P. 1
Kbsr Dan Skkr

Kbsr Dan Skkr

|Views: 12|Likes:
Published by Amin

More info:

Published by: Amin on Sep 07, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/21/2014

pdf

text

original

TUGASAN 1

(40%) Huraikan dengan jelas serta berikan contoh-contoh yang sesuai berkaitan lima tonggak dalam pendidikan untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran satu topic matematik KBSR (ditetapkan oleh pensyarah).

Topik : Panjang

.

TUGASAN 2 PENULISAN ESEI (40%) Bincangkan mengapa sistem pendidikan di Malaysia memerlukan perubahan daripada KBSR kepada KSSR. Perbincangan mestilah merangkumi semua aspek seperti faktor-faktor yang mempengaruhi tranformasi pendidikan tersebut. . kelemahan dan kebaikan.

Perkembangan Individu. lisan. Diri . Manusia Dengan Alam Sekelilingnya. bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. menulis). Perkembangan Fizikal dan Estetika. Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan. Menjelang pembukaan sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011.KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH (KBSR) DAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan pada masa depan. kaedah pentaksiran. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baruakan dapat membangunkan akal. Sikap dan Nilai. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan modal insan. dan       Komunikasi (lisan. pedagogi. membaca. Tranformasi pendidikan ialah proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk. kandungan. Sains dan Teknologi. organisasi. Kerohanian. Jadual di bawah menunjukkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Keterampilan Diri. menulis dan menaakul). Kemanusiaan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan. peruntukan masa. ASPEK KBSR KSSR  Reka Bentuk Kurikulum   Komunikasi( membaca.

Tahap I  Modul Teras Asas  Modul Teras Tema  Modul Elektif Organisasi Berasaskan Mata pelajaran Tahap 2  Modul Komunikasi  Modul Komunikasi Elektif  Modul Kerohanian sikap dan Nilai  Modul fizikal dan estetika  Modul Sains dan Teknologi  Modul Kemanusiaan PERSAMAAN Peruntukan Masa  Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Menggunakan pentaksiran pelbagai. kaedah Bersifat autentik dan holistik. Kaedah Pentaksiran   dalam pembelajaran. Penekanan ketara yang kepada  Dijalankan secaraberterusan untuk perkembangan pencapaian mengesan dan murid pentaksiran sumatif. Pedagogi  Kemahiran Berfikir dalam P&P .

mendengar. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini. Bahasa Tamil dan Matematik. menulis dan mengira. Pada tahap 1.        Implikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Penggunaan TMK Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar Bermula tahun 2011. murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah seperti . Bahasa Cina. Contohnya. berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat. membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. Bahasa Inggeris. Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti bertutur. Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi. Bahasa Melayu. pada tahap 2 pula. semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR terkandung kemahiran asas iaitu membaca. Kesemua mata pelajaran ini diajar pada tahap 1 dan tahap 2. Kemahiran ini merupakan tunggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. bagi mata pelajaran Bahasa melayu. manusia dan alam sekeliling serta perkembang diri individu. Manakala. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuk.

dua mata pelajaran lain ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Oleh itu. Sebagai contoh. tradisi dan adat resam pelbagai etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sarwajagat dan prinsip-prinsip rukun negara. murid digalakkan untuk berfikir. serta pendidikan Jasmani dan Kesihatan.bacaan. dan membuat keputusan berhubung dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. berbincang. mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral diajar manakala pada tahap 2. Seterusnya. Namun. pada tahap 1. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan keseniaan dan kesihatan. konteks isu dan situasi dikembangkan untuk meliputi aspek kemasyarakatan. bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling mengandungi komponen kerohanian. Contohnya. menghargai serta menghayati bahasa sebgai bahasa rasmi negara. kesenian dan kesihatan. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup. Antara mata pelajaran yang terkandung dalam komponen ini ialah Kemahiran Hidup. Kesimpulannya. nilai dan sikap. Pendidikan Muzik. dalam mata pelajaran Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama. bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukun negara dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Manakala. negara dan antarabangsa. Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Seterusnya. Pada tahap 1. bidang yang ketiga dalam KBSR ialah perkembangan diri individu. mata pelajaran Bahasa melayu KBSR bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa. penulisan dan perbincangan. murid diajar nilai pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta kehidupan sehariannya seperti kebersihan diri iaitu mandi. Pendidikan seni. gosok gigi. pada tahap 2 pula. berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu . sikat rambut dan lain-lain lagi.

Tunjang ketiga iaitu . Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan. kemahiran Melalui tunjang seperti komunikasi. sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami. murid didedahkan berbahasa mendengar. bertutur. Jika kita lihat di dalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar. membaca dan menulis sahaja tetapi dalam KSSR. bertutur . Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu tranformasi baharu yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan. menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian.secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. sikap dan nilai. Maka. Jika kita lihat di dalam KSSR reka bentuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. Tunjang kerohanian. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dengan bilik darjah. tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi kemahiran berbahasa yang amat penting iaitu menaakul.

Tunjang Keterampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupanhariannya. Geografi dan unsurunsur Pendidikan Alam Sekitar. Namun.tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami. berintegriti. kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. patriotik. pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan diperingkat sekolah. pembangunan Selain itu. berilmu pengetahuan. Oleh yang demikian. Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Di samping itu. Sejarah. budaya dan agama. Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individumurid untuk . kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat. berdaya saing. Seterusnya. semangat patriotisme perlu ditanam dalam diriindividu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development ) dan sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu. negara dan global. daerah mahupun kebangsaan.

Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri. kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. rohani. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat. emosi dan inteleknya. Di . Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Kreativiti. kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti. murid perlu menguasai pengetahuan. Selain aspek fizikal. proses sains. keluarga. bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani danKesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. masyarakat dan negara. kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. reka bentuk tunjang literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu. kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi. Diperingkat asas.Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang darisegi jasmani. potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan.menyepadukan pengetahuan. Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR.

Maklumat dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran. iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca. Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran . Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan mengenalpasti penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang ditentukan syarak. Hal ini kerana. Skop penilaian merangkumi aspek kognitif. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid. dan Sains. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem pentaksiran KBSR. afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. murid hanya belajar untuk menjawab peperiksaan semata-mata. Aspek penilaian yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif. Sebagai contoh. murid tidak dapat membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari ketika sekolah rendah dan mengaitkan dengan mata pelajaran di sekolah menengah.dalam KBSR. Antara mata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa Melayu. ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif. pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR dan kerana tidak pentaksiran menyumbang KBSR kepada dilihat aspek beorientasikan peperiksaan pembangunan modal insan. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Bahasa Inggeris. apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah ke sekolah menengah. Seterusnya. pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Sepertimana yang kita sedia maklum. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam pula. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan sekolah (PKBS). menulis dan mengira). Matematik. Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid.

ibu bapa dan organisasi luar yangdipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.KBSR. pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. pentaksiran psikometrik. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. pentaksiran sekolah. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. membantu guru memantau perkembangan dan membuat . Di bawah pentaksiran sekolah. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani. memperbaiki pembelajaran murid. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). sukan dan kokurikulum. peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid. menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam. Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa.

pembelajaran secara konstruktivisme. aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p. memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan. perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan . penggunaan TMK. terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspeky ang digunakan dalam KBSR. mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Selain itu. Seterusnya. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p. pembelajaran masteri dan belajar cara belajar. murid serta prasarana sekolah. Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang. persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan masa. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. Kesimpulannya. Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi.pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai. pembelajaran akses kendiri. pihak sekolah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru. Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Namun. pengajaran berasaskan kajian masa depan. pembelajaran secara kontekstual.

Sehubungan dengan itu. Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju. ibu bapa serta pihak berkepentingan.yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. . pengurus kurikulum. Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar.

com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dankssr.scribd. (2009). Othman. Hazmeh. Helen Ten ( 1996).edu.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Bdn Bhd. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Choong Lean Keow.RUJUKAN Abd.my/index. (2011).my/bharian/articles/KSSRkurangkantekananpeperiks aan_binamodalinsanberkesan/Article/print_html .bharian.php?option=com_content&view=article&id=92%3A minda-kssr-bakal-lahir-minda-kelaspertama&catid=42%3Arokstories&lang=en http://www. Manual Olahraga : Manual Olahraga Petaling Jaya.html http://jpnpp. Nor Azita.blogspot.com/2011/01/31/kssr-kurangkan-tekananpeperiksaan-bina-modal-insan-berkesan/ http://www.com. Siri Pendidikan Perguruan : Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. KSSR : Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.com/doc/55409333/TOPIK-2-PENGENALAN-KEPADAKBSR-DAN-KSSR-2- http://psbtpnsarawak. Halim.wordpress. Bhd. Selangor : Junjuara Publications Sdn. http://panitiapjksktdh2.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->