INDUSTRI BUNGA DI MALAYSIA Industri bunga-bungaan di Malaysia berkembang semula sekarang.

Definisi keluaran bunga-bungaan termasuk potongan bunga, bunga hiasan dan bunga dalam pasu. Industri ini menunjukkan kemajuan pesat sejak satu dekad lalu, khususnya untuk eksport, hasil dasar mempelbagaikan pertanian dalam Dasar Pertanian Negara (1984). Kepelbagaian ini adalah untuk mengurangkan pergantungan ekonomi negara daripada hanya kepada kelapa sawit, getah, koko dan lada hitam. Pertumbuhan sektor ini juga didorong oleh kuasa pasaran, khususnya dari dalam dan luar negara, kesan daripada pertumbuhan ekonomi dunia yang pulih selepas kelembapan awal 1980-an. Di kalangan pengguna, bunga sering digunakan sebagai hadiah dan perhiasan, malahan ia menjadi satu kebudayaan yang berkembang di negara membangun seperti Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Korea. Pada tahun 1990, perdagangan barangan hortikultur khususnya, industri bunga-bungaan merekodkan pertumbuhan paling tinggi berbanding komoditi pertanian lain. Perluasan pasaran bunga di peringkat antarabangsa mendorong negara membangun mengambil kesempatan ini, termasuk Malaysia. Industri bunga menunjukkan keupayaan untuk menghasilkan pulangan lebih tinggi dan tidak memerlukan kawasan luas. Kawasan sektor ini dapat dilihat di segi prestasi eksport. Malaysia kini muncul sebagai pengeksport bersih bunga dan orkid dengan nilainya meningkat 321%, iaitu daripada RM5.7 juta kepada RM244.10 juta antara 1986 dan 1990.Import pula bertambah 23% daripada RM0.7 juta kepada RM0.9 juta. Pengeluaran dalam negeri meningkat 4 kali ganda daripada RM2.4 juta kepada RM10.3 juta. Ini menunjukkan industri berkenaan berkeupayaan memberi sumbangan kepada pendapatan negara. Bagaimanapun, perkembangan eksport yang pesat ini tidak disokong sistem pemasaran yang rapi, berkesan dan mencukupi serta tidak dapat menampung kuantiti pengeluaran yang banyak manakala keperluan fizikal pemasaran pula terbatas. Pengeluar dan pengantara sering menghadapi masalah kekurangan kemudahan pemasaran seperti bilik sejuk, ruang kargo, mutu yanh tidak konsisten dan harga yang tidak stabil. Ketidak seimbangkan prestasi antara dua sub sektor ini perlu diperbaiki agar sumber digunakan secara optimum. PENGENALAN KEPADA GERAK KERJA KO-KURIKULUM PENDAHULUAN Gerak kerja luar bilik darjah dahulunya dikonsepkan sebagai akstramural/intra-mural/ekstra-kurikula telah ada sejak bermulanya sistem persekolahan formal. Aktivitinya terhad dan dasar sebenarnya kurang jelas. Laporan Jawatankuasa kabinet mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979) telah memperlakukan mustahaknya gerak kerja ko-kurikulum dalam sistem pendidikan kebangsaan untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun "esprit-de-corp" di antara pelajar pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya bersikap

Kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.Jan.pasukan pakaian seragam dan lain-lain. semua pelajar harus mempunyai keseimbangan diantara per- . b. Surat pekeliling Ikhtisas Bil. Gerak kerja ko-kurikulum ialah gerakerja yang : a. Oleh itu gerakerja ko-kurikilum adalah kegiatan selain dari kegiatnan akedamik tetapi mempunyai hubungan dengannya dan dilakukan didalam/diluar bilik darjah dan juga diluar kawasan sekolah yang dianjurkan oleh sekolah lain. RASIONAL Penglibatan semua pelajar dan ahli masyarakat adalah kepada rasional bahawa : perlu berasaskan lembagaan a.kurikulum sekolah bagi mengatasi sebarang kelemahan sebelumnya dan untuk mencapai matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Negara. KONSEP Kurikulum berasal dari perkataan Latin. Ko-kurikulum adalah satu konsep yang digunakan di Malaysia sahaj untuk menunjukkan bahawa ia amat penting dalam sistem persekolahan dan merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah. sebagai satu bidang pendidikan sekolah yang harus melibatkan setiap pelajar. d. c. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) merumuskan bahawa kurikulum sekolah boleh dibahagikan kepada 2 bahagian yang besar iaitu : a. bercorak pendidikan dan berupa pengalaman pembelajaran tidak formal berteraskan kesinambungan pengalaman pembelajaran. b. e.1985. persatuan. merupakan aktiviti yang terancang dan "fleksibel" dari segi masa. merupakan sebagai cara bagi mencapai matlamat pendidikan untuk penerapan nilai-nilai murni. bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum) seperti kegiatan sukan.tanggungjawab. perpaduan dan kewarganegaraan. Ko pula bermaksud gabungan atau hubungan yang digunakan pada pangkal perkataan. merupakan kegiatan dalam kelas dan kegiatan luar kelas. bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran. f. currere yang bermaksud menjalani yang boleh dihubungkan dengan perbuatan menjalani sesuatu kursus atau kegiatan pendidikan yang boleh dianggap sebagai semua kegiatan di bawah bidang kuas sekolah. boleh menyediakan pelajar-pelajar dengan pengalaman serta amali yang mereka tidak dapat di bilik darjah. telah memberi garis panduan perlaksanaan gerak kerja ko. tempat dan cuaca.1/85 bertarikh 2.

