You are on page 1of 9

ELEMEN ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kriteria yang dilafazkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan bagi memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan Tuhan. Selain itu penekanan dalam proses pembangunan masyarakat juga dititikberatkan seperti bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu setiap elemen yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini telah dianalisis seperti berikut : Pendidikan satu usaha berterusan : Untuk proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran,serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan berilmu pengetahuan ,bertenaga mahir serta berakhlak mulia. Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat. Pendidikan yang diterima adalah bermula semenjak seseorang itu dilahirkan sehinggalah ke akhir hayatnya. Secara formalnya seseorang itu akan mendapat pendidikan sekolah rendah, pendidikan di sekolah menengah, institut pengajian tinggi dan seterusnya di sektor pekerjaan yang diceburi. Segala aspek yang dilakukan dalam kehidupan dinilai sebagai suatu proses pembelajaran dan pendidikan. Sebagai contoh membaca akhbar

dan majalah ilmiah. Melayari internet juga dapat menggambarkan perlakuan proses pendidikan berlangsung. Memperkembang potensi individu : Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk,

dikembangkan dan diperkembangkan dengan sewajarnya. Bakat dan potensi seseorang itu akan terjelma melalui interaksi sosial dengan prang lain dan alam sekeliling. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam kendiri.Fungsi utama pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat FPK, unsur intelek memeberi tumpuan kepada daya berfikir seperti: Menguasai kemahiran asas 3M,iaitu membaca ,menulis dan mengira Menguasai kemahiran dan memeperoleh,meningkat dan menyebarkan Dapat berfikir secara dan kreatif(kbkk) Dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain termasuk kemajuan negara. Perkembangan unsur jasmani memberi tumpuan kepada kesihatan tubuh badan individu,seperti memperkembang kepada tahap keupayaan seperti: Menjaga kesihatan tubuh badan diri Melakukan aktiviti riadah secara sempurna Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal / manipulatif dengan cekap Memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat Meningkatkan daya pengeluaran ,demi memeberi sumbangan kepada kemajuan negara

Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang kuat iaitu : Memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal Memiliki perasaan kasih sayang Memiliki semnangat kekitaan,muhibbah,kerjasama dan perpaduan dan Mempunyai kemahiran menilai dan kesenian. menghargai keindahan dan

Perkembangan unsur rohani memberi tumpuan kepada sifat kejiwaan dan

kebatinan ,iaitu: Mempunyai perasan menyedari dan mengingati adanya pencipta Mempunyai perasaan menghargai dan mensyukuri pemberian pencipta Memepunyai tanggungjawab Dapat memupuk dan membina disipilin kendiri Dapat membentuk akhlak yang mulia Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu : Potensi yang ada pada individu hendaklah diperkembangkan ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasikan bakat dan kebolehannya yang saling berkait rapat di antara satu sama lain. Perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara berasingan. Ia harus diperkembangkan membentuk insan secara yang menyeluruh berilmu dan bersepadu. Maka mahir untuk serta pengetahuan,bertenaga perasaan menyedar dan menginsaf terhadap

berakhlak mulia dengan sempurna, aktivti kokurikulum harus juga diberi perhatian di samping kurikulum akedemik yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Oleh itu, bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan

secara

berasingan

sebaliknya

dihubungkait

atau

diselaraskan

bagi

mengelakkan pertentangan antara satu sama lain.

Insan yang seimbang dan harmonis : Insan yang berilmu pengetahuan,bertengan mahir,berakhlak

mahir,mempercayai tuhan,mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram,tubuh badan sihat dan cergas serta kematangan emosi dan sosial ialah insan yang seimbang dan harmonis . Insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya,iaitu intelek,jasmani,emosi,sosial,dan rohani,telah diperkembangkan secara menyeluruh,bersepadu dan di dalam tahap optimum. Insan yang seimbang dan harmonis adalah individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri,keluarga dan negara. Individu ini akan sentiasa berikhtiar dan berusaha menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi,malaksanakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna,demi kemajuan diri,keluarga,bangsa dan Negara. Matlamat memupuk insan yang seimbang dan harmonis boleh dicapai apabila semua potensi yang ada pada dirinya telah diperkembangkan secara selaras,menyeluruh dan bertepatan dengan keperluannya. Seorang individu yang seimbang dan harmonis adalah manusia yang telah memiliki sahsiah yang bersepadu, menikmati keseimbangan dan kesejaheraan dalam jiwanya. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa bersyukur,bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan fikiran yang tenang. Tambahan lagi ia juga menerangkan seseorang individu itu memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.

Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan : Kepercayaan ini merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar ini tidak terjadi secara sendiri tetapi ada penciptanya dan hukum-hukam alam adalah hukum-hukam tuhan. Oleh itu manusia harus patuh kepada tuhan dengan memkul amanah dan bertanggungjawab kepada tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya. Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan memberi tumpuan seperti berikut: Mengakui wujudnya pencipta Mengakui manusia dan alam dijadikan oleh pencipta Mengetahui hukum dan fenomena alam adalh peraturan yang ditetapkan oleh pencipta; Menyedari manusia dijadikan intuk memajukan alam Menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan diri sendiri Melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan Mengikuti dan mengamalkan ajaran agama;dan Meningkatkan serta mengukuhkan kepercayaan beragama

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan : Elemen ini menerangkan tatacara untuk menjadikan matlamat yang digariskan mencapai objektifnya. Rakyat yang berilmu dapat memperkembangkan dan memperkasakan lagi keutuhan ekonomi negara. Antara tatacara yang ditekankan ialah seperti : Mencintai ilmu pengetahuan Gemar membaca Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan Sentiasa berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan orang lain;dan Berfikiran terbuka,luas dan mandalam Rakyat Malaysia yang berilmu berketrampilan : Rakyat Malaysia yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangan kepada negara. Mereka bukan sahaja mampu melaksanakan tugas dalam jangka masa yang singkat tetapi juga cekap dan sempurna. Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yang mempunyai ciri-ciri berikut: Berilmu pengetahuan dan berkelayakan sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri Berkebolehan untuk menjalankan tugas yang diberikan

Berpandangan jauh dan berinisiatif Memastikan keadaan diri sentiasa dalam keadaan optimum

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia : Peranan falsafah yang digubal ini juga bagi melahirkan rakyat yang sentiasa berakhlak mulia. Bersifat dan berakhlak mulia dapat menjamin keamanan negara disamping dapat mengeratkan lagi semangat perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan budaya masing-masing. Oleh itu untuk menjadi seorang rakyat yang menepati elemen yang digariskan oleh FPK, seseorang itu perlu mempunyai perwatakan diri yang baik serta berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Selain itu perasaan saling menolong dan bekerjasama perlu dipupuk oleh setiap lapisan masyarakat. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab : Sikap bertanggungjawab dalam setiap perlakuan yang dilakukan

merupakan satu nilai murni yang perlu ada pada setiap lapisan masyarakat. Hal ini bertepatan dengan elemen falsafah iaitu untuk melahirkan rakyat yang bertanggungjawab. Apabila seseorang itu mempunyai rasa untuk bertanggungjawab yang tinggi, dia akan sedar dengan peranannya sebagai seorang rakyat negara Malaysia. Antaranya seperti rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan negara daripada dicerobohi dan dijajah semula. Selain itu mereka juga merasakan menjaga keamanan, alam sekeliling dan harta negara sebahagian daripada tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh generasi terdahulu. Implikasi daripada sikap yang murni ialah seperti : Seseorang itu akan menjadi seorang yang boleh dipercayai

Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksana dengan baik

Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri : Elemen falsafah turut menyatakan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat yang berupaya mencapai kesejahteraan diri. Hal ini disebabkan keadaan rakyat yang sentiasa tenang dan tenteram akan menjanjikan keamanan negara. Sekiranya keadaan rakyat yang sentiasa memberontak melanda ia akan mengakibatkan berlakunya perpecahan dan mendatangkan masalah kepada negara. Dalam mencapai objektifnya seseorang itu perlu mempunyai fikiran yang waras dan berjiwa tenang. Selain itu mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran yang kuat juga salah satu cirri untuk melatih seseorang itu mempunyai keupayaan dalam mencapai kesejahteraan diri. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara : Peranan seseorang rakyat tidak terhad menjaga diri dan keluarganya sahaja. Tetapi mereka juga perlu memikirkan hal dan kebajikan masyarakat setempat kerana sudah menjadi adat hidup secara bermasyarakat. Hasil elemen yang dianalisis ini menunjukkan peri pentingnya sumbangan yang perlu dilakukan dalam memastikan keharmonian negara terpelihara. Sekiranya kita perlu berkorban sekalipun demi mempertahankan negara ia sewajarnya dilakukan agar kedaulatan negara tetap terpelihara. Untuk memacu seseorang itu untuk mencapai objektif yang digariskan, sikap-sikap berikut perlu disemai sewajarnya. Antaranya ialah seperti : Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup Memupuk persefahaman keluarga

Mematuhi norma-norma masyarakat Menanamkan perasaan cinta akan tanah air

You might also like