You are on page 1of 7

Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Golf MSSM Tahun 2006 Tarikh : 20 April 2006 Waktu : 2.

00 petang Tempat : ORNA Golf & Country Club, Melaka. Ketibaan TYT Jari disusun Kata-kata diatur Menambat hati Hadirin diminta mohon berdiri Ketibaan tetamu kehormat Yang sangat dikagumi. Mengumumkan Ketibaan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka diiringi def-def kehormat. Nyanyian lagu NEGARAKU dan MELAKA MAJU JAYA Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu NEGARAKU dan MELAKA MAJU JAYA. Hadirin mohon bersedia. (selesai) Hadirin mohon duduk. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------Alu-aluan Pengacara majlis Bismillahirrahmannirrahim, awal bicara,. Bagi Allah Yang Maha Esa, Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Ucapan Salam sejahtera kepada Rasul Pilihan, Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda., Assalammualaikum w.b.k. dan salam sejahtera. Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, majlis menjunjung kasih dan memohon keizinan mmemulakan majlis. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka, Yang Berhormat Datuk Haji Yaakob bin Md. Amin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Melaka, Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Hamid bin Md. Shah, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia,

Yang Berusaha Tuan Haji Ismail bin Mohamad Kordi, Penyelaras Golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Yang Berusaha Encik Zainal bin Aman, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka, Mewakili Yang Berusaha Pengarah Pelajaran Melaka, Yang Berusaha . Pengarah Pelajaran Terengganu/wakil Yang Berusaha Pengarah Pelajaran Terengganu, Pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, Ketua-ketua sector Jabatan Pelajaran Melaka, Pegawa-pegawai Jabatan Pelajaran Melaka dan Pejabat Pelajaran Daerah, Def-def jemputan, pengetua-pengetua, guru-guru besar, para pegawai kejohanan, pengurus-pengurus pasukan dan kontingen yang mengambil bahagian, para peserta seterusnya hadirin yang dirahmati Allah, Molek sungguh berbaju batik, Busana tradisi emas tekatan, Bunga telur penyeri cantik, Adat tetamu sebagai jemputan. Akar keladi melilit selasih, Selasih tumbuh di hujung taman, Kalungan budi junjungan kasih, Mesra kenangan sepanjang zaman.

Agenda Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia tahun 2006 kini bermula. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------Bacaan doa Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, def-def kehormat dan hadirin yang dihormati, Pembuka tirai majlis, Majlis dengan sukacitanya mempersila Alfadil Ustaz Tuan Haji Harris bin Mahat, pegawai Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Melaka meminpin upacara bacaan doa. (selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. --------------------------------------------------------------------------------------------------------Jamuan minum petang Jamuan minum petang kini bermula. Majlis menjunjung kasih dan memohon kesudian Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka diiringi def-def kehormat menikmati hidangan yang disediakan. Dijemput juga hadirin sekalian menjamu selera. Buat makluman tetamu kehormat, def-def jemputan dan hadirin sekalian, majlis jamuan diserikan dengan iringan persembahan gamelan dan cak lempong SMK Bukit Baru di

bawah pimpinan En. Ronald Hendricks, serta nyanyian pelajar iringan Kombo Muzik Jabatan Pelajaran Melaka di bawah pimpinan En. Zuhri bin Hassan. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------Ucapan Pengarah Pelajaran Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, def-def kehormat dan hadirin yang dihormati sekalian, Majlis diteruskan lagi. Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Encik Zainal bin Aman, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka mewakili Yang Berusaha Puan Azizah binti Ab. Gani, Pengarah Pelajaran Melaka menyampaikan ucapan alua-aluan. (selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Ucapan YAB Ketua Menteri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, def-def kehormat dan hadirin yang dimuliakan, Majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka menyampaikan ucapan. (selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------Lafaz Perasmian Penutup oleh TYT Upacara perasmian penutup menyusul kini. Majlis menjunjung kasih dan memohon kesudian Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan upacara lafaz perasmian penutup Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia tahun 2006. (selesai) Sebagai tanda perasmian penutup, majlis menjunjung kasih dan memohon kesudian Tun Yang Terutama Tun Yang Di-Pertua Negeri Melaka dengan diiringi def-def kehormat menyempurnakan upacara gimik di pentas . (selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakub, Yang Di-Pertua Negeri Melaka. Sukacita dimaklumkan bahawa gimik itu tadi adalah ilham Yang Berusaha Puan Azizah binti Ab. Gani, Pengarah Pelajaran Melaka dan direalisasikan oleh Tuan Haji Shariman bin Haji Sharif, Pengetua Sek. Men. Teknik Melaka Tengah dengan kerjasama guru-guru dan warga Sek. Men. Teknik Melaka Tengah. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------Upacara Penyampaian Hadiah dan Cenderamata Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka, def-def kehormat dan hadirin sekalian, Upacara penyampaian hadiah dan cenderamata menyusul kini.