Melibatkan pelajar atau pihak sekolah dalam gerak kerja khidmat masyarakat. masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh menjalankan peranan mereka dalam mendidik pelajar-pelajar termasuk pendidikan kemasyarakatan. 4. e. bagi tujuan memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif. b. 5. 9.mental (akedamik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial. 10. Mewujudkan perhubungan baik guru dengan pelajar. 5. 2. Mewujudkan perhubungan dan kerjasama dua hala-sekolah dan masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat. Perseimbangan antara perkembangan mental (akedamik) dengan perkembangan sosial. Keduaduanya adalah proses pendidikan yang saling lengkapmelengkapi. Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar. d. Meningkatkan suasana sekolah dan penyemaian nilao positif. c. 7. Memajukan kemahiran. bekerjasama dan saling bantu membantu. 6. 2. Menyemai kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada tuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara. jasmani dan rohani pelajar. Pengukuhan dan pengayaan perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta perluasan pengetahuan serta pengalaman pelajar dalam bidang tertentu. Pengukuhan interaksi dan intergrasi dikalangan pelajar. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar (JBPS). 8. jasmani dan rohani). termasuk gerakerja sukan. STRATEGI 1. sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan pelajar-pelajar untuk keperluan masyarakat dan negara. OBJEKTIF 1. semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dimajukan. PIBG guru-guru dan pelajar-pelajar dalam perancangan dan perlaksanaan gerakerja kokurikulum. Memperseimbangkan gerakerja ko-kurikulum dengan pelajarran akedamik yang diajarkan dalam bilik darjah. semua pelajar boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri. 3. 3. Pengisian masa lapang dengan berfaedah dan memberi keseronokan serta pembinaan kesihatan diri. Menambahkan lagi bilangan pasukan pakaian seragam dan kelab/persatuan serta mempelbagaikan gerakerja ini. 6. Merancang gerakerja ko-kurikulum dengan teliti dan menetapkan . 4. Melibatkan pelajar dari semua kaum dalam masa gerak kerja ko-kurikulum dimana yang sesuai untuk tujuan pemupukan perpaduan. minat dan bakat pelajar.

f. kemanusiaan dan kewarganegaraan. 10. 3. a. mental dan alam sekitar. Merekod dan menilai segala gerakerja dan kemajuan yang dicapai. g. h. kesanggupan berusaha memperbaiki diri sendiri. 7. taat : patuh kepada peraturan. Pemilihan aktiviti/gerakerja hendaklah berdasarkan kepada prinsip-prinsip ansur maju dan taksonomi. Dalam hal menyediakan rancangan kerja perkara-perkara berikut dinyatakan: 1. Ia juga boleh melatih pelajar memperkukuhkan sifat kepimpinan. mengawal diri : disiplin kendiri. domain psikomotor. imaginatif. Penggal. beradab atau bersusila : bersopan santun. bersyukur. Memberi penghargaan kepada pelajar dan lain-lain pihak semasa.matlamat-matlamatnya. e. fizikal. menjauhi daripada melakukan sesuatu yang tidak baik. b. percaya kepada Tuhan. 2. rancangan mingguan dan rancangan harian. tolong-menolong : bekerjasama. kewarganegaraan. j. kreatif dan berani. sifat demokratik dan semangat kesukanan. tajuk aktiviti objektif (kognitif. keberanian : kebebasan membuat sesuatu dalam lingkungan peraturan dan dedikasi. rancangan tahunan yang melibatkan kepada penggal. c. d. menjaga kebersihan : diri. NILAI PENDIDIKAN DALAM GERAK KERJA KO-KURIKULUM dijalankan dan secara dari masa ke Gerakerja ko-kurikulum yang dirancang dengan baik dapat mempekukuhkan amalan dan penghayatan nilai-nilai kerohanian. 9. 4. berbudi bahasa dan hormat menghormati. MERANCANG GERAKERJA SEKOLAH Rancangan Tahunan. efektif dan psikomotor) alatan . 8. kasih sayang : berperikemanusiaan dan belas kasihan. Mengadakan penyeliaan dan penilaian yang sistematik berterusan. Beberapa contoh nilai pendidikan yang terdapat dalam gerakerja ko-kurikulum adalah seperti berikut . bertimbang rasa dan bertolak ansur : sanggup bermaaf-maafan. Mengadakan pertandingan dengan melibatkan semua pelajar. i. Mingguan dan Harian Isi pelajaran umum/sukatan pelajaran KBSR/KBSM perlulah dikaji dan disesuaikan semula mengikut rancangan tahunan yang melibatkan kepasa penggal. jujur : ikhlas dan amanah. bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan. Untuk memperkembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh. g. aktiviti pra kemahiran. Murid-murid diperkenalkan dengan satu-satu kemahiran dengan cara penerangan dari guru atau melalui gambar. menggunakan perbagai susunan/kerja kumpulan. aktiviti kemahiran kasar. k. motivasi/mengambil perhatian pelajar. aktiviti betul dan indah. i. penerangan jelas dan mudah difahami. aktiviti kemahiran betul. murid harus dapat menyungkil serta meningkatkan potendi ke tahap . penyeliaan dan kawalan untuk mempastikan patuh kjepada arahan dan disiplin. b. b. menggunakan pelajar contoh/ketua. e. dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran. Mengurus Pengajaran/Latihan Kemahiran (Psikomoto) a. mengambil kedatangan pelajar. dimulakan dengan aktiviti umum. d. c. j. Kemudian guru tunjukkan teknik/cara yang betul untuk memperlakukan kemahiran itu dengan menggunakan kaedah demonstrasi samada secara "parts" atau "whole" mengikut kemahiran yang sesuai. PENGENALAN KEPADA KONSEP KESEPADUAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Unsur-unsur yang diterapkan seperti ilmu pengetahuan. c. video atau apa jua alat/media yang dapat membantu memberi penerangan. telah dijalinkan serta diadunkan didalam konsep kesepaduan pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid melakukan aktiviti/membuat aktiviti kemahiran tadi secara bebas mengikut kebolehan masing-masing. Oleh itu. seimbang dan bersepadu. f. e. h. agihan dan pengumpulan semua alat yang diperlukan. jantina dan tahap pencapaian pelajar. kegiatan memanas/menyejukkan badan. d. kemahiran. mengumpul semula alatan-alatan untuk disimpan. Kaedah Pengajaran Kemahiran Kemahiran yang hendak diajar haruslah sesuai dengan umur. kesepaduan ini adalah ditekankan. aktiviti rutin sebagai persediaan untuk aktiviti yang lebih cergas.Prinsip Latihan Ansur Maju a. memberi arahan dan penerangan. bahasa serta nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran.

Zaman sentiasa berubah-ubah. Guru juga melibatkan pengetahuan murid-murid seperti lakonan. PENGERTIAN KESEPADUAN Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bermaksud bersatu. guru perlu menjelaskan apakah perubahan yang dikehendaki. Bukannya terpisah. kaedah pengajarannya perlu melibatkan perancangan yang tertentu. jenis pengetahuan yang akan diterima serta jenis kemahiran yang harus dibentuk dan perubahan sikap yang hendak dicapainya. bercantum dan bersama. Guru perlu merancang suatu aktiviti pembelajaran dengan harapan ia akan membawa perubahan-perubahan yang diingini. nyanyian dan sebagainya. Disiplin ilmu yang terangkum dalam pelbagai matapelajaran tidak lagi wujud sebagai komponen tersendiri. Inilah yang dikatakan tidak ada kesepaduan. menggalakkan mereka mengemukakan pendapat-pendapatn serta aktif dalam perbincangan. Disamping itu juga alat-alat bantu mengajar seperti kad-kad imbasan. Pada zaman dahulu. pengetahuan dan pengalaman kepada muridmurid. slaid. terasing. pelajaran Geografi atau Sains hanya tertumpu kepada kemahiran sahaja sementara nilai-nilai murni atau Bahasa Melayu merentas kurikulum tidak dimasukkan. Diantara lain ialah kaedah `chalk and talk'. kaedah mengajar berpusat kepada guru dan murid-murid. Matematik dan Sejarah sebagai suatu disiplin ilmu. Dalam perlaksanaan kurikulum yang merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sentiasa melibatkan murid-murid dalam pengajaran seperti bertanya atau menjawab soalan. kemahiran dan bahasa serta penumpuan nilai-nilai murni dilakukan secara intergrasi dan menyeluruh. televisyen. Konsep kesepaduan juga bermaksud penguasaan ilmu pengetahuan. Kaedah pengajarannya perlulah selaras dengan aktiviti. Selain daripada memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran. Untuk menyampaikan pelajaran. Alat mengajar tunggal yang biasa didapati ialah papan hitam. pita rakaman vedeo. bahan-bahan yang menarik serta berfaedah. Suatu ketika dahulu. tercerai atau terpencil. Pelajar-pelajar hanya mendengar dan menerima fakta-fakta yang disampaikan oleh guru. Kaedah pengajaran sekarang adalah berbeza dengan dahulu. perlulah di sepadukan dan perlaksanaan strateginya tidak lagi terpisah. pendidikan yang diterima oleh murid seharusnya menimbulkan minat dan keyakinan mereka untuk terus mencari pengetahuan kerana FPN menyatakan bahawa pendidikan haruslah berterusan. Oleh itu. ia biasanya pasif. radio. PENGERTIAN PENGAJARAN Pengajaran adalah suatu sistem aktiviti-aktiviti dengan tujuan membawa perubahan dikalangan mereka. Pengajaran sekarang adalah berpusat kepada murid-murid. unsur-unsur yang terdapat dalam kurikulum itu tidak boleh terpisah atau terasing tetapi kesemua unsur-unsur itu perlu bercantum dan bersatu.yang maximum sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN). kaedah pengajaran juga sering berubah-ubah mengikut edaran masa. alat-alat bantuan mengajar yang sesuai. .aktivitinya supaya mencapai objektifnya.

Misalnya. PENGERTIAN UMUM Pengertian pembelajaran dalam penggunaan bahasa seharian dengan bahasa psikologi adalah berbeza. dalam kelas. Konsep pembelajaran sebagaimana yang dinyatakan terlalu berorientasikan pencapaian akedemik. ibubapa mungkin pergi ke sekolah dan membuat bantahan kepada guru besar bahawa anak-anak mereka pergi ke sekolah bukan belajar tetapi bermain. dua orang kanak-kanak yang dapat mengeja lebih banyak perkataan dengan . Misalnya. HENRY CLAY LINDGREN AND DONN BRYNE Dalam buku mereka. Konsep ini jelas wujud dikalangan ibubapa di Malaysia dewasa ini. PENGERTIAN PSIKOLOGI Ahli psikologi pendidikan juga tidak mempunyai kata sepakat mengenai definisi pembelajaran.KAEDAH? ---------. Pembelajaran terbit daripada perkataan belajar. Pencapaian tingkahlaku seseorang perlu dikaji dan dibandingkan dengan pencapaian asalnya sebelum sesuatu tafsiran dapat dibuat. akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalankan". Dengan itu.MURID PENGERTIAN PEMBELAJARAN ALAT? i. projektor dan lain-lain lagi. Untuk meneliti kesemua yang terdapat diantara definisidefinisi oleh beberapa orang psikologi pendidikan iaitu : MORGAN AND KING Dalam buku mereka. Perkataan belajar dan pembelajaran pada mereka lazimnya dihubungkaitkan dengan aktiviti-aktiviti mental ataupun aktiviti-aktiviti yang berbentuk akedemik. Pencapaian boleh dipandang dari segi ketepatan ataupum kecepatan tingkahlaku. Bila disebut belajar. maka terdapat gambaran sebuah bilik darjah yang diisi dengan segala kelengkapan bilik darjah dan guru yang menyampaikan pengetahuan kepada muridmurid. pengajaran merangkumi: ISI? GURU ---------.transparensi. guru mengesyorkan aktivitit berbentuk permainan. Apakah benar konsep ini? ii. `Introduction To Psychology' "Pembelajaran diiktirafkan sebagai sebarang perubahab tingkah laku yang agak kekal. Apabila murid-murid pulang ke rumah dan memberitahu ibubapa mereka. Tidak seorang pun dapat memastikan bahawa pembelajaran sedang berlaku dengan melihat sesuatu tingkahlaku ini. `Psychology: An Introduction To A Behavior Science' Perkataan `Pembelajaran' dicipta untuk melambangkan konsep atau idea bagi menerangkan perubahan tingkahlaku yang diperlihatkan oleh seseorang.

rohani. 6. ibarat tabiat seseorang. 4. terdapat sedikit kesamaan diantara huraian ini. Perubahan tingkahlaku ini merupakan perubahan yang bukan disebabkan oleh sifat semulajadi manusia. Pembelajaran ialah satu proses yang membawa perubahan kepada tingkahlaku dan perubahan ini hendaklah kekal. Kesemua definisi ini memberi penekanan kepada perubahan tingkahlaku seseorang sebagai ukuran berlakunya pembelajaran dan sebagai cara untuk menghuraikan pengertian pembelajaran.iaitu dari segi intelek. Contohnya. Kesepaduan diantara kegiatan didalam bilik darjah dengan yang berlaku diluar bilik darjah. CARA-CARA PERLAKSANAAN KONSEP KESEPADUAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru-guru KBSR dan KBSM masakini telah sedar tentang pentingnya kesepaduan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesepaduan dari segi bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesepaduan diantara aspek teori dan amali. Oleh itu. 3. 2. kita tinjau bagaimanakah ini dapat dilakukan. 2. Kesepaduan siantara aktiviti kurikulum dengan aktiviti ko-kurikulum. Kesepaduan yang berbentuk `intra'. Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu. 5. 4. Diantara penekanan yang di berikan ialah : 1. Kesepaduan yang berbentuk `inter'. iaitu yang berlaku dengan menghubungkan pengetahuan dan kemahiran satu matapelajaran dengan satu atau beberapa matapelajaran yang lain. emosi dan jasmani. 3. Kesepaduan hendaklah berjalan serentak dengan pengajaran walaupun semua . 7. Perubahan tingkahlaku hendaklah yang bukan sementara dan bukan disebabkan oleh pengaruh dadah atau penyakit. Dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran ini dapat dilaksanakan dengan cara-cara berikut: 1. dapatlah disampaikan bahawa walaupun huraian pengertian Pembelajaran itu berbeza antara satu sama lain. iaitu yang berlaku dalam satu matapelajaran.betul dikatakan belajar lebih sempurna daripada kanak-kanak yang lagi satu. Perubahan tingkahlaku iaitu perubahan yang memperlihatkan peningkatan dari satu tahap yang rendah ke tahap yang lebih tinggi. ilmu pengetahuan bercantum dengan kemahiran dalam satu matapelajaran untuk membenarkan perkembangan individu secara menyeluruh.

Organisasi pembelajaran adalah fleksibel. kemahiran utama tetap diberi tekanan yang lebih. PENGGABUNGJALINAN DAN PENYERAPAN Penggabungjalinan merupakan satu proses penyampaian beberapa kemahiran didalamsatu matapelajaran. pelbagai kemahiran digabungjalinkan. Dalam situasi ini.bebrapa kemahiran juga dipelajari secara serentak. nilai-nilai murni dan bahasa merentas kurikulum tidak boleh disepadukan dalam satu pengajaran.unsur pengetahuan. interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid adalah kebih mesra. beberapa kemahiran telah disampaikan. 4. Penyerapan pula merupakan proses menyatukan isi atau kandungan daripada beberapa matapelajaran. Contohnya. Walau bagaimanapun. didalam matapelajaran Teras (Kemahiran Hidup). membaca. Rasionalnya ialah murid-murid akan dapat kemahiran secara terpadu dan serentak. iaitu tekanan terhadap kemahiran sampingan boleh berubah-ubah dan tidak mengikut satu urutan tertentu. Proses ini berlaku secara antara disiplin. penyerapan isi Pengurusan Diri telah diserapkan. 5. Proses ini berlaku secara intradisiplin. Contohnya. di dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Pertanian. guru menerangkan satu-satu tajuk dan menyoal selepas penerangan. menulis serta melakukan secara amali. Ia merupakan gabungan beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu matapelajaran. Oleh itu. terdapat Diantaranya ialah: beberapa ciri. CIRI-CIRI PENGGABUNGJALINAN DAN PENYERAPAN DALAM KBSR & KBSM Dalam konsep penggabungjalinan dan penyerapan. Murid bukan sahaja dapat mengetahui tetapi belajar menaakul serta menggunakan atau mengaplikasikan konsep-konsep yang dipelajari dalam keadaan yang sebenar. CIRI-CIRI PENGGABUNGJALINAN 1. Oleh sebab itu.walaupun dalam satu matapelajaran. amatlah jelas. Contohnya. 3. iaitu kemahiran-kemahiran adalah bidang yang bnerlainan. Ianya hendaklah diliputi dalam satu siri pengajaran dan dilakukan secara berterusan. menerangkan semula (bertutur). matapelajaran Manipulatif Tambahan dimana murid diajar mengenai keselamatan di bengkel serta membersih bengkel setelah digunakan. 2. Beberapa kemahiran dapat diperolehi oleh murid-murid seperti mendengar. . kemahiran.

Isi pengetahuan juga boleh diserapkan ke dalam kemahiran. perkembangan dan penutup. 2. menulis dan praktikal boleh disampaikan dalam satu matapelajaran Kemahiran Hidup. PENYERAPAN Apabila ilmu pengetahuan daripada beberapa bidang diserapkan menjadi satu mata pelajaran. Rajah dibawah menunjukkan bagaiman penyerapsan dilakukan. kesihatan dan seni lukis diserapkan menjadi alam dan manusia. kemahiran-kemahiran sampingan boleh digunakan diperingkat permulaan. mendedahkan pelajar kepada suatu bidang keusahawanan. 3. Misalnya. maka ia boleh digabungjalinkan dalam Perdagangan dan Keusahawanan.Ketika memilih kemahiran sampingan untuk digabungjalinkan.Contohnya. Kemahiran dalam satu mata pelajaran Kemahiran Hidup digabungjalinkan dengan kemahiran dari satu matapelajaran lain. Pastikan terlebih dahulu jenis kemahiran yang hendak ditekankan. guru hendaklah mempertimbangkan perkara-perkara berikut: a) Kemahiran sampingan yabg dipilih itu telah ditanamkan pada murid-murid pada satu masa dahulu. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi kemahiran tersebut. Beberapa unsur ilmu pengetahuan dari bidang yang berlainan diserapkan dalam satu matapelajaran. d) Ketika mengajar. Contohya. . c) Kemahiran sampingan yang dipilih itu tidak memerlukan bahan tambahan. 2. seorang guru KBSR yang mengajar kemahiran mengira tentang operasi darab harus menyerapkan pengetahuan bagaimana sifir-sifir itu diperoleh dan bukan bergantung pada hafalan sahaja.CIRI-CIRI PENYERAPAN 1. sains. geografi. Beberapa kemahiran seperti mendengar. b) Kemahiran sampingan itu dipilih supaya dapat diperkukuhkan lagi. ia merupakan penyerapan. CARA MENGGUNAKAN PENGGABUNGJALINAN DAN PENYERPAN PENGGABUNGJALINAN Penggabungjalinan dapat dilaksanakan dengan dua pendekatan. bertutur. LANGKAH-LANGKAH PENGGABUNGJALINAN 1. 1. sivik. membaca. 2. Dengan merujuk kepada bahan-bahan yang telah disediakan. sejarah. cari apakah kemahiran sampingan lain yang berkaitan dengan kemahiran utama yang hendak ditekankan itu.

