P. 1
Perayaan Kaum Cina.doc

Perayaan Kaum Cina.doc

4.67

|Views: 6,743|Likes:
Published by snasihah

More info:

Published by: snasihah on Jun 22, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

Perayaan Kaum Cina: Perayaan Ching Ming

Hari Ching Ming merupakan hari dimana masyarakat Cina berziarah ke makam orang tua dan leluhur, membersihkan makam dan juga melakukan ritual sembahyang bagi para leluhur. Kegiatan Ching Ming biasanya dilakukan sepuluh hari sebelum dan sesudah hari Cheng Beng. Hari Ching Ming biasanya jatuh pada tanggal 4, 5 atau 6 April dan dirayakan dalam 10 hari sebelum dan 10 hari selepas Hari Ching Ming. Ini bermakna kaum Cina ada dua puluh hari untuk menunaikan tanggungjawab mereka bagi memberi kehormatan dan peringatan kepada nenek-moyang, ibu-bapa dan ahli-ahli tersayang yang telah meninggal dunia. Ching Ming bermaksud “bersih” dan “cerah” dalam bahasa Cina. Asal Usul Hari Ching Ming Terdapat beberapa kisah tentang Hari Ching Ming. Akan tetapi, yang lebih tepatnya ialah kisah tentang seorang putera yang melarikan diri bersama dengan pengikutnya kerana kerajaannya dikalahkan oleh kerajaan lain. Dalam suatu keadaan dimana mereka kehabisan makanan, Sang Pengikut mengambil sebahagian daging pahanya sendiri untuk dimakan Putera. Bertahun-tahun berlalu, setelah berhasil merebut kembali kerajaannya, Putera berjaya mendapat balik takhta Raja dan ingin membalas budi Sang Pengikut. Akan tetapi ditolak oleh Sang Pengikut tersebut yang ingin migrat ke hutan untuk merawat ibunya yang sudah tua. Berbagai-bagai cara dilakukan Raja untuk bertemu dengan Sang Pengikut tetapi tidak berhasil. Akhirnya Raja memerintahkan prajuritnya untuk membakar hutan tersebut untuk memaksa Sang Pengikut dan ibunya keluar dari hutan. Ternyata, keduanya sudah terbakar hidup-hidup dalam hutan. Akan tetapi, Raja menemui sehelai kain dengan sajak yang ditulis oleh Sang Pengikut. Dia berharap Raja dapat memerintah dengan cekap, bersih, dan cekap, iaitu “Ching Ming” dalam bahasa Cina. Raja amat menyesali perbuatan beliau, oleh itu hari terbakarnya Sang Pengikut ditetapkan sebagai hari sembahyang yang menandakan penghormatan bagi orangtua dan lelulur. Sejak itu, Cheng Beng diperingati setiap tahun sebagai wujud bakti dan syukur kepada orang tua dan leluhur kita. Adat Resam dan Cara Perayaan Kaum Cina yang beragama campuran Taoist dan Buddha, mempunyai kepercayaan bahawa hidup atau mati, mereka terus bertanggungjawab menjaga makan-minum ahli keluarga yang telah mati. Ini adalah sebagai tanda sayang kepada yang telah mati dan bukannya kepercayaan hantu. Majoriti kaum Cina yang menyembah kubur ini adalah dengan niat murni untuk terus mengingati ahli keluarga yang telah mati. Pembakaran bahan-bahan kertas adalah untuk menunjukkan ketaatan mereka kepada nenek moyang kerana mereka mempercayai bahawa roh-roh akan hidup macam mereka juga. Oleh itu, bahan-bahan keperluan dalam bentuk kertas akan dibakar untuk digunakan oleh roh-roh nenek moyang. Kertas perak merupakan duit bagi leluhur. Colok juga dibakar sebagai satu penghormatan dan bentuk makanan kepada leluhur. Selain bahan-bahan kertas akan dibakar untuk leluhur, makanan juga disajikan untuk leluhur. Pada malam yang sama selepas pergi kubur. Di tempat kediaman juga akan diadakan satu penyembahan di tepi jalan yang biasanya di depan rumah kediaman, lebih kurang waktu pukul 9.00 malam. Pantang Larang

1. Biasanya nama batu peringatan untuk Si Mati ditulis dalam warna merah, ada kepercayaan di khalayak cina bahawa biasanya kita tidak menulis nama cina dengan warna merah bagi orang yang masih hidup dalam kehidupan harian, kerana nama merah untuk yang telah meninggal dunia. 2. Semasa membakar kertas duit dan kertas lain ialah jangan diusikkan kertas yang sedang dibakar sehingga bentuk abunya berselerak atau berpecah semasa kertas masih belum habis terbakar, juga hendak memastikan semua kertas memang betul-betul habis dibakar dan jangan ada yang tertinggal sebahagian belum dibakar, kononnya kalau diusik menjadi berselerak/berpecah semasa kertas masih belum habis dibakar, maka apa yang akan diterima oleh nenek moyang kita juga akan berselerak/berpecah dan termusnah seperti mana yang telah kita lakukan, hal yang berlainan kalau kertas sudah habis dibakarkan, bermaksud telah habis dihantarkan ke 'seberang sana' di mana bolehlah diusikkan kalau mahu untuk kertas yang bertimbun di bawah di bakar mudah untuk dinyalakan. 3. Pakaian dan bahan keperluan lain dalam bentuk kertas juga akan ditulis nama penerima supaya bahan-bahan yang dibakar hanya akan diterima oleh Si Mati tersebut. Dengan berbuat demikian, leluhur yang berkeliaran dan tiada saudara mara untuk menyembah mereka tidak akan menimbulkan perebutan.

(kubur dibersihkan dan dihiasi dengan kertas-kertas berwarna-warni melambangkan kesetiaan anak-anak, cucu-cicit kepada simati)

(orang tua ini adalah dipercayakan menjaga ‘pintu masuk’ ke dunia, jadi wajar meminta kebenarannya untuk memberi ‘pas keluar’ kepada si mati untuk keluar dan menghayati makanan yang disembah)

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->