You are on page 1of 3

OTAK MANA YANG ANDA MAHU

Melentur buluh biar dari rebungnya, jika kesedaran boleh dimula kan dari kecil
lagi mengenai bahaya bahan2 seperti alkohol, dadah, nikotin dan sebagai nya,
Insyaallah itu boleh menjadi pendinding buat mereka apabila meningkat remaja
dan menjadi dewasa nanti. Saya berjaya mendapatkan poster gambar imbasan
otak ini dan saya tampal didinding untuk tatapan anak2 saya.
Poster ini mengandungi imbasan pada otak menggunakan SPECT (Single
Photon Emission Computed Tomography). Imbasan otak begini di lakukan dgn
menyuntik kedalam aliran darah bahan radioaktif yg lemah dan kemudainnya
kepala dimasukkan kedalam alat pengimbas. Bahagian otak yang mempunyai
aliran darah akan kelihatan didalam imbasan tersebut, bahagian yg "kosong"
pula bukan bermakna isi otak tiada tetapi darah tidak pergi kearah itu.

Semua bahan beracun yg manusia ambil untuk memberi kegembiraan ini


sebenarnya membunuh sel2 otak dan mengurangkan kapasiti otak untuk
berfungsi dgn sepenuhnya. Apa yg menakutkan adalah kesemua bahan2
beracun ini merosakkan frontal lobe yang mana ia adalah bahagian otak yg
membezakan kita dgn haiwan. Jadi tidak hairanlah jika meraka yg mabuk
selalunya menjurus ke sifat2 yg begitu.
Lebih memeranjatkan lagi merokok yang mana sebelum ini kita hanya tahu yg
ianya merosak kan paru2, sebenarnya kesannya lebih buruk dari itu. Bahagian
otak terutamanya frontal lobe juga rosak disebabkan oleh nikotin itu tadi.
Gambar ini adalah imbasan otak individu yg merokok 3 kotak rokok sehari. Jadi
jika anda seorang ayah atau pepimpin, adakah anda pasti keputusan2 yg anda
buat adalah yg terbaik jika anda merokok atau lebih "hebat" lagi jika mengambil
dadah atau arak?

Islam mengharamkan semua bahan yang merosakkan badan, tubuh badan kita
adalah amanah Allah kepada kita jadi kita harus menjaganya baik dari segi
fizikal mahupun rohani. Badan manusia mempunyai banyak dadah2 semulajadi
yg dirembeskan oleh otak ketika kita mempunyai perasaan2 positif tertentu.
Antaranya adalah endorphine (endogenous morphine) atau enkephelin dan juga
dopamine. Masaalahnya manusia dizaman ini di pukau oleh teknik2 pengiklanan
yang mana produk2 materialistik meningkatkan taraf hidup dan membuat kita
lebih gembira, baik dari benda yg kecil seperti handphone hinggalah ke kereta
dan rumah. Ini menyebabkan kita lebih fokus kepada apa yg kita tidak
punyai/miliki. Bila fokus pada apa yg kita tidak miliki maka kita akan selalu
berada dgn emosi yang negatif dan keupayaan otak untuk selalu merembes
dadah2 semulajadi ini makin hari makin terhapus. Jadi manusia beralih kepada
dadah luaran untuk mendapatkan kegembiraan.

Kegembiraan dari dalaman, dari sifat bersyukur kepada Allah dan hati yang
ikhlas menjalani kehidupan. Bersolatlah dgn ikhlas dan khusyuk, ini membaiki
frontal lobe yg membuat kita boleh menjalani hidup ini dgn membuat
keputusan2 yg lebih baik untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan dunia
secara amnya.

You might also like