You are on page 1of 76

1

Tajuk 1 Pengayaan Dalam Pendidikan Matematik


1.1 Pembinaan Ujian

Pada akhir pelajaran, pelajar dapat

1. Membina Jadual Spesifikasi Ujian;
2. Menjelaskan langkah penyediaan item ujian;
3. Membina item ujian objektif dan subjektif mengikut tahap kesukaran


Pengalaman seorang guru, sudah pasti melalui suatu proses membuat pemilihan jenis
item/soalan untuk ujian pencapaian, seperti pencapaian akademik pelajar, adalah agak
sukar dan rumit, begitu juga membina item/soalan ujian itu sendiri. Dengan andanya
Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat
membantu anda untuk memilih jenis item/soalan tersebut. Seperti mana lazimnya, anda
sudah pasti mengetahui bahawa terdapat dua jenis item ujian bertulis, iaitu (a) item
objektif, seperti item yang memerlukan pelajar memilih jawapan yang betul atau
melengkapkan ayat; dan (b) item subjektif, yang memerlukan pelajar menggubal
jawapan sendiri. Item objektif termasuklah item betul-salah, beraneka pilihan, padanan
atau pelengkapan; sementara item subjektif termasuklah item berjawapan pendek,
sederhana atau panjang; item berjawapan terbuka; atau item berkaitan penyelesaian
masalah. Secara amnya, pembina/penggubal item ujian boleh merancang sesuatu ujian
dari segi jenisnya, bilangan item, kandungan pengajaran serta domain dan peringkat
objektif pengajaran.

Mengikut Haladyna (1977), konsep pencapaian boleh dipecahkan kepada pengetahuan
dan kemahiran. Ujian ke atas pengetahuan seseorang individu hendaklah berlandaskan
pengetahuan serta kefahaman mengenai fakta, konsep dan prinsip. Ujian terhadap
kemahiran hendaklah berasaskan kepada aplikasi pengetahuan terhadap masalah dan
keadaan.

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.
Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya
mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk
memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan
sukatan pelajaran/objektif pengajaran.

Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU,
pembinaan item ujian, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir sekali,
sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata
pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti
item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil
(Hale, 1980).
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua-
2

hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini
menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan
konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JPU boleh menjadi
panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran
yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi
panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan
pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU seharusnya dibina seawal
mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.

Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu
(1) mengkaji sukatan pelajaran,
(2) menganalisis objektif pengajaran,
(3) menentukan jenis soalan, dan
(4) menentukan bilangan soalan.

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran
Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang
menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu
dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk
kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
• skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;
• pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;
• kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;
• kompleksiti sesuatu tajuk; dan
• masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran
Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk
menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap
kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran
diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya, seperti
yang dijelaskan dalam topik sebelum ini.
Maklumat-maklumat di atas adalah amat penting kepada penggubal kertas ujian dan
pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan yang perlu dibina.

3. Menentukan Jenis Soalan
Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan
domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat
objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain
kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur ayat” pada
peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis “Objektif”
yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk
“menggubal ayat-ayat”. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan
dengan lebih lanjut kