You are on page 1of 8

1. Urusniaga yang berikut berlaku dalam perniagaan ABS Book Store.

Pemilik telah mengambil barangniaga untuk kegunaan keluarga.

Urusniaga tersebut direkodkan sebagai ambilan dalam buku perniagaannya. Apakah konsep yang digunakan. A. Tempoh perakaunan B. Materialiti C. Entiti Berasingan D. Ketekalan

2. Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam suatu tempoh perakaunan ?

A. Konsep perakaunan B. Prinsip perakaunan

C. Sistem Perakauanan D. Kitaran Perakaunan

3. Aset bukan semasa mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

A. Dimiliki bukan bertujuan untuk dijual B. Boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang C. Sukar ditukar menjadi tunai D. Boleh digunakan untuk jangka masa pendek.

4. Antara berikut pernyataan manakah benar tentang akaun kontra?

A. Akaun Perabot merupakan akaun kontra bagi Akaun Susut Nilai terkumpul perabot B. Akaun Hutang lapuk terpulih merupakan akaun kontra bagi Akaun Penghutang. C. Akaun yang akan menambahkan nilai akaun induk D. Akaun yang akan mengurangkan nilai akaun induknya.

5. Apakah tujuan diskaun niaga?

A. Menarik lebih ramai pelanggan B. Mengelak berlakunya hutang lapuk C. Menggalakkan pembeli membayar segera D. Mengalakkan pembeli membeli secara pukal

6. K dan K di K bermaksud sebarang kesilapan dan ketinggalan dalam invois boleh dibetulkan melalui

i. ii.

Makluman Debit Nota Kredit

iii. Nota Debit iv. Resit

A. i dan iv B. ii dan iii

C. I dan ii D. iii dan iv

7. Kedai Komputer DSP menjual lori terpakai secara kredit kepada Perniagaan Ayam Golek Catering. Buku Catatan Pertama yang manakah digunakan untuk merekod urusniaga tersebut.

A. Jurnal Am B. Buku Tunai

C. Jurnal Jualan D. Jurnal Pulangan Jualan

8. Buku Catatan Pertama digunakan untuk merekod urus niaga berdasarkan dokumen perniagaan.Pilih padanan yang betul.

Dokumen sumber A. Maklum Kredit B. Invois ( Salinan) C. Nota Debit ( Salinan) D. Nota Kredit ( Asal )

Buku Catatan Pertama Jurnal Am Jurnal Belian Jurnal Jualan Jurnal Pulangan Jualan

9. Akaun manakah yang berbaki debit?

A. Akaun Diskaun Diterima B. Akaun Pulangan Jualan

C. Akaun Pulangan Belian D. Akaun Pinjaman

10. Antara berikut butir yang manakah dicatatkan dalam Buku Tunai Runcit?

A. Belanja pos B. Gaji pekerja

C. Perabot pejabat D. Komputer pejabat

11. Antara berikut, yang manakah akan direkodkan dalam Akaun Kawalan Pemiutang?

i. ii.

Hutang lapuk Diskaun diberi

iii. Diskaun diterima iv. Catatan kontra

A. i dan ii B. i dan iv

C. ii dan iii D. iii dan iv

12. Apakah fungsi Imbangan Duga?

A. Merekod baki debit dan baki kredit B. Mengira kos jualan dan untung kasar C. Menunjukkan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik D. Menyemak ketepatan pengiraan dalam akaun-akaun lejar.

13. Antara akaun-akaun berikut, yang manakah akan direkod dalam Kunci Kira-kira?

A. Dividen B. Kadar bayaran

C. Simpanan tetap D. Angkutan masuk

14. Antara berikut manakah BUKAN komponen kos jualan?

A. Belian B. Stok akhir

C. Pulangan masuk D. Angkutan masuk

15. Apakah tujuan Penyata Penyesuaian Bank disediakan?

A. Merekod semua wang masuk dan wang keluar perniagaan B. Menyelaras baki buku tunai dengan baki penyata bank C. Mengawal penerimaan dan pembayaran dengan cek D. Menentukan keupayaan bank mengawal aliran keluar masuk wang.

16. Butir manakah direkodkan sebagai perbelanjaan dalam Belanjawan Tunai A. Susut nilai B. Hutang lapuk C. Bayar sewa kedai D. Jualan tunai

17. Antara berikut yang manakah merupakan kaedah pembayaran gaji?

i. ii.

Elaun Tunai

iii. Pindahan iv. Bayaran Automatik

A. I dan ii B. i dan iii

C. ii dan iv D. iii dan iv

18. Gaji seseorang pekerja akan dikenakan beberapa potongan terdiri daripada potongan wajib dan potongan sukarela. Antara berikut, potongan manakah merupakan potongan sukarela bagi kakitangan swasta?

i. ii. iii. iv.

Yuran koperasi Pinjaman perumahan Caruman kepada PERKESO Caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP )

A. i dan ii B. i dan iv

C. ii dan iii D. iii dan iv

19. Antara berikut butiran manakah yang direkod dalam Kunci Kira-kira perniagaan perkongsian? i. ii. iii. iv. Untung bersih Ambilan pekongsi Modal pekongsi Akaun Semasa pekongsi

A. I dan ii B. I dan iii

C. ii dan iv D. iii dan iv

20. Apakah sebab-sebab berlakunya pembubaran perkongsian?

i. ii. iii. iv.

Pekongsi tidak mengambil bahagian aktif dalam urusan perniagaan Perkongsian ditukarkan kepada syarikat Salah seorang pekongsi tidak siuman Pekongsi menghilangkan diri.

A. i dan ii B. i dan iv

C. ii dan iii D. iii dan iv

Jawapan:

Number Soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Jawapan C D D D D B A C B A D D C C B C C A D C