You are on page 1of 6

Bab 2

Tinjauan literatur

Definisi Perkembangan
Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif (Atan Long, 1980). Perubahan ini tidak dapat diukur secara kuantiti seperti pertumbuhan yang boleh diukur dengan kilogram bagi berat misalnya. Karl E. Garrison pula perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku mahupun keseluruhan sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semulajadi dan sifat-sifat yang sejagat.

Perkembangan fizikal
Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, perkembangan fizikal didefinasikan sebagai suatu proses yang dialami dalam setiap individu yang

melibatkan perubahan daripada segi perkembangan kemahiran psikomotor


dan kemahiran tersebut memerlukan penglibatan penggunaan anggota badan individu terbabit. Perkembangan fizikal menurut Rohani Abdullah (2001) merangkumi pertumbuhan fizikal yang dapat diukur, kemahiran motor kasar dan motor halus serta mengawalan dominan tangan kanan atau kiri. Ini di sokong oleh kenyataan Woolfolk & Margetts (2007) yang menyatakan bahawa perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota badan dan perawakan manusia.

Kemahiran motor
Menurut Singer (1980), kemahiran motor ialah pergerakan otot-otot atau pergerakan badan untuk melakukan sesuatu pergerakan yang diingini. Manakala Maier (1989) berpendapat bahawa kemahiran ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak perlakuan yang berhubung dengan persekitaran tertentu. Menurut Hopkins & Butterworth (1997), perkembangan motor bayi dan kanak-kanak merangkumi kawalan pergerakan yang membantu bayi dan kanak-kanak dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memerlukan koordinasi sistem pergerakan yang kompleks dengan keupayaan berbeza disatukan, setiap kemahiran bekerjasama antara satu sama lain untuk mengawal persekitarannya secara berkesan

Kajian-kajian lepas
Di dalam kajian Poor Role Models: Children Say Two Third of Parents Do Almost No Physical Activity yang dijalankan oleh Dr. Gavin Sandercork mendapati salah satu penyebab kanak-kanak mengalami kurang bergerak dalam aktiviti fizikal adalah disebabkan faktor pengaruh ibu bapa mereka sendiri yang tidak menggalakkan aktiviti fizikal dilakukan. Ibu bapa sepetutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anakkanak dengan memberikan dorongan kepada kanak-kanak terhadap aktiviti fizikal dan aktif.

Menurut Cooper (2010) dalam Knowledge and Understanding of the World, kemahiran motor halus diperlukan oleh kanak-kanak dalam mengendalikan peralatan teknikal, membuat dan mengukur. Kajian Comptom (2010) turut mengatakan kanak-kanak memerlukan kemahiran motor halus dan motor kasar juga untuk melakukan aktiviti kreatif seperti menari, drama dan seni.