HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NAMA NO.K/P

: ROSMALIZA BT ABD. MAJID : 730520-03-6176

NO.MATRIK : 730520036176001 NO.TEL E-MAIL TUTOR : 012-9197893 ROSHAKIM73@GMAIL.COM.MY : ENCIK IBRAHIM BIN IDRIS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2012
KELANTAN LEARNING CENTRE OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

1

1.0 PENGENALAN 1.1 Definisi Fonetik Dan Fonologi 1.2 Definisi Bunyi-Bunyi Bahasa 2.0 BUNYI VOKAL 2.1 Vokal hadapan 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 Vokal hadapan sempit Vokal hadapan separuh sempit Vokal hadapan separuh luas Vokal hadapan luas

3 4 5 6-14

2.2 Vokal tengah 2.2.1 Vokal tengah pendek

2.3 Vokal belakang 2.3.1 2.3.2 2.3.3 Vokal belakang sempit Vokal belakang separuh sempit Vokal belakang separuh luas 15-24

3.0 BUNYI KONSONAN 3.1 Konsonan letupan 3.2 Konsonan geseran 3.3 Konsonan getaran 3.4 Konsonan sisian 3.5 Konsonan sengauan 3.6 Separuh vokal 3.7 Konsonan pinjaman 4.0 TRANSKRIPSI FONETIK 5.0 PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON 5.1 Fonem 5.2 Alofon 6.0 FONEM SUPRASEGMENTAL 6.1 Ciri-ciri Fonem Suprasegmental 6.2 Kepentingan Fonem Suprasegmental 7.0 PENUTUP
2

24-25 26-27

28-31

32

1.0 PENGENALAN Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan.Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada

disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan,seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda.Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis.Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya.Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.

3

bukan bunyi bahasa. Dalam Merriam Webster‟s College Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including.1 Fonologi Menurut Abdullah Hassan ( 1993) fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran manusia.2 Fonetik Menurut Arbak Othman (1983). Menurut Kamus Dewan. Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi.Manakala mengikut pendapat Dr. fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354).1..maupun bunyi-bunyi marginal. fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.Lufti Abas (1985) fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yangdiucapkan melalui mulut manusia. dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. Raminah Haji Sabran (1984) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa UntukPelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat.1 Definisi Fonetik Dan Fonologi 1.1. especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages”. Sebagai ilmu. 4 . Parker( 1974:112 ) menjelaskan bahawa ilmu fonologi ialah suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan. manakala sebagai kemahiran. Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia.1. fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. baik bunyi manusia. Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya. 1.

apabila dua orang bertutur. rongga tekak dan mulut atau hidungatau kedua-duanya. Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi.Bunyi tersebut hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Proses pertuturan akan mengeluarkan bunyi-bunyi yang bermakna. Alat-alat artikulasi adalah sebagaimana rajah di bawah: Rajah Organ Artikulasi Secara umumnya. terdapat tiga golongan bunyi dalam Bahasa Melayu iaitu vokal.Udara yang keluar ituakan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Udara yang bergerak keluar dari paru-paru melalui tengkorak. mereka saling memahami perkara yang dituturkan.Bunyi tersebut dikenali sebagai bunyi vokal.2 Definisi Bunyi-Bunyi Bahasa Bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Manakala.1.Golongan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasadi seluruh dunia dan merupakan bunyi yang berfungsi dalam pertuturan secara lisan.Vokal ialah bunyi yang dihasilkan apabila udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa tersekat atau terhimpit.Sebagai contoh. Bunyi konsonan dihasilkan apabila terdapat gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu. 5 . konsonan dan diftong. golongan kedua ialah bunyi konsonan. pita suara.

dan [  ] dan satu vokal tengah. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan. iaitu: [ u ]. Dari segi tulisan dan penyebutan standard. Berdasarkan pentakrifan tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-bunyi bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan.sekatan atau himpitan yang boleh Yunus Maris (1964) berpendapat. empat vokal depan. [ e ]. Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu : i) ii) iii) Vokal hadapan Vokal tengah Vokal belakang terhasilkan apabila udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan. iaitu: [ i ]. terdapat pula bunyi geluncuran vokal yang dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i]. dan apabila membunyikannya udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan gangguan. 2.0 BUNYI VOKAL Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara.Jenis-jenis vokal itu boleh dilihat melalui carta vokal yang disediakan di bawah : 6 . [ o ]. terdapat lapan buah vokal dalam Bahasa Melayu iaitu.Selain dua golongan utama itu. [  ].Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan.Bunyi diftong terhasil bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain.vokal bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis.Penggetaran pita suara itu tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga mulut. dan [ a ]dan tiga vokal belakang. terdapat sembilan jenis vokal yang sering dihasilkan. Daniel Jones (1930) dalam bukunya Outline of English Phonetic mengatakan : “Vokal adalah bunyi bersuara yang menimbulkan bunyi-bunyi geseran”. iaitu [ ə ]. tetapi didalam pertuturan.

Jenis vokal Vokal Hadapan Lambang [i] [e] [ ] [a] Nama Vokal Vokal hadapan sempit Vokal hadapan separuh sempit Vokal hadapan separuh luas Vokal hadapan luas Vokal Tengah [ ə] [3] Vokal tengah pendek Vokal tengah panjang Vokal Belakang [ù] [o] [] Vokal belakang sempit Vokal belakang separuh sempit Vokal belakang separuh luas Jenis-jenis Vokal Bahasa Melayu Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal yang terhasil itu ialah lidah. sama ada bahagian depan lidah. tengah lidah atau belakang lidah seperti dalam jadual di bawah: Bahagian terlibat Depan lidah Tengah lidah Belakang lidah lidah yang Bunyi terhasil Vokal depan Vokal tengah Vokal belakang vokal yang 7 .

manakala bibir dalam keadaan bundar semasa vokal belakang dihasilkan.Rajah di bawah inimenunjukkan keratan rentas lidah.Garis-garis melintang menunjukkan ketinggian lidah.Keadaan bibir neutral semasa menghasilkan vokal tengah. Kedudukan vokal Bahasa Melayu Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut: Bibir dalam keadaan terhampar semasa bunyi vokal depan dihasilkan.Melalui rajah ini menunjukkan kedudukan lidah semasa bunyi vokal dihasilkan. 8 .

itik. Contoh vokal hadapan sempit di dalam perkataan : Awal ikan. Bibir dihamparkan separuh sempit. beli. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke hadapan gusi. Bibir dihamparkan 2.2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak terkeluarmelalui rongga hidung. cicak Akhir ceri.2 Vokal hadapan separuh sempit [ e ] Cara membunyikannya : 1. ciku. 2.1. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan sempit [ i ] 6.1 Vokal hadapan 2.1 Vokal hadapan sempit [ i ] Cara membunyikannya : 1. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. ibu Tengah bilang. 9 .1. guli 2. 4. 5. Depan lidah dinaikkan tinggi kearah gusi 3.

Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan sempit [ e ] 6. pelek. leper Akhir sate 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Contoh vokal hadapan separuh sempit di dalam perkataan : Awal enak.Contoh vokal hadapan separuh luas di dalam perkataan : Awal etok. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. bule 10 . 4. ude.3 Vokal hadapan separuh luas [ ] Cara membunyikannya : 1. 4. 3. ekor. edoh Tengah gelek.3.1. elo. 2. Bibir dihamparkan separuh luas. etak Tengah bela. Bunyi vokal ini hadir dalam perkataan dalam dialek Kelantan. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan separuh luas[ ] 6. 5. beso Akhir tule. Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi. 5. berang.

api. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan luas[ a] 6. Bibir dalam keadaan hampar. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. rasa.Vokal hadapan separuh luas [ ] 2. 2. Depan lidah diturunkan serendah mungkin. 5. 3.4 Vokal hadapan luas [ a ] Cara membunyikannya : 1.1. anak Tengah bayang. 4. paku Akhir cara. pita 11 . Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Contoh vokal hadapan luas di dalam perkataan : Awal ayam. baru.

