You are on page 1of 4

TUGASAN PROJEK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) TAJUK PROGRAM: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

(MAJOR SAINS) AMBILAN JANUARI 2011 TAJUK KURSUS: BUMI DAN ANGKASA LEPAS KOD KURSUS : SCE 3110 TARIKH MULA: 21 JULAI 2013 Hasil Pembelajaran: Adalah diharapkan pelajar akan dapat: 1. Membincangkan planet bumi dan atmosferanya. 2. Menerangkan perubahan dalam landskap fizikal Bumi berdasarkan prinsip-prinsip dan proses-proses sains bumi. 3. Membincangkan objek-objek angkasa yang berbeza 4. Membincangkan sistem suria. 5. Mempamerkan kompetensi dalam menggunakan pelbagai instrumen sains bagi memerhati dan merekod perubahan dalam angkasa. 6. Menjelaskan hubungan antara teori, pengetahuan dan penyiasatan amali dalam Menyiasat Bumi dan Angkasa menerusi pengetahuan kandungan pedagogi dalam kurikulum sains sekolah rendah. Projek ini menumpukan kepada Hasil Pembelajaran 3,5 dan 6 Objektif Projek : 1. Mengumpulkan dan memahamai maklumat tentang pembolehubah-pembolehubah yang mempengaruhi hujan, batuan dan pergerakan matahari dan bulan/bintang. 2. Menulis ringkasan fakta-fakta, konsep-konsep, prinsip-prinsip dan teori-teori berkaitan maklumat yang dikumpulkan. 3. Mempamerkan kompetensi dalam menggunakan dan mencipta instrumen-instrumen untuk memerhatikan dan merekodkan perubahan-perubahan dalam daratan dan angkasa. 4. Menghubungkaitkan teori dengan data yang dikumpulkan. 5. Menghasilkan satu pakej pengajaran dan pembelajaran untuk memenuhi hasil pembelajaran tertentu dalam kurikulum sains sekolah rendah. TARIKH HANTAR: 1 SEPTEMBER 2013 NAMA PELAJAR:

SEMESTER/ PERINGKAT : 5

Tugasan Projek (100%: Wajaran 60%) Projek ini akan memerlukan anda membuat pemerhatian awan, batu-batan, bulan, dan matahari, menganalisis data dan mengaitkannya dengan teori. Terdapat tiga komponen tugasan yang perlu dilaksanakan iaitu menjawab soalan, 4 amali dan 1 aktiviti Pedagogi Isi Kandungan (PIK).

A. Jawab soalan (20%) - Individu Jawab soalan-soalan berikut. 1. Terangkan faktor-faktor yang boleh digunakan untuk meramal hujan.

2.

Terangkan bagaimana ahli geologi mengenalpasti klasifikasi batu yang dijumpai di suatu tempat.

3.

Terangkan perkaitan di antara ekliptik dengan altitut dan azimuth matahari setiap hari di tempat-tempat yang berbeza .

4.

Terangkan perkaitan pergerakkan bulan mengelilingi bumi dan masa terbit dan terbenam bulan.

B. Laporan Amali (50%) AMALI - (Individu) 1. Anda dikehendaki melakukan amali untuk empat (4) tajuk berikut: a. Awan b. Batu batan c. Bulan d. Matahari Rujuk risalah Panduan Amali SCE 3110 Bumi dan Angkasa Lepas. 2. Tulis dan hantar laporan untuk setiap amali menggunakan format berikut: a. Tajuk b. Tujuan /Hipotesis c. Teori d. Peralatan e. Prosedur f. Data pemerhatian g. Analisis dan interpretasi data 2

h. Kaitan data dan teori h. Kesimpulan

C. Laporan mengatasi miskonsepsi (30%) (Kumpulan dua- tiga orang) 1. Cari satu miskonsepsi yang sering dihadapi oleh murid dalam satu topik dalam sukatan pelajaran sains rendah berkaitan dengan Bumi dan Alam Semesta. 2. Tuliskan satu laporan menerangkan miskonsepsi, konsepsi yang betul, kemungkinan mengapa miskonsepsi wujud and satu alat bantu mengajar yang akan menolong murid membentuk konsepsi yang betul tanpa memberi tahu murid secara terus. 3. Sediakan alat bantu mengajar itu. 4. Cuba alat bantu mengajar itu dengan lima orang murid. Dapatkan konsepsi mereka sebelum dan selepas pengajaran. 5. Tuliskan laporan hasil penggunaan alat bantu mengajar anda dengan menyatakan kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dibuat. Komponen A dan B dijalankan secara individu. Manakala komponen C dijalankan secara berkumpulan 2-3 orang. Panduan Pelaksanaan Projek Tugasan ini adalah tugasan secara iindividu dan berkumpulan. Portfolio disediakan secara individu dan ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah. Menyalin tugasan dari rakan/kenalan adalah tidak dibenarkan. Memplagiat dari manamana sumber adalah ditegah sama sekali. Sumber bahan rujukan mesti menggunakan format APA (American Psychological Association) Penulisan anda menggunakan langkau 1.5 baris dan fon Arial bersaiz 12. Senarai lampiran adalah wajib. Bahagian kulit luar /muka depan kerja kursus hendaklah mengikut templet terkini. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu. Penghantaran yang lewat boleh menyebabkan kehilangan markah . Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%. Borang Maklum Balas Kerja Kursus perlu dilampirkan selepas muka depan kerja kursus. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kiriteria berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Maklumat yang terperinci mengikut kehendak soalan. Organisasi yang jelas, teliti dan kemas Bahan-bahan sokongan yang jitu dan tepat Kerja berpasukan yang berkesan dan cepat. Kebolehan membuat rujukan dan menggunakan dengan baik.

Kriteria Pentaksiran Tugasan akan diperiksa berlandaskan rubrik pentaksiran yang disedIakan.

You might also like