Dimulakan dengan penyampaian hadiah pemenang pertandingan golf antara pegawai kejohanan. Majlis dengan sukacitanya mempersila Yang dihormati Tuan Haji Mazlan bin Md. Amin, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Melaka menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Encik Zainal bin Aman, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka, mengambil tempat di pentas untuk menyempurnakan upacara. (rujuk lampiran.- selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. ---------------------------------------------------Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah pemenang pertandingan Golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia tahun 2006 kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 18 tahun. Majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berusaha Encik Zainal bin Aman, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan Haji Ab. Hamid bin Md. Shah, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tempat di pentas untuk menyempurnakan upacara. (rujuk lampiran.-selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. ---------------------------------------------------Bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah pemenang pertandingan Golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia tahun 2006 kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 12 tahun dan 15 tahun, majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berusaha Encik Zainal bin Aman, Timblan Pengarah Pelajaran Melaka menjemput dan mengiringi Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka mengambil tempat di pentas. (rujuk lampiran.-selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. --------------------------------------------Bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata seterusnya, majlis menjunjung kasih dan memohon kesudian Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka dengan diiringi Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka dan Yang Berusaha Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka mengambil tempat di pentas. Dimulakan dengan penyampaian hadiah pemenang pertandingan Golf VVIP (rujuk lampiran.- selesai) Diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada semua kontinjen MSSM negeri (rujuk lampiran.- selesai)

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka. -------------------------------------------Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga, majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berusaha Encik Zainal bin Aman, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka mewakili Yang Berusaha Pengarah Pelajaran Melaka menyampaikan cenderamata penghargaan kepada :Yang Berbahagia Tuan Haji Ab. Hamid bin Md. Shah, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran , Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia, seterusnya kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka , dan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang DiPertua Negeri Melaka. (selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Zainal bin Aman, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------Penyerahan Bendera Kejohanan Majlis diteruskan dengan penyerahan bendera kejohanan. Majlis dengan sukacitanya mempersila Yang Berusaha Encik Zainal bin Aman, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka, mewakili Yang Berusaha Pengarah Pelajaran Melaka menyerahkan bendera kejohanan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Ab. Hamid bin Md. Shah, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha .,wakil/ Pengarah Pelajaran Trengganu Darul Iman menerima bendera kejohanan selaku tuan rumah Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia tahun 2007. (selesai) Majlis merakamkan ucapan terima kasih. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------Pemain Malaysia Golf ASEAN Kini, diumumkan senarai pemain Malaysia ke Pertandingan Golf Sekolah-sekolah ASEAN 2006 di Singapura untuk mengambil tempat di pentas untuk diperkenalkan kepada Tuan Yang Terutama Tun Tuan Yang Di-Pertua Negeri Melaka. . Seterusnya, majlis menjunjung kasih dan memohon kesudian Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka dengan diiringi Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka dan def-def kehormatberamah mesra dengan para pemain..disusuli dengan sesi bergambar. (selesai)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Penutup Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, def-def kehormat dan hadirin sekalian, majlis kini telahpun tiba ke penghujung masa. Bermula dengan Bismillah, berakhir dengan Alhamdulillah. Majlis merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menjayakan majlis Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia tahun 2006, khususnya buat Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka yang telah menyempurnakan upacara perasmian penutup kejohanan. Permata nilam sering disebut, Sinar berseri gilang-gemilang, Budi tuan-puan tidakkan luput, Dalam hati tidakkan hilang. Buat pasukan dan kontingen yang mengambil bahagian menyemarakkan Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia tahun 2006 di negeri Melaka Bandar raya Bersejarah, Berkokok mandung merak menggigal, Fajar sidik menyinsing naik, Diharap selesa di tempat tinggal, Kenangan manis dibawa balik.. .. Bersurai/Nyanyian Perpisahan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, def-def kehormat dan hadirin sekalian, sebelum bersurai, Nyanyian perpisahan dengan iringan muzik gamelan menyusul kini. (selesai) Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka kini beredar meninggalkan majlis. dan kami akhiri dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum w.b.k. . Zzs19042006ornagolf.