empat. benang Akhir sosialisme 2.3 V okal belakang 2. 5. 2. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut.2.1 Vokal tengah pendek [ə] Cara membunyikannya : 1. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. 2.1 Vokal belakang sempit [ u ] Cara membunyikannya : 1. Contoh vokal tengah pendek di dalam perkataan : Awal emas. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal tengah pendek[ə] 6. enam Tengah kemas. Tengah lidah dinaikkan sedikitke arah lelangit keras. Belakang lidah dinaikkan tinggike arah lelangit lembut. 12 .3. 3.2. Bibir dalam keadaan hampar. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. kejam.2 Vokal tengah 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Bibir dibundarkan. 4.

bubur. gandum Akhir paku. oleh Tengah tolong. Bibir dibundarkan. Akhir polo. ubi Tengah burung. oren. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang bundar[ u ] 6. satu. botol. 5. roti.3. solo 13 . uda. Contoh vokal hadapan luas di dalam perkataan : Awal ubat. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [ o ] 6. 4.2 Vokal belakang separuh sempit [ o ] Cara membunyikannya : 1. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. 2.5. 3. Belakang lidah dinaikkan tinggi ke arah lelangit lembut. 2. Contoh vokalbelakang separuh sempit di dalam perkataan : Awal orang. kubu.

Bibir dibundarkan. 4. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas [ ] 6. 3.sekoloh Akhir guano.3 Vokal belakang separuh luas [  ] Cara membunyikannya : 1. otok.2. kito.Contoh vokalbelakang separuh luas di dalam perkataan : Awal ore. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Bunyi ini terdapat dalam perkataan dalam dialek Kelantan.3. Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. 5. oloh Tengah sudoh. 2. bilo Vokal Belakang Separuh Luas [  ] 14 . Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. pecoh.

sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut.Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara. udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur.3.0 BUNYI KONSONAN Konsonan ialah bunyi-bunyi yang mungkin bersuara atau tidak bersuara.Ketika mengeluarkan bunyi konsonan. Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Ini berlaku dalam konsonan sengau. tekak atau hidung. Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut: Daerah sebutan Cara sebutan Letupan Letusan Sengau Geseran Getaran Sisian Separuh vokal p m w b t n s r l d bibir Gigi-gusi Lelangit keras c (ny) y j (ng) ŋ Lelangit lembut k g h Glotis Carta konsonan Bahasa Melayu 15 .iaitu vokal disengaukan oleh konsonan itu. Konsonan juga boleh mempengaruhi vokal dalam sebutan bunyi.

3. 3.Bezanya ialah: 1. 2.Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut denganmenggetarkan pita suara. 4.Pita suara direnggangkan.1. 2.3.1 Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara[p] Cara membunyikannya: 1.2 Konsonan letupan dua bibir bersuara [b] Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [p].1.Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekakuntuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.1 Konsonan letupan 3.Pita suara dirapatkan.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b] Konsonan Letupan [ p ] dan [ b ] 16 .Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p]. 3.

1.Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.6. 2.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung. 5. Cara membunyikannya: Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [t]. 3.Pita suara direnggangkan.1. Cara membunyikannya: 1.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t] 3.Bezanya ialah: 1.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta . 3. 4. 2.3. Konsonan Letupan [ t ] dan [ d ] 17 .Pita suara dirapatkan.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d].3 Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t].4 Konsonan letupan gusi bersuara [d].

4. 18 . 6.Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung 3.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidakbersuara [k]. 2.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.Pita suara dirapatkan. Cara membunyikannya: 1.1.Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskanserta-merta. 3.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g]. 2. 5.Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru. 3. 4. Cara membunyikannya: Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [k].3.6 Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g].Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menutup arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.Bezanya ialah: 1. 5.5 Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.Pita suara direnggangkan.1.

Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glottis. 3.2 Konsonan geseren glotis bersuara [ h ] Cara membunyikannya : 1.1 Konsonan geseran gusi tidak bersuara [ s ] 3.Pita suara dibuka untuk membuat sempitan pada glottis.2.Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glottis bersuara [ h ] 3.2 Konsonan geseran 3.2.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.Konsonan Letupan [ k] dan [ g ] 3. Pita suara digetarkan 4.3 Konsonan getaran 19 . 2.

3. Perbezaan yang berlaku pada keempat-empat bunyi nasal itu adalah pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut.5 Konsonan sengauan Konsonan Sengauan ini boleh dibahagikan kepada empat bunyi n asal yang terdapat di dalam bahasa Melayu.3.4.1 Konsonan sisian gusi bersuara [ l ] Cara membunyikannya: 3.1 Konsonan getaran gusi bersuara [ r ] 3.Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan.4 Konsonan sisian 3. Contohnya adalah :20 .

5.2 Konsonan sengauan dua bibir tidak bersuara [ n ] Cara membunyikannya: 21 .5.1 Cara membunyikannya: Konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ] 3.3.

Pita suaraakan ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung kerana lelangit lembut dan anak tekak tidak dirapatkan. Pita suara dirapatkan. 3.3 Cara membunyikannya: Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] Cara pengeluar udara bagi konsonan sengauan [ŋ]adalah sama tetapi berbeza pada sekatan di mulut iaitu arus udara di sekat oleh lidah belakang dan lelangit lembut yang menyebabkan udara terus kehidung.5.4 Cara membunyikannya: Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ɲ] Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras.5. Maka terhasillah bunyi sengauan bersuara [ɲ ] 22 .3.

Pita suara digetarkan sambil lidahbergerak pantas untuk membunyikan vokal [ə].2 Cara membunyikannya : Separuh vokal lelangit keras bersuara [ j ] Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.3.6 Separuh vokal 3. Bibir dihamparkan dan lelangit lembut dinaikkan ke belakang anak tekak. 23 .6.6.1 Separuh vokal dua bibir bersuara [w] Cara membunyikannya: 3.

Contohnya : thabit 4) Geseran gigi bersuara [ d ]. Contohnya : zalim 6) Geseran lelangitkeras tidak bersuara 7) Geseran lelangit lembut tidak bersuara [ kh ].3. Sanskrit. seperti bahasa Arab. /a/ /e/ /ə / /i/ /o/ /u/ [ awan ] [ elok ] [ emak ] [ ibu] [ otak] [ ular ] Contoh Transkripsi Fonetik Tengah [ beras ] [ leher ] [ bela ] [ tiba ] [ botol ] [ busuk ] Akhir [ nama] [ tempe ] [ tauge ] [ padi ] [ pidato ] [ hidu ] 24 .Transkripsi fonetik juga digunakan oleh pengkaji dialek. Contohnya : fasa 2) Geseran bibir-gigi bersuara [ v ]. 5. bahasa Inggeris dan sebagainya. 6.Lambang fonetik ditulis dalam kurungan [ ]. 3.Konsonan-konsonan tersebut terdiri daripada : 1) Geseran bibir-gigi tidak bersuara [ f ].7 Konsonan pinjaman Konsonan pinjaman bermaksudkonsonan-konsonan yang bukan berasal dari bahasa Melayu tetapi dipinjam dari bahasa lain. Contohnya : khairat 8) Geseran lelangit lembut bersuara [ gh ]. 4. Berikut ialah jadual transkripsi fonetik bagi menghasilkan bunyi vokal : Bil Fonem Awal 1. 2. Contohnya : variasi 3) Geseran gigi tidak bersuara [ th ]. Contohnya : ghaib 4.0 TRANSKRIPSI FONETIK Transkripsi fonetik bermaksud satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan lambang-lambang fonetik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Contohnya : hadhir 5) Geseran gusi bersuara [ z ].

Di bawah ini disediakan jadual transkripsi fonetik untuk menghasilkan setiap huruf konsonan. Bil Huruf Fonem Awal 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 b c d f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s t v w z /b/ /č / /d/ /f/ /g/ /ᴕ / /h/ /j/ /k/ /x/ /l/ /m/ /n/ /ŋ/ / ɲ/ /p/ /q/ /r/ /s/ /t/ /v/ /w/ /z/ [ baju ] [čawan ] [ daun ] [ faham ] [ ganas ] [ ᴕaib ] [ hakim ] [ jalan ] [ kalau ] [ xairat ] [ lama ] [ makan ] [ nasi ] [ŋilu } [ ɲiru ] [ pakai ] [ qari ] [ ragu ] [ sagu ] [ tasiʔ ] [ van ] [ wau ] [ zip ] Contoh Transkripsi Fonetik Tengah [ abu ] [ ačar ] [ adun ] [ wafat ] [ duga ] [ maᴕ rib ] [ mahal ] [ hujan ] [ suka ] [ axirat ] [ ulam ] [ umi ] [ panas ] [aŋin ] [ buɲi ] [ sapu ] [ aqiqah ] [ urat ] [ usah ] [ utas ] [ larva ] [ awan ] [ gizi ] Akhir [ adab ] [ č ] [ abad ] [ asnaf ] [ jag ] [ baliᴕ] [ mekah ] [ buruj ] [ masuʔ ] [ tarix] [ kapal ] [ ulam ] [ pun ] [ yaŋ ] _ [ suap ] [ biar ] [ puas ] [ alat ] [ wow ] - 25 .

1 Fonem Fonem ialah unit bahasa yang terkecil yang membezakan makna. g dan p. tulang dengan dulang. maka dikatakan bunyid dan bunyi t adalah bunyi yang distingtif yang membezakan makna. kecuali bunyi d dan bunyi t).Perkataan pedang dan petang masing-masing terdiri daripada enam unit bunyi iaitu p.Disebabkan perkataan pedang berbeza makna dengan perkataan petang(walaupun dari segi bunyinya hampir sama. t. dan bunyi fonem ini diletakkan dalam kurungan fonem. a.Dalam pasangan minimal dua perkataan itu terdapat bunyi yang berbeza(distingtif).5. iaitu bunyi d dan bunyi t. dan lain-lain. Oleh itu bunyi d dan bunyi t adalah bertaraf fonem yang berbeza. 26 . Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem iaitu unit bunyi yang terkecil.Misalnya pasangan minimal perkataan pedang dengan petang. Contohnya : pakar dengan bakar. d.0 PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON 5. Contoh-contoh pasangan minimal yang lain yang membezakan makna adalah seperti berikut : a) tulang pulang / t/ dan/ p / adalah fonem yang berbeza b) kurap turap / k / dan / t / adalah fonem yang berbeza c) sayang wayang / s / dan / w / adalah fonem yang berbeza Selain daripada contoh pasangan minimal di atas terdapat banyak lagi pasangan minimal yang lain yang membezakan makna.iaitu / d/ dan / t /. e. a. n.Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan. n. e. kaya dengan paya. g.

Ketiga-tiga bunyi itu adalah saling lengkap melengkapi. 27 .Bunyi alofon k terjadi akibat kehadirannya dalam perkataan kiri ( iaitu k yang diikuti oleh vokal depan).Dengan itu. Misalnya bunyi fonem / k / dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana terpengaruh dengan bunyi di sekitarnya. lupa dan luap.5. Maksudnya bunyi-bunyi alofon itu hamper-hampir sama dari segi pengucapannya dan penghasilannya. k. Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna.Misalnya fonem p dalam palu. yakni tidak diletupkan. dan ?. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna . misalnya alofon k. fonem p mempunyai dua alofon. tetapi dalam luap. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. misalnya faham dengan paham tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza. Bunyi k terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda ( iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u ). Bervariasi bebas dimaksudkan walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu. k.Bunyi ? terjadi kerana kehadirannya di akhir kata dalam suku kata tertutup seperti dalam perkataan kaka? Dalam hal ini alofon k. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau yang terkemudian daripadanya.Dengan saling melengkapi dimaksudkan masing-masing bunyi tersebut memduduki posisi tertentu( tempat masing-masing) dalam bahasa Melayu.2 Alofon Alofon ialah anggota-anggota kepada satu fonem. daripada ketiga-tiga contoh kata di atas. dan ?adalah alofon-alofon daripada keluarga bunyi yang samaiaitu fonem / k /. Ketiga-tiga bunyi tersebut ialah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik. Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas.

