You are on page 1of 50

EKONOMI MALAYSIA

BELANJAWAN NEGARA

Definisi Belanjawan (Bajet) Negara Suatu penyata anggaran kewangan tentang perbelanjaan dan hasil kerajaan untuk satu tahun kewangan yang akan datang

Kerajaan akan mengumumkan tentang perubahan kadar cukai, memperkenalkan cukai baru dan memansuhkan sesetengah cukai sedia ada. Kerajaan turut mengumumkan tentang perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.

Sumber Hasil Kerajaan


Ialah pendapatan baginya untuk melakukan perbelanjaan. Datang daripada hasil cukai (langsung dan tidak langsung) dan hasil bukan cukai.

Hasil Cukai
Cukai Langsung
Merupakan sejenis cukai yang beban cukainya tidak boleh diagihkan @ dipindahkan oleh pembayar cukai kepada orang lain. Beban cukai jumlah cukai yang ditanggung oleh pembayar cukai itu. Cukai langsung terdiri daripada;

Cukai Pendapatan Syarikat


Dikenakan terhadap keuntungan yang diperoleh oleh syarikat berhad sama ada syarikat sendirian berhad @ syarikat awam berhad. Kadar cukainya di Malaysia ialah 28% daripada keuntungan syarikat.

Cukai Pendapatan Perseorangan


Dikenakan terhadap individu yang memperoleh pendapatan melebihi jumlah tertentu selepas ditolak potongan wajib dalam tempoh setahun. Sumber pendapatan dari pekerjaan @ perniagaan, elaun, bonus, dividen, faedah dan sewa. Bersifat progresif iaitu semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi kadar cukai yang dikenakan.

Cukai Pendapatan Petroleum


Dikenakan kepada semua syarikat petroleum yang beroperasi di Malaysia. 38% daripada jumlah pendapatan petroleum.

Cukai Pendapatan Koperasi


Dikenakan terhadap keuntungan koperasi yang beroperasi di Malaysia.

Cukai Keuntungan Harta Tanah


Dikenakan apabila sesuatu harta dijual pada harga yang lebih tinggi berbanding dengan harga beliannya.

Perbezaan dua tingkat harga tersebut disebut sebagai keuntungan harta.

Duti Setem
Dikenakan apabila dokumen harta yang dipindah hak milik desetemkan. Nilai duti bergantung kepada nilai sesuatu harta itu.

Cukai Tanah
Dikenakan kepada pemilik tanah. Kadar cukai berbeza mengikut lokasi dan jenis tanah.

Cukai Pintu
Dikenakan kepada pemilik rumah setiap tahun. Digunakan untuk membiayai infrastruktur dan perkhidmatan awam.

Cukai Tidak Langsung


Sejenis cukai yang beban cukainya boleh diagih @ dipindahkan sepenuhnya @ sebahagian kepada orang lain. Cukai langsung terdiri daripada;

Duti Import
Dikenakan terhadap barang-barang yang diimport dari luar negara. (buah-buahan, minyak wangi, kereta dll.)

Duti Eksport
Dikenakan terhadap barang yang dieksport ke luar negara. (petroleum, kayu balak, kelapa sawit dan getah)

Duti Eksais
Dikenakan terhadap barang-barang seperti rokok, tembakau, minuman keras dan barang mewah seperti kereta dan minyak wangi yang dikeluarkan oleh firma tempatan dan digunakan dalam negeri. Dikenakan untuk menyekat penggunaannya oleh sesetengah golongan masyarakat kerana menjejaskan kesihatan (rokok dan minuman keras).

Cukai Jualan
Dikenakan terhadap barang akhir yang dijual oleh firma dalam negeri dan barangan import.

Cukai Perkhidmatan
Dikenakan terhadap perkhidmatan seperti hotel, restoran, pengiklanan, insurans dan pusat servis kereta. Kadar cukai ialah 5%.

Cukai Perjudian
Dikenakan terhadap syarikat perjudian berlesen seperti kasino, lumba kuda, nombor ekor dll.

Persamaan Cukai Langsung Dengan Cukai Tidak Langsung.


Kedua-duanya merupakan sumber hasil kerajaan. Kedua-duanya digunakan untuk perbelanjaan kerajaan. Kedua-duanya digunakan untuk menstabilkan ekonomi melalui dasar belanjawan negara. Beban cukai ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai. Contohnya cukai perkhidmatan dan cukai pendapatan perseorangan.

