You are on page 1of 15

PERMAINAN BAHASA Nama Permainan: Buah Dadu Objektif: Murid dapat mengeja suku kata Bahan : Kad suku

kata,kad perkataan,buah dadu. Cara menjalankan permainan: 1. Guru memberi arahan kepada murid. 2. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 3. Murid diminta melontarkan buah dadu. 4. Murid diminta mengeja suku kata berdasarkan suku kata atau perkataan yang tertera. 5. Murid bergilir-gilir melontarkan buah dadu dan cuba membunyi dan menyebut perkataan. 6. Guru membimbing murid yang lemah. 7. Kumpulan yang mendapat skor markah yang banyak akan menjadi pemenang. 8. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan Buah Dadu.

Nama Permainan: NOMBOR MISTERI

Objektif : Murid dapat mengeja dan menyebut perkataan mengikut suku kata Bahan : kad suku kata,kad gambar,buah dadu,sampul surat.

Cara menjalankan permainan: 1. Guru memberi arahan kepada murid. 2. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 3. Murid diminta melontarkan buah dadu yang berdasarkan nombor. 4. Murid diminta mengambil sampul surat berdasarkan nombor yang tertera. 5. Murid diminta mengejakan perkataan yang terdapat dalam sampul surat tersebut. 6. Murid-murid mengulang aktiviti ini mengikut giliran. 7. Guru membimbing murid yang lemah. 8. Kumpulan yang mendapat skor markah yang tertinggi dikira pemenang. 9. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan Nombor Misteri.

Nama Permainan:

MUSIC CHAIR

OBJEKTIF : Murid dapat mengeja dan menyebut perkataan KVK + KV + KVKK BBM : kad gambar,kad suku kata,CD. Cara menjalankan permainan: 1. Guru memberi arahan kepada murid. 2. Semua murid dikehendaki duduk di atas kerusi yang telah dilekatkan dengan kad perkataan. 3. Muzik dimainkan. Murid mula bergerak mengeliling kerusi-kerusi. Apabila muzik di berhentikan, murid dikehendaki duduk di atas kerusi. 4. Guru memilih seorang murid dan murid tersebut mesti mengeja kad perkataan yang dilekat di belakang kerusi tersebut 5. Ulang aktiviti ini sehingga semua murid mengeja perkataan sebanyak 3 kali. 6. Guru membimbing murid yang lemah. 7. Kumpulan yang mendapat skor markah yang banyak akan menjadi pemenang. 8. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan music chair.

Nama Permainan: WIN-WIN OBJEKTIF : Murid dapat membunyi suku kata dan mengeja perkataan

KVK + KV + KVKK berdasarkan gambar. BBM : kad suku kata,kad gambar,kad perkataan. Cara menjalankan permainan: 1. Guru memberi arahan kepada murid. 2. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 3. Setiap kumpulan diberi kad gambar berlainan. 4. Murid diminta memilih gambar berdasarkan perkataan yang diberi oleh guru. 5. Murid diminta bergerak ke hadapan dan melekatkan gambar berdasarkan perkataan yang tertera di papan putih. 6. Guru membimbing murid yang lemah. 7. Murid mengulang aktiviti ini secara bergilir-gilir. 8. Kumpulan yang mendapat skor markah yang banyak akan menjadi pemenang. 9. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan Win-Win.

Nama Permainan:

KAD TEKA-TEKI

OBJEKTIF: Murid dapat mengeja suku kata,perkataan,dan membaca ayat mudah.

BBM : kad suku kata,kad perkataan ,kad ayat,kad teka teki. Cara Menjalankan Permainan: 1. Guru memberi arahan kepada murid. 2. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 3. Guru melekatkan kad-kad teka-teki yang bergambar haiwan. 4. Murid diminta bergerak ke hadapan dan memilih gambar haiwan yang disukainya. 5. Guru mengambil kad tadi dan membaca soalan teka-teki di belakang kad haiwan. 6. Murid dikehendaki menjawab soalan teka-teki yang dibaca oleh guru. 7. Murid bergilir-gilir keluar memilih kad teka-teki. 8. Guru membimbing murid yang lemah. 9. Kumpulan yang mendapat skor markah yang banyak akan menjadi pemenang. 10. Guru membuat rumusan berdasarkan permainan Kad Teka-Teki.

Permainan Bahasa
Nama Permainan : Cantumkan Saya

Objektif : Murid boleh mencantumkan kad suku kata menjadi perkataan bermakna dan membacanya. Bahan : Kad Suku Kata

Cara menjalankan permainan Murid berkumpul dalam kumpulan.(2 orang) Murid ambil satu kad suku kata dan cari kad lain untuk membentuk perkataan. Murid mencantumkan kad perkataan tadi di atas papan tulis dan membaca perkataan tersebut. Murid menyalin perkataan yang telah dicantumkan. Permainan ini diulang semula dengan murid lain.

Permainan Bahasa

Nama Permainan: Telinga Lintah Objektif : Murid boleh menyampaikan dan menulis semula ayat yang didengar dengan betul. Bahan : Kad Ayat KV + KV

Cara menjalankan permainan Murid akan berkumpul dalam bulatan . Guru akan membisikkan ayat KV+KV kepada murid yang pertama. Murid yang pertama akan membisikkan ayat tersebut ke murid yang kedua dan seterusnya. Murid yang akhir akan menyatakan ayat yang telah didengar dan menulis di papan tulis. Guru mempamerkan kad ayat yang sebenar di papan putih. Murid membaca kad ayat yang dipamerkan. Permaianan ini akan diulang semula dalam lima pusinagn. Ayat-ayat yang dipamerkan oleh guru akan ditulis semula di dalam buku tulis.
PERMAINAN BAHASA Kemahiran : Vokal

Nama permainan: SUAI KAGA ( KATA DAN GAMBAR) Objektif permainan: Melalui permainan ini, murid diharap dapat: 1. Mengecam perkataan yang bermula dengan huruf vokal yang betul dengan gambar. Cara-cara permainan: 1. 2. 3. 4. 5. Guru perlu menyediakan dua set gambar dan perkataan. Guru memaparkan gambar gambar di papan putih. Murid di bahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan di beri satu sampul perkataan. Murid di kehendaki menampalkan perkataan yang betul pada gambar yang dipamerkan. 6. Kumpulan yang siap dahulu dan mendapat markah tertinggi di kira sebagai pemenang.

SET PERKATAAN

a yam kan orang dang a pi ren

u lar e nam e kor e pal

i u o

SET GAMBAR

PERMAINAN BAHASA Nama Permainan : Kotak Minda Objektif : Murid dapat mengeja dan membaca perkataan yang disediakan dalam kotak. Bahan : Kad perkatan, kotak Cara menjalankan permainan: 1. Murid membuat bulatan. 2. Muzik dimainkan. 3. Kotak minda yang mengandungi kad perkataan diedarkan. 4. Apabila muzik diberhentikan murid yang memegang kotak minda harus mengambil satu kad dan diminta mengeja/membaca perkataan kvk kvk. 5. Murid yang berjaya membaca diberi token sebagai ganjaran.

KOTAK MINDA

PERMAINAN BAHASA Nama permainan : Padankan sukukata Objektif : Murid dapat memadankan sukukata kvk + kvk berdasarkan gambar dengan betul. Bahan: Kad suku kata Cara menjalankan permainan. 1. Agihkan murid kepada 3 atau 4 kumpulan. 2. Beri kad gambar dan kad sukukata kepada murid. 3. Murid menyusun dan memadankan kad sukukata dengan gambar pada kad gambar. 4. Kumpulan yang dapat memadankan kad sukukata pada gambar dengan betul dikira pemenang. Kad suku kata

pen tas

cin cil

kan cin

ker sel

Gambar

Permainan Bahasa Nama Permainan : Dam gambar Objektif : Bahan : Murid dapat mengeja perkataan berdasarkan gambar. Kad manila bergambar (DAM ) Buah dadu Penanda

Cara menjalankan permainan :

1. Murid melambung buah dadu mengikut giliran. 2. Murid yang mendapat nombor yang tinggi akan memulakan permainan. 3. Murid akan mengira setiap kotak yang dilalui, sekiranya tiba pada kotak bergambar, pemain mesti mengeja berdasarkan gambar. Sekiranya pemain berhenti di kotak beracun (ular) , pemain terpaksa menyorot ke kotak tersebut. 4. Permainan diteruskan dengan pemain kedua dan seterusnya.

DAM BERGAMBAR
21 22 23 24 25

20

19

18

17

16

11

12

13

14

15

10

1 Mula

Permainan Bahasa Nama Permainan Objektif Bahan : : : Mari Memancing

Murid dapat mencantumkan suku kata menjadi perkataan yang bermakna. Kad suku kata kv kv kv Alat Memancing

Cara Menjalankan Permainan: 1. Bahagikan murid kepada 2 kumpulan: 2. Setiap kumpulan memancing seberapa banyak suku kata yang boleh, kemudian membina perkataan yang bermakna dari suku kata tersebut dalam jangka masa tidak ditetapkan. 3. Kumpulan yang dapat membina perkataan yang bermakna dengan betul akan diberi 1 bintang, 4. Kumpulan yang mendapat banyak bintang diikira menang.

CONTOH:

sa

ha

ja

= sa

ha ja

wa

ha za

ju

sa

Permainan Bahasa Nama permainan: Objektif huruf. Bahan : Bijak Susun

Murid dapat membina perkataan vkv daripada

: 2 set kad gambar, 2 set kad huruf dan 2 set kad markah.

Cara menjalankan permainan: 1) Guru sediakan kad-kad gambar , kad huruf dan kad markah. 2) Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. 3) Setiap kumpulan diberi kad markah, kad huruf dan kad gambar. 3) Murid akan bermain menyusun huruf secara bergilir bagi membentuk perkataan dengan bimbingan guru berdasar gambar. 4) Murid akan mencatat perkatan yang berjaya dibentuk pada kad markah. 5) Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah perkataan yang berjaya dibentuk. Kad Markah Nama: ___________ Tahun: ___________ Perkataan vkv 1) 2) 3) 4) 5) Contoh kad gambar Contoh kad huruf(a-z)

c f