You are on page 1of 1

Sepanjang bulan ramadhan yang lalu Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF dengan kerjasama Unit HEM telah

menjayakan Program Bulan Seribu Sujud SK Abang Leman 2013. Pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi mengimarahkan bulan yang mulia tersebut. Antara aktiviti yang diadakan ialah Persembahan Marhaban Ya Ramadhan bagi menyambut kedatangan puasa oleh murid tahun 2, solat tarawikh dan moreh, Program Jom Tadarus Al-Quran yang melibatkan semua murid tahap 2 sebanyak 13 kumpulan serta Kuiz Terkumpul melibatkan 169 penyertaan. Selain itu turut diadakan ceramah Nuzul Al-Quran dan Majlis Khatam Tadarus Al-Quran dan Iftar Jamaie. Pihak panitia mengucapkan jutaan terima kasih buat semua warga sekolah yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan cenderamata majlis mempersilan Yg Dihormati En. Yusuf b. Hj. Sanyut GPK Kokurikulum diiringi oleh Ustaz Hj. Abdul Aziz Mohd Hazemi. Dipersilakan. Berikut adalah senarai bagi murid yang berpuasa penuh bagi tahun 2013 (rujuk lampiran) Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian menyampaikan hadiah. Seterusnya majlis mempersilakan pula Yg Dihormati En. Opandi b. Dris GPK HEM diiringi oleh Ustaz Mohd Nazmi bin Jaafar untuk penyampaian cenderamata buat 13 Kumpulan Tadarus Al-Quran. Dipersilakan. (rujuk lampiran) Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi. Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan pengumuman pemenang bagi Pertandingan Kuiz Terkumpul Marhaban Ya Ramadhan 2013. Bagi menyempurnakan aturcara, majlis menjemput Yang Berusaha Pn. Fatimah Bt. Hj. Bili GPK Pentadbiran diiringi oleh Ustazah Noor Zuliana Pakharudin untk menyampaikan hadiah kepada pemenang. Rujuk Lampiran 20 Saguhati Tahap 1 Pemenang Tahap 1 20 Saguhati Tahap 2 Pemenang Tahap 2 Majlis mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih.