja memaksa mereka menghafal teori. Apabila murid-murid tidak memahami atau tidak boleh menggambarkan secara tepat terutamanya akan tajuk ini, maka tidak mustahil mereka tidak dapat untuk mengingati fakta penting dalam tajuk ini seperti susunan planet serta pergerakan bagi setiap planet dalam sistem suria. 3. Cadangan Memperbaiki Berdasarkan analisis yang dibuat, saya berpendapat, bahawa aktiviti P&P yang aktif merupakan salah satu indikator pembelajaran bermakna. Oleh itu, aktiviti dalam Sains yang saya jalankan haruslah lebih kreatif dengan mengambil kira keupayaan muridmurid. Sebagai contoh, disamping menggunakan kad peranan, saya boleh menjadikan sesi p&p lebih bermakna dengan menyediakan bola yang pelbagai saiz bagi mewakili saiz relatif setiap planet. Di samping itu juga, saya akan memberikan perhatian yang lebih terhadap isi pelajaran dan tidak terlalu memikirkan kepada aktiviti yang menarik semata-mata sehingga mengabaikan sama ada murid-murid memperoleh input yang berguna ataupun tidak. Soalan-soalan serta aktiviti yang terdapat di dalam buku teks juga boleh dijadikan sebagai rujukan juga panduan semasa merancang P&P. Saya juga akan berusaha mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru-guru yang

sememangnya amat berpengalaman selain berbincang dengan pensyarah pembimbing bagi mengatasi hal ini. Rakan-rakan juga merupaka sumber rujukan bagi berkongsi cara atau cadangan bagi mengatasi hal ini. 4. Tempoh Masa Saya akan beruasaha mengatasi masalah ini secepat mungkin iaitu setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) selain menekankan hal ini secara serius dan berkala di dalam bilik darjah. Saya juga akan mempraktikkan aktiviti dan sistem yang difikirkan sesuai setiap kali sesi P&P agar proses berkenaan berjalan lancar. 5. Penilaian Kejayaan Saya akan meminta pandangan daripada rakan sepraktikum selain rakan sebaya berkenaan tahap perkembangan peraturan yang diterapkan. Saya juga akan meminta kerjasama dan tunjuk ajar pensyarah pembimbing bagi memberikan penilaian. 6. Tindakan Susulan Semasa sesi P&P, saya akan mempraktikkan cadangan-cadangan yang diutarakan oleh pensyarah pembimbing di samping menjadikan buku teks sebagai sebahagian daripada elemen penting P&P dengan memanfaatkan penggunaannya sebaik mungkin tanpa perlu mengabaikan elemen-elemen lain seperi kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran.

Disemak oleh guru pembimbing,

Disemak oleh pensyarah pembimbing,

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :