P. 1
contoh_perjanjian_tanah

contoh_perjanjian_tanah

|Views: 639|Likes:
Published by cray valley

More info:

Published by: cray valley on Jun 23, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

PERJANJIAN SEWA TANAH

TARIKH: _______________________

di antara xxxxx _______________________________ (Tuan Tanah) dan xxxxx ________________________________ (Penyewa)

PERJANJIAN INI dibuat pada hari dan tahun seperti yang dicatat di dalam Seksyen 1 dalam Jadual di antara dua pihak yang nama mereka dan butiran dinyatakan di dalam Seksyen 2 dalam Jadual ini (selepas ini dinamakan “Tuan Tanah”) bagi satu

1

pihak dan pihak yang satu lagi yang nama dan butirannya dinyatakan di dalam Seksyen 3 dalam Jadual (selepas ini dinamakan “Penyewa”). DENGAN ITU: 1. Tuan Tanah adalah tuan punya yang berdaftar/pihak/wakil yang memperoleh keuntungan kepada hartanah berkenaan yang secara khusus dirujuk dan dinyatakan dalam Seksyen 4 dalam Jadual (selepas ini dinamakan Tanah Berkenaan). 2. Tuan Tanah berhasrat untuk memberi sewaan dan Penyewa berhasrat untuk menyewa Tanah Berkenaan tertakluk pada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan. DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI PERKARA-PERKARA BERIKUT:3. Tertakluk pada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan Tuan Tanah memberi kebenaran kepada Penyewa tempoh sewaan bagi Tanah Berkenaan bagi satu tempoh, bermula dari tarikh tertentu dan tamat pada tarikh tertentu sebagaimana yang disebut di dalam Seksyen 5(a)(b) dan (c) satu persatu dalam Jadual. 4. Kadar sewa yang tertera dalam Seksyen 6 (a) dalam Jadual hendaklah dibayar pada masa yang ditetapkan dalam Seksyen 6 (b) dalam Jadual. Sewa itu mesti dibayar secara tunai. 5. PENYEWA DENGAN INI BERSETUJU DENGAN TUAN TANAH mengenai perkara- perkara berikut: 5.1 5.2 Untuk membayar sewa pada hari dan cara yang dipersetujui. Untuk menjaga Tanah Berkenaan dalam keadaan yang baik dan elok (kelusuhan dan kehausan biasa dikecualikan).

5.3 Memberi kebenaran kepada Tuan Tanah dan wakilnya yang dilantik setelah memberi tiga hari notis pada setiap masa dan dipersetujui secara bersama bagi membolehkannya memasuki dan memeriksa keadaan Tanah Berkenaan, 5.4 Untuk menggunakan Tanah Berkenaan bagi tujuan sebagaimana yang tertera di dalam Seksyen 8 dalam Jadual dan tidak menggunakannya atau memberi kebenaran untuk apa juga tujuan lain yang selamat kecuali bagi tujuan yang spesifik yang telah dinyatakan dan tidak menggunakannya atau memberi kebenaran atau menyebabkan apa-apa kerosakan berlaku di Tanah Berkenaan atau mana-mana bahagiannya. 5.5 Tidak akan membenarkan, menyewakan semula, atau keluar daripada hak milik yang sah itu atau menyebabkanTanah Berkenaan digunakan untuk

2

apa juga tujuan lain tanpa terlebih dahulu mendapatkan bertulis daripada Tuan Tanah.

kebenaran

6. TUAN TANAH DENGAN INI BERSETUJU DENGAN PENYEWA mengenai perkara-perkara berikut:6.1 Untuk membayar cukai tanah, caj perkhidmatan dan bayaranbayaran lain yang berkaitan dengan Tanah Berkenaan selain daripada yang dipersetujui dibayar oleh Penyewa. Jika Penyewa membayar sewa tanpa gagal dan mematuhi segala peruntukan dan tanggungjawabnya sebagaimana yang tertera, penyewa hendaklah dibiarkan tinggal di tanah itu dengan secara aman tanpa gangguan daripada Tuan Tanah atau sesiapa sahaja yang mendakwa mewakilinya atau diamanahkan olehnya.

6.2

DENGAN SYARAT KEDUA-DUA PIHAK BERSETUJU mengenai perkaraperkara berikut:6.3 Jika pada bila-bila masa sewa atau sebahagian daripadanya (sama ada diminta dengan secara rasmi atau tidak) didapati tidak dibayar atau tidak memuaskan untuk tujuh (7) hari selepas perlu dibayar atau apa-apa tanggungawab Penyewa tidak dipatuhi, maka adalah sah di sisi undang-undang bagi tuan tanah atau sesiapa yang dilantik oleh tuan tanah bagi pihaknya untuk memasuki semula ke dalam Tanah Berkenaan atau mana-mana bahagian bagi menentukan tindakan yang perlu diambil kerana perlanggaran perjanjian. Jika pada bila-bila masa sewa atau sebahagian daripadanya (sama ada diminta dengan secara rasmi atau tidak) didapati terus tidak dibayar atau tidak memuaskan untuk selama empat belas (14) hari selepas perlu dibayar atau apa-apa tanggungjawab Penyewa tidak dipatuhi, Penyewa adalah dikehendaki mengosongkan Tanah Berkenaan dalam masa 7 hari. Jika Penyewa ingin terus menyewa tanah itu, maka Penyewa hendaklah memberi dua (2) bulan notis dengan secara bertulis kepada Tuan Tanah. Dengan syarat kesemua peraturan dan syaratsyarat dalam perjanjian ini dipatuhi oleh penyewa, Tuan Tanah boleh membenarkan Penyewa itu terus menyewa bagi satu lagi tempoh sebagaimana yang tertera dalam Seksyen 5 dalam Jadual mengikut syarat-syarat dan peraturan yang sama dan pada kadar sewa yang akan dipersetujui bersama.

6.4

6.5

6.6

Sekiranya Tuan Tanah ingin menjual Tanah Berkenaan sebelum tamatnya tempoh perjanjian ini, Tuan Tanah akan bersetuju agar jualan itu tertakluk pada sewaan ini dan akan meminta pembelinya

3

supaya meneruskan syarat-syarat dan peraturan di bawah perjanjian ini sebagai tuan tanah. 6.7 Kesemua kos mematikan setem dan kos yang terbit berikutan penyediaan Perjanjian ini akan dibiayai oleh penyewa;

7

Dalam Perjanjian ini:7.1 7.2 7.3 Istilah “Tuan Tanah” dan “Penyewa” meliputi waris, wakil peribadi dan pengganti mereka dari segi gelaran. Perkataan-perkataan yang membawa maksud jantina maskulin merangkumi jantina feminin dan neuter dan sebaliknya. Perkataan-perkataan yang membawa erti nombor tunggal meliputi juga nombor banyak dan sebaliknya dan perkataanperkataan yang membawa maksud orang boleh meliputi orang perseorangan atau sebuah perbadanan.

DISAKSIKAN DI SINI BAHAWA kedua-dua pihak dengan ini bersetuju menandatangani pada hari dan tahun sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 1 dalam Jadual. DITANDATANGANI oleh TUAN TANAH Nama: xxxxxxxx ) ………………………………………. NO. KAD PENGENALAN: xxxxxxxxxxxxxxxxxx

Disaksikan oleh: Nama: NO. KAD PENGENALAN:

) ………………………………………..

DITANDATANGANI oleh PENYEWA Nama: xxxxxxxxxxxxxxxxxxx) …………………………………………. Pengarah Urusan: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx NO. KAD PENGENALAN: xxxxxxxxxxxxxxxx Disaksikan oleh:Nama: NO. KAD PENGENALAN:

) …………………………………………….

JADUAL

4

(Perlu diambil kira, dibaca dan diteliti sebagai salah satu perkara penting dalam perjanjian)

NO.
1 2

PERKARA
Tarikh perjanjian Keterangan tentang Tuan Tanah (Nama, No K/P, No Tel) Keterangan tentang Penyewa (Nama, No K/P, No Tel) Alamat Hartanah 20 Mei 2008 xxxxxxxxxx

KETERANGAN

xxxxxxxxxxxxxxxx

3

xxxxxxxxxxxxxx

4 (a)

xxxxxxxxxxxxxxxx

(b) 5 (a) (b) (c) 6 (a) (b) 7

Keluasan Jangkamasa Tarikh mula Tarikh tamat tempoh Sewa Tahunan Tarikh akhir Pilihan untuk pembaharuan Kegunaan hartanah xxxxxxxxxxxxxx

xxxxxxxxxxxxxxxxxxx Pembayaran perlu dibuat sebelum 01Mei setiap tahun Lima tahun sahaja

8

Hanya untuk Pertanian atau Penternakan sahaja

5

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->