You are on page 1of 9

NAMA KUMPULAN:>HOMO SAPIENS NAMA AHLI:>1)NOR FATINI 2)PUTERI MAS NADYLLA 3)AMIRAH ADLINA 4)SYAZANA AFIQAH 5)DARWISYAH DAYANA

KELAS:>1 HARMONI

MANUSIA ORGANISMA KOMPLEKS

1.

Manusia ialah organisma multisel. Organisma Multisel adalah organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel. Manusia ialah organisma multisel yang kompleks kerana tubuh manusia terdiri daripada kira-kira 200 jenis sel yang diselaraskan untuk membentuk tisu, organ dan sistem.

2.

Setiap sel dalam badan manusia tidak berkemampuan untuk melaksanakan segala fungsi badan seperti pernafasan,pencernaan atau perkumuhan dengan sendirinya. Disebabkan itu wujudnya pengkhususan sel iaitu setip sel mengkhusus dalam melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja.

> Pengkhususan sel dan organisasi sel ini membolehkan fungsi-fungsi tubuh dijalankan secara berasingan.perkara ini membolehkan badan secara keseluruhannya berfungsi dengan lebih cekap dan efisien.

3.

Sekumpulan sel yang mempunyai bentuk dan struktur yang sama dan melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja dipanggil tisu (tissue).

> Tisu mengandungi sel-sel yang mengalami pertumbuhan, adaptasi, dan perubahan dalam sifatsifat yang ada pada mereka untuk membolehkannya melaksanakan fungsi tertentu.

4.

Sekumpulan tisu yang berlainan menjalankan proses kehidupan yang tertentu dipanggil organ.

> Sebagai contoh,kulit adalah organ yang terbentuk daripada tisu epitelium,tisu penyambung,otot tisu dan tisu saraf.contoh lain organ ialah manusia perut,paru-paru,jantung,buah pinggang dan otak.

5.

Beberapa organ yang berlainan bergabung bagi membentuk sebuah sistem untuk menyelaraskan fungsi tertentu di dalam badan. Sebagai contoh organ seperti hidung, paru-paru, bronkus, dan tiub bronkiol adalah saling berkait antara satu sama lain untuk membentuk sistem pernafasan. Sistem badan secara keseluruhannya membolehkan manusia dalam menjalankan proses kehidupan yang normal dan lebih cekap.

Kesimpulannya sel-sel, tisu, organ-organ dan sistem adalah saling berkait seperti berikut:

Pengkhususan sel-sel di dalam badan membolehkan sel-sel badan untuk melaksanakan proses kehidupan seperti perkumuhan, pernafasan dan penghadaman secara serentak. Memastikan agar proses hidup berfungsi dengan cekap dan lancar. Organisma multisel boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dalam sekitarnya.

Perbandingan manusia dengan organisma multisel lain

Manusia biasanya dipelajari sebagai salah satu dari berbagai spesies di muka bumi.pembelajaran biologi manusia juga diperluas ke aspek psikologis serta ragawinya. Secara biologi manusia diartikan sebagai hominid dari spesis homo sapiens.satu-satunya subspesies yang tersisa dari homo sapiens ini adalah homo sapiens. Mereka biasanya dianggap sebagai satu-satunya sepsis yang dapat bertahan hidup dalam dua genus homo.manusia menggunakan daya penggerak(2 kaki)yang sempurna. Dengan adanya 2 kaki untuk menggerakkan badan,kedua tungkai depan dapat digunakan untuk memanipulasi objek menggunakan (ibu jari). Rata-rata tinggi badan perempuan dewasa amerika adalah 162 cm(64 inci) dan rata-rata berat 62 kg(137 paun).pria umumnya lebih besar :175 cm(69 inci)dan 78 kilogram (172 paun). Tentu saja angka tersebut hanya rata,bentuk fisik manusia sangat bervariasi,tergantung pada faktor tempat dan sejarah.meskipun ukuran tubuh umumnya dipengaruhi faktor keturunan,faktor lingkungan dan kebudayaan juga dapat mempengaruhinya.

Anak manusia lahir setelah sembilan bulan dalam masa kandungan,dengan berat pada umumnya 3-4 kilogram dan 50-60 centimeter tingginya.tak berdaya saat kelahiran,mereka terus bertumbuh selama beberapa tahun,umumnya mencapai kematangan seksual pada sekitar umur 12-15 tahun. Anak lelaki masih akan terus tumbuh selama beberapa tahun biasanya pertumbuhan tersebut akan berhenti pada umur sekitar 18 tahun.

Serangga

Ialah benda hidup yang mempunyai bilangan sepsis terbanyak.serangga palis luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain. Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini,termasuk yang belum dikenal oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta,kebanyakkannya pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga,masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya.tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus,sebelum dapat direkodkan kewujudannya,akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan. Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini,didapati banyak serangga berkonsi habitat dengan manusia,di halaman rumah ataupun di dalam rumah.serangga mempunyai banyak kepentingan secara langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini. Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi.

TERIMA KASIH