You are on page 1of 5

FORUM REMAJA 2020 Sharif Shaary

Drama ini mengisahkan kehadiran dua makhluk yang berasal dari planet Utopia. Makhluk ini telah memasuki ruang angkasa bumi dan sampai ke Malaysia. Makhluk ini memperkenalkan dirinya kepada tiga orang pelajar yang bernama Salmah, Chandran, dan Chong. Kehadiran kedua-dua makhluk itu disebabkan oleh rasa tanggungjawab mereka untuk mengingatkan makhluk bumi yang kini kritikal dan menuju kemusnahan. Malaysia terpilih kerana mempunyai potensi sebagai negara model dunia dalam menegakkan keamanan clan meningkatkan moral sejagat. Walau bagaimanapun, makhluk Utopia menganggap bahawa Malaysia belum cukup memuaskan sepenuhnya untuk dijadikan negara model. Salmah, Chandran, clan Chong tidak bersetuju dengan pendapat makhluk Utopia itu kerana Malaysia mempunyai kualiti yang mencukupi untuk dijadikan negara model. Contohnya, mempunyai bahasa kebangsaan, agama rasmi, dan mempunyai satu kebudayaan nasional. Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni. Selain itu, Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan memiliki pelbagai prasarana yang terbaik. Makhluk Utopia menyangkal dakwaan tersebut kerana menyatakan bahawa usaha tersebut merupakan usaha generasi sebelumnya. Kenyataan makhluk Utopia itu menimbulkan kemarahan Chong. Sebenarnya, makhluk Utopia berkata demikian semata-mata untuk menguji kecintaan mereka kepada negara. Walaupun ketiga-tiga remaja itu cinta kepada negara namun perasaan cinta tidak mencukupi. Mereka perlu menghadapi ujian untuk menjamin ketahanan negara dan bangsa. Makhluk Utopia menjelaskan bahawa mereka memilih ketiga-tiga remaja ini kerana remaja ini bakal pemimpin negara pada masa akan datang. Makhluk Utopia menganggap bahawa generasi muda pada masa kini semakin materialistik dan longgar kepercayaan agamanya. Hal inilah yang menjadi punca kemerosotan moral dalam kalangan belia. Makhluk Utopia menasihati remaja agar jangan suka salah-menyalahi dan belajar daripada kesalahan yang dilakukan. Mereka turut memuji keberanian ketiga-tiga orang remaja ini berhujah. Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu berasa bahawa mereka bermimpi. Perbincangan berlaku antara ketiga-tiga orang remaja ini tentang peristiwa ganjil yang telah dilalui oleh mereka. Mereka bersetuju akan kritikan yang dibuat oleh oleh makhluk Utopia. Sebagai generasi muda, mereka perlu merancang strategi kepimpinan bagi melahirkan generasi yang berdisiplin dan bersatu padu. Tema Drama "Forum Remaja 2020" bertemakan peranan remaja dalam merealisasikan wawasan 2020. Sebagai bakal pemimpin, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu pengetahuan, serta memiliki moral yang tinggi bagi menjayakan matlamat tersebut. Persoalan 1. Penerapan integrasi nasional bagi menjamin keharmonian dan keamanan negara. Contohnya, Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa dan kaum diikat dengan satu bahasa kebangsaan, satu kebudayaan nasional, serta satu agama rasmi sementara agama-agama lain dibenarkan dipraktikkan. 2. Remaja perlu memiliki semangat patriotik dan berusaha memupuk perpaduan antara

kaum. Contohnya, ketiga-tiga remaja bersungguh-sungguh mempertahankan hujah mereka bahawa Malaysia mempunyai kualiti yang dimaksudkan oleh makhluk Utopia itu. 3. Kesanggupan remaja menerima kritikan demi kebaikan bangsa dan negara. Contohnya, ketiga-tiga remaja menerima kritikan daripada makhluk Utopia dan menanam tekad untuk mengatasi masalah moral dalam kalangan remaja. 4. Tanggungjawab remaja ialah menghayati dan mengamalkan nilai-nilai keagamaan dalam aspek kehidupan mereka. Contohnya, makhluk Utopia menyatakan betapa longgarnya nilai keagamaan dalam kalangan remaja. Untuk itu, generasi muda perlu mempunyai penghayatan keagamaan yang ikhlas dan suci.

Watak dan Perwatakan Makhluk Utopia I dan II 1. Makhluk asing yang berasal dari planet Utopia. 2. Kedua-dua makhluk ini muncul dalam mimpi. 3. Misi mereka adalah untuk melihat rupa bangsa Malaysia yang dikatakan sebuah negara yang kaya dengan unsur-unsur kebudayaan. 1. Bijak memberikan buah fikiran dan kritikan. Contohnya, buah fikiran yang

dilontarkannya ialah menyatakan generasi muda di negara ini sedang mengalami era kritikal dari segi moral, sosial mahupun mental. Manakala contoh kritikan yang diberikan ialah pembangunan yang telah dilaksanakan bukannya usaha generasi kini tetapi merupakan usaha generasi terdahulu.
Salmah 1. Seorang gadis yang berusia 22 tahun. 2. Seorang mahasiswa di sebuah universiti di Malaysia. 3. Gadis Melayu yang berkulit sawo matang. 4. Seorang yang petah dan berani melontarkan idea. Contohnya, beliau menjelaskan bahawa di Malaysia telah terdapat pelbagai pembangunan pesat yang telah dijalankan. 1. Salmah berpendirian tegas dan berfikiran terbuka. Misalnya, Salmah mahu berusaha bersamasama untuk mengatasi masalah kemerosotan moral dalam kalangan generasi muda. 2. Dia

dapat menerima kritikan. Buktinya, Salmah mengakui bahawa generasi muda pada hari ini sudah tidak menjalam kehidupan beragama sepenuhnya.

Chandran 1. Seorang pemuda yang berusia 22 tahun. 2. Seorang mahasiswa di sebuah universiti di Malaysia. 1. Chandran berketurunan India dan fasih berbahasa Melayu. 3. Dia bijak berhujah dan banyak memberikan buah fikiran. Buktinya, beliau mempertikaikan katakata makhluk Utopia dan menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. 4. Chandran tegas dalam mempertahankan hujah. Contohnya, beliau menjelaskan

bahawa pembangunan yang telah dilaksanakan di negara ini bukanlah impian semata-mata.
Chong 1. Seorang pemuda yang berusia 22 tahun. 2. Seorang mahasiswa di sebuah universiti di Malaysia. 3. Chong berketurunan Cina dan fasih berbahasa Melayu. 4. Dia juga bijak berhujah dan banyak memberikan buah fikiran. Contohnya, beliau menjelaskan tindakan makhluk Utopia menyalahkan generasi muda sahaja merupakan sesuatu yang tidak

adil. 5. Kadangkala dia bersikap emosional tetapi cepat mengakui kesilapan. Buktinya, dia bersetulu akan perkara yang diperkatakan oleh makhluk Utopia itu walaupun pada mulanya dia banyak mempersoalkannya.
Latar Latar Tempat Pada bahagian awal drama, pengarang telah mencatatkan bahawa Tatar tempat drama ini ialah di

kampus universiti di Malaysia, iaitu tempat Salmah, Chong, dan Chandran melanjutkan pelajaran mereka.
sebuah Latar Masa Latar masa dalam drama ini ialah pada waktu petang tahun 2020. Latar Masyarakat 1. 2.

makhluk asing dari planet luar. Contohnya, Makhluk Utopia I dan II berasal dari planet Utopia.
Masyarakat Masyarakat mahasiswa di sebuah universiti tempatan. Contohnya, Salmah, Chandran, dan Chong merupakan mahasiswa di sebuah universiti tempatan.

3. Masyarakat remaja

yang mengambil berat akan soal negara. Contohnya, Salmah, Chandran, dan Chong amat peka apabila diajukan persoalan tentang pembangunan mental dan fizikal negara.

4.

Masyarakat yang bijak berhujah. Contohnya, ketiga-tiga remaja ini bijak berhujah dan berdepan dengan pelbagai kritikan Makhluk Utopia.

3. Masyarakat

yang suka memberikan panduan dan nasihat demi kesejahteraan negara. Hal ini dapat dilihat apabila Makhluk Utopia berterus terang dalam memberikan panduan dan nasihat kepada Salmah, Chandran, dan Chong demi kemajuan negara ini.

Plot Binaan Plot 1. Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi. 1. Dalam bahagian pengenalan atau eksposisi, pengarang memperkenalkan watak Makhluk Utopia I dan Makhluk Utopia II yang memasuki ruang angkasa bumi dan tiba di Malaysia. Misi kedua-dua makhluk tersebut ialah mahu melihat rupa bangsa Malaysia yang dikatakan sebuah negara yang kaya dengan unsur-unsur kebudayaan. Mereka telah bertemu dengan Salmah, Chong, dan Chandran. 2. Pada bahagian pertengahan, dinyatakan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh Makhluk Utopia tentang situasi di bumi yang sedang menuju kehancuran. Mereka menjelaskan bahawa Malaysia masih belum layak dijadikan sebuah negara model. 3. Pada bahagian perumitan, pengarang memaparkan wujudnya perbezaan pendapat yang ketara antara Salmah, Chandran, dan Chong dengan Makhluk Utopia. Ketiga-tiga remaja itu tidak

kualiti untuk menjadi sebuah negara model dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. 2. Plot mencapai tahap puncak atau klimaks apabila Makhluk Utopia mengutarakan keruntuhan moral remaja dunia pada masa kini. Timbul perdebatan apabila ketiga-tiga remaja tadi menyatakan bahawa generasi terdahulu
berpuas hati dan mempertahankan bahawa Malaysia sudah mempunyai juga patut dipersalahkan atas masalah yang timbul. 4. Pada bahagian peleraian, Salmah, Chandran, dan Chong berbincang

sesama mereka atas peristiwa ganjil yang ditempuh oleh mereka. Mereka tidak menafikan akan kebenaran kata-kata Makhluk Utopia itu. Mereka menerima kritikan itu dan bertekad untuk menyelesaikan masalah moral dalam kalangan generasi muda.

Teknik Plot 1. Teknik pemerian. Dalam skrip drama ini, terdapat juga unsur pemerian tetapi dalam drama pentas,

unsur ini disebut sebagai prolog kerana pemerian ini dilakukan sebelum dialog disampaikan oleh watak. Contohnya: (a) Pengarang memerihalkan keadaan ketiga-tiga remaja yang berasa bahawa mereka melalui pengalaman yang pelik. Contohnya: Ketiga-tiga pelajar seperti baru tersedar daripada suatu pengalaman yang aneh. Untuk beberapa ketika mereka memandang sesama sendiri dengan penuh tanda tanya. (hal. 238) (b) Pengarang memerihalkan keadaan ketiga-tiga remaja yang bertekad untuk menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda. Ketiga-tiga pelajar menggenggam erat tangan masing-masing dan menjulang ke atas. (hal. 242) 2.

saspens. Teknik saspens menimbulkan tanda tanya kepada pembaca. Pembaca akan mengalami suatu situasi ingin tabu berikutan peristiwa saspens itu. Walau bagaimanapun, unsur-unsur saspens yang mendebarkan kurang ditonjolkan walaupun perdebatan berlaku antara manusia dengan makhluk asing. Contoh peristiwa yang menimbulkan saspens kepada pembaca yang terdapat dalam drama ini ialah peristiwa kemunculan Makhluk Utopia di hadapan tiga pelajar di kampus universiti. Pembaca tertanya-tanya mengapakah Makhluk Utopia itu muncul di hadapan tiga orang pelajar itu?
Teknik Dua MAKHLUK UTOPIA terjun ke lantai, fokus fade-in kepada tiga pelajar. Mereka terkejut juga apabila mendengar bunyi yang agak aneh. Buat beberapa ketika mereka seperti dipukau oleh suatu keadaan yang luar biasa. Dan sekali lagi mereka terperanjat apabila terpandang dua MAKHLUK UTOPIA sedang menghampiri mereka. Mereka hendak lari. (hal. 230)

3.

Teknik dialog. Dialog-dialog yang dikemukakan amat berkesan dan bersesuaian kerana melibatkan golongan remaja yang berstatus mahasiswa. Dialog tersebut dapat menjanakan pemikiran penonton agar lebih kreatif, bijak berhujah, dan rasional dalam mengkritik dan menerima kritikan. Contohnya: SALMAH: Kami ada Dasar Ekonomi Baru sebagai strategi untuk menyusun semula masyarakat secara adil. Kami juga ada Rukun Negara sebagai panduan cara hidup masyarakat Malaysia. Ia diterima dengan baik. Apa, itu masih belum mencukupi? (hal. 234)

Gaya Bahasa 1. Penggunaan kata pinjaman. Dan segi diksi, pengarang ada menyelitkan kata-kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Hal ini bersesuaian dengan tahap pemikiran golongan mahasiswa yang perlu menguasai kosa kata termasuk kata-kata pinjaman. Antara contoh kata pinjaman ialah kritikal, potensi, implikasi, integrasi, emosional, materialistik, realiti, oportunis, hipokrit, korup, 2. Pengarang

dan sebagainya. menggunakan ayat yang panjang dan berjaya menyisip pengulangan kata tertentu bagi menimbulkan keindahan bahasa dalam ayat tersebut. Contohnya:
merealisasikan,

MU I: Apabila sudah tidak takut kepada Tuhan, maka dengan sendirinya mereka tidak takut pada apa-apa sahaja. Tidak menghormati apa-apa dan sesiapa saja. Akhirnya setiap apa-apa yang dicipta atas nama tamadun menjadi sia-sia belaka kerana tidak ada sesiapa yang mahu menghormatinya. (hal. 237) 3. Pengarang ada menggunakan ayat-ayat yang pendek dalam dialog. Ayat-ayat yang pendek ini menjadikan dialog lebih hidup bagi menggambarkan realiti kehidupan yang sebenarnya. Contohnya: SALMAH: Betul ke ni? MU I: Tapi, jangan terlalu seronok! CHONG: Mengapa pulak? (hal. 236) 4. Pengarang banyak menggunakan unsur sinkope atau penyingkatan kata. Contohnya: kan, tak,

tu, dan ni. 5. Penggunaan kata-kata hikmat. Contohnya: Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! (hal. 242) 1. Penggunaan unsur-unsur sastera seperti metafora, personifikasi, simile, dan peribahasa, amat kurang digunakan oleh pengarang drama ini.

Nilai

bermasyarakat. Contohnya, ketiga-tiga remaja amat mengambil berat akan soal bangsa dan negara. 2. Nilai rasional. Contohnya, sanggup menerima teguran dan kritikan. 3. Nilai berani. Contohnya, berani berhujah demi mempertahankan pendapat.
1. Nilai semangat 4. Nilai bijaksana. Contohnya, dapat menjawab kritikan dan mengemukakan idea-idea yang bernas. 5. Nilai kesetiaan. Contohnya, ketiga-tiga orang remaja ini telah membuktikan kecintaan mereka kepada negara. 6. Nilai baik hati. Contohnya, Makhluk Utopia sanggup memberikan nasihat dan teguran demi kebaikan rakyat di negara ini. 7. Nilai bertanggungjawab. Contohnya, ketiga-tiga remaja merupakan generasi

yang bertanggungjawab terhadap negara.


8. Nilai berhati-hati. Contohnya, remaja tersebut menyiasat latar belakang orang luar yang masih belum dikenali. Pengajaran 1. Kita perlulah mengutamakan perpaduan antara kaum. Contohnya, Chandran mencadangkan mereka mengeratkan perpaduan bagi merealisasikan impian mereka menjadikan Malaysia sebagai negara model. 2. Kita hendaklah bersedia menerima kritikan demi kebaikan. Contohnya, ketiga-tiga remaja menerima kritikan Makhluk Utopia dan bertekad untuk menyelesaikan masalah kemerosotan nilai moral dalam kalangan generasi muda. supaya 3. Kita hendaklah berani memberikan pendapat atau buah fikiran yang bernas. Contohnya, ketiga-tiga remaja berani menyampaikan hujah-hujah mereka. Hal ini turut diakui oleh Makhluk Utopia. 4. Kita perlulah membuktikan kesetiaan kepada tanah air. Contohnya, ketiga-tiga remaja bersungguhsungguh mempertahankan hujah mereka dan menyangkal dakwaan Makhluk Utopia tentang keupayaan Malaysia sebagai negara model. 5. Kita hendaklah bertanggungjawab untuk membangunkan dan memajukan negara. Contohnya, ketiga-tiga remaja berbesar hati kerana terpilih untuk menjalankan misi Makhluk Utopia. Mereka ingin menjalankan tanggungjawab mereka untuk membangunkan dan memajukan negara. 5. Kita perlulah mengamalkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan. Contohnya, pegangan agama yang lemah menyebabkan kemerosotan moral dalam kalangan remaja.

6. Kita janganlah mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata dengan membelakangkan pembangunan kerohanian. Contohnya, generasi muda yang mudah terpengaruh oleh kehidupan materialistik hingga meminggirkan nilai-nilai seperti hormat-menghomati.

You might also like