You are on page 1of 3

Perbincangan

Biodiversiti merujuk kepada kekayaan spesies hidupan di atas muka bumi. Biodiversiti merangkumi keseluruhan kepelbagaian hidupan dari semua sumber termasuk ekosistem daratan, marin dan ekosistem akuatik lain serta kekompleksan ekologi (http://www.ukm.my/ahmadukm/images/stories/data/kuliah/manusia/biodiversiti.htm). Ada empat binaan asas biodiversiti iaitu gen, spesies, habitat dan ekosistem. Pertama, gen. Gen adalah binaan asas kehidupan yang menentukan ciri-ciri kesemua organisma. Gen mengekalkan kepelbagaian genetik dengan memulihara spesies sesuatu hidupan. Kedua, spesies. Menurut Wright R.T. (2005), spesies ditakrifkan sebagai satu kumpulan organisma yang boleh interbreed dan menghasilkan keturunan yang subur. Menurut Tom Jackson (2005), bilangan spesies di dunia sekarang dianggarkan melebihi 80 juta yang terdiri daripada flora dan fauna, kulat serta mikroorganisma. Ketiga, habitat. Habitat ialah sebuah kawasan semula jadi sesuatu spesies tumbuhan dan haiwan berkumpul bagi membentuk komuniti ekologi. Keempat, ekosistem. Ekosistem merupakan interaksi antara benda hidup dengan benda bukan hidup dalam alam semula jadi. Ekosistem boleh terdiri daripada satu atau banyak habitat yang berlainan

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekosistem). Menurut Mark McGinley (2010), kekayaan spesies merupakan bilangan spesies yang hadir dalam komuniti sampel atau kumpulan taksonomi. Kekayaan spesies merupakan salah satu komponen konsep kepelbagaian spesies, yang juga menggabungkan kesamarataan (evenness) iaitu kelimpahan relatif spesies. Kira-kira hampir 1.75 juta spesies hidupan dan 300 000 spesies fosil telah diterangkan oleh saintis. Anggaran jumlah kekayaan spesies di bumi mencecah kepada tiga hingga sepuluh juta spesies. Sesetengah pula beranggapan kini spesies di bumi dianggarkan melebihi lima puluh juta. Kesamarataan spesies pula ialah bilangan relatif individu yang sama rata dalam kalangan spesies (Kesey-Bear dan Acquired Intelligence, Inc. (2000). Menurut Robert J. Naiman dan Robert E. Bilby (1998) pula, species evenness refers to the evenness in species abundances. If all species are equally abundant, then evenness is maximized.

Susunan bagi diversiti tertinggi ke terendah ialah Pulau Redang, Pulau Sipadan dan Pulau Talang-Talang iaitu masing-masing dengan nilai Indeks Simpson (D) sebanyak 6.48, 5.69 dan 4.60. Akan tetapi, kekayaan spesies di Pulau Sipadan mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 12 spesies berbanding Pulau TalangTalang dengan 9 spesies dan Pulau Redang dengan 8 spesies. Jumlah individu bagi setiap pulau mengikut susunan Pulau Sipadan, Pulau Talang-Talang dan Pulau Redang pula masing-masing mewakili jumlah 117, 100 dan 77. Ketiga-tiga pulau yang dinyatakan sebelum ini perlu dipulihara mengikut kekayaan spesies dan bilangan individu. Pulau yang paling perlu dipulihara yakni perlukan perhatian yang lebih oleh pihak berwajib ialah Pulau Sipadan yang mempunyai kekayaan spesies yang paling banyak iaitu sebanyak 12 spesies dengan bilangan individu berjumlah 117. Pulau yang paling kurang perlu dipulihara ialah Pulau Redang yang mempunyai kekayaan spesies yang paling sedikit berbanding Pulau Sipadan dan Pulau Talang-Talang iaitu sebanyak 8 spesies dengan bilangan individu berjumlah 77. Kekayaan spesies memainkan peranan penting terhadap pemilihan pulau untuk kegiatan pemuliharaan. Hal ini kerana kekayaan spesies yang paling banyak perlu dipulihara dan mendapat perhatian yang lebih agar nilai kepelbagaian yang terdapat di kawasan tersebut dapat dikekalkan daripada berkurangan. Faktor lain yang mempengaruhi pemilihan untuk pemuliharaan ialah faktor kesamarataan spesies. Kesamarataan spesies bergantung pada kekayaan spesies. Jika kekayaan spesies bertambah maka kesamarataan spesies akan berkurang. Jadi, sekiranya kesamarataan spesies tinggi (rujuk kepada kekayaan spesies yang paling sedikit iaitu Pulau Redang), maka kawasan tersebut tidak perlu lagi untuk dipulihara. Jika kita tidak mempunyai sumber untuk melindungi kesemua spesies, terdapat beberapa kriteria yang boleh ialah digunakan bagi menumpu usaha

pemuliharaan.

Kriteria

pertama

mengenal

pasti

dan

menghapuskan

pencemaran di kawasan terbabit. Sebaik sahaja sesuatu kawasan disyaki tercemar, maka penilaian pencemaran perlu dilakukan. Penilaian tersebut sering bermula dengan penyediaan Penilaian Tapak Persekitaran Fasa I. Penggunaan sejarah

tapak dan bahan-bahan yang digunakan dan dihasilkan di tapak itu dapat memandu strategi penilaian serta analisis kimia yang perlu dilakukan

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemulihan_alam_sekitar). Kriteria kedua pula ialah menitikberatkan spesies yang hampir pupus dan spesies yang terancam oleh aktiviti manusia. Kaedah yang boleh digunakan dalam usaha pemuliharaan ialah kaedah pemuliharaan in-situ dan ex-situ. Pemuliharaan secara in-situ sesuai dilaksanakan bagi spesies yang hampir pupus manakala pemuliharaan secara ex-situ dijalankan bagi spesies yang terancam.

Kesimpulan : Kepelbagaian spesies bergantung pada bilangan individu dalam sesebuah kawasan. Bilangan individu yang berbeza membawa kepada kekayaan spesies dan kesamarataan spesies yang berlainan. Semakin tinggi bilangan individu, semakin tinggi bilangan spesies. Jika kekayaan spesies bertambah, maka kesamarataan spesies akan berkurang.