Perbezaan Cukai Langsung Dengan Cukai Tidak Langsing


Cukai Langsung
Merupakan sejenis cukai yang beban cukainya tidak bole diagih @ dipindahkan oleh pembayar cukai kepada orang lain.

Aspek perbezaan Definisi

Cukai Tidak Langsung


Merupakan sejenis cukai yang beban cukainya boleh diagih @ dipindahkan sepenuhnya @ sebahagian kepada orang lain. Cukai dikenakan terhadap setiap urus niaga yang langsung. Dikenakan pada bila-bila masa dalam satu tahun tertentu apabila urus niaga dijalankan.

Kebanyakan cukai dikenakan mengikut jumlah pendapatan dan tingkat keuntungan.


Cukai ini dikenakan setahun sekali kecuali duti setem. Memberi kesan secara langsung kepada kebajikan individu tersebut Cukai pendapatan syarikat, perseorangan, petroleum dan duti setem

Bentuk cukai Kekerapan Kebajikan individu Contoh

Tidak memberi kesan secara langsung kepada kebajikan individu yang dikenakan cukai.
Duti import, duti eksport, cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Ulangkaji
Yang berikut merupakan jenis-jenis cukai langsung, kecuali
A. B. C. D. Cukai pendapatan individu Cukai perkhidmatan Duti setem Cukai keuntungan syarikat

Beban cukai ini boleh dipindahkan sebahagian atau sepenuhnya kepada orang lain Penyataan ini merujuk kepada
A. B. C. D. Cukai pusaka Cukai pembangunan Cukai perkhidmatan Cukai pendapatan syarikat

Apakah maksud belanjawan negara? Nyatakan dua jenis cukai pendapatan? Nyatakan dua jenis cukai langsung?

Hasil Bukan Cukai


Hasil bukan cukai seperti hasil sewa rumahrumah kerajaan, royalti daripada syarikat petroleum, pendapatan daripada pelaburan, selain hasil pengeluaran lesen dan permit termasuk bayaran denda.

Perbelanjaan Kerajaan
Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan Pembangunan

Perbelanjaan Mengurus
merupakan perbelanjaan semasa yang ditanggung oleh kerajaan pada setiap tahun bagi memastikan pengurusan & dan pentadbiran kerajaan berjalan lancar. Perbelanjaan mengurus terbahagi kepada 7 komponen iaitu: Emolumen - perbelanjaan bagi pembayaran gaji & elaun kakitangan kerajaan. Bayaran Khidmat Hutang - bayaran balik pinjaman sama ada hutang dalam negeri ataupun luar negeri.

Bekalan & Perkhidmatan - membeli segala bekalan keperluan dan bahan yang digunakan oleh pentadbiran kerajaan. Pencen & Ganjaran - bayaran kepada kakitangan awam yang bersara. Pemberian & Serahan Kepada Kerajaan Negeri peruntukan di bawah sektor bayaran pindahan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri. Perbelanjaan lain - pemberian subsidi, pemberian kepada badan berkanun dll.

Perbelanjaan Pembangunan
perbelanjaan yang melibatkan perbelanjaan terhadap projek sosial ekonomi yang akan meningkatkan tingkat sosio ekonomi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Perbelanjaan pembangunan terbahagi kepada 4 sektor iaitu: Keselamatan - pertahanan & keselamatan dalam negeri Perkhidmatan Sosial - bina sekolah, hospital, poliklinik dsbgnya

Perkhidmatan Ekonomi - kemudahan awam, pengangkutan dsbgnya. Pentadbiran Am

PERBEZAAN ANTARA PERBELANJAAN MENGURUS DENGAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN.


PERBELANJAAN MENGURUS Merupakan perbelanjaan semasa dan bersifat ulangan kerajaan persekutuan. Membayar kos pentadbiran dan pengurusan kerajaan persekutuan. Contoh:Emolumen, bayaran khidmat hutang, bekalan dan perkhidmatan PERBELANJAAN PEMBANGUNAN Merupakan perbelanjaan pelaburan kerajaan persekutuan. Menambahkan modal fizikal negara.

Contoh:Pembangunan pertanian dan pembangunan luar bandar serta pembinaan infrastruktur.

