P. 1
akaun_semasa

akaun_semasa

|Views: 19|Likes:
Published by Mohd Alimie Zawawi
Panduan membuka akaun semasa
Panduan membuka akaun semasa

More info:

Categories:Topics
Published by: Mohd Alimie Zawawi on Sep 10, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/09/2014

pdf

text

original

AKAUN SEMASA PENGENALAN Akaun semasa merupakan sejenis akaun deposit yang membenarkan pembayaran melalui cek.

Laman web ini menerangkan keperluan asas mengenai operasi dan pengendalian akaun semasa di samping beberapa tip berguna bagi melindungi akaun anda.

SIAPA BOLEH MEMBUKA AKAUN SEMASA Setiap bank mempunyai kriteria yang berbeza bagi pembukaan akaun semasa. Secara amnya, bank akan mempertimbangkan permohonan sekiranya pemohon adalah: • 18 tahun atau ke atas • Bukan seorang bankrap • Berfi kiran waras dan mempunyai keupayaan mental dan fi zikal untuk mengendalikan akaun dengan sempurna Bagi pemilik perniagaan dan entiti profesional, mereka perlu memastikan perniagaan mereka didaftarkan dengan pihak berkuasa yang berkenaan. Walau bagaimanapun, pihak bank mempunyai budi bicara sama ada untuk menerima atau menolak permohonan untuk membuka sebuah akaun.

KEPERLUAN UNTUK MEMBUKA AKAUN SEMASA • Anda mesti hadir sendiri ke bank • Anda memerlukan seorang pencadang yang diterima oleh pihak bank. Ini bagi membolehkan pihak bank mendapatkan rujukan mengenai anda. Biasanya, pencadang merupakan pelanggan bank atau seseorang yang dikenali oleh bank • Anda perlu mengemukakan dokumen pengenalan tertentu seperti kad pengenalan atau lesen memandu bagi mengesahkan identiti anda • Anda perlu meletakkan deposit permulaan seperti yang ditetapkan oleh bank anda Di samping itu, bagi perniagaan/persatuan/ kelab/pertubuhan/profesional yang berdaftar dengan badan profesional (contohnya, Persatuan Perubatan Malaysia, dsb), anda perlu menyediakan pendaftaran perniagaan, resolusi lembaga pengarah, memorandum dan artikel pertubuhan, borang peruntukan saham serta senarai pengarah dan setiausaha (untuk akaun syarikat) atau senarai terkini ahli lembaga pengarah dan ahli jawatankuasa (untuk akaun persatuan).

PENGGUNAAN AKAUN SEMASA Anda boleh mula menggunakan akaun semasa anda sebaik sahaja ianya diluluskan oleh bank. bagi akaun yang dibuka oleh A dan B. bank akan menolak untuk membayar cek dan memulangkan cek tersebut atas alasan "tandatangan berbeza". Resolusi tersebut hendaklah disahkan oleh setiausaha syarikat dan ditandatangani oleh korum pengarah seperti yang dinyatakan di dalam memorandum dan artikel pertubuhan. sebagai contoh: – – Mana-mana pemegang akaun boleh mengendalikan akaun tersebut (contohnya. Untuk akaun semasa bersama. Bagi akaun semasa yang dikendalikan oleh sebuah perniagaan/syarikat. bagi akaun yang dibuka oleh A dan B. salinan resolusi Ahli Lembaga Pengarah/ Jawatankuasa yang telah ditandatangani selaras dengan syarat-syarat pengendalian akaun yang menyatakan pertukaran serta tarikh pertukaran berkuat kuasa hendaklah dikemukakan kepada pihak bank. . Namun demikian. semua tandatangan pemegang akaun mestilah disertakan dengan arahan khusus seperti siapa yang boleh mengendalikan akaun bersama tersebut. PENANDATANGAN DAN PERTUKARAN PENANDATANGAN Apabila anda membuka akaun semasa. Anda tidak perlu mengekalkan amaun deposit permulaan. akaun semasa adalah di bawah nama syarikat dan dikendalikan oleh penandatangan yang dinamakan. bank anda akan mendapatkan spesimen tandatangan anda. anda bolehmembuka akaun semasa seperti berikut: • Akaun semasa peribadi di bawah nama anda. Di samping itu. bagi akaun hibrid. Anda tidak akan memperolehi faedah daripada baki di dalam akaun semasa anda. Sebarang pertukaran penandatangan hendaklah dimaklumkan secepat mungkin kepada bank oleh pemegang akaun. kedua-dua A dan B perlu menandatangan) Bagi akaun perniagaan/syarikat. anda mungkin memperolehi faedah daripada bahagian simpanan akaun tersebut. Pengeluaran daripada akaun anda (tertakluk kepada baki di dalam akaun tersebut) boleh dibuat sama ada melalui cek atau ATM (bagi pemegang akaun individu sahaja) atau secara elektronik. Bank akan membandingkan tandatangan anda pada cek yang dikeluarkan dengan spesimen tandatangan tersebut. sama ada A atau B yang perlu menandatangan) Kesemua pemegang akaun diperlukan untuk mengendalikan akaun (contohnya. atau • Akaun semasa bersama yang dikendalikan oleh anda secara bersama dengan orang lain. iaitu amaun minimum yang diperlukan untuk membuka akaun apabila akaun anda sudah beroperasi. iaitu akaun yang menggabungkan ciri-ciri kedua-dua akaun semasa dan simpanan dalam satu akaun. Sekiranya tandatangan tersebut berbeza.JENIS-JENIS AKAUN SEMASA Sebagai seorang individu. spesimen tandatangan penama yang dibenarkan untuk menandatangani cek bagi pihak perniagaan/syarikat dan had kuasa yang dibenarkan hendaklah dikemukakan dalam bentuk mandat ataupun resolusi.

