Laporan Seminar 2 Seminar ini telah bermula pukul 11.00 pagi.

Ia disampaikan oleh Ustaz Fazdi bin Harun dibawah tajuk Guru dan Hubungan Komuniti. Pengacara pada seminar ini ialah saudara Fikri Mat Arit. Program ini telah berjalan dengan lancar dan berlangsung selama sejam. Pada awalnya ustaz memulakan majlis dengan puji-pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad. Kemudian membaca sepotong ayat dari Al-Quran dari surah Al-Mujaddalah ayat 11. Ustaz memberitahu bahawa orang yang memiliki ilmu mempunyai darjat yang tinggi. Semua makhluk mendoakan orang yang menuntut ilmu. Ustaz mengaitkan pelajar IPG dengan alam IPT yang mempunyai 3K dalam kehidupan. 3K tersebut ialah Kafe, Katil dan Kuliah. Tiga perkara ini saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Sebagai seorang pelajar ataupun orang awam, kita perlu membahagikan masa kita kepada masa beribadat kepada Allah, masa untuk urusan diri sendiri, masa bersama keluarga dan masa bersama masyarakat. Bila kita dapat menguruskan masa dengan baik, semua urusan menjadi lancar. Apa yang penting apabila kita keluar untuk berjumpa dengan masyarakat ialah sahsiah diri kita. Untuk itu, ilmulah yang diperlukan untuk membentuk peribadi mulia. Kita perlu cari, berkenalan dan berdamping dengan ulama’ dan ahli akademik bagi memperolehi ilmu yang ada pada mereka. Di dalam masyarakat juga, kita akan jadi pelajar semula. Ini kerana banyak lagi perkara yang kita belum didedahkan semasa kita belajar. Masyarakat di luar memang sangat memerlukan seorang yang berilmu untuk membimbing mereka kerana mereka amat dahagakan ilmu. Kita perlu memastikan ilmu yang kita sampaikan adalah tepat dan benar. Datangkan hujah melalui hujah yang ilmiah dari nas-nas Al-Quran dan Al-Hadith serta tokoh-tokoh yang terkemuka. Ustaz menyimpulkan bahawa jika di suatu tempat itu tiada ustaz ataupun ulama’, masyarakat di kawasan tersebut boleh berselisih antara yang lain. Oleh itu, perlulah seorang yang bergelar ustaz itu melibat diri dalam masyarakat seperti melibatkan diri dalam badan NGO yang berkaitan dengan agama ataupun kebajikan. Dengan ini, seseorang ustaz itu boleh peka dan mengambil berat dengan masalah sekeliling. Sebelum terjun ke alam masyarakat, pelajar perlu membuat pelan apa yang perlu dibuat apabila memasuki alam masyarakat. Majlis telah berakhir dengan penyampaian hadiah penghargaan kepada tuan penceramah yang disampaikan oleh tuan elias bin kadir. Semasa program berlangsung, kesemua pelajar muslimat dapat menumpukan perhatian kepada tuan penceramah dan hanya sebahagian besar pelajar muslimin menumpukan perhatian dan sebahagian kecilnya telah syahid di atas kerusi masing-masing. Majlis tamat pukul 12.00 tengah hari.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful