PERADABAN DAN JATI DIRI MELAYU Oleh Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan Akademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya, Kuala Lumpur

1.0

Terlebih dahulu saya memohon maaf meminda tajuk yang dicadangkan

daripada Jati Diri dan Peradaban Melayu kepada Peradaban Melayu dan Jati Diri. Pindaan ini dibuat lantaran saya ingin memulakan daripada suatu persoalan yang lebih luas atau umum kepada persoalan yang lebih khusus. Maka di dalam makalah ini tiga perkara pokok yang akan dibincangkan iaitu konsep peradaban, peradaban Melayu dan jati diri Melayu.

2.0

Konsep peradaban boleh disamaertikan dengan konsep tamadun. Kata

peradaban berasal dari kata akar Arab yang bermaksud kesusasteraan. Tetapi adab dalam bahasa Melayu bermaksud perilaku atau pekerti yang baik, sopan, halus dan bertatasusila. Tamadun pula berasal dari kata Arab maddana, satu kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan

memperhalus budi pekerti. Dari kata kerja maddana, terdapat perkataan madani yang merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta budi pekerti yang halus. Kata maddana dan madani berasal dari kata deen yang bermaksud kehidupan beragama.

Kehidupan beragama dan daya keberagamaan bukan sekadar perilaku yang ritualistik sahaja, tetapi menuntut interaksi yang amat mendalam antara makhluk dengan Khalik. Suatu tuntutan yang habluminallah, yang menyatu antara yang

1

ritualistik dengan ketaqwaan dan keimanan, juga interaksi perilaku dan tutur kata yang habluminannas sesama manusia.

Natijah dari pentakrifan ringkas di atas, peradaban ialah pencapaian tatasusila, moral dan etika yang tinggi. Peradaban di dalam kerangka natijah berkenaan menuntut manusia untuk melaksanakan nilai-nilai yang tauhidik dan manusiawi.

Manusia sebagai makhluk Allah diberikan fungsi yang amat besar iaitu untuk menegakkan keadilan dan kebenaran Tuhan di muka bumi sebagai khalifat-ul-ardh atau wakil Tuhan di muka bumi. Sebagai khalifah, manusia bukan sahaja tunduk dan taat kepada perintah Allah s.w.t., melaksanakan fungsi memakmur dan membawa kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Kemakmuran dan kesejahteraan sewajibnya dengan memanfaatkan seluruh khazanah bumi yang dianugerah Allah untuk kemanusiaan. Kemakmuran dan kesejahteraan juga dilaksanakan melalui hukum peraturan dan perundangan untuk memastikan kemanusiaan di atas landasan akhlak, susila, moral dan etika. Oleh sebab itu peradaban bukan sahaja persoalan pencapaian kehidupan melalui kemajuan kota dan bandar yang penuh pencakar langit atau kemajuan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi, tetapi apa yang lebih penting ialah kejayaan manusia memanusiakan dirinya pada masyarakatnya di dalam kehidupan yang berakhlak, bertatasusila, bermoral dan beretika dan beradab.

Seluruh natijah peradaban dan ketamadunan adalah suatu yang ideal yang telah diungkapkan oleh para pemikir dan sarjana peradaban serta ketamadunan. Di

2

dari budaya rendah ke budaya tinggi. Di dalam kerangka tatasusila dan hukum peraturan. walau pun terdapat puak yang memiliki hierarki. Buku ini menjadi panduan kepada seluruh siswa pengajian tinggi di Malaysia. masyarakat sederhana mempunyai tatasusila dan hukum peraturan yang mengutamakan permuafakatan dan nilai-nilai kolektif serta egalitarian. yang merupakan di antara penduduk asal 3 . Lazimnya masyarakat kompleks dan maju bermukim di kawasan bandar atau kota manakala masyarakat sederhana di desa atau di luar bandar atau pendalaman. Walau bagaimanapun persoalan peradaban atau ketamadunan digerakkan dan dikembangkan oleh manusia melalui masyarakat dan kebudayaan. Secara evolusi kebudayaan berkembang dari masyarakat sederhana ( tribe) atau puak ke masyarakat yang kompleks. 3. lazimnya berhierarki dan jauh lebih maju berbanding masyarakat sederhana. Peradaban ini telah berkembang dari kebudayaan Melayu.Malaysia secara khusus di universiti awam dan swasta terdapat kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan terdapat juga buku teks khasnya yang diedit oleh Chandra Muzaffar dan lain-lain pada tahun 2001 kemudian diulang cetak pada 2002. ekonomi dan politik yang kompleks.0 Peradaban Melayu Peradaban Melayu telah lama bertapak di Asia Tenggara. Masyarakat kompleks memiliki tatanan (struktur) sosial. Peradaban atau ketamadunan dengan rancaknya berkembang di masyarakat yang kompleks dan berbudaya tinggi.

namun sebahagian besar kerajaan Melayu awal merupakan kerajaan maritim.rantau ini (Nik Hassan Suhaimi. Walau pun terdapat peradaban di luar Asia Tenggara yang berasaskan pertanian atau masyarakatnya agraris. Kuala Selinsing (Selangor) dan Lembah Bujang (Kedah). Pusat-pusat berkenaan wujud di pelbagai negara-kota (city-states) atau pusat bandar (urban-centres). ia merujuk kepada kemunculan masyarakat yang mempunyai struktur sosial yang kompleks seperti masyarakat yang pernah wujud di pusat-pusat kerajaan Melayu awal. Kerajaan-kerajaan Melayu awal telah wujud sekurang-kurangnya 2500 tahun lalu di Malaysia seandainya berasaskan penemuan kesan-kesan arkeologi di Lembah Bujang dan Kuala Selinsing (Ahmad Hakimi. 1998). 1993). Wilayah peradaban atau ketamadunan tersebut dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu ( Malay Archipelago). Dengan sokongan sistem ekonomi kuat khasnya dalam penghasilan sumber makanan mampu menampung keperluan penduduk kota atau bandar. Bellwood. Dua perkara penting yang mewarnai peradaban wilayah ini ialah bahasa Melayu yang menjadi lingua franca dan agama Islam yang merupakan pelengkap pembentukan peradaban ini. Nusantara. Alam Melayu dan Tanah Jawi. Antara kerajaan Melayu pra-Islam awal ialah Funan. 1998. Kedua-dua kerajaan awal tersebut meninggalkan bukti arkeologi yang membuktikan terdapat pelabuhan yang didirikan oleh mereka yang terlibat di dalam perdagangan 4 . 1997). Memperkatakan peradaban Melayu. Langkasuka. Di Asia Tenggara manifestasi peradaban Melayu terawal berlaku semasa pembentukan kerajaan Melayu awal (Ahmad Hakimi.

Seandainya ada yang tidak setuju mereka boleh keluar dari sesuatu tempat untuk menuju ke tempat lain. Oleh sebab masyarakat Melayu pada dasarnya adalah kumpulan manusia yang tinggal di kawasan kepulauan. Petempatan yang wujudnya di bahagian utara Sumatera dan di Segenting Kera serta di Semenanjung Tanah Melayu mewujudkan jaringan masyarakat dan komuniti yang disebut oleh Andaya (2008:14) sebagai the sea of Malayu. khasnya Selat Melaka. Empayar Funan dan Srivijaya menguasai laluan perdagangan di kawasan mereka. mereka kurang memberi perhatian kepada penguasaan fizikal wilayah mereka. Konsep ini berbeza dengan pemikiran Eropah Barat yang mengembangkan wilayah melalui penaklukan dan penetapan sempadan wilayah secara fizikal. Perdagangan jarak jauh ini memerlukan rangkaian perhubungan yang besar dan petempatan yang agak lama dan tetap serta sistem kepimpinan yang efektif.jarak jauh. satu tanda wujudnya masyarakat yang kompleks. 5 . Kebudayaan dan peradaban orang Melayu wujud dan muncul pada masa itu kerana teknologi Melayu pada masa itu mampu untuk menguasai perdagangan jarak jauh yang melalui perairan yang dikuasai oleh kerajaan Melayu. tetapi berteraskan kepada penguasaan laluan air serta kebolehan menarik orang datang ke sesuatu tempat. Penguasaan kawasan bukannya berdasarkan kepada penguasaan tanah. Salah satu cara pemikiran sosio-politik Melayu pada masa itu adalah pembentukan kerajaan-kerajaan dan empayar-empayar berdasarkan pengaruh.

dan Majapahit. Hikayat Hang Tuah.Sebelum kedatangan agama Islam. Langkasuka. Agama Hindu dan Buddha telah menghasilkan tamadun Melayu yang berlawanan. telah muncul kerajaan dan kesultanan Melayu seperti Pasai. Melaka. Dari abad ke 14 hingga ke 17 adalah abad yang penting kepada Ismail Hussien (1990:72) sebagai zaman keemasan kesedaran Melayu. Hikayat Merong Mahawangsa. Hikayat Siak. Misa Melayu (Perak) dan lain-lain salasilah seperti Salasilah Melayu-Bugis atau syair seperti Syair Perang Makasar dan Syair Awang Semaun (Brunei) adalah di antara hasil-hasil kesusasteraan yang muncul dari abad ke 14 hingga ke 19. Kutei. dan lain-lain dari abad ke 14 hingga ke 18. dengan kemunculan agama Islam telah mengubah bentuk-bentuk peradaban Melayu dan dengan memeluk agama Islam membolehkan mereka menguasai perdagangan di kawasan ini. Hikayat Patani. Selepas Funan. Jambi. kesultanan ini juga berperanan sebagai pusat peradaban Melayu khasnya dari segi persuratan. Pagarruyung. Hikayat Banjar. Palembang. Manila. peradaban Melayu terawal dipengaruhi oleh agama-agama Hindu dan Buddha. Sentiasa terdapat persaingan antara peradaban Melayu yang beragama Hindu dengan peradaban Buddha untuk menguasai laluan perdagangan. Bugis-Makassar. Brunei. Hikayat Aceh. meriwayatkan 6 . Aceh. Salalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kesemua kesultanan ini telah berkembang dari pelabuhan kecil di pelbagai terusan perdagangan sehingga menjadi pelabuhan yang ternama yang kemudiannya dikuasai oleh kuasa Eropah. Pada zaman inilah yang disebut oleh Ried (1993) sebagai zaman perdagangan yang hebat (the age of commerce). Selain dari perdagangan. Srivijaya. Hikayat Raja-Raja Pasai. Johor-Riau. Sambas. Buton. Hikayat Sambas.

yang kemudiannya menjadi asas kepada Undang-Undang Johor. Nuruddin al-Raniri pula dengan Sirat alMustaqim. Syair Perahu dan lain-lain. 2003). di Aceh disalin kitab Aqaid al-Nasafi. Di kurun ke 16. 7 . kitab Mahabharata ke Hikayat Pendawa Jaya. Hikayat. ada kitab yang datang dari Pasai bernama Durr al-Mandhum. salasilah maupun syair tersebut melengkapi kitab-kitab agama. Bustan-al-Salatin dan lain-lain lagi. Di samping kitab-kitab agama terdapat juga naskhah-naskhah perundangan seperti Undang-Undang Melaka (Hukum Kanun Melaka). Kitab Nasihat Raja-Raja. Pada zaman kesultanan Melaka disebut dalam Sulalatus Salatin. naskhah saduran dan pelbagai naskhah kepustakaan Melayu yang ditulis dan disalin dalam tulisan jawi. Hikayat Iskandar Dzulkarnain. Undang-Undang Aceh.pelbagai pensejarahan atau historiografi Melayu yang meriwayatkan kerajaan atau kesultanan berkenaan. Terdapat juga kitab-kitab ketatanegaraan seperti Taj-ul-Salatin. Undang-Undang Pahang dan Undang-Undang Kedah. Pada zaman transisi Hindu-Islam telah disesuaikan kitab Ramayana ke Hikayat Sri Rama. Seorang lagi ulama Aceh. Kitab-kitab ini dikatakan disadur dari Nasihat al-Mulk (karya al-Ghazali) dan lain-lain karya Parsi seperti Qabusnama (Jelani Harun. Thamarah al-Muhimmah. Syamsuddin Pasai telah menulis di antaranya Mir’at-al-Qulub. Teuku Iskandar (1995) telah menyenaraikan sejumlah besar kitab-kitab dan naskhah yang telah dihasilkan sama ada secara saduran dan ditulis oleh penulis tempatan. di samping karya-karya Hamzah Fansuri seperti Asrar al-Ariffin. Dengan masuknya Islam dihasilkan Hikayat Nur Muhammad.

ahli sufi atau para mubaligh. Ada pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu berasal dari hulu sungai Kapuas di Kalimantan Barat (Adelaar. Kitab-kitab dan naskhah-naskhah Melayu ditulis dengan aksara Jawi membantu menyebarluaskan bahasa Melayu. 8 . Islam berkembang di pelbagai tempat. India dan Parsi yang dibawa oleh para pendakwah sama ada peniaga. Bahasa Melayu menjadi lingua franca lantaran terdapatnya peranan kesultanan Melayu yang mengembangluaskan bahasa berkenaan melalui perdagangan serantau dan antarabangsa pada masa itu. dari Tanah Arab. Di Aceh. 1994. 1995). Drakard. 1995. 23-24). bahasa Melayu adalah bahasa istana. Kemunculan dan kehadiran Islam dalam peradaban Melayu tidak boleh dipisahkan daripada Islamisasi yang lebih luas yang berlaku di Asia Tenggara. 1999).Seluruh kitab-kitab atau naskhah-naskhah yang dihasilkan di dalam tulisan jawi yang berkembang sebagai tulisan Melayu. Surat-surat raja-raja dan sultan-sultan Melayu serta pembesar Melayu kepada pegawai-pegawai British dan Belanda ditulis dalam bahasa Melayu (Gallop. China. Berdasarkan fakta sejarah yang telah ada. malah Hikayat Aceh juga ditulis dalam bahasa Melayu (Braginsky. khususnya di Nusantara atau alam Melayu. Collins. Hipotesis ini mungkin benar namun belum ditolak oleh para pengkaji bahasa dan linguistik Melayu. bukan di satu tempat sahaja (Mohammad Abu Bakar. dapat dirumuskan bahawa lautan ini telah menerima pengaruh Islam dari pelbagai penjuru. Hipotesis ini berdasarkan andaian bahawa di hulu Kapuas terdapat lebih banyak variasi bahasa Melayu. 2000. 2003).

Jiwa kebudayaan Melayu dan Islam dapat dilihat dari cara pemakaian. Islam menjadi jiwa dan roh Melayu dan kemelayuan. atau ada yang menyebutnya sebagai Adat Temenggung yang diwarisi oleh Melaka terus berfungsi dengan orientasi Islam. Sintesis atau transformasi kebudayaan tidak akan berlaku seandainya pengaruh yang datang itu tidak kuat. dari mengamalkan kepercayaan tradisi yang animistik kepada kepercayaan yang tauhidik yang bertaqwa kepada Tuhan yang esa. Kedatangan Islam bukan sahaja telah membawa kebudayaan berpangkal kepada ajaran Tauhid bahkan menukarkan kepercayaan tradisi dari Hindu-Buddha kepada Islam. Penerimaan Islam oleh kesultanan Melayu. mensenyawakan satu sintesis yang amat erat sehingga menjadi faktor yang mentakrif Melayu sama ada dari segi kultural dan konstitutional. membuka lembaran baru dalam sejarah Islam umumnya dan sejarah masyarakat dan budaya Melaka khasnya. seperti Melaka sebagai contoh.Islam telah membawa perubahan yang transformatif. 9 . Penerimaan Islam melalui istana maka rakyat turut sama menerimanya seperti terakam di dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Walau pun Islam berkembang secara sinkretis namun secara beransur-ansur transformasi tersebut berlaku secara menyeluruh. tidak praktikal berbanding dengan kepercayaan yang sedia ada. minum. kesenian dan persuratan dan falsafah. pengembangan ilmu pengetahuan. malah menjadi ideologi Melayu. Nilai politik Islam diubahsuai seperti mana terkandung di dalam Hukum Kanun Melaka. Yang menarik Adat Raja yang dibawa dari Palembang. Transformasi terpenting ialah konsepsi dan pandangan dunia bahawa raja adalah bayangan Tuhan di muka bumi telah ditukar kepada wakil Tuhan di muka bumi (khalifat-ul-ardh).

iaitu raja atau sultan Melayu.” Pentakrifan yang konstitutional ini juga digunakan secara kultural di alam Melayu. 4. 2004. Ia juga boleh merupakan takrif kultural sehingga yang bukan Melayu. agama Islam. walaupun Melayu itu dikatakan satu etnik di Singapura dan Indonesia. menurut adat istiadat Melayu. yang masih kekal pada masa kini di Persekutuan Malaysia. Islam turut berperanan mentakrif Melayu. 2004). Terdapat empat perkara yang menjadi fokus kemelayuan.0 Jati Diri Melayu Sering terdengar dan terbaca bahawa apa itu Melayu (?). apabila memeluk Islam dan berkahwin dengan perempuan atau lelaki Melayu dikatakan masuk Melayu dan akhirnya jadi Melayu. Walaupun 10 . Dari perbincangan di atas persoalan kemelayuan yang diperkatakan di atas turut mengesahkan faktor yang sama. bahasa dan kebudayaan atau adat (Reid.Persoalan peradaban Melayu menjadi fokus Anthony Milner (2008) untuk membicarakan persoalan kemelayuan. bahasa dan adat Melayu. Di Persekutuan Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perkara 160 Perlembagaannya menyatakan bahawa Melayu itu “ertinya seseorang yang menganut agama Islam. Selain daripada raja atau sultan Melayu. Ia bukan sekadar penanda kultural tetapi juga ideologikal. Shamsul Amri. iaitu Islam. Dari takrifan berkenaan dapat dikesani bahawa tiga perkara pokok yang menentukan Melayu. Pentakrifan ini membuktikan bagaimana sintesis antara Melayu dan Islam berlaku. Islam menjadi faktor pentakrif Melayu. lazim bercakap Melayu.

perundangan dan adat. Maka isu jati diri Melayu sewajarnya juga dibincangkan bukan sahaja dari sudut jati diri lahiriah sahaja tetapi juga dari sudut batiniah. atau di dalam the Malay psyche itu(?). atau sekadar persoalan cinta kasih sayang seperti yang dihadapi oleh remaja Melayu kini. Penerokaan selanjutnya ialah menyelusuri aspek dalaman atau batiniah Melayu. Persoalan yang bakal dikemukakan di antara kedinamikan bahasa Melayu ialah persoalan kesantunannya yang menjiwai kemelayuan itu. Aspek batiniah ini bukan sekadar rasa atau emosi. budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia seperti yang termaktub di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Bahasa Melayu yang berkembang ribuan tahun lalu mungkin berbeza dengan bahasa Melayu kini dari segi kosa-kata. Sebagai pelajar bidang Pengajian Melayu. terdapat khazanah kepustakaan seperti mitologi. Untuk meneroka persoalan ini. Apakah yang mendasari atau persoalan utama di dalam the Malay mind itu. pembangunan dan sebagainya. perlu disedari. Kemelayuan bukan sahaja dilihat dari sudut siratan yang bertali kepada asal-usul sejarah. bahasa. kesusasteraan lisan dan tulisan. amat disedari bahawa bahasa dan adat Melayu itu dinamik. agama dan wilayah. Bahawa jati diri Melayu itu ada jiwa dan rohnya. peribahasa 11 .faktor raja dan sultan tidak menjadi faktor di Singapura dan Indonesia serta juga daerah Melayu lain. malah ideologi dan falsafah yang terkandung di dalam pepatah. bahasa dan adat Melayu tetap menjadi teras kemelayuan. tata-bahasa. Ada persoalan yang besar dari rasa atau emosi. namun Islam.

ya’ani ia merendahkan diri-nya dan tiada ia mahu membesarkan diri-nya. ya‟ani daripada segala kelakuan dan perbuatan dan pakaian dan perkataan dan makanan dan perjalanan-nya sekalian itu tiada dengan berlebih-lebehian dan dengan kekurangan melainkan sekalian di-adakan-nya dengan keadaan yang sederhana juga ada-nya. 2007). iaitu yang di-ibaratkan orang dahulu kala daripada erti Melayu. Harun Mat Piah (2001) di antaranya telah menghimpun dan mengkaji pemikiran Melayu dari sumber-sumber berkenaan. Maka orang itu-lah yang dibilangkan anak yang majlis.gurindam. baik daripada adab-tertib-nya atau daripada bahasa peratoran-nya atau daripada adab makan minum-nya dan perjalanan-nya dan kedudukan-nya sama ada di-dalam majlis atau pada tempat yang lain. ada-nya erti Melayu ini adalah ia melayukan diri-nya. tiada dengan berlebih-lebihan dan dengan kekurangan itu-lah ada-nya. Tenas Effendy (2004. Muhammad Haji Salleh (1991. Bahasa-nya dengan sahaja2 ini juga yang melayukan diri-nya. yang di antaranya tercatat: “Fasal pada menyatakan. tiada di-perbuat-nya itu dengan mamang. pantun dan sebagainya boleh dikaji untuk memahami persoalan ini. Entah al-kalam dari-pada sa-genap perkara-nya. Shahadan maka lagi ada-lah yang di-kehendaki oleh isti‟adat orang Melayu itu dan di-bilangkan anak yang majlis. ada-lah sa-umpama puchok kayu yang melayukan diri-nya dan bukan layunya itu kerana kena panas atau api. Maka daripada perkara itu. maka berlebih2 lendib atau 12 . tambahan pula dengan adab pandai ia menyimpan diri-nya. ia itu apabila ada ia mengada ia atas sa-suatu kelakuan melainkan dengan pertengahan jua ada-nya. terdapat satu fasal khusus “Asal Mulanya Nama Melayu”. itu-lah erti Melayu yang dibahagikan orang dahulu. 2000) sebagai contoh juga telah berusaha menyelongkar dari perut khazanah kesusasteraan Melayu akan persoalan ini. Hamba terima daripada Tuan Haji Abdul „Arif didalam Riau ada-nya. melainkan ada-lah dengan perangai-nya yang lemah lembut. 1999. Di dalam naskhah Adat Raja-Raja Melayu yang dikarang oleh Datuk Zainuddin pada 1779.

Frasa-frasa melayukan diri dan anak yang majlis adalah penghuraian kepada keunggulan akhlak dan budi pekerti Melayu. perangai. Persepsi 13 . peribadi. d) Adab pandai menyimpan diri – mengawal perasaan Apa yang dikemukakan oleh fasal yang berkenaan merupakan ciri keunggulan perwatakan kemelayuan. makanan dan perjalanannya. tidak berkurangan. b) Tidak mamang – iaitu lemah lembut (tidak kasar). tingkah laku. adab makan minum. bahasa pertuturan. tidak berlebihlebihan. tiada mahu membesarkan diri. c) Anak atau orang yang majlis – dengan pertengahan (sederhana) sama ada perlakuan. perbuatan.” Apa yang telah dirakamkan bukanlah satu rakaman mengenai ciri-ciri fizikal atau tempat asal usul tetapi lebih merupakan catatan mengenai adat. perlakuan dan pengucapan. seperti kata hukama: “Hendak-lah kamu hukum-kan kerongkongan kamu di-dalam majlis makan dan hukumkan mata-mu tatkala melihat perempuan dan teguhkan lidah-mu daripada banyak perkataan yang sia2 dan tulikan telinga-mu daripada perkataan yang keji2. “Maka apabila sampai-lah sa-orang kepada segala syarat ini. perjalanan dan kedudukan. Satu kenyataan yang menggambarkan perwatakan atau karakter Melayu yang cukup khas. Beberapa perkara yang menarik untuk direnungkan mengenai jati diri Melayu antaranya: a) melayukan diri – iaitu merendahkan diri. baik. iaitulah orang yang majlis nama-anya dan demikian lagi perkataan segala orang yang „arif budiman kepada hamba yang daif ini. perkataan. baik dari segi adab-tertib. pakaian.sidib ada-nya. adab.

mengatur akhlak atau pekerti. hati-budi. Dalam hal yang demikian akal-budi. Lantaran itu budi adalah struktur batiniah Melayu yang terpancar dari hikmah yang Maha tertinggi (Allah). moraliti dan etika Melayu yang berpaksikan ketauhidan atau ketuhanan. tindakan dan keputusan. budi-bicara adalah fakulti atau alam fikiran yang menentukan kewarasan akal dan kejernihan perasaan (hati atau qalbu) untuk membuat tindakan yang bijaksana. adat. Sebagai fakulti ia adalah hikmat yang menerangkan. etika. berilmu. tahu membalas budi. beradat. Budi merupakan satu fakulti. adab dan moral manusia. resam. Penerapan nilai budiman bertujuan untuk melahirkan manusia Melayu yang bermoral. kesantunan. atau keseluruhan perlakuan fizikal manusia yang berlaku di pelbagai tahap interaksi sosial setiap insan. Persepsi melayukan diri dan anak yang majlis adalah persepsi yang menjelaskan watak manusia Melayu yang budiman. berakhlak dan beretika. bijaksana.pengarang terhadap watak unggul Melayu itu terpancar ke dalam maksud bahawa Melayu itu beradab dan beradat. tatatertib. sambaan cakap. beradab. cukup ajar dan yang paling penting ialah beriman dan bertakwa kepada Allah. yang mengamal. terdapat satu konsep yang sudah sebati dengan Melayu dan kemelayuan iaitu budi. adab. berakal. Lantaran itu melayukan diri dan anak yang majlis atau budi dan budiman ialah teras kemanusiaan. perangai. 14 . Lantaran itu akhlak atau budi pekerti atau melayukan diri atau anak yang majlis adalah satu keseluruhan kesan struktur lahiriah dari pancaran struktur batiniah. berhati mulia. alam jiwa. mengetahui dan mampu membuat pilihan. Sesuai dengan persepsi tersebut. beretika. berakhlak. Struktur lahiriah tersebut dapat dilihat dari pengucapan.

Namun kadangkala persoalan ini sering bertindih dengan satu lagi konsep tatasusila Melayu iaitu adat. Walaupun berasal dari kosa-kata Arab iaitu addah namun perkataan ini sudah sedia ada dalam masyarakat di Alam Melayu. ekonomi. sistem nilai. orang Melayu menyebut adat untuk maksud budaya tau kebudayaan. Masyarakat Melayu mengatur kehidupan dengan adat. namun ia kategori dan tahap makna adat. Masyarakat mengadakan pelbagai institusi seperti sosial. Orang Melayu di Alam Melayu sering menyebut mengenai sesuatu fenomena budaya sebagai “ini adat kami” atau “ini cara kami”. dan mereka berusaha menghindari hidup yang penuh kacau bilau serta porak peranda. sistem hukum dan sebagai untuk mengatur kehidupan bermasyarakat. rukun. Setiap masyarakat di dunia bermatlamat agar kehidupan mereka aman. budi bahasa. tersusun dan sejahtera. dan budi pekerti. politik. tetapi makna asal kosa kata itu ialah kebiasaan. Adat juga bermaksud usaha atau cara manusia mengatur kehidupan. teratur. budi bicara. Budi adalah suatu konsep yang menyeluruh yang menyatakan persoalan tatasusila yang dibincangkan awal di atas. Lantaran perkataan atau kosa kata tersebut sudah menjadi kosa kata Melayu. hati budi. Perlu disedari sebelum kata budaya atau kebudayaan digunakan. seperti 15 .Kata kunci penting ialah budi dan segala gugusan berhubung dengannya iaitu akal budi. merupakan salah satu daripada Secara generic atau secara umum adat merujuk kepada satu cara hidup atau budaya. Adat ialah satu konsepsi yang menjelaskan satu keseluruhan cara hidup orang Melayu di Alam Melayu.

adat memerintah dan Konsep adat dalam masyarakat Melayu di Alam Melayu memancarkan kesan hubungan yang mendalam lagi bermakna antara sesama manusia. Seperti budi. suatu kehidupan yang bermatlamat kesejahteraan sosial. Adat adalah struktur atau binaan yang mengukuh keperibadian 16 . Adat adalah jati diri yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat. alam sosial. Adat memancarkan kepada masyarakatnya tata-perlakuan yang betul dan halus. Lantaran itu dalam masyarakat tradisi Melayu di Alam Melayu adat mempunyai cerita asal usulnya. ada legenda. adat merupakan struktur atau binaan asas yang menghubung seluruh kehidupan manusia Melayu yang menegaskan sifat atau ciri keperibadian sesebuah masyarakat. bukannya keporakperandaan. maka adat mewujudkan sistem hukum dan peraturannya. Setiap hubungan diucapkan sebagai adat yang dapat dilihat dalam perlakuan. adat bernegeri. ada watak asal usul yang gagah.hukum adat yang sebagainya. termasuk alam tabii. meliputi adat beraja. dan alam ghaib. bijaksana dan unggul. kewujudan setiap institusi dalam masyarakat. Cerita asal usul ini memberi asas makna dan mengabsah setiap perkara atau peristiwa yang berlaku dalam pusingan kehidupan manusia. dan acara/upacara. sikap. Adat bukan sahaja merupakan struktur terkuat masyarakat Melayu tetapi juga memberi jati diri kepada mereka. untuk mengekal kesejahteraan sosial. antara manusia dengan alam sekeliling.

Lantaran itu perkahwinan adalah 17 . beretika. pulut dan telur. sikap. Sekarang ini diganti dengan buah-buahan. Ia adalah lambang kepada peningkatan kemelayuan yang berlaku di dalam pusingan kehidupan mereka. ke tahap kanak-kanak.setiap anggota masyarakat seperti seorang yang „beradat‟. Telur dan bunga telur yang dibekalkan merupakan satu perlambangan tentang kehidupan dan kesuburan. bunga telur pula adalah pohon kesuburan atau kehidupan. Telur di dalam masyarakat Melayu adalah lambang kejantanan. mengaji. dari tahap dalam perut ibu. atau “tahu adat”. yang dapat diterima sebagai betul dan wajar. “sekali air bah. yang semuanya diperoleh dari satu proses sosialisasi dan enkulturasi atau pembudayaan yang telah diatur dan ditetapkan oleh adat. Seorang yang beradat atau tahu adat ialah seorang yang bersahsiah tinggi. jeli. ke tahap bayi. remaja dan dewasa. Dia dimelayukan melalui istiadat atau upacara berkenaan. di samping prinsip adat mengizinkan perubahan. Istiadat ini bukan sekadar satu upacara peningkatan tahap. Setiap anak Melayu akan menempuh pelbagai istiadat rites de passage seperti cukur jambul. bersunat. seperti yang berlaku di dalam istiadat perkahwinan Melayu. Di dalam adat perkahwinan Melayu setiap tetamu akan dibekalkan kuih muih. Adat adalah satu kehalusan perlakuan. coklat dan gula-gula. mempunyai karakter yang baik. keberanian di samping lambang kesuburan dan kehidupan. tindakan. Adat yang berubah disebut sebagai adat baru. sekali pa ndai berubah”. Adat Melayu mengalami perubahan lantaran perubahan masyarakat. kahwin dan mati. bertunang. bermoral. berwatak.

sedangkan manis di bibir tidak kekal ia sementara. iaitu pihak bapa dan ibu. Sistem ini dinamakan sebagai sistem bilateral atau duasisi atau duanisab. maka makna perlambangan itu sudah berbeza. Di atas tadi saya telah menyebut di antara psyche orang Melayu. Ada juga orang Melayu yang melihat kerabatnya dari satu nisab. Orang Melayu menyusur-galurkan keturunan melalui kedua-dua pihak. Wadah yang terintegrasi ini dapat dilihat secara luaran apabila kita melihat tafsiran Melayu dan kemelayuan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kekuatan semangat. iaitu nisab ibu seperti orang Minangkabau atau nisab bapa seperti orang Batak. Gula membawa erti manis. Orang Melayu tidak melihat semata-mata dari pihak ibu sahaja atau pihak bapa sahaja. Perkahwinan bukannya penyatuan kesementaraan dalam konteks orang Melayu. Perkahwinan adalah di antara institusi yang melanjutkan kemelayuan. jiwa dan roh Melayu dan kemelayuan dimantapkan oleh Islam. Melalui hubungan perkahwinan orang Melayu menyusur-galurkan zuriat dan keturunan. selain dari apa yang telah dihuraikan di atas.usaha meneruskan kehidupan dan membukti kesuburan. dan saya cuba memberi penjelasan dengan memetik fasal usul nama Melayu dari teks Adat Raja-Raja Melayu. terintegrasi di dalam wadah kemelayuan. Perkara 18 . Manis tebu di pangkal tidak serupa ke pucuk. Kedua-dua bukan sahaja boleh wujud sendirian. ibarat manis tebu. ia adalah hubungan antara keturunan untuk mendapat zuriat. atau ibarat manis di bibir. tetapi diintegrasi ke dalam wadah kemelayuan itu. bukan sahaja dualistik. Islam dan adat Melayu merupakan dua elemen yang saling melengkapi. Apabila diganti dengan gula-gula atau coklat.

menjadi orang. Seorang Melayu yang beradat tahu di dalam paksi vertikal kehidupannya. Pancaran Islam ke dalam diri Melayu. yang halus pekertinya. khasnya ketamadunan Melayu di Alam Melayu cukup kuat dan mantap. berilmu. ia tidak memutuskan hubungan sejati lagi abadi dirinya dengan Allah. waras akalnya. Islam berkembang melalui bahasa Melayu dan perdagangan maritim. Secara horizontal tahu akan kewujudan orang lain. Islam memancar cahayanya ke dalam tradisi keintelektualan Melayu seperti yang terkandung di dalam korpus kesusasteraan Melayu. dan sentiasa pasrah kepada Allah. Paling tidak kesempurnaan lahiriah ini membentuk seseorang menjadi manusia. Melayu tahu apa yang dimaksudkan dengan habluminallah dan habluminannas. Seluruh aspek akhlak dan moral Melayu itu terpancar daripada karektor Melayu yang berkualiti tinggi. hati-budi Melayu itu. adil dan saksama hati budi serta budi bicaranya.160. Islam memancarkan cahaya ketauhidan dan ilmu kepada Melayu dan kemelayuan sehingga sukar untuk memisahkan Melayu dari Islam. dan Islam jadi faktor denitif kemelayuan. Kualiti atau nilai tertinggi yang perlu ada di dalam diri seorang Melayu ialah nilai keilahian atau ketauhidan seperti yang dituntut oleh Islam. Adat Melayu meletakkan keutamaan orang yang majlis. Sedangkan wadah batiniah atau dalamannya dapat dilihat di dalam seluruh akal-budi. santun bahasanya. dan sisi lain pula tahu tuntutan fardu kifayahnya. Di satu sisi seorang yang beradat ialah seorang yang tahu mengatur tuntutan fardu „ainnya. Benarlah 19 . di samping menjadi agama rasmi kesultanan Melayu.

Singapura. Buku ini adalah sumbangan besar beliau mengenai adat Melayu Singapura yang sudah tentu merupakan jati diri Melayu Singapura.0 Kesimpulan Tata-susila. moral dan etika yang dikemukakan di atas menggambarkan suatu kehalusan manusia Melayu yang dicernakan melalui budi dan adat. terdapat ungkapan menyebut Agama dijunjung Adat dipangku Moden dikelek Melayu Singapura secara khasnya memiliki seorang pendeta bahasa dan budaya iaitu Muhammad Ariff Ahmad yang telah menulis Nilam. Namun di dalam menghadapi cabaran kehidupan moden sama ada Melayu di Malaysia atau di Singapura.kata perbilangan adat Melayu untuk membuktikan betapa terintegrasi Melayu dan Islam:- Adat bersendikan hukum Hukum bersendikan syara‟ Syara‟ bersendikan kitabullah Perbilangan atau ungkapan di atas membuktikan betapa sintesis Melayu Islam itu berlaku di dalam sistem perundangan Melayu. akhlak. Namun amat disedari bahawa jati diri adalah suatu yang dinamik. boleh dikenal pasti dari pelbagai sudut serta dimensi dan secara berterusan akan sering 20 . 5. Nilai Melayu Menurut Adat (terbitan Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu.

1997. Universiti of Hawaii Press. Akademi Pengajian Melayu. Hashim Awang. Canberra. 2. Adelaar. Honolulu. P. Kedinamikan tersebut amat bergantung pada perkembangan sosiobudaya yang berlaku. Melayu sebagai satu konsep kebudayaan dan kemelayuan sebagai unsur peradaban akan menghadapi cabaran perubahan. K. Department of Anthropology. 7. 6.A. 5. eds. ed. PSPAS.T. “Borneo as a Crossroad for Comparative Austronesian Linguistic”. dijiwai oleh faktor Kepustakaan 1. D. L. 39. A Kingdom of Words: Language and Power ini Sumatera. akan mengurangkan salah satu unsur kemelayuan. 2003. Namun seandainya bahasa Melayu atau dialek Melayu ditarik keluar dari jiwa raga serta benak akal Melayu. V. Trade and Ethniaty in the Straits of Melaka. Begitu juga jika agama Islam ditolak keluar dari jiwa dan roh Melayu. J and Tryon. 868-879. Satukan Hangat dan Dingin. Fox. Jarang terdapat di dunia jati diri seseorang itu ditakrif berdasarkan bahasa dan agama. 3. Universiti Malaya. P. Braginsky. Collins. University of Hawaii Press. J. Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago. dlm. Drakard. 4. Pengajian Sastera dan Sosio-Budaya Melayu: Memasuki Alaf Baru. pp. Belwood. 1995. “Pulau Borneo Sebagai Titik Tolak Pengkajian Sejarah Bahasa Melayu”. Adalah amat diharapkan jati diri batiniah Melayu akan terus kekal. Kuala Lumpur. “Arkeologi Pra-Sejarah dan Pengajian Melayu”.ditakrif lagi. Andaya. Kehidupan Hamzah Fansuri: Pemikir dan Penyair Sufi Melayu. Jane. Oxford University Press Kuala Lumpur. Bellwood.I. 75-95. Dewan Bahasa. 2008. DBP. Leaves of the Same Tree. 21 . Zahir Ahmad dan Zainal Abidin Borhan. Honolulu. 1995. 1999. maka runtuhlah benteng utama kemelayuan. dlm. ANU. 1998. The Austronesian. Ahmad Hakimi Khairuddin. Konsep etnisiti yang digunakan di tempat lain tidak bahasa dan agama.Y.

Malay Identity Across Boundaries. dlm. “Islam Dalam Pembinaan Tamadun di Malaysia”. “Understanding Melayu (Malay) as a Source of Diverse Modern Identities”. 21. United Kingdom. Pemikiran Adab Ketatanegaraan Kesultanan Melayu. 12. Nik Hassan Suhaimi. London. Nik Hassan Suhaimi. 10. Mohd. DBP. DBP. 19. 20. 18. Puitika Sastera Melayu. Sejarah dan Proses Pemantapan Negara Bangsa. 54-74. Shamsul. A. 2000. dlm. The Malays. Kuala Lumpur. Annabel Teh. Contesting Malayness. ed. “A History of an Identity. Persatuan Sejarah Malaysia. dlm. Kuala Lumpur. Pantun Melayu. Tamadun Islam di Malaysia. Barnard. Kuala Lumpur. DBP. ed. Singapore University Press. Samsuddin dan Kamaruzzaman Yusoff. Menyeberang Sejarah. National University of Singapore. National University of Singapore. Reid. “Between Malay and National Culture”. hal. 22 . Singapore University Press. Yayasan Karyawan. 21-65. 1993. Kuala Lumpur. 2008. “Menyusuli Asal Usul Orang Melayu: Da ri Perspektif Arkeologi Semenanjung Malaysia”. Jogjakarta. Harun Mat Piah. Kuala Lumpur. 2003. 2004. Malay Identity Across Boundaries. Wiley-Blackwell. 2004. ___________. Timothy ed. Kuala Lumpur. New Haven. Mohammad Abu Bakar. DBP. Anthony. DBP. Timothy. 2. Kuala Lumpur. Bingkisan Permata. Southeast Asia in the Age of Commerce. 1990. Tenas Effendy. an Identity of a History: The Idea and Practice of Malayness Malaysia Reconsidered. Yale University Press. dlm Barnard. Ismail Hussein. 15. Tunjuk Ajar Melayu. Prosiding Kongres Sejarah Malaysia Kedua. 1999. ed. The British Library. Yang Empunya Ceritera: Mind of The Malay Author. 11. 9. The Legacy of Malay Letters. 2001. Contesting Malayness. 2004. Balai Kajian Pengembangan Budaya Melayu dan Penerbit Adicipta. 13. Jelani Harun.8. Mohd Taib Osman dan A. ____________________. 2000. Malay Literature 3. Milner. Jilid II. Muhammad Haji Salleh. 16. Gallop. 14. 1994. Aziz Deraman.B. 1993. 1991. Anthony. 17. ____________________.

Kuala Lumpur. Zainal Kling. dlm. 1997b. 1995. 25. 24. Hitchock and King. hal. pp. 23. Shah Alam. 42-65. ed. Oxford University Press. Kuala Lumpur. 2007. Khazanah Pantun Melayu Riau. Victor. ed. 1997a.22. dlm. ___________. Kuala Lumpur. Selangor. 23 . Images of Malay Indonesian Identity. 45-52. Parnikel. Boris. Malindo Printers. Kebudayaan Nusantara Kepelbagaian Dalam Kesatuan . DBP. “Adat Collective Self Image”. Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad . ____________. DBP. “Adat: Dasar Budaya Melayu”. Teuku Iskandar.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful