You are on page 1of 7

Tajuk 2- Fitur Makna dalam Bahasa Melayu A.Sifat makna B.Kelas makna C.

Lewah dalam makna

A.Sifat makna Makna bersifat dinamis dan evolusi. Dinamis-boleh berubah-rubah Evolusi-boleh berkembang

Terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna; 1.pilihan : ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian,jika tidak ungkapan tersebut adalah tidak bermakna. 2.budaya : budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya. 3.konteks : makna juga ditentukan bergantung kepada situasi dan perasaan penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu. 4.makna dalam peribaha : makna dalan peribahasa (kiasan/simpulan bahasa/pepatah dll) digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal.

Terdapat beberapa faktor perubahan sifat makna ; 1.perkembangan bahasa itu sendiri. 2.tanggapan penutur 3.perluasan makna 4.pembatasan/penyempitan makna 5.tujuan simbolik dan stilistik

B.kelas makna

1.makna denotasi ; makna tersurat (cth-tangan,muka,hidung ;semuanya anggota badan) 2.makna konotasi ; makna tersirat (cth; bunga kemboja; kematian)

3.makna emotif ; makna yang belaku akibat reaksi induvidu daripada apa yang didengar (cth;hei,lembu!) 4.makna kognitif ; makna yang boleh dijelaskan melalui analisis komponen (pohon;tumbuhan yang ada batang,daun serta kukuh dan tinggi) 5.makna referensial ; makna yang merujuk pada sesuatu benda/perkara 6.makna piktorikal ; makna yang muncul daripada bayangan pendengar/penutur mengikut kefahaman masing-masing.

C.lewah dalam makna

Lewah bererti penggunaan kata/gabungan kata yang berlebihan dengan makna kata. Contohnya seperti : -mereka semua -kasut boot -papa kedana -demi untuk

Terdapat beberapa faktor berlakunya lewah dalam makna; 1. Pengulangan -mereka-mereka -ibu bapa-ibu bapa

2.penambahan imbuhan yang tidak diperlukan -memperbesarkan, sepatutnya memperbesar -dipersetujui, sepatutnya disetujui -diperhalusi, sepatutnya dihalusi

3.kata sendi yang berturut-turut -demi untuk -selain daripada itu

Tajuk 3- Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu

Makna leksikal ialah makna sesuatu kata itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dalam ayat). Untuk memudahkan pemahaman, makna leksikal boleh dianggap sebagai makna kamus; makna kata yang diperolehi daripada kamus. Terdapat beberapa bahagian makna leksikal dalam tajuk ini untuk subjek BMM3111 iaitu:

A.sinonim dan antonim B.hiponim dan homonim C.polisem

A.sinonim dan antonim

Sinonim membawa maksud kesamaan makna perkataan iaitu kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama bentuk kata tersebut berbeza.

Terdapat empat jenis sinonim iaitu: 1.sinonim pinjaman- contohnya kata [batas] dalam dialek kedah ialah timbunan tanah yang dijadikan sempadan petak-petak sawah manakala maksud kata ini dalam bahasa melayu boleh juga diertikan sebagai 'had' seperti frasa 'batas pergaulan'. 2.sinonim konteks- perkataan yang sama maknanya tetapi dalam konteks yang berbeza bentuk kata yang berbeza digunakan. Contohnya [undang] digunakan dalam konteks tulisan manakala [jemput] digunakan dalam konteks lisan. 3.sinonim laras sosial-perkataan yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza mengikut peringkat atau status. Contohnya perkataan [penyanyi] dan [biduan] mempunyai maksud yang sama tetapi [biduan] bermaksud penyanyi yang mempunya 'status' yang lebih tinggi dalam profesion seni suara. 4.sinonim kolokasi- maksud yang hampir sama maknanya.contohnya [ramai] dan [banyak].

Antonim bererti pertentangan makna kata atau kata-kata yang mempunyai makna yang berlawanan.

Terdapat tiga jenis antonim iaitu: 1.antonim pasangan komplemen-pasangan yang melengkapi satu sama lain.contohnya tidur-jaga, hidup-mati, sihat-sakit. 2.antonim hubungan darjat/antonim berperingkat- contohnya seperti besarkecil,tebal-nipis,panjang-pendek. 3.antonim berhubungan- kata berlawanan yang mempunyai makna setara.contohnya seperti beri-terima,jual-beli,majikan-pekerja.

B.hiponim dan homonim

Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Hiponim juga bermaksud kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan katakata yang lebih khusus. Contohnya: Bunga - melur - orkid - kekwa - anggerik

Homonim pula merujuk kepada hubungan antara kata. Hiponim juga bererti dua kata atau lebih yang mempunyai bunyi atau ejaan yang sama tetapi berlainan makna.

Terdapat dua jenis hiponim iaitu:

1.homofon- kata yang sebutannya/bunyinya sama tetapi berlainan maksud. Contohnya [mereka] boleh membawa erti bagi kata ganti nama orang dan juga boleh bererti kata perbuatan/kerja mencipa sesuatu.

2.homograf- kata yang ejaannya sama tetapi berlainan maksud. Contohnya [sepak] boleh bererti tendang dan juga tampar.

C.polisem

Polisem ialah kata yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual ataupun sedarjah.

Faktor kata mempunyai banyak makna ialah: 1.keadaan semula jadi (polisem tulen) 2.konteks (polisem konteks)

Contohnya polisem ialah seperti kata [bisa]-boleh/sakit sangat Contoh seterusnya kata [tentang] - lawan/kata bantu yang membawa maksud berkaitan sesuatu perkara

Makna Ayat Makna ayat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat.

Makna Tersurat Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.

Contohnya: 1. Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian. Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang sebetulnya ialah Para pelajar yang dihormati.

Makna Terselindung Makna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan.

Misalnya dalam ayat 2. Adik ke kedai Pak Ali. Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah pergi. Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam, dalam fikiran pendengar atau pembaca,

Contoh lain adalah seperti berikut: 3. Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami

Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

Makna Tersirat Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.

Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.

You might also like