5. sebutan (intonasi). Walau bagaimanapun setiap mata pelajaran mesti mempunyai beberapa nilai murni dan usaha menerapkan nilai-nilai hendaklah merupakan satu proses yang berulang dan berterusan. NILAI-NILAI MURNI MERENTASI KURIKULUM Sejajar dengan hasrat FPN. Penggunaan bahasa baku dari segi tulisan. tafsiran dan penggunaan kandungan pelajaran (contextual). perbendaharaan kata. Dengan itu. perlakuan. Prinsip penerapan nilai hendaklah menekankan pada penghayatan dan amalan.BAHASA MELAYU MERENTASI KURIKULUM Bahasa Melayu merentasi kurikulum merupakan satu lagi penekanan dalam KBSR dan KBSM. Asas-asa pembelajaran yang dibina diperingkat sekolah rendah dilanjutkan dan diperluaskan lagi diperingkat sekolah menengah. Penerapan nilai-nilai murni hendaklah dilakukan secara bersahaja dan tidak langsung. penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum bertujuan mendidik individu secara menyeluruh dan harmoni dari segi kognitif. isyarat. 3. KESINAMBUNGAN ANTARA KBSR DAN KBSM KONSEP Kesinambunagan membawa makna `lanjutan daripada'. Bahasa sebagai alat ekspresi. KBSM sebenarnya merupakan satu kurikulum lanjutan daripada KBSR. kefahaman. kesinambungan pembelajaran diambil kira untuk memastikan tumpuan.peristilahan dan laras bahasa. 6. Semua guru hendaklah berusaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa dan kemahiran berbahasa dengan menekankan aspek-aspek berikut: 1. Perlu diingat bahawa tidak semua nilai murni boleh didapati dalam satu mata pelajaran. CIRI-CIRI Kesinambungan antara KBSR dan KBSM jelas dilihat daripada ciri-ciri berikut: .tatabahasa. Penggunaan bahasa ilmiah 4. Penggunaan aras bahasa sama ada dibawah atau melebihi kemampuan pelajar. Usaha menerapkan nilai-nilai murni boleh dilakukan secara pertuturan/pengucapan. 2. isi kandungan dan cara belajar adalah bertitik tolak daripada pendidikan peringkat sekolah rendah. Penguasaan kemahiran berbahasa yang meliputi kemahiran asas dan kemahiran khusus. Guru-guru yang mengajar matapelajaran lain mempunyai peranan yang sama penting dengan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu. contoh teladan. Penguasaan bahasa melayu secara keseluruhannya. Ini bermakna dalam usaha menggubal KBSM. afektif dan psikomotor.

bersumbangsaran membuat generalisasi dan sebagainya. KBSMjuga menekankan pendidikan umum dan melewatkan pengkhususan ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. KBSM menekankan dengan lanjutnya kemahiran menulis. menulis dan mengira. 2.simulasi dan menyoal hendaklah dikendalikan untuk mengukuhkan lagi daya intelek murid. KBSM juga menekankan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ini diperluaskan lagi dalam KBSM. Seseorang guru boleh menjalankan langkah-langkah berikut untuk mencapai kesinambungan. Meneruskan pelajaran yang boleh meningkatkan kemahiran membaca. KBSM menekankan kesepaduan unsur intelek. membaca dan mengira. Strategi ini memberikan peluang kepada murid supaya terlibat secara aktif pada mana-mana urutan pengajaran dan pembelajaran.kemahiran atau konsep diantara satu mata pelajaran dikaitkan dengan yang lain. inkuiri dan penemuan kaji indivdidu. bekerjasama.kritis dan rasional. bersistem. 5. kesyukuran. 1. 4. KBSM menitikberatkan perkembangan daya imaginasi dan kreativiti. menyatakan ideaidea utama. Guru hendaklah bantu murid melihat perkaitan antara disiplin ilmu. 5. mengelas mengikut prinsip tertentu. KBSM juga menekankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan aktiviti atau murid. 4. KBSR menekankan kepada penggabungjalinan dan penyerapan. 9. Konsep kesepaduan hendaklah terus dijalankan. KBSR menekankan pendidikan umum. Nilai-nilai murni yang ditekankan dalam KBSR ters dititikberatkan. Guru menggunakan strategi pengajaran yang berdasarkan pembelajaran melalui pengalaman. rohani. iaitu murid-murid tidak khusus kepada sesuatu mata pelajaran. merekacipta. 2. 6.maklumat. berdikari dan keberanian. 7. 3. emosi dan jasmani (IREJ). Guru harus menambahkan nilai-nilai lain seperti rasional. KESIMPULAN . tentunya kita ingin tahu bagaimana melaksanakannya dalam situasi bilik darjah. KBSR bertujuan melengkapi murid-murid dengan kemahiran belajar. Usaha ini menunjukkan usaha guru untuk melaksanakan kesinambungan KBSR menekankan peranan aktif yang harus dimainkan oleh murid. Dengan ini jelaslah KBSM merupakan kesinambungan daripada KBSR.Ini diperlanjutkan dalam KBSM. 3. PERLAKSANAAN KONSSEP KESINAMBUNGAN Setelah memahami konsep kesinambungan antara KBSR dan KBSM. KBSM merupakan terjemahan kepada FPN yang mengutamakan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. 8. KBSR menekankan keupayaan berfikir secara analitis. Aktiviti-aktiviti seperti main peranan.sumbangsaran.KBSM memperdalami lagi kemahiran tersebut dengan aktiviti seperti membuat perbandingan.1.

Palma dalam pasu. . Aroid-Caladium. iaitu pokok yang tidak berbunga atau berbiji. Keluarga ubi (Calathea atau Maranta). bahasa serta nilainilai dalam semua mata pelajaran. Ia membiak daripada spora. Apabila ini berlaku. 5. 6. 2. . kemahiran. Dracaena.Pokok-pokok seperti angsana dan dedap boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan-keratan yang panjangnya antara 0. MENANAM POKOK HIASAN DALAM RUMAH a) Pengenalan. bunga kertas dan bunga raya. Dengan itu. i.Lebih kurang satu pertiga daripada keratan haruslah ditanam didalam pasir lembab sehingga akar-akar mulai tumbuh. iaitu dengan menggunakan bahagian tumbuh-tumbuhan. Lebih-lebih lagi kepada tanggungjawab generasi hari ini membentuk wawasan seterusnya menjadikan generasi hari esok lebih maju serta lebih bersedia mendokong hasrat negara menuju ke arah negara maju. 8.9-1.Panjang keratan-keratan yang digunakan ialah antara 15-20cm dan ini didapati daripada dahandahan yang keras dan kedua-dua hujungnya harus dikerat dengan tepat. KERATAN KAYU PERANG (KERAS) .Tanaman yang dibiakkan melalui cara ini ialah Ixora. Pokok-pokok dalam rumah ditanam untuk menyerikan kawasan rumah. b) Pembiakan Pokok-pokok dalam rumah biasanya boleh dibiakkan secara pembiakan tak mengawan. 4.5m dan besarnya 5cm. Paku-pakis. dapat kita sempurnakan. . iaitu pokok yang ditanam untuk daunnya. Keluarga puding (Colieum). Ati-ati. 9. 7. sebagai guru kita haruslah menekankan kesepaduan apabila merancang strategi pengajaran dan pembelajaran supaya hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN). 3. Begonia (resam batu). iaitu sejenis pokok yang ditanam kerana kecantikan daunnya.Konsep kesepaduan dalam pengajaran dan pembelajaran ini merupakan penjalin dan pengadun unsur-unsur ilmu pengetahuan. keratan ini boleh ditanam didalam bekas yang dikehendaki. Celupkan pangkal keratan dalam hormon pengakar. . Contoh pokok-pokok dalam rumah yang biasa ialah : 1. Keluarga lada hitam (Peperomia). Kebanyakan pokok dalam rumah berkehendakkan keadaan yang teduh untuk membentuk pokok yang menarik. iaitu pokok yang ditanam kerana kecantikan daunnya juga.