Terdapat lima jenis ciri-ciri suprasegmental iaitu : a) Tekanan b) Nada c) Jeda d) Intonasi e) Panjang-pendek 6.Biasanya tekanan dalam perkataan bahasa Melayu berlaku pada suku kata yang kedua.1 Tekanan Tekanan ialah ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata.2 Nada Nada merupakan naik atau turunnya suaradalam pengucapan perkataan.Tekanan biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Contohnya dalam perkataan ki ta .manakala prog res bermaksud “ kemajuan “ ( kata nama ).6. Banyak bahasa yang dituturkan dengan menggunakan nada. Dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris. Contohnya perkataan pro gres bermaksud “ memajukan ”( kata kerja ) . Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan nada seperti berikut : 28 .Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. 6. bahasa Thai bahasa Vietnam dan lain-lain lagi. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal. Ianya bermaksud ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental.Terdapat tanda atau lambang yang digunakan untuk membezakan tinggi rendahnya bunyi satu-satu perkataan itu. ba pa . dan nada ini membezakan makna seperti bahasa Mandarin. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah / „ /.tekanan boleh membezakan makna.0 FONEM SUPRASEGMENTAL Fonem suprasegmental atau fonem suprapenggalan ialah ciri atau sifat bunyi yang menindih atau menumpangi sesuatu fonem. sa tu dan sebagainya.

Contohnya ujaran I scream . ( Saya memberitahu datuk bahawa saya makan pisang ) 6. jeda dan nada secara kombinasi turut membentuk intonasi ayat dan digunakan dalam pertuturan.Semua jenis ciri suprasegmental atau suprapenggalan. Contohnya . Contohnya ayat “ Saya makan pisang datuk “boleh dibezakan maknanya dengan memakai jeda seperti berikut : # Saya makan pisang datuk # ( maksudnya saya makan pisang kepunyaan datuk ) # Saya makan pisang # datuk. Manakala bagi ayat tanya pula mempunyai intonasi yang tinggi pada akhir ayat.Apabila kitamengujarkan dialog kita akan menggunakan ayat-ayat yang diucapkan secara bersambung-sambung.Intonasi juga disebut lagu bahasa. ayat atau rangkai kata. Dalam bahasa Inggeris unsur jeda ini boleh membezakan makna.Nada Nada rendah Nada biasa Nada tinggi Nada sangat tinggi Lambang 1 2 3 4 6.Jeda juga digunakan untuk membezakan makna ayat. iaitu tekanan.Terdapat pelbagai intonasi atau laguyang tedapat pada ayat dalam bahasa Melayu. ayat berita mempunyai intonasi yang menurun pada akhir ayat. kepanjangan. Ayat-ayat yang dituturkan itu menggunakan intonasi atau lagu yang berbeza-beza.4 Intonasi Intonasi ialah turun naik nada suaradalam pengucapan ayat atau frasa. 29 . “ saya menjerit “ dan ice cream “ eskrim “ dengan tanda jeda seperti yang berikut : I scream Ice cream # ai + skri : m # # ais + kri : m # “ saya menjerit “ “ eskrim “ Sebenarnya jeda atau persendian merupakan unsur pembeza dalam bahasa. iaitu perkataan. Lambang yang digunakan untuk jeda ialah # .3 Jeda Jeda yang juga disebut persendian ialahciri atau unsur hentian( senyap ) dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistik.

2 Kelancaran Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. fonem suprasegmental memainkan peranan yang amat penting. dua titik [ : ] kepanjangan bunyinya satu mora. Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna ini terjadi jika ciri panjang -pendek ini digunakan.0 KEPENTINGAN FONEM SUPRASEGMENTAL Dalam pengajaran kemahiran lisan bahasa Melayu.6. Antara kepentingan fonem suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan adalah seperti berikut : 7. Lambang bagi ciri panjang-pendek ini ialah [ . Seseorang murid itu tidak akan menghadapi sebarang masalah atau gangguan semasa percakapan itu 30 .1 Tatabahasa Melalui pengajaran tatabahasa fonem suprasegmental amat penting terutamanya untuk membezakan maksud ayat. dan bahasa Arab tetapi tidak membezakan makna dalam bahasa Melayu. ] kepanjangan bunyinya setengah mora.walaupun ayatnya adalah sama tetapi dengan penggunaan lambang jeda ( # )menjadikan ayat tersebut mempunyai maksud yang berbeza. 7. Ciri kepanjangan atau panjang-pendek ini boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Inggeris. dan si : t bermakna “ tempat duduk “. ]yang dinamakan mora. dan jika empat titik [ :: ] kepanjangannya ialah dua mora. Manakala bagi ayat kedua pula iaitu # Emak makan nasi # adik bermaksud memberitahu adik bahawa emak sedang makan nasi iaitu kata kerja. Ayat pertama # Emak makan nasi adik # bermaksud emak makan nasi kepunyaan adik iaitu ayat penyata.5 Panjang-pendek Panjang-pendek atau disebut kepanjangan bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Contohnya seperti ayat di bawah : a) # Emak makan nasi adik # b) # Emak makan nasi # adik Melalui kedua-dua ayat yang diberikan di atas. Jika tanda mora ini satu titik [ . 7. Contohnya perkataan sit bermakna “ duduk “.

berlangsung. puisi. puisi. dan pandangan itu dalam bahasa yang kemas. dan sajak. benci dan lain-lain.Mereka harus boleh menyebut dengan betul mengikut bunyi. dan lancar tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas. pendapat. ejaan. dan ayat. seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian.Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepautnya. licin. Contohnya untuk mengajar pantun. Mereka kemudian dilatih menyebut aspek-aspek tersebut.Apabila seseorang itu berbicara. Ciri fonem suprasegmental iaitu intonasi boleh digunakan untuk mengajar laras bahasa yang berbeza. ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka. 7. Murid boleh mengeluarkan idea. dan pandangan dengan baik dan menuturkan idea. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi. dan makna.4 Laras Bahasa Bagi laras bahasa pula fonem suprasegmental amat penting untuk membezakan jenis-jenis laras bahasa yang digunakan. dan teratur. 31 . tekanan dan jeda. kasih sayang. 7. perkataan. Pada peringkat rendah lagi murid-murid telah diajar mengenal bunyi setiap huruf.marah. pantun dansebagainya dalam bahasa yang puitis. teratur.Pada aspek keindahan pula.3 Kefasihan Kefasihan bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas. suku kata. rangkai kata. pendapat.

Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi bahasa. Namun begitu. manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.Semua bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bersuara. Terdapat banyak alat artikulasi manusia yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dan setiap satunya mempunyai fungsi dan kedudukan yang berbeza. terdapat juga unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Antara bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia ialah bunyi vokal dan bunyi konsonan. 32 .0 PENUTUP Kajian fonetik dan fonologi adalah melibatkan organ pertuturan ataupun alat artikulasi manusia secara langsung.8.

33 . http://www... Bhd...com/doc/42449112/Nota-Fonetik-n-Fonologi.. 2008.. Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. Kuala Lumpur..... Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1.... Affluent Master Sdn. Bhd.... Kuala Lumpur Prof...Oxford Fajar Sdn. Nik Safiah Karim (1981).scribd.. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.. Bhd...com. Nik Safiah Karim (1981). KualaLumpur: PTS Professional Publishing Sdn.my/stpm/fonologi/Fonologi. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia: Fajar Bakti Sdn Bhd. Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu: Dewan Bahasa dan Pustaka.tutor...RUJUKAN Abdullah Bin Hassan (1982).htm http://www.. Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu. Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.. ( 2000 ).. Linguistik Am. Dr. Kuala Lumpur.( 2006 ). Kuala Lumpur Siti Hajar Abdul Aziz. Abdul Hamid Mahmood..Fonetik dan Fonologi .

34 .