P. 1
folio geografi ting.3 2009

folio geografi ting.3 2009

4.5

|Views: 2,730|Likes:
Published by vive
sample of 2009 form 3 geografi folio-petempatan & perkembanganya-
sample of 2009 form 3 geografi folio-petempatan & perkembanganya-

More info:

Published by: vive on Jun 23, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

SENARAI KANDUNGAN

BIL. SURAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. TAJUK PENGHARGAAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN MUKA

1

PENGHARGAAN
Saya ingin berterima kasih terutamanya kepada guru mata pelajaran Geografi saya Pn. Kumutha yang telah memberikan panduan serta dorongan sepanjang jalan menyiapkan projek ini. Beliau telah memberikan banyak maklumat yang amat esensial dalam penghasilan folio ini. Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untk mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya atas kesabaran serts kesudian mereka untuk menghulurkan bantuan bagi saya untuk menyiapkan folio ini. Terima kasih juga saya mengucapkan kepada pengetua sekolah sya iaitu En,Cheng Sai Lak yang telah memberikan saya kebenaran untuk melaksanakan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya yang sudi membantu menyediakan kemudahan seperti pengangkutan serta peralatan bagi saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menolong saya menjayakan folio ini.

2

PENDAHULUAN

Saya, Vivegan a/l Murali Daran yang berusia 15 tahun dari Tingkatan 3B SMK Methodist (ACS) Ipoh , telah memilih kawasan Silibin sebagai kawasan kajian saya bagi kerja kursus ini. Bagi kawasan bandingan pula, saya telah memilih negara bandar Tokyo yang merupakan ibu negara Jepun. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pilihan saya ini. Pertama sekali, kawasan Silibin terletak berdekatan sahaja dengan tempat kediaman saya. Perkara ini telah memudahkan proses pengumpulan maklumat serta data bagi saya sepanjang kerja kursus ini. Selain itu, memilih kawasan Silibin sebagai kawasan kajian adalah ideal bagi saya kerana ramai rakan sebaya saya yang turut menjalankan kajian mereka berddaasarkan kawasan Silibin. Faktor ini juga turut menyumbang kepada pengurangan beban saya bagi mengumpul data ataupun maklumat untuk folio saya ini.

Saya telah mengambil masa kira-kira 3 minggu untuk menyiapkan folio ini. Dalam tempoh Masa ini, saya telah mendapati bahawa terdapat pelbagai perbandingan antara kawasan Silibin yang terletak di bandar Ipoh dengan bandar Tokyo yang berada di Jepun.

3

OBJEKTIF KAJIAN
Sepertimana setiap kerja-kerja kursus lain yang saya telah siapkan, kerja kursus mata pelajaran Geografi ini juga mempunyai beberapa objektif ataupun matlamat kajian yang perlu saya ikuti. Antara objektif utama bagi kajian saya ini ialah :-

• • • • • •

Saya dikehendaki mengenal pasti jenis dan pola tempatan di Silibin dan bandar Tokyo Saya harus mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan di Silibin serta Tokyo Saya juga ditugaskan untuk mengenal pasti fungsi-fungsi petempatan yang terdapat di Silibin dan Tokyo Saya perlu mengetahui masalah-masalah yang terdapat di petempatan di Silibin serta Tokyo Saya patut mengenalpasti langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah petempatan di Silibin dan Tokyo Saya harus menerapkan rasa cinta serta unsur patriotisme dalam diri saya terhadap kawasan Silibin di daerah Kinta, Perak

4

KAWASAN KAJIAN
Dalam kajian saya, saya telah memilih kawasan Silibin,Ipoh sebagai kawasan kajian saya. Kawasan ini terletak di selatan pusat bandaraya Ipoh. Jaraknya secara kasar dari pusat bandaraya Ipoh, yang merupakan ibu negeri Perak Darul Ridzuan adalah kira-kira lima kilometer. Kawasan Silibin adalah sebuah kawasan tanah pamah yang strategik dan agak maju . Kawasan ini turut dikelilingi oleh banjaran gunung Keledang. Terdapat banyak kawasan perumahan yang terletak di Silibin seperti Taman Silibin dan Taman Alkaff. Kawasan Silibin juga terletak berdekatan beberapa kawasan petempatan yang lain di Ipoh. Antara kawasan tersebut ialah Jelapang, Manjoi, Taman Pertama dan juga Taman Lim. Pada ketika dahulu, kawasan Silibin diliputi oleh hutan tebal sebelum penduduk-penduduk awal yang kebanyakannya berkaum Melayu dan India mula memajukan kawasan tersebut. Setelah terbinanya pelbagai kawasan perumahan, populasi kaum-kaum lain seperti kaum Cina serta kaum Sikh mula meningkat secara beransur-ansur di kawasan Silibin. Kini, kawasan Silibin merupakan antara kawasan perindustrian dan perniagaan yang penting serta baru dalam Ipoh. Kawasan Silibin boleh dikatakan berpenduduk ramai kerana terdapat pelbagai kemudahan di situ. Misalnya ialah restoran KFC , pasaraya Billion serta bank-bank seperti Public Bank dan juga Bank RHB. Terdapat banyak kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Silibin. Antara contoh kilang yang terdapat di Silibin ialah kilang-kilang tekstil dan barangan teknologi..

5

-stick kinta district map here-

6

-stick map of “negara bandingan” here”-

7

-Draw “peta lakar” kawasan kajian here-

8

KAEDAH KAJIAN
Bagi kerja kursus mata pelajaran Geografi tahun ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah. Kaedah-kaedah yang saya menggunakan disenaraikan di bawah :

1) Pemerhatian Saya telah melawat ke tempat kajian untuk membuat pemerhatian dan membuat kajian untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang saya perlukan. 2) Soal selidik Melalui kaedah kajian ini,saya telah membuat soal selidik kepada seramai 20 orang responden yang sanggup bekerjasama dengan saya untuk memberi maklumat 3) Rujukan Untuk menyiapkan kerja kursus ini,saya telah membuat rujukan dengan menelaah buku-buku,majalah,jurnal dan artikel yang mengandungi sebarang maklumat mengenai petempatan di kawasan Silibin dan petempatan di kawasan bandar Tokyo di negara Jepun.Saya juga telah melayari internet untuk mencari peta kawasan kajian saya.

9

10

11

JENIS DAN POLA PETEMPATAN
Jenis Petempatan Melalui kajian ini, saya telah mendapat tahu bahawa kawasan Silibin dan juga Tokyo adalah kawasan yang berjenis petempatan bandar. Perkara ini jelas atas beberapa sebab.Pertama sekali, kedua-dua kawasan ini adalah kawasan yang maju dan berpenduduk ramai. Oleh itu, jenis petempatan kawasan-kawasan ini pun haruslah munasabah dengan populasi penduduknya. Seterusnya kita boleh mengetahui bahawa kawasan Silibin dan Tokyo mempunyai jenis petempatan bandar kerana kedua-dua kawasan ini maju dan tiada banyak kawasan yang tidak dibangunkan.

Pola Petempatan Setelah menyiapkan kajian ini,saya telah mendapat tahu bahawa rumah-rumah di kawasan Silibin tidak mempunyai satu corak petempatan yang tertentu ataupun spesifik. Malah, petempatan di kawasan Silibin ada yang berpola terancang, ada juga yang berjajar. Selain itu, terdapat juga pola-pola petempatan berkelompok serta berselerak di kawasan Silibin. Corak atupun nama bagi pola petempatan sebegini ialah pola petempatan tepu bina. Tepu bina bermaksud suatu pola petempatan yang mengandungi pelbagai corak petempatan yang asas ataupun utama. Di Tokyo pula, saya telah mempelajari bahawa di kawasan ini ,rumah-rumah 12

dibina rapat-rapat dan tidak tersusun serta terdapat banyak bangunan tinggi yang dibina untuk

menampung penduduk seperti yang berlaku di sekitar kawasan Eikincho.Pola petempatan ini dikenali sebagai pola petempatan berpusat. Kita haruslah bersyukur kepada Tuhan atas keselesaan yang kita nikmati sekarang.Kita harus berterima kasih kepada negara kita kerana tanah air yang kita diami ini tiada sebarang masalah dalam menampung jumlah penduduk seperti yang dihadapi oleh masyarakat di Tokyo,Jepun.

13

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN
Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada perkembangan petempatan di kawasan Silibin dan Tokyo. Ada pelbagai faktor yang mempengaruhi petempatan di Silibin. Pertama sekali, ialah kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Silibin. Kegiatan ekonomi penduduk Silibin banyak menyumbang kepada perkembangan petempatan Silibin. Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan di Silibin ialah perniagaan. Ada pelbagai pusat beli belah dan kedai tukar bawa di Silibin . Pasaraya Billion dan Gayathri Cash and Carry adalah antara contoh premis perniagaan di Silibin.Petempatan di Silibin juga dipengaruhi oleh kegiatan ekonomi lain seperti perkilangan dan perkhidmatan.Kilang-kilang tekstil dan carsem serta klinik,pusat tusyen,kafe siber dan bank-bank seperti Public Bank dan Bank RHB adalah beberapa contoh yang tergolong dalam bidang perindustrian dan perkhidmatan di Silibin. Selain itu, petempatan di Silibin juga dimajukan kerana dasar ketersampaiannya. Kawasan Silibin mempunyai dasar ketersampaian yang tinggi disebabkan oleh kedudukannya yang strategik. Perkara ini kerana kawasan Silibin terletak berdeketan dengan banyak jalan utama di Ipoh.Antaranya ia lah Jalan Ng Weng Hup, Jalan Ng Song Teik dan Jalan Tun Abdul Razak .

14

Tambahan lagi, jarak antara kawasan Silibin dan pusat bandaraya Ipoh hanyalah kira-kira 10 minit jika memandu. Kawasan petempatan di Tokyo, Jepun juga dibangunkan sehubungan dengan kegiatan ekonomi. Kawasan petempatan Tokyo lazimnya dibangunkan hasil daripada kegiatan industri yang pesat dijalankan terutamanya di bandar Tokyo yang merupakan ibu negara Jepun. Antara contoh syarikat-syarikat industri yang bertapak di Tokyo adalah Hino Motors,Audio Technica Coorporation Bhd. dan Daiwa.Selain itu, kegiatan ekonomi pelabuhan juga memainkan peranan dalam mengembangkan petempatan Tokyo. Misalnya, Pelabuhan Tokyo adalah pelabuhan terbesar di Jepun dan juga di Lautan Pasifik. Pelabuhan ini mengendalikan lebih kurang 10 juta kargo setiap hari. Seperti Silibin, petempatan di Tokyo juga dibangunkan berdasarkan ketersampaiannya. Pusat bandar Tokyo, juga seperti Slibin, terletak di lokasi yang amat strategik kerana kebanyakan jalan utama di daerah Kanto yang merupakan daerah di mana terletaknya bandar Tokyo melaluinya. Antara jalanraya ataupun lebuhraya yang melalui bandar Tokyo adalah Lebuhraya Fushu, Lebuhraya Tokyo dan Jalanraya Akido Hishinawa.

Sehubungan dengan itu, kita perlulah menghargai kemudahan dan cuba mengekalkan keselesaan yang kita nikmati di negara kita. Janganlah kita mengambil usaha pemaju negara dalam memajukan petempatan kita.Sebaliknya, kita mesti menghargai jasa mereka.

15

FUNGSI PETEMPATAN
Kawasan kajian saya, iaitu Silibin mempunyai beberapa fungsi dalam bandar Ipoh. Antara fungsi yang utama ialah peranannya sebagai pusat perniagaan. Seperti yang sudah dipertengetahkan sebelum ini,antara contoh fungsi Silibin sebagai pusat perniagaan adalah kepelbagaian pusat beli belah dan kadai-kedai bebas cukai yang terdapat di Silibin. Antara contoh ialah Pasaraya Billion,Gayathri Cash & Carry ,kedai kasut FootWear dan sebagainya. Selain itu, kawasan Silibin juga berfungsi sebagai sebuah pusat pendidikan. Contohnya adalah pembukaan sekolah-sekolah seperti SRJK(T) St.Philomena,SK Silibin dan Wesley Methodist School of Ipoh. Sekolah-sekolah ini menyediakan pendidikan kepada penduduk dan secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup kita. Seterusnya, Silibin juga berfungsi sebagai pusat perkilangan. Terdapat pelbagai syarikat industri yang mengoperasikan kilang masing-masing di Pusat Perindustrian Silibin. Antara contoh ialah Kok San Engineering Sdn.Bhd., Aksesori Setia Sdn.Bhd., BTI Technology Sdn.Bhd. dan sebagainya.

16

Seperti Silibin, bandar Tokyo juga mempunyai pelbagai fungsi sebagai petempatan. Fungsi utama bandar Tokyo adalah sebagai pusat pelabuhan. Seperti yang disebut tadi, Pelabuhan Tokyo mempunyai ialah pelabuhan yang terbesar di Jepun dert di Lautan Pasifik. Pelabuhan ini juga dianggap sebagai antara pelabuhan yang paling sibuk dalam dunia memandangkan bahawa pelabuhan ini mengendalikan sebanyak 10 juta kargo setiap hari. Selain pelabuhan, Tokyo juga merupakan salah suatu pusat pelancongan terpenting bagi Jepun. Contohnya ialah pembinaan hotel-hotel yang mewah di Tokyo seperti Keio Hotel Tokyo dan Tokyo Plaza Hotel yang merupakan antara hotel yang paling popular dalam bandar Tokyo. Antara tarikan pelancong yang terkenal di Tokyo ialah Imperial Palace dan Tokyo Tower. Sebagai warganegara yang berpatriotik, kita haruslah memainkan perana kita masing-masing untuk membantu memajukan negara.Adalah tanggungjawab kita bersama untuk berganding bahu untuk membangunkan kediaman kita.

17

MASALAH PETEMPATAN

Seperti semua kawasan petempatan yang lain,kawasan Silibin juga mempunyai beberapa masalah yang dihadapi penduduknya. Terdapat pelbagai kesulitan yang penduduk di kawasan Silibin mengalami dalam hidup seharian mereka.Antaranya ialah kesesakan lalu lintas. Para penduduk mengalami kesukaran untuk sampai ke destinasi masing-masing kerana masalah lalu lintas seperti ini. Hal ini berlaku akibat kekurangan jalan raya tetapi bilangan kenderaan yang lampau. Di samping itu,hal pencemaran juga merupakan antara masalah yang dihadapi oleh penduduk di Silibin. Hal ini berlaku akibat pelepasan gas-gas serta asap dari kilang-kilang yang beroperasi di kawasan Silibin. Asap dari eksos kenderaan juga menyumbang kepada pencemaran udara di Silibin. Tambahan lagi, penduduk Silibin sendiri juga menyukarkan situasi pencemaran dengan membuang sampah sarap di merata rata tempat. Bandar Tokyo juga tidak lari daripada masalah pencemaran seperti yang dialami oleh penduduk Silibin.Penduduk di bandar Tokyo mengalami pencemaran udara akibat pelepasan gas dari eksos kenderaan serta kilang-kilang yang bertapak di situ.

18

Akhir sekali, rakyat Jepun di bandar Tokyo juga menghadapi masalah kekurangan tempat kediaman ataupun tempat tinggal.Sehubungan dengan ini,masalah kawasan setinggan juga turut meningkat dengan mendadak.Hal sebegini berlaku kerana kekurangan tanah yang boleh digunakan untuk membina kawasan petempatan yang dihadapi ole para penduduk bandar
Tokyo.

Adalah tanggungjawab semua pihak untuk bekerjasama untuk mengekalkan kesempurnaan kawasan petempatan kita. Kita mestilah bersyukur atas usaha kerajaan untuk mengekalkan keselesaan hidup kita bersama.

19

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PETEMPATAN
Antara cara yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah pencemaran di kawasan Silibin adalah dengan menguatkuasakan undang-undang. Undang-undang perihal pembuangan sampah telah diminda supaya hukumannya lebih tegas dan efektif. Antara bentuk hukuman yang ada ialah hukuman penjara ataupun saman bagi seseorang individu yang membuang sampah sarap di merata rata tempat. Langkah ini juga digunakan oleh kerajaan Jepun untuk mengatasi masalah pencemaran di Tokyo. Seterusnya, kerajaaan negeri Perak juga telah berusaha untuk menjalankan operasi memperlebar jalan raya serta membina jalan raya yang baru untuk mengurangkan masalah kesakan lalu lintas serta agar penduduk dapat menikamti lebih keselesaan ketika memandu. Contohnya, kerajaan telah memperlebar Jalan Silibin serta membina satu jalan baru iaitu Jalan Raja Perempuan Mazwin untuk menghubungkan kawasan Silibin dengan kawasan Menglembu supaya dapat melicinkan lalu lintas.

20

Kerajaan Jepun pula telah berusaha meningkatkan keupayaan penginapan bandar Tokyo dengan membina beberapa rumah pangsa dan tempat kediaman seperti hotel dan motel bagi menampung penduduk bandar Tokyo. Perkara ini bukan sahaja mengurangkan masalah kekurangan tempat tinggal tapi turut membanteras penubuhan kawasan setinggan secara terus. Sebagai rakyat negara, kita patut bersyukur atas usaha kerajaan untuk membanteras masalahmasalah yang dihadapi penduduk.

21

BAHAN GRAFIK
you must have at least 3 bahan grafiks

22

23

RUMUSAN
Kajian yang telah dijalankan di kawasan bandar Silibin ,Ipoh,Perak ini telah memberi banyak pengalaman yang sangat berguna kepada saya dan juga rakanrakan. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian Selain itu,saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan seperti dasar ketersampaian,kegiatan ekonomi dan sebagainya.Berdasarkan kajian yang dijalankan,saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang fungsi petempatan di kawasan kajian yang telah saya pilih dan juga negara bandingan iaitu Jepun di bandar Tokyo seperti menigkatkan pusat perniagaan,tempat pendidikan dan pusat perindustrian.Saya juga dapat mengenal pasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan kajian dan negara bandingan iaitu Jepun serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan terus memantau dan mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat di kawasan kajian saya serta mencari jalan untuk menyelesaikannya bagi memberi keselesaan kepada para penduduk.Pada pendapat saya, bukan sahaja pihak kerajaan yang perlu melakukan perkara ini,malah para penduduk juga perlu mengambil inisiatif untuk terus menjaga kawasan persekitaran dengan baik. Kita sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan oleh Tuhan negara yang aman dan merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem pengangkutan yang baik. Akhir

24

kata,marilah sama-sama kita sebagai penduduk Silibin khasnya dan Malaysia amnya supaya bekerjasama menjaga kemudahan dan petempatan yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan taraf hidup kita akibat perbuatan kita sendiri.

25

LAMPIRAN

You must have at least 4 bahan lampirans

26

27

28

29

30

RUJUKAN

Internet -www.googelmaps.com -www.wikipedia.com -www.tokyoessentials.com -www.scribd.com

Orang Sumber -Pn.Mutha fcka -En.Sivalinggam -En.Paúl -En.Gobi -Pn. Anthoniammal

Buku Rujukan -Buku Teks Geografi Tingkatan 3 - Pro Geografi Sasbadi

31

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->