Anda dinasihatkan supaya membatalkan perkataan “atau pembawa” bagi mengelakkan cek yang dicuri dibayar kepada pihak ketiga 6. Pastikan amaun dalam perkataan dan nombor ditulis berdekatan dengan perkataan . Palang “Akaun Penerima Sahaja” merupakan arahan kepada bank pemungut untuk membuat bayaran ke dalam akaun penerima 3. 1. tarikh cek tersebut mestilah tarikh terkini 5. Penerima merupakan penama yang mana cek tersebut dikeluarkan kepadanya.ELEMEN YANG TERDAPAT PADA SEKEPING CEK Pengetahuan mengenai elemen-elemen yang terkandung di atas cek adalah penting untuk memastikan cek ditulis dengan betul memandangkan cek yang lengkap dan telah ditandatangani merupakan satu kebenaran kepada bank pesuruh bayar untuk mengeluarkan wang daripada akaun anda untuk dibayar kepada penerima. Lukislah satu garisan di ruang selepas nama penerima bagi mengelakkan sebarang pindaan 4. Tarikh cek. Untuk memastikan pembayaran diterima. Nama bank anda yang juga dipanggil “bank pesuruh bayar” atau bank pembayar. 2. Nilai yang sama akan ditulis di dalam kotak yang bersebelahan dengannya. Amaun untuk pembayaran dalam perkataan. Pastikan ejaan nama penerima adalah betul dan ditulis berdekatan dengan perkataan “bayar kepada”. Orang yang memegang dan menuntut pembayaran cek di bank.

Pastikan tiada cek dikeluarkan daripada buku cek tanpa pengetahuan anda dan pastikan cek yang rosak dimusnahkan sepenuhnya.“Ringgit Malaysia” dan “RM” yang dicetak di atas cek dan jangan tinggalkan sebarang ruang dengan melukis garisan selepas menulis perkataan dan nombor tersebut. Pastikan tiada pindaan. . Bank anda tidak bertanggungjawab untuk menelefon anda apabila berlaku ketidakcukupan dana dalam akaun anda walaupun sesetengah bank mungkin berbuat demikian sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang diberi kepada para pelanggan. Pastikan cek disimpan di tempat selamat dan berkunci serta jangan tinggalkan cek sama ada yang telah ditandatangani atau belum tanpa pengawasan. pembetulan ataupun pemadaman di atas cek tersebut untuk mengelakkan cek tersebut dikembalikan. Kod dalaman bank pesuruh bayar untuk produk akaun semasa NASIHAT SEMASA MENGGUNAKAN CEK KENA BUAT • • • • • • • • • Tulis cek dengan jelas dan terang serta gunakan pena dakwat kekal seperti pena mata bulat. Nombor siri cek. Laporkan kepada bank anda dengan segera sekiranya terdapat helaian cek yang hilang daripada buku cek atau sebarang percanggahan dalam penyata akaun anda. Pastikan jumlah dalam perkataan dan nombor adalah sama. Jika tidak. Jumlah dalam angka hendaklah ditulis berdekatan dengan huruf “RM” dan ditulis dengan terang. Setiap cek mempunyai nombor siri yang berbeza bagi tujuan pengenalan 9. Pastikan akaun anda mempunyai dana yang mencukupi sebelum mengeluarkan cek. bank akan menolak cek anda 7. Nombor akaun semasa anda 11. Kod bank pesuruh bayar bagi negeri dan cawangan 10. Semak sekerap mungkin bilangan cek yang belum digunakan dan buat pelarasan amaun cek yang telah dikeluarkan dengan penyata akaun anda. Tulis jumlah dalam perkataan berdekatan dengan perkataan “Ringgit” tanpa meninggalkan ruang di antara perkataan dan pastikan jumlah yang dibayar sentiasa diakhiri dengan perkataan“sahaja”. Tandatangan anda sebagai penyuruh bayar cek 8.

Di samping itu. pastikan sampul surat tersebut berkualiti baik. Lipat.• Apabila menghantar cek melalui mel menggunakan sampul surat bertingkap. lipatan tersebut mungkin menjejaskan kawasan MICR cek yang mana boleh menyebabkan cek tersebut ditolak oleh sistem pemprosesan cek. Kawasan MICR selalunya berukuran 5/8 inci daripada bahagian bawah cek. Membuat pembayaran dalam mata wang asing menggunakan cek berdenominasi RM. perkataan di atas cek yang selari dengan garisan lipatan mungkin akan terjejas. Cek tidak harus dikokot bagi mengelakkan cek tersebut daripada terkoyak tanpa disengajakan. jangan gunakan reben yang boleh dibetulkan. pena mata tajam. Sekiranya cek tersebut dilipat. pin dan mengokot cek yang telah ditulis. Ini akan mengelakkan cek daripada kelihatan apabila sampul surat diletakkan di bawah sinaran cahaya. Menggunakan mesin pencetak laser. Sekiranya anda menggunakan mesin taip. pena boleh padam atau pensel atau teknik cetak lain yang mudah dipadam atau ditulis semula untuk menulis butiran di atas cek. JANGAN BUAT • Menulis di bawah kawasan MICR (Magnetic Ink Character Recognition) bagi membolehkan penjelasan cek dibuat dengan lancar. Menandatangan sebarang cek kosong atau mengeluarkan sebarang cek kosong untuk pembayaran. • • • • • • SEBAB-SEBAB CEK DIKEMBALIKAN • • • • • • • • • • Bank anda akan menolak untuk membayar cek yang dikeluarkan oleh anda atas sebabsebab berikut: Ketidakcukupan dana dalam akaun untuk membayar cek tersebut Ketiadaan tandatangan Tandatangan tidak serupa dengan spesimen tandatangan yang terdapat di dalam rekod bank Cek tarikh hadapan Cek luput (cek bertarikh lebih daripada 6 bulan) Jumlah dalam perkataan dan nombor berbeza Pindaan ke atas cek (Nota: Sebarang pindaan adalah tidak dibenarkan) Arahan henti bayar telah dikeluarkan Akaun ditutup atau akaun "ditahan atas sebab undang-undang" .

• Cek-cek yang ditolak akan dikembalikan kepada pemegang akaun. Anda seharusnya menyimpan semua rekod deposit dan pengeluaran wang untuk mengira baki semasa akaun anda. Di bawah Akta Wang Tidak Dituntut 1965. PENYIMPANAN REKOD Bank anda akan memberi anda penyata akaun bagi membolehkan anda memeriksa transaksitransaksi yang telah berlaku tetapi penyata akaun tidak menunjukkan baki terkini akaun anda. Biasanya. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMEGANG AKAUN Antara tugas dan tanggungjawab anda sebagai seorang pemegang akaun adalah: • • • • Merahsiakan nombor akaun anda dan menyimpan penyata akaun anda di tempat yang selamat dan terjamin Menjaga dan merahsiakan sebarang nombor PIN yang diberikan dan berkaitan dengan kemudahan ATM. Sebelum dana tersebut dihantar. . dana di dalam akaun tersebut akan dihantar kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut. Tindakan sebegini diambil untuk memastikan cek diterima sebagai kaedah pembayaran yang boleh dipercayai. anda boleh mengelakkan pembayaran ke atas cek tersebut dengan memberi arahan henti bayar kepada bank anda. perbankan telefon dan/atau perbankan internet Memusnahkan cek-cek yang telah dibatalkan Segera memaklumkan bank anda berhubung: – Sebarang pertukaran alamat – Sebarang pertukaran nombor telefon – Kehilangan cek/buku cek – Sebarang percanggahan dalam penyata akaun bank anda AKAUN TIDAK AKTIF Akaun yang tidak mempunyai sebarang transaksi (sama ada pengeluaran atau deposit) bagi tempoh tujuh tahun akan diklasifi kasikan sebagai wang tidak dituntut. Pengeluar cek akan dikenakan fi oleh bank untuk membayar sebahagian daripada kos pentadbiran yang terlibat. anda akan dikenakan fi untuk perkhidmatan tersebut. Di samping itu. ARAHAN HENTI BAYAR Sekiranya cek yang dikeluarkan oleh anda tidak dapat dikesan. sekiranya anda mengeluarkan arahan henti bayar kerana ketidakcukupan dana dalam akaun. Walau bagaimanapun. anda akan dikenakan denda. Sekiranya anda berulangkali mengeluarkan arahan henti bayar apabila akaun anda tidak mempunyai dana yang mencukupi. bank akan mengeluarkan notis meminta pelanggan mengaktifkan semula atau menutup akaun tersebut. penyata akaun hanya menunjukkan transaksi-transaksi terdahulu dan tidak termasuk transaksitransaksi yang dibuat selepas tempoh yang dirujuk dalam penyata akaun terbabit. akaun anda mungkin akan ditutup oleh bank. Anda boleh memberikan arahan henti bayar melalui telefon tetapi bank anda mungkin akan meminta anda mengesahkan arahan henti bayar secara bertulis.

Surat pemberitahuan akan dihantar kepada pemegang akaun sebaik sahaja akaun tersebut ditutup • PENJELASAN CEK Apabila anda mendepositkan cek ke dalam akaun anda. Untuk tujuan ini.anm.Pemilik wang tidak dituntut boleh mendapatkan wang tersebut daripada Pendaftar sama ada dengan datang sendiri atau secara bertulis. Secara umumnya. akaun tersebut hanya akan ditutup setelah notis bertulis yang secukupnya telah diberikan kepada pemegang akaun. Tempoh yang diambil bagi wang daripada cek tersebut dikreditkan ke dalam akaun anda bergantung kepada bilangan hari yang diperlukan untuk menjelaskan cek tersebut.my Dokumen yang menyokong tuntutan terhadap wang tidak dituntut seperti penyata akaun atau surat daripada bank anda Salinan kad pengenalan anda Alamat Pendaftar adalah seperti berikut: Pendaftar Wang Tidak Dituntut Jabatan Akauntan Negara Tingkat 42.gov. Bilangan hari untuk menjelaskan cek mungkin dipengaruhi oleh cuti umum yang jatuh dalam tempoh penjelasan. Dalam hal ini. anda hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut: Borang permohonan bayaran balik wang tidak dituntut (UMA7). cek-cek yang dipungut boleh dibahagikan kepada 3 kategori: Jenis-jenis cek dan definisi • • Cek dalaman Cek milik bank pembayar daripada cawangan yang sama Cek tempatan . bank anda selaku bank pemungut akan menghantar cek tersebut ke pusat penjelasan tertentu untuk diasingkan dan dihantar kepada bank pembayar untuk penjelasan. Borang tersebut boleh diperolehi daripada pejabat Pendaftar atau dimuat turun daripada laman web Jabatan Akauntan Negara di http://www. Jalan Tun Perak 50050 Kuala Lumpur PENUTUPAN AKAUN SEMASA Sesebuah akaun semasa boleh ditutup dalam keadaan-keadaan berikut: • Atas permintaan pemegang akaun – pemegang akaun hendaklah membuat permohonan secara bertulis dan mengembalikan cek-cek yang tidak digunakan untuk pembatalan • Atas budibicara bank – akaun ditutup oleh pihak bank atas sebab-sebab seperti pengeluaran cek tak laku atau akaun tidak aktif (akaun dorman). Menara Maybank 100.

Cek yang dikeluarkan dan didepositkan di bank yang terletak di dalam zon penjelasan tempatan • Cek luar kawasan Cek yang dikeluarkan oleh bank yang terletak di luar zon penjelasan tempatan Lazimnya. Namun demikian. Biasanya. Walau bagaimanapun. Walau bagaimanapun. anda akan menerima wang anda pada hari yang berikutnya. . cek dalaman tidak perlu melalui proses penjelasan. tempoh yang diambil mungkin berbeza di antara sebuah bank dengan bank yang lain bergantung kepada tempoh yang diperlukan untuk mengesahkan butiran pembayaran. anda dinasihatkan supaya menyemak dengan bank anda berhubung tarikh sebenar dana daripada cek yang dijelaskan dikreditkan ke dalam akaun anda. Oleh itu. cek tempatan dan luar kawasan perlu melalui proses penjelasan dan tempoh yang diperlukan untuk menjelaskan cek tersebut bergantung kepada lokasi cawangan. cek tempatan akan dijelaskan dalam tempoh 2-3 hari bekerja manakala tempoh penjelasan cek luar kawasan mungkin di antara 3-8 hari bekerja.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->