Ulangkaji
Antara yang berikut, manakah yang merupakan perbelanjaan mengurus? I. Perbelanjaan pelaburan kerajaan II. Perbelanjaan semasa kerajaan III. Perbelanjaan yang bersifat ulangan IV. Perbelanjaan untuk menambahkan keupayaan pengeluaran

Antara yang berikut, manakah yang merupakan perbelanjaan mengurus kerajaan? I. Membina sekolah dan jambatan II. Membaik pulih jalan dan makmal sekolah III. Bayaran khidmat hutang IV. Bayaran elaun kakitangan awam
A. B. C. D. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

Huraikan maksud dan jenis-jenis perbelanjaan mengurus dan pembangunan kerajaan persekutuan.

SELAMAT MENJAWAB

Jenis-Jenis Belanjawan Negara


Belanjawan Seimbang
Jum. Hasil Kerajaan = Jum. Perbelanjaan kerajaan

Belanjawan Lebihan
Jum. Hasil Kerajaan > Jum. Perbelanjaan kerajaan

Belanjawan Kurangan
Jum. Hasil Kerajaan < Jum. Perbelanjaan kerajaan

Tujuan Belanjawan Negara


Menganggarkan sumber hasil dan perbelanjaan kerajaan Mencapai kestabilan ekonomi Membangunkan ekonomi Memperbaiki imbangan pembayaran kurangan negara Merapatkan jurang perbezaan pendapatan Menggalakkan tabungan

Belanjawan Negara Sebagai Alat


Mengawal Inflasi Mengawal Kemelesetan Ekonomi

Inflasi
Keadaan ekonomi yang mengalami kenaikan tingkat harga umum secara berterusan dan tidak terhad.

Guna Tenaga Penuh


Keadaan ekonomi yang telah menggunakan semua sumber-sumber ekonomi yang sedia ada untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

Kemelesetan Ekonomi
Keadaan ekonomi yang keluaran negara menurun secara berterusan dan pengangguran semakin meningkat untuk satu jangka masa yang panjang.

Konsep Inflasi

Cara Belanjawan Mengatasi Inflasi

Konsep Kemelesetan Ekonomi

Cara Belanjawan Negara Mengatasi Kemelesetan Ekonomi

HUTANG NEGARA
Pinjaman kerajaan dari sumber dalam negeri dan luar negara. Kerajaan memperoleh pinjaman dalam negeri melalui: Penerbitan sekuriti kerajaan
Janji bertulis antara kerajaan dengan peminjam. Kerajaan akan membayar kadar faedah kepada pemilik sekuriti.

Bil Perbendaharaan
Alat hutang jangka pendek bagi sektor awam iaitu mempunyai tempoh matang kurang daripada setahun.

Sijil Pelaburan
Diterbitkan khusus untuk institusi kewangan Islam da tidak mengandungi faedah.

Pinjaman-Pinjaman Lain
Pinjaman bersindiker (berkumpulan). Daripada Kumpulan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Bank Perdagangan KWSP

Kerajaan memperoleh pinjaman luar negara melalui tiga cara iaitu: Pinjaman Pasaran
Kerajaan persekutuan menerbitkan bon-bon dan nota kadar terapung untuk dijual di pasaran modal antarabangsa di London, Tokyo dan New York. Kerajaan meminjam daripada pasaran antarabangsa melalui pinjaman bersindiket.

Pinjaman Projek
Diperolehi daripada institusi kewangan antarabangsa untuk membiayai projek pembangunan negara.

Kredit Pembekal
Pinjaman berbentuk barangan yang bayarannya ditangguhkan untuk suatu masa tertentu.

Tujuan Pinjaman Kerajaan


Menampung kekurangan hasil kerajaan Membiayai pembangunan ekonomi Mengagihkan pendapatan melalui projek tertentu Membiayai kelewatan kutipan hasil cukai

Kelebihan Pinjaman Negeri Berbanding Dengan Pinjaman Luar Negara


Tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing. Tidak melibatkan pengaliran keluar wang Lebih mudah dan fleksibel Kadar faedah yang lebih rendah

Ulangkaji
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan pinjaman dalam negeri?
A. B. C. D. Kadar faedah lebih tinggi Pengaliran keluar pertukaran asing Pasaran modal yang lebih sempit Syarikat pinjaman yang lebih fleksibel

Yang berikut adalah tujuan kerajaan persekutuan membuat pinjaman, kecuali


A. Menutupi belanjawan kurangan B. Membiayai pembangunan ekonomi C. Mengagihkan pendapatan melalui projek tertentu D. Mengimbangi pembayaran kurangan

Apakah maksud hutang negara? Jelaskan tujuan hutang negara kepada Malaysia?

TAMAT

You might also like