You are on page 1of 40

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (IPG) IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

(BMM3110)

ENCIK CHE HAMIDI BIN CHE HASSAN (690123035491)


Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan 22200 Besut, Terengganu

1(a) Pengenalan Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti dengan dan tattein yang bererti menempatkan bersama sama.Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan sebagai menempatkan kata kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan fungsi dan bidang tugasnya.Contohnya definisi yang telah dinyatakan oleh Abdullah Hassan 1980:164,sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.

1 (b) Struktur Binaan Ayat Bahasa Melayu Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi.Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat.

1.1(b) Subjek Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan,yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.Menurut Profesor Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk guru dan pelajar,subjek ialah benda .Istilah lain untuk subjek ialah hal.Subjek juga dikenali sebagai perkara yang diceritakan.

1.1.1.Binaan Subjek Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur seperti kata nama, kata ganti nama, kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama dan kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama.Profesor Abdullah Hassan mengatakan bahawa unsur-unsur subjek mestilah terdiri dariapda orang,benda atau perkara

Binaan Ayat

Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur. Perhatikan contoh di bawah: Subjek Unsur Bah. Ayat guru senaman membeli gula serak-serak basah menoreh getah Unsur

Subjek Bah. Ayat Ah Tian Tipah Suara ketua pengawas itu Munainady

Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

1 (c) Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

Perhatikan ayat berikut: Pelajar itu membaca buku.

Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku). Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain. Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:

Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)

Pola Ayat Dasar


Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri. Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS) Lihat contoh berikut: Predikat Ayat Frasa Subjek Frasa Predikat Frasa Nama Frasa Adjektif Rumus Pola Ayat FN+FN FN+FA

Subjek Ayat Jamilah Atan

pengurus sumber Frasa Nama manusia budak pandai Frasa Nama

Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi membentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Terdapat berbagai-bagai jenis ayat dasar daripada segi binaan dan susunannya, serta sepi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa. Ayat dasar mempunyai pola yang tersendiri. Pola Ayat Dasar Bahasa Melayu FN + FN FN + FK FN + FA FN + FSN

Berdasarkan pola ayat dasar, dapat dibuktikan bahawa ayat dasar boleh terdiri hanya daripada satu perkataan untuk subjek dan predikat kecuali untuk binaan pola FN + FSN.

Bukti 1 : FN + FN

Subjek + Predikat Arisa guru.

1. Perhatikan ayat di atas, dan cuba analisis dari aspek binaan subjek dan predikat serta daripada aspek makna ayat tersebut. 2. Frasa Arisa yang menjadi konstituen subjek merupakan frasa nama. Manakala frasa guru juga merupakan frasa nama. 3. Daripada aspek semantik, ayat tersebut mempunyai makna dan lengkap.

Bukti 2 : FN + FK

Subjek + Predikat Ayah tidur.

1. Subjek ayat adalah frasa nama dan predikat ialah frasa kerja tak transitif yang tak berpelengkap. 2. Ayat ini lengkap daripada aspek makna. 3. Ayat ini boleh diperluaskan dengan menambah unsur keterangan pada binaan predikat iaitu frasa kerja. Ini kerana frasa kerja tidur merupakan kata kerja tak transitif tak berpelengkap yang boleh menerima unsur keterangan. 4. Secara ringkasnya, jika unsur frasa kerja adalah frasa kerja transitif, maka akan wujud dalam dua bentuk, iaitu dengan dua objek atau satu objek. Keadaan ini berlaku kerana frasa kerja transitif mengandungi objek dan tidak boleh berdiri sendiri, malah daripada aspek makna adalah tidak lengkap.

Bukti 3 : FN + FA

Subjek + Predikat Adik nakal.

1. Bagi ayat di atas, ternyata pola ini subjek dan predikatnya boleh terdiri daripada satu perkataan. 2. Binaan ini boleh diperluaskan dengan frasa adjektif yang menerima unsur keterengan,penguat dan kata bantu.

Bukti 4 : FN + FSN

Subjek + Predikat Dia ke kampung.

1. Bagi pola di atas, subjeknya boleh terdiri daripada hanya satu perkataan, tetapi predikatnya tidak. 2. Ini berlaku kerana binaan frasa sendi nama itu sendiri yang terbina dengan kata sendi dan frasa nama. 3. Kata sendi juga tidak boleh membentuk frasa sendi nama tanpa unsur frasa nama. 4. Oleh yang demikian unsur predikat yang terbina daripada frasa sendi nama tidak boleh hanya satu perkataan .

2.Klafisikasi Golongan Ayat Fasif

2 ( a ) Penganalisisan Golongan Ayat Fasif 2.1.1 Bulan depan daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut. A

Frasa Nama (FN)

Frasa Kerja (FK)

Kata Nama

Kata Ganti Nama Diri Pertama

Kata Bantu

Kata Kerja Pasif

Frasa Nama

Frasa Sendi Nama

Kata Nama

Kata Penentu Kata Nama

Kata Sendi Nama

Frasa Nama

Kata Kata Adverba Nama akan daerah kami dikunjungi pada pemimpin tersebut parti bulan depan

Ayat ini ialah ayat pasif pelaku diri pertama susunan songsang. Ayat pasif susunan biasa ialah daerah kami akan dikunjungi pemimpin parti tersebut pada bulan depan.

Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah daerah kami manakala predikat ayat ialah akan dikunjungi pemimpin parti tersebut pada bulan depan.

Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama terdiri daripada kata nama inti daerah dan kata ganti nama diri pertama kami sebagai penerang kepada kata nama inti daerah. Frasa kerja pula terdiri daripada kata bantu akan, kata kerja pasif dikunjungi diikuti frasa nama pemimpin parti tersebut sebagai pelaku diri ketiga dan diikuti frasa sendi nama pada bulan depan sebagai keterangan masa kepada frasa kerja. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama pada dan frasa nama bulan depan. Frasa nama bulan depan pula terbentuk daripada kata nama inti bulan dan kata adverb depan sebagai penerang masa kepada kata nama inti bulan.

2.1.2

Dengan segeranya kami laksanakan perintah Pengarah Syarikat. A

Frasa Nama (FN)

Frasa Kerja (FK)

Kata Nama

Kata Nama Khas

Kata Ganti Nama Diri Pertama

Kata Kerja Pasif

Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama

Frasa Nama

Kata Adjektif

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

kami perintah Pengarah Syarikat laksanakan

dengan -nya segera

Ayat ini ialah ayat pasif pelaku diri pertama susunan songsang. Ayat pasif susunan biasa ialah perintah Pengarah Syarikat kami laksanakan dengan segeranya.

Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah perintah Pengarah Syarikat manakala predikat ayat ialah laksanakan dengan segeranya.

Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama terdiri daripada kata nama inti perintah dan kata nama khas Pengarah Syarikat yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama inti perintah. Frasa kerja pula terdiri daripada kata ganti nama diri pertama akan diikuti kata kerja pasif laksanakan dan frasa sendi nama dengan segeranya. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama dengan dan frasa nama segeranya. Frasa nama segeranya pula terbentuk daripada kata adjektif segera dan kata ganti nama diri ketiga nya. Kata adjektif segera berfungsi sebagai kata nama dan kata pembenda -nya telah menjadikan kata adjektif segera sebagai kata nama.

2.1.3 Dengan segeranya kami laksanakan perintah Pengarah Syarikat. A

Frasa Nama (FN)

Frasa Kerja (FK)

Kata Nama

Kata Penentu

Kata Bantu

Kata Kerja Pasif

Frasa Nama

Kata Nama

Kata Nama

Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama dadah terus pengedar itu dikejar ke polis Kata Nama

Frasa Nama

Kata Penegas

mana mana segera Ayat ini ialah ayat pasif pelaku diri ketiga susunan songsang. Ayat pasif susunan biasa ialah pengedar dadah it uterus diburu polis ke mana - mana sahaja.

Ayat ini terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Subjek ayat ialah pengedar dadah itu manakala predikat ayat ialah terus diburu polis ke mana - mana sahaja.

Pola ayat ini terdiri daripada frasa nama dan frasa kerja (FN + FK). Frasa nama terdiri daripada kata nama inti pengedar dan kata nama dadah yang berfungsi sebagai penerang kepada kata nama inti pengedar dan diikuti kata nama penentu itu.

Frasa kerja pula terdiri daripada kata bantu terus diikuti kata kerja pasif diburu dan frasa nama polis ke mana - mana sahaja.

Frasa nama polis ke mana - mana sahaja pula terbentuk daripada kata nama pelaku diri ketiga polis dan frasa sendi nama ke mana - mana sahaja sebagai penerangan tempat. Frasa sendi nama terdiri daripada kata sendi nama ke dan frasa nama mana - mana sahaja. Frasa nama mana - mana sahaja terbentuk daripada kata nama mana - mana dan kata penegas sahaja.

2 ( b ) PETIKAN RENCANA MENERAJUI KECEMERLANGAN GLOBAL Menerajui Kecemerlangan Global tema bagi Invest Malaysia 2010, adalah berpadanan dengan persekitaran Bursa Malaysia yang berpandangan jauh serta aspirasi yang dikongsi bersama bagi negara dan perniagaan. Ia juga bertepatan dengan apa yang ingin saya katakan pada hari ini. Dalam tahun baru, konteks baru, dan dunia yang semakin pulih dari kemelesetan, kita perlu fokus terhadap Pemulihan yang mapan dan kukuh dalam jangka masa pendek dan sederhana,Meningkatkan daya saing Malaysia,Merancakkan pelaburan dan pertumbuhan swasta serta Meletakkan negara ke arah mencapai tahap berpendapatan tinggi. Dua belas bulan yang lalu, agenda tersebut mungkin idealistik. Suasana ekonomi sangat berbeza ketika kita berhimpun di sini pada tahun lepas. Pada masa itu, dunia berada dalam kemelut kemelesetan ekonomi global yang pertama. Lebih 20 juta pekerjaan telah hilang. Sumber kekayaan bertrilion dolar terus hilang. Ekonomi di seluruh dunia mengalami penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pengeluaran industri dan pelaburan modal jatuh mendadak. Masyarakat mengalu-alukan ketibaan tahun 2010. Namun, sementara Malaysia masih merasai kesan kemelesetan ini, saya percaya kita telah mengharungi rintangan dan mencapai kemajuan dalam menongkah arus. Kita enggan menjadi pemerhati pasif semasa kemelesetan ini melanda rantau Asia, justeru kita telah bertindak dengan tegas dan pantas. Kerajaan telah menyuntik RM67 bilion rangsangan fiskal, dan berjaya mengimbangi pelaburan negara yang dikehendaki dan perbelanjaan berhemat yang diperlukan untuk mengurangkan defisit bajet. Kita telah memperkenalkan rangkuman insentif dan inisiatif liberalisasi sektor perkhidmatan yang membuka peluang kepada pelaburan yang berkualiti tinggi dalam sektor utama ekonomi negara. Kini, kita sedang menyaksikan hasil langkah-langkah tersebut. KDNK bagi suku keempat 2009 mencatatkan pertumbuhan 4.5 peratus, lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Pakej-pakej rangsangan menjana ratusan projek infrastruktur penghasilan kerja. Eksport kembali pulih, dan pengaliran semula pelaburan asing yang berkualiti ke Malaysia. Defisit

fiskal dijangka mengecil dari 7.0 peratus kepada 5.6 peratus pada tahun 2010. Indeks pengeluaran industri kembali kukuh dengan pertumbuhan 12.7 peratus pada Januari 2010. Jumlah eksport meningkat 37 peratus kepada RM52 bilion dan import bertambah 31 peratus kepada RM40 bilion. Aktiviti sektor swasta yang positif juga amat menggalakkan. Coca-cola telah mengumumkan pelaburan bernilai 1 bilion ringgit yang mampu menjana 2,000 hingga 3,000 pekerjaan di Malaysia. IPO Maxis yang bernilai beberapa bilion ringgit merupakan yang terbesar di Asia Tenggara dan ini mencerminkan visi keusahawanan yang biasa saya lihat dalam setiap syarikat tempatan. JCY Berhad juga merupakan satu contoh kebanggaan aktiviti sektor swasta, di mana ia bermula sebagai syarikat yang kecil dan kini, menghasilkan 25 peratus daripada pengeluaran pemacu cakera keras dunia. Melangkah ke hadapan, pegangan Kerajaan dalam pasaran akan dikurangkan, modal akan dijana, inovasi akan dipupuk dan kekayaan akan dihasilkan bagi memberi kemudahan untuk mengembangkan lagi ekonomi Malaysia. Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada kejutan kemelesetan sejak dua tahun lepas. Negara kita juga tidak terkecuali daripada menerima impak tersebut. Sungguhpun demikian, ekonomi Malaysia kini berada dalam landasan pemulihan yang kukuh. Keputusan yang diambil oleh Kerajaan dan visi sektor swasta yang dinamik telah membantu mewujudkan asas untuk pembangunan ekonomi Malaysia ke tahap seterusnya. Walaupun begitu, perjalanan kita masih jauh. Sebagai Kerajaan dan Perdana Menteri aspirasi kita untuk Malaysia dan rakyat Malaysia, adalah lebih jauh dan bukan sekadar membimbing negara ke arah pemulihan ekonomi. Justeru, segala usaha yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas akan sia-sia sekiranya kita kembali ke status asal. Saya tidak boleh menerima keadaan ini. Saya berjanji: kita akan bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk membangun serta melaksanakan pembaharuan ekonomi yang diperlukan oleh negara untuk terus berkembang, untuk perniagaan berjaya dan yang paling utama untuk kemakmuran rakyat.

Ekonomi dunia sebelum dan khususnya sejak krisis kewangan, telah mengalami perubahan yang ketara. Polisi sebelum ini yang memacu pertumbuhan tinggi dan membantu mengurangkan kemiskinan tegar, tidak lagi memadai untuk meningkatkan tahap pendapatan dan mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi yang kita ingini. Kita tidak boleh hanya bergantung sepenuhnya kepada modal baru untuk menjana pertumbuhan. Sebaliknya, kita harus menggunakan modal ini secara lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti, merangsang inovasi dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Jika kita tidak bertindak pantas untuk mengenal pasti halangan dan bertindak balas secara efektif terhadap perubahan persekitaran ekonomi, kita akan menghadapi risiko kehilangan daya saing. Kita tidak boleh lagi bergantung hanya pada beberapa sektor ekonomi untuk memacu pertumbuhan. Kita perlu mempelbagai dan memberi insentif kepada industri strategik yang baru di mana negara kita mempunyai kepakaran, kekuatan dan potensi untuk lebih berjaya. Selaras dengan perkembangan ini, kita juga harus memberi pertimbangan kepada manfaat yang boleh diperoleh daripada kompetensi tenaga kerja Malaysia yang berada di dalam dan di luar negara. Mereka dengan sokongan bakat asing yang sesuai mampu menyumbangkan kecerdasan minda, modal intelektual dan kemahiran untuk membantu merealisasikan matlamat kita dengan lebih bermakna. Saya menjemput kesemua rakyat Malaysia yang telah meninggalkan tanah air ini untuk kembali semula dan bersama-sama mengembleng tenaga dalam proses transformasi ini untuk mencapai potensi Malaysia yang sepenuhnya. Sistem pendidikan kita perlu dikaji semula secara berterusan dan ditambah baik untuk melahirkan tenaga kerja masa depan, dengan komitmen kepada program berasaskan merit. Ini akan mendorong kecemerlangan dan memupuk graduan berbakat yang cemerlang dari segi pemikiran kreatif dan strategik serta kemahiran keusahawanan dan kepimpinan yang akan memacu kejayaan pada dekad mendatang. Kita memerlukan kerajaan yang dapat membantu untuk memperkukuh sektor swasta. Ini bermakna, membentuk semula dan memperkasa sektor awam untuk menjadi lebih responsif dan bertanggungjawab kepada keperluan sektor swasta dan perniagaan.

Kita juga telah mengenalpasti beberapa polisi yang telah berjaya mencapai tujuannya pada era sebelum ini, namun kini mungkin menjadi penghalang kepada kejayaan, merencat pasaran dan meletakkan kita dalam kedudukan yang kurang berdaya saing. Sebagai contoh, kerajaan sedang berunding untuk mengubah struktur polisi fiskal yang akan menaksir semula sistem subsidi yang wujud di Malaysia dan meluaskan punca kutipan hasil melalui cadangan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan. Langkah ini akan membawa Malaysia sejajar dengan keadaan norma antarabangsa dan mengurangkan kebergantungan terhadap industri, perniagaan dan pembayar cukai. Ini adalah penting untuk membolehkan kita terus maju ke hadapan bersama sebagai satu negara, di samping meningkat dan mengukuh program jaringan keselamatan untuk menyokong kebajikan rakyat Malaysia yang mudah terjejas. Secara keseluruhan, kekurangan ini menjelaskan keadaan pelaburan swasta Malaysia yang masih belum pulih ke paras sebelum krisis kewangan Asia. Dan sebagaimana yang anda tahu, ini boleh memberi ancaman pada usaha kita untuk menjadikan negara sebagai destinasi pelaburan asing dan tempatan. Menangani isu-isu ini bukan sahaja perlu mempunyai visi yang jelas dan polisi yang betul tetapi ia juga memerlukan iltizam politik yang jitu, pelaksanaan yang efektif dan sokongan rakyat yang sepadu. Adakah kita mempunyai semangat dan keberanian untuk keluar dari perangkap ekonomi berpendapatan sederhana? Saya percaya kita perlu mencapai persetujuan bersama mengenai isu ini. Memandangkan pertumbuhan ekonomi semakin pulih, sesetengah pihak mempersoalkan keperluan untuk segera mengubah tabiat lama. Kini, terdapat seruan untuk melindungi status sedia ada. Kita jangan mudah terpedaya. Kita memerlukan cara baru untuk bertindak. Dengan pemulihan ekonomi, kita mesti bertindak segera untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia di masa hadapan. Dan ini merupakan pilihan yang perlu kita hadapi. Untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana iaitu satu kedudukan yang merbahaya kepada mana-mana negara dalam ekonomi global baru; atau untuk terus kekal dengan apa yang kita tahu dan kita selesa serta terus berharap agar dunia beradaptasi dengan kita. Pilihan kita dan tugasan Kerajaan adalah untuk terus menerajui polisi-polisi ekonomi yang berjaya dalam industri berpengetahuan masa hadapan, dengan pekerjaan bergaji tinggi dan kemakmuran yang boleh dikongsi bersama.

Pada hari ini, kita akan mengambil satu langkah penting dalam perjalanan tersebut. Teras utama agenda polisi jangka-panjang merupakan model ekonomi baru yang akan disepadukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dengan visi jangka masa yang lebih panjang yang akan dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Ke-11. Ini akan mengubah ekonomi Malaysia menjadi satu ekonomi yang berpendapatan tinggi dan mempunyai pertumbuhan berkualiti dalam abad yang mendatang. Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan tunjang penting kepada Malaysia yang sedang dibentuk, struktur yang akan berkhidmat kepada masyarakat kita pada masa akan datang. Sebagai metafora, fikirkan sebuah rumah yang disinari mentari Malaysia. Kita memerlukan bumbung falsafah yang merangkumi kesemua bahagian binaan ini. Dalam situasi ini, 1Malaysia merupakan bumbung tempat kita sama berteduh. Program Transformasi Kerajaan (GTP) satu program penyampaian dalam enam Bidang Keberhasilan Utama merupakan satu tiang asas kepada rumah ini. Tiang asas kedua ialah Pelan Transformasi Ekonomi yang akan membangunkan MEB. Dan lantainya, asas di mana kesemua rakyat Malaysia terus bergerak ke hadapan adalah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11. Selepas beberapa bulan saya menjadi Perdana Menteri, saya telah menubuhkan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) yang merupakan satu badan bebas yang ditugaskan untuk mengkaji ekonomi negara secara terperinci. Saya meminta majlis ini memberikan cadangan berani tetapi praktikal untuk melaksanakan model ekonomi baru bagi mengubah ekonomi Malaysia. Dan saya dengan ini mengumumkan bahawa saya telah menerima laporan NEAC ini. Laporan ini secara telusnya menyatakan keadaan ekonomi masa kini, kekuatan dan kelemahan serta menilai polisi semasa dan bidang berpotensi untuk dijadikan tumpuan pada masa akan datang bagi Malaysia. Ia merupakan analisis yang komprehensif dan berpandangan jauh. Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada pengerusi NEAC, Senator Tan Sri Amirsham A Aziz, ahli jawatankuasa NEAC dan pasukan Sekretariat. Hasil kerja dan khidmat yang diberikan kepada negara bukan sahaja layak menerima pengiktirafan tetapi juga penghargaan kita.

Pada hari ini, saya dan anggota kabinet bersama-sama ahli jawatankuasa NEAC akan memulakan pertimbangan terperinci mengenai cara untuk kita maju ke hadapan, terutamanya dalam kita beralih dari laporan ini kepada pelan tindakan masa depan. Namun, ia bukan merupakan cara lama debat politik. MEB mempunyai implikasi yang meluas untuk semua rakyat Malaysia dan kita tidak mampu untuk mengabaikan pandangan mereka mengenai perkara ini. Seperti mana pelabur, Kerajaan juga menitikberatkan ketelusan yang tinggi. Sama ada dalam bajet mahupun GTP, di mana ribuan penduduk awam terlibat dalam proses ini, saya telah mengarahkan laporan ini diterbitkan dan mudah dicapai oleh masyarakat umum. Dengan ini kita dapat mengumpulkan input dan memberi peluang untuk mereka terlibat sama dalam proses membuat keputusan bagi bulan yang mendatang. Hanya melalui konsultasi bersama Rakyat dan semua pihak lain yang berkepentingan, maka kita akan mampu mencapai perancangan yang kukuh, meyakinkan dan efektif dalam melaksanakan MEB. Perdana Menteri telah menekankan dalam pelbagai majlis sebelum ini bahawa era Kerajaan tahu segalanya telah berakhir. Rakyat dan golongan-golongan seperti pemimpin perniagaan dan pelabur ingin serta layak untuk melibatkan diri dalam proses pembuatan polisi. Kita perlu membangunkan pendekatan yang lebih konsultatif dalam melibatkan pihak berkepentingan paling utama. Hanya melalui proses tersebut, kita boleh meluaskan pandangan, mencabar pemikiran sedia ada dan membantu membina ketelusan dan keterbukaan semua ke arah yang betul. Inilah hala tuju yang akan kita ambil. Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

3.1 Jenis Ayat Berdasarkan Petikan Rencana Jenis Ayat Ayat

Ayat penyata

i.

Perenggan 6

IPO Maxis yang bernilai beberapa bilion ringgit merupakan yang terbesar di Asia Tenggara dan ini mencerminkan visi

keusahawanan yang biasa saya lihat dalam setiap syarikat

tempatan.

ii.

Perenggan 6 JCY Berhad juga merupakan satu contoh kebanggaan aktiviti sektor swasta, di mana ia bermula sebagai syarikat yang kecil dan kini, menghasilkan 25 peratus daripada pengeluaran pemacu cakera keras dunia.

iii.

Perenggan 8 Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada kejutan kemelesetan sejak dua tahun lepas.

iv.

Perenggan 17 Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan tunjang penting kepada Malaysia yang sedang dibentuk, struktur yang akan berkhidmat kepada masyarakat kita pada masa akan datang.

v.

Perenggan 20 Ekonomi yang berasaskan pengetahuan, pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran yang pelbagai, innovasi dan kreativiti, serta peningkatan kompetensi adalah pemacu kepada prestasi sektor awam dan swasta.

vi.

Perenggan 23 Dari segi institusi, Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) merupakan agensi utama Kerajaan yang

bertanggungjawab untuk mempromosi serta memudahkan pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia.

Ayat tanya

i.

Perenggan 16 Adakah kita mempunyai semangat dan keberanian untuk keluar dari perangkap ekonomi berpendapatan sederhana?

ii.

Perenggan 20 Cabaran kita adalah bagaimana untuk melakukannya

Ayat perintah

i.

Ayat Silaan (Perenggan 11) Saya menjemput kesemua rakyat Malaysia yang telah meninggalkan tanah air ini untuk kembali semula dan bersama-sama mengembleng tenaga dalam proses

transformasi ini untuk mencapai potensi Malaysia yang sepenuhnya.

2( C ) TEKS UCAPAN MAJLIS DAN KLASIFIKASI AYAT BAHASA MELAYU

Terima kasih kepada pengerusi majlis. Saya amat berbesar hati berada di sini pada hari ini kerana Pemimpin perniagaan dan pelabur adalah penting untuk menentukan kesejahteraan ekonomi Malaysia dan juga masyarakat. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas usaha, sumbangan dan penglibatan anda dalam beberapa perbincangan penting yang akan berlangsung sepanjang beberapa hari yang akan datang. Menerajui Kecemerlangan Global menjadi tajuk ucapan saya pada hari ini seterusnya menjadi tema bagi Invest Malaysia 2010, adalah berpadanan dengan persekitaran Bursa Malaysia yang berpandangan jauh serta aspirasi yang dikongsi bersama bagi negara dan perniagaan. Hadirin sekalian, Dua belas bulan yang lalu (1), agenda tersebut mungkin idealistik. Suasana ekonomi sangat berbeza ketika kita berhimpun di sini pada tahun lepas. Pada masa itu, dunia berada dalam kemelut kemelesetan ekonomi global yang pertama. Lebih 20 juta pekerjaan telah hilang. Sumber kekayaan bertrilion dolar terus hilang. Ekonomi di seluruh dunia mengalami penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pengeluaran industri dan pelaburan modal jatuh mendadak.(2) Kita mengalu-alukan ketibaan tahun 2010. Namun, sementara Malaysia masih merasai kesan kemelesetan ini, saya percaya kita telah mengharungi rintangan dan mencapai kemajuan dalam menongkah arus. Kita enggan menjadi pemerhati pasif semasa kemelesetan ini melanda rantau Asia, justeru kita telah bertindak dengan tegas dan pantas. Kita telah menyuntik RM67 bilion rangsangan fiskal, dan berjaya mengimbangi pelaburan negara yang dikehendaki dan perbelanjaan berhemat yang diperlukan untuk mengurangkan defisit bajet. Kita telah memperkenalkan rangkuman insentif dan inisiatif liberalisasi sektor perkhidmatan yang membuka peluang kepada pelaburan yang berkualiti tinggi dalam sektor utama ekonomi negara.Kini, kita sedang menyaksikan hasil langkahlangkah tersebut. KDNK bagi suku keempat 2009 mencatatkan pertumbuhan 4.5 peratus, lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Pakej-pakej rangsangan menjana ratusan projek infrastruktur penghasilan kerja. Eksport kembali pulih, dan pengaliran semula pelaburan asing yang berkualiti ke Malaysia. Defisit fiskal dijangka mengecil dari 7.0 peratus kepada 5.6 peratus pada tahun 2010. Indeks pengeluaran industri kembali kukuh dengan pertumbuhan 12.7 peratus pada Januari 2010. Jumlah eksport meningkat 37 peratus kepada RM52 bilion dan import bertambah 31 peratus kepada RM40 bilion. Aktiviti sektor swasta yang positif juga amat menggalakkan. Coca-cola telah mengumumkan pelaburan bernilai 1 bilion ringgit yang mampu menjana 2,000 hingga 3,000 pekerjaan di Malaysia. IPO Maxis yang bernilai beberapa bilion ringgit merupakan yang terbesar di Asia Tenggara dan ini mencerminkan visi keusahawanan yang biasa saya lihat dalam setiap syarikat tempatan. JCY Berhad juga merupakan satu contoh kebanggaan aktiviti sektor swasta, di mana ia bermula sebagai syarikat yang kecil dan kini, menghasilkan 25 peratus daripada pengeluaran pemacu cakera

keras dunia. Melangkah ke hadapan, pegangan Kerajaan dalam pasaran akan dikurangkan, modal akan dijana, inovasi akan dipupuk dan kekayaan akan dihasilkan bagi memberi kemudahan untuk mengembangkan lagi ekonomi Malaysia. Ekonomi global masih belum pulih sepenuhnya daripada kejutan kemelesetan sejak dua tahun lepas. Negara kita juga tidak terkecuali daripada menerima impak tersebut. Sungguhpun demikian, ekonomi Malaysia kini berada dalam landasan pemulihan yang kukuh. Keputusan yang diambil oleh Kerajaan dan visi sektor swasta yang dinamik telah membantu mewujudkan asas untuk pembangunan ekonomi Malaysia ke tahap seterusnya. Hadirin sekalian Oleh yang demikian, saya menyeru agar syarikat, pelabur dan usahawan Malaysia untuk merebut peluang yang ada serta menjadi juara serantau malah di peringkat global. Kita perlu mewujudkan polisi intervensi bersama untuk menjadikan ini satu realiti. Sekiranya Malaysia ingin mencapai matlamatnya, kita harus membina hubungan strategik, kuat dan teguh serta dipacu pasaran berasaskan permintaan yang menghubungkan sektor pertumbuhan kepada MEB. Saya telah menyentuh beberapa strategi yang saya percaya kita perlu, termasuk pemodenan sistem pendidikan ke arah melahirkan tenaga kerja bertaraf dunia; pembaharuan fiskal berhemat yang membawa lebih banyak keseimbangan kepada rangka kerja hasil dan perbelanjaan; serta langkah mesra pasaran yang berkesan bagi memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada pendekatan baru ini. Saya yakin dengan sokongan anda bahawasanya kita akan memilih jalan yang betul, bergerak ke hadapan membina Malaysia yang lebih saksama, kukuh dan dinamik untuk dekad yang mendatang. Saya menyeru anda berganding bahu dengan saya dalam perjalanan bersejarah ini untuk membina kemakmuran dan masa depan baru demi 1Malaysia.

JENIS JENIS AYAT BAHASA MELAYU

Jenis Ayat Majmuk

Ayat

Gabungan

Dua belas bulan yang lalu, agenda tersebut mungkin idealistik.( 1 )

Pengeluaran mendadak.

industri

dan

pelaburan

modal

jatuh

i. Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada pengerusi NEAC, Senator Tan Sri Amirsham A Aziz, ahli jawatankuasa NEAC dan pasukan Sekretariat.

ii. Ini bermaksud, membangunkan sektor sedia ada dan memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi.

iii. Keterangkuman atau penyertaan menyeluruh merupakan pra-syarat utama bagi memupuk semangat kekitaan dan pemuafakatan di dalam MEB.

3 PERATURAN HUKUM D M

Frasa Nama (FN) Frasa nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan mempunyai dua jenis hubungan antara perkatan-perkataan ini : a) inti & penerang

Contoh : Guru sekolah menengah itu sedang menasihati murid-muridnya (FN+FK) Guru inti ; sekolah menengah itu penerang

b)

inti & inti.

Contoh : Ibu bapa perlu mendidik anak (FN+FK) Ibu inti ; bapa inti.

Dalam binaan frasa nama, penyusunan setiap konstituen amat pentng untuk menentukan sama ada frasa nama itu digunakan dengan betul atau tidak. Oleh itu, peraturan Hukum D-M, penggunaan kata bilangan serta panggilan dan penerang mestilah sesuai dalam frasa nama.

Hukum D-M ialah Hukum Diterang (D) dan Hukum Menerang (M). Dalam frasa nama, unsur inti yang berada pada kedudukan pertama adalah unsur diterangkan, dan pada kedudukan kedua merupakan unsur menerangkan. Contoh : Guru bahasa ; Guru inti / (D) bahasa penerang /(M) Hukum D-M mempunyai beberapa kekecualian, antaranya ialah jawatan tertentu yang biasa digunakan seperti Perdana Menteri (sepatutnya Menteri Perdana) dan naib presiden (sepatutnya presiden naib).

2)

Frasa Kerja (FK)

Frasa kerja terbina daripada satu perkataan sahaja (iaitu terdiri daripada kata kerja tak transitif) atau sederetan perkataan yang menjadi unsur predikat dalam ayat. Binaan frasa kerja terbahagi kepada dua : a) Frasa kerja yang tidak mengadungi obejk dan tidak memerlukan kata nama sebagai penyambung untuk melengkapkannya. Kata kerja di sini ialah kata kerja tak transitif. Contoh : Adik menangis (FN+FK) b) Frasa kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja untuk melengkapkan frasa ini. Kata kerja di sini ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama. Objek berkenaan boleh diikuti oleh penerang.

Contoh : Saya menangkap burung gagak di hutan. (FN+FK) ; di sini : burung gagak objek di hutan penerang

3)

Frasa Adjektif (FA)

Frasa adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau sederetan perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai inti. Frasa adjektif adalah unsur predikat dalam binaan ayat atau sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat, yang hadir selepas kata kerja. Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas kata nama. Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan sahaja adalah seperti malas, muram, dan kosong. Frasa adjektif juga boleh dibahagikan kepada dua golongan : a) Kombinasi dua kata adjektif yang menekankan beberapa unsur: keserasian makna. Contoh : cantik molek, penat lelah makna berlawanan. Contoh : baik buruk, kecil besar keindahan bunyi ritma. Contoh : lemah longlai, kusut masai

b) Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan kata nama sebagai penerang. Ia membawa dua maksud keserupaan. Contoh : merah darah , hijau daun kiasan. Contoh : panjang tangan, besar kepala

Dalam frasa adjektif, kata penguat boleh hadir dalam beberapa keadaan: a) b) c) Di hadapan : paling degil, amat bijak Di belakang : murah sekali, cepat benar Secara bebas : amat cantik, cantik amat.

d)

Secara berderetan : sungguh berani sekali, belum cerdik lagi

Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif hadir sebagai predikat, sebagai kata keterangan selepas kata kerja dan penerang selepas frasa nama. Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif boleh mengalami susunan songsang. Contoh : Rumah Ani amat besar sekali Amat besar sekali rumah Ani

4)

Frasa Sendi Nama (FS)

Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu sendi nama dan frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama itu. Dalam binaan ayat biasa, frasa sendi nama menjadi predikat dalam ayat.

Frasa sendi nama boleh dibentuk melalui empat cara : a) b) Sendi nama dan frasa nama. Contoh : di pasar Sendi nama, kata nama arah dan frasa nama. Contoh : di tepi pasar

c) Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan ayat komplemen. Contoh : ke dalam hutan untuk menangkap rusa. (binaan ketiga ini memperlihatkan kita bahawa unsur kata nama arah dan ayat komplemen merupakan unsur pilihan) d) Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan frasa keterangan. Contoh : di selatan negeri China pada tiap-tiap bulan. (binaan keempat ini memperlihatkan unsur keterangan bersifat pilihan)

3 (i) CONTOH KESILAPAN TATABAHASA DALAM PETIKAN AKHBAR

Bahasa Kebangsaan di India Kecil Pemilik restoran itu menamai sudut tersebut sebagai Najibs Corner(1) kerana Perdana Menteri singgah di situ dalam lawatanya ke kawasan itu. Restoran tersebut terletak di kawasan yang akan dibangunkan dengan nama Little India(2) ( istilah yang digunakan oleh seorang wakil rakyat ) keranan terdapat banyak orang keturunan India di situ. Kedua-dua peristiwa itu mendapat liputan media massa tempatan kerana kehadiran pemimpin tertinggi negara. Yang begitu mendukacitakan ialah bahasa kebangsaan tidak digunakan untuk menamai(3) kedua-dua buah tempat itu walaupun wakil rakyat dan pengusaha restoran itu diyakini mampu menggunakan bahasa tersebut kerana mereka rakyat Malaysia. Apakah salahnya jika digunakan nama Sudut Najib dan India Kecil, misalnya? Jika ada Little India ( dan Chinatown), tidak mustahil akan wujud Arfican Colony, Myanmar Village dan yang seumpamanya yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan.

Sumber Berita Harian: Ruangan Pelita Bahasa Keluaran Julai 2012

Kesalahan Tatabahasa 1. Pemilik restoran itu menamai sudut tersebut sebagai Najibs Corner.

Pembetulan : Pemilik restoran itu menamai sudut tersebut sebagai Najibs Corner.

Bagi ayat yang pertama, ini merupakan contoh pola ayat FN + FK. Pemilik restoran itu merupakan subjek frasa nama, manakala menamai sudut tersebut sebagai Najids Corner ialah predikat frasa kerja. Hal ini kerana (menamai) merupakan kata kerja yang membawa maksud menamakan sesuatu. Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Kerja Kata Kerja Pemilik restoran itu menamai Keterangan sudut tersebut sebagai Najibs Corner

2.

Restoran itu terletak di kawasan Little India.

Pembetulan: Restoran itu terletak di kawasan Little India. Bagi ayat yang kedua pula, ini merupakan contoh pola ayat FN + FSN. Restoran itu merupakan subjek frasa nama, manakala terletak di kawasan Little India ialah predikat frasa keterangan. Hal ini kerana (di) merupakan kata sendi nama yang menerangkan sesuatu tempat. Subjek Frasa Nama Frasa Kerja Predikat Frasa Keterangan Sendi Nama Restoran itu terletak di Frasa Nama kawasan Little India.

3.Bahasa Kebangsaan tidak digunakan untuk menamai tempat itu. PEMBETULAN : Bahasa Kebangsaan tidak digunakan untuk menamai tempat itu. Bagi ayat yang ketiga pula, ini merupakan contoh pola ayat FN + FSN. Bahasa Kebangsaa merupakan subjek frasa nama, manakala tidak digunakan untuk menamai tempat itu ialah predikat frasa keterangan. Hal ini kerana (untuk) merupakan kata sendi nama yang menerangkan tujuan sesuatu. Subjek Frasa Nama Frasa Kerja Predikat Frasa Keterangan Sendi Nama Bahasa Kebangsaan tidak digunakan untuk Frasa Nama menamai tempat itu.

4. BINAAN FRASA KERJA DAN BINAAN FRASA NAMA DALAM cerpen Mak Timah karya Khatem Bin Ariffin

4.0 Konstituen Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu. Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya,atau sebelum dan sesudah frasa nama.Ada pendapat yang yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama.

4.1 Binaan Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu. Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan.Jika dibentuk oleh sederetan perkataan,maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan-perkataan itu.Jenis pertama ialah yang terdiri daripada satu perkataan yang menrupakan inti bagi seluruh frasa nama itu. ,sementara perkataan atau perkataan-perkataan yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya. Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur di dalamnya.Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna,sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

4.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang. Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti+penerang boleh terbentuk daripada dua jenis hubungan iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama.

Dalam cerpen Mak Timah,bagi binaan frasa nama inti + penerang nama terdapat beberapa binaan frasa nama iaitu seperti didalam jadual dibawah:

i) Inti + penerang nama jenis. Frasa Nama Inti Penerang Nama Jenis baju kurung

ii) Inti + penerang milik Frasa Nama Inti Penerang Milik Pakaian Idah Susu Afiq Bilik ku Orang nya

4.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang Bukan Nama Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama,terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama iaitu penentu,kata kerja, kata adjektif,frasa sendi nama dan bilangan ordinal.Dalam cerpen Mak Timah terdapat juga binaan frasa nama inti + penerang bukan nama. i)Penentu Hadapan

Frasa Nama Penentu Hadapan Inti Bilangan Penjodoh Bilangan Semua - barang kemas

ii) Penentu belakang Frasa Nama Inti Penentu belakang petang itu waktu itu

iii) Inti + penerang kata adjektif Frasa Nama Inti Penerang Kata Adjektif suara garau suara langsing

iii) Inti + penerang frasa sendi nama Frasa Nama Inti Penerang Frasa Sendi Nama Sendi Nama Frasa Nama

Aku dari sekolah Ayah di dapur

4.2 Susunan Konstituen Frasa Nama Dalam pembinaan frasa nama, terdapat peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituennya, iaitu apa yang hadir dahlu dan apa yang kemudian. Peraturan-peraturan ini adalah seperti peraturan D-M,kecualian hukum D-M,bilangan dan panggilan, dan penerang.Berdasarkan penelitian terhadap cerpen Mak Timah, didapati penulis sememangnya mengambil kira susunan konstituen frasa nama. Susunan Konstituen Frasa Nama berdasarkan Peraturan D-M dalam Cerpen Mak Timah Frasa Nama Diterangkan ( Inti ) Menerangkan(Penerang) Pakaian Idah Susu Afiq Baju kurung

4.0 Binaan Frasa Kerja Dalam Ayat Bahasa Melayu. Dalam ayat-ayat bahasa Melayu,binaan frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannnya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif.Jenis yang kedua ialah frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya.Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif. 4.1 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri sdaripada satu jenis kata kerja sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.Binaan Frasa Kerja yang terdapat didalam cerpen Mak Timah adalah seperti berikut :

a) Kata kerja Tak Transitif dengan Pelengkap i) Frasa sendi nama sebagai pelengkap Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Kata Kerja Frasa Sendi Nama Ayah bangun dari tidurnya Mak Timah datang bekerja di rumah Aku berlari ke bilik

ii) Kata nama sebagai pelengkap Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Kata Kerja Kata Nama Ayah cium pipi Idah

iii) kata Adjektif sebagai pelengkap

Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Kata Kerja Kata Adjektif Dadku menjadi sebak

b) Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai penerang Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Kata bantu Aspek Frasa Kerja Kata Kerja Penerang Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu

4.2 Binaa Frasa Kerja dengan Objek Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuiti kata kerja itu sebagai objek atau penyambutnya. a) Frasa Kerja yang mengandungi satu objek Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Kerja Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat Afiq menggunakan pampers Aku cuba mencari hujah Aku menggelengkan kepala

b) Frasa Kerja yang mengandungi dua objek Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Kerja Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat Objek Sipi

Mak Timah memberitahu ku satu berita Aku menekup mukaku dengan kedua-dua belah telapak tanganku.

4.3.Frasa Kerja dengan Kata Bantu Unsur kata bantu dibentuk oleh kata bantu yang boleh disertai oleh kata penguat.Kata bantu menerangkan kata kerja dari dua sudut makna iaitu mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua jenis kata bantu tersebut iaitu kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu bagi kerja, manakala kata bantu ragam pula menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja. a) Kehadiran Kata Bantu Aspek sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah. Ayat Subjek Predikat Frasa Nama Frasa Kerja Kata Bantu Aspek Kata Kerja Pelangkap Mak Timah akan menghidang makanan tengah hari kami Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepada ku Ayah telah mengambilnya bekerja atas cadangan nenek Aku pernah mencadangkan Afiq tidur denganku Afiq sedang tidur di biliknya (penerang) Ayah akan mendukung Afiq

b) Kehadiran Kata Bantu Ragam sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah i. Dia datang hendak menyiksa hidup kita sahaja ii. Aku boleh menjaga mereka. iii. Aku tak mahu kata kata yang terkeluar dari mulutku berbaur emosi. iv. Ayah tidak lagi dapat bermesra dengan kami. v. Aku dapat merasakan darahku menjalan ke muka dan berkumpul dipipiku. vi. Apakah yang mahu ayah sampaikan padaku? vii. Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab

4.4 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen.

Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif,boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Dalam ayat ini kata hubung pancangan komplemen akan digunakan iaitu bahawa dan untuk yang berfungsi menggabungkan dua ayat menjadi satu ayat iaitu penerbitan ayat majmuk pancangan komplemen.

a) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq. b) Aku selalu juga mencuba untuk bangun lebih awal daripada ayah c) Afiq tidak ada masalah untuk tidur bersama-samaku pada malamnya. d) Nampaknya ayah kena cari orang lain untuk menggantikan Mak Timah. 4.5 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja ii) Keterangan waktu a) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya. b) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang iii) Keterangan cara a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya. iv) Keterangan tujuan a) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami. v) Keterangan alat a) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung. vi) Keterangan bagai a) Mak Timah bagaikan ibu kepadaku. b) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri. 6.3 Kesimpulan Binaan dan Susunan Frasa Sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah

Secara ringkasnya, binaan frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen ini majoritinya penulis kerap menggunakan binaan Kata Sendi Nama + Frasa Nama.Manakala binaan yang lain adalah jarang sekali digunakan.Manakala dari aspek kedudukan frasa sendi nama dalam ayat pula,penulis kerap menggunakan frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa sendi nama sebagai keterangan frasa kerja. Rumusan Berdasarkan hasil analisis cerpen Mak Timah, sememangnya struktur ayat terdiri daripada asas iaitu mengandungi subjek dan predikat. Sesebuah ayat boelh di bina dengan menggaplikasikan frasa nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.Namun demikian setiap frasa ini mempunyai binaannya dan konstituennya yang tersendiri. Kesimpulannya sesuatu ayat boleh di perluaskan dengan unsur frasa frasa yang boleh di ubah peranannya dalam ayat seperti menjadi unsur pelengkap dan keterangan dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen atau frasa sendi nama bagi menerbitkan ayat majmuk komplemen.

REFLEKSI
Sintaksis Bahasa Melayu adalah mata pelajaran untuk Pengajian Melayu bagi Semester

keenam untuk program PGSR kali ini. Pensyarah yang membimbing kumpulan kami ialah Encik AHHMAD SALEHUDDIN BIN SAMAN .Bidang kajian dalam ilmu Sintaksis ini ialah yang merangkumi susunan konstituen frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa sendi nama, ayat dalam Bahasa Melayu termasuk frasa, klausa, ayat dasar, ayat tunggal, ayat majmuk dan proses penerbitan ayat.

Dari perincian sukatan pelajaran yang diedarkan kepada saya dan rakan-rakan memudahkan kami mengikuti kuliah yang disampaikan oleh pensyarah dan rujukan daripada bahan bacaan serta pencarian ilmu melalui internet. Pensyarah pembimbing menyampaikan kuliah mengikut perincian yang meliputi semua aspek kajian dalam ilmu Sintaksis. Walaupun aspek-aspek ini saya telah menguasainya, tetapi apabila diperincikan secara mendalamnya melalui frasa dan klausa ayat-ayat menyebabkan ada juga kekeliruan yang timbul dalam mengkelaskan sesuatu penerbitan ayat-ayat tersebut. Melalui apa yang dikuliahkan serta rujukan Kamus Tatabahasa Dewan dapat membantu saya memahami bidang kajian ilmu Sintaksis ini.

Sepanjang interaksi dengan pensyarah saya didedahkan dengan bidang kajian ilmu Sintaksis yang terkandung dalam Bahasa Melayu.. Walaupun topik-topik ini pernah saya pelajari semasa mengikut pengajian sebelum menjadi guru dulu, ada yang saya ingat dan ada yang memerlukan saya membuat rujukan untuk mengukuhkan pemahaman saya. Dengan apa yang dipelajari ini dapat saya katakan bahawa semua ini pernah saya mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu agar murid-murid memahami tentang penerbitan sesuatu ayat dalam Bahasa Melayu.

Alhamdulillah saya mendapat pensyarah pembimbing yang memahami dengan masalah saya dan rakan-rakan yang mempunyai tanggungjawab sewaktu berada di sekolah apabila balik untuk menjalankan tugas di sekolah selepas kuliah. Cara pendekatan yang digunakan oleh pensyarah pembimbing ini amat menarik dan bersesuaian dengan perwatakan

dan penampilannya. Saya suka dengan gaya dan perwatakan Encik AHHMAD SALEHUDDIN BIN SAMAN selaku pensayarah pembimbing kami. Ini menyebabkan saya rasa seronok dan selesa sewaktu mengikuti kuliah yang disampaikan oleh beliau.

Sewaktu menerima soalan tugasan ini saya rasa agak tertekan juga kerana selain daripada untuk menyiapkan tugasan ini, pada masa yang sama saya jperlu menyaipkan tugasan yang lain. Tambahan pula tarikh serahannya dalam masa yang hampir sama antara seseorang pensyarah pembimbing. Saya dan rakan-rakan terpaksa melaluinya juga dengan kerelaan hati memandangkan bidang kajian ilmu Sintaksis ini memerlukan saya membuat kajian tetang frasa dan kalusa ayat melalui penerbitan ayat-ayat tersebut. Melalui tugasan ini saya perlu memahami tentang ayat majmuk dengan membuat pelbagai rujukan berkaitan dengan ayat majmuk ini.

Alhamdulillah atas kesabaran saya maka melalui pembacaan buku-buku rujukan maka dapatlah saya melengkapkan tugasan ini dengan apa yang fahami mengikut kotak pemikiran saya..Walaupun tugasan kali ini amat berbeza dengan tugasan-tugasan yang sebelum ini, saya amat bersyukur kerana tugasan yang berat ini mampu menyiapkannya mengikut masa yang diperuntukkan kepada kami.

Pada keseluruhannya saya berasa amat berpuas hati dengan apa yang dikuliahkan oleh Encik AHHMAD SALEHUDDIN BIN SAMAN. Semoga apa yang saya dapat ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah nanti dengan lebik baik. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Encik AHHMAD SALEHUDDIN BIN SAMAN kerana berjaya mengajar saya dan rakan-rakan saya dengan cemerlang.

Wasalam.

You might also like