tanamkan tangkai daun itu dalam pasir dengan permukaan sebelah atas daun itu terlentang. . PEMBAHAGIAN RUMPUN. .Pokok-pokok yang selalunya dibiakkan dengan kaedah ini ialah Sansevieria. .Ini merupakan satu proses dimana satu rumpun pokok itu dibahagikan kepada beberapa bahagian biasanya dari ubi. . . African Daises. .Keratan-keratan yang dipilih mestilah bercabang dan panjangnya diantara 8-10cm yang mempunyai dua atau tiga mata tunas.Anak pokok yang berserabut dengan akar-akar itu dipisahkan lalu dipasukan untuk tumbuh menjadi pokok baru.Begonia dan Peperomia.Apabila pucuk dan akar telah tumbuh. .Kemudian.Keratan-keratan itu hendaklah disiram dengan air untuk memastikan tanah itu sentiasa lembab. .Gunakan pisau yang tajam untuk membuat keratan terus melalui uraturat utama permukaan bawah daun. . iii. . .Tekankan daun itu diatas dengan batu-batu yang kecil.Lai daun dan gagang digunakan untuk memulakan pokok baru. . . .Keratan-keratan ini diletakkan melintang di dalam pasir dan ditimbuskan sedikit. . KERATAN DAUN. buluh dan dahlia (ubi akar).5 cm didapati daripada akar-akar aktif yang tidak terlalu tua atau muda.Keratan-keratan itu biasanya mengeluarkan akar dalam masa dua minggu. .Siram sehingga pokok-pokok kecil muncul ditempat yang dipotong. vi. v.Ia dipilih daripada pangkal hijau dahandahan yang mempunyai banyak daun muda dan bebas dari penyakit.Celupkan keratan kedalam serbuk hormon pengakar ( mengandungi asid indolbutirik atau asid naftalenasetik). bunga tiga bulan dan ati-ati mudah membiak daripada keratan kayu hijau.Keratan-keratan yang panjangnya lebih kurang 7. KERATAN KAYU HIJAU. . Contohnya pokok-pokok itu ialah Caladium. ia boleh diubahkan di tempat lain. Gladiousa. KERATAN KAYU HIJAU.ii. . .Pokok-pokok seperti kekwa. iv. . dahlia. PEMBIAKAN DENGAN CARA KERATAN DAUN-BEGONIA.Keratan daun biasanya dilakukan keatas pokok-pokok yang mempunyai daun lendair kerana banyak makanan tersimpan didalam daun itu. halia.Keratan-keratan ini ditanam didalam kotak semaian atau pasu bunga yang mengandungi pasir sungaidan diletakkan ditempat yang teduh.Pilih daun yang sihat daripada pokok-pokok induk.5cm). Bahagikan lai daun kepada beberapa bahagian atau keratan (panjangnya 57. akar dan batang bawah tanah. .

. b.Haiwan-haiwan perosak yang lazimnya menyerang pokok-pokok dalam rumah ialah koya. .Mengutil hujung pokok hendaklah dilakukan semasa tumbesaran.Pokok-pokok yang berdaun besar memerlukan lebih banyak air daripada pokok-pokok lendair seperti kektus. . Memasu semula pokok-pokok yang berakar. i. Merumput haruslah dikerjakan dengan tangan. iii.Membaja patut dilakukan dengan lebih kerap untuk pokok-pokok dalam rumah dan juga pokok-pokok diluar rumah. ii.5 cm lebih besar daripada pasu yang lama. Tumbesaran pokok terbantut atau luar biasa. Menyiram. .Akar yang boleh dilihat dari permukaan tanah juga haruslah dipasukan semula.Jumlah air yang disiram bergantung kepada saiz daun. Pokok itu kelihatan layu. bekas dan jenis tanah. Mengutil. . v. iaitu: a. . . Membaja. vi. .Jika pokok yang berpasu mengeluarkan terlalu banyak akar. Perosakperosak ini boleh dikawal secara terus. Ini untuk menggalakkan tumbuhan yang merimbun dan bercabang-cabang pada sisinya. c. c. . . .Pasu yang digunakan untuk memasu semula haruslah mempunyai diameter 1-2.Pokok dalam tanah berpasir hendaklah disiram lebih kerap berbanding dengan pokok yang ditanam dalam tanah peroi yang lebih berat. . .Tanda-tanda yang menunjukkan pokok diserang oleh haiwan perosak atau penyakit ialah: a. pokok itu eloklah dipasukan semula. d. Daun-daun menjadi kuning dan gugur ketanah. iv. Sebelum mamasu semula. Bahagian-bahagian daun dimakan atau dirosakkan oleh haiwan perosak. teritip daun dan hamma.Baja yang biasa digunakan ialah baja kimia.c) Penjagaan pokok dalam rumah. Menggunakan racun haiwan. Merumput. .Amalan ini boleh dilakukan dengan jari telunjuk dan ibu jari ataupun dengan sekateur.Menyiram harus dilakukan selalu untuk melembapkan tanah tetapi janganlah sampai air bertakung. kutu daun. b. Mengawal perosak dan penyakit. gumpalan tanah pada akar mestilah dipangkas serta daun-daunnya mestilah dipangkas untuk membentuk semula pokok itu. Membuang haiwan perosak itu dengan tangan. Begitu juga sekiranya pokok-pokok itu mengeluarkan akar dari lubang-lubang saliran pasu. Mencurahkan air ke atasnya.

Ini mungkin berlaku disebabkan oleh siraman yang berlebihan dan edaran udara yang baik. Kulat kulapuk mungkin menyerang daun.Pokok-pokok dalam rumah biasanya tidak diserang oleh penyakit.com . Reput akar atau busuk umbut berlaku apabila pokok itu terlampau banyak disiram dengan air. http://tatabahasabm. Ini boleh dikawal dengan menyiram sedikit sedikit sahaja air seperti yang diperlukan. a. b.tripod.. Penyakit ini boleh dikawal dengan dengan menyiram air yang sekata dan dengan menyembur serbuk sulfan. batang atau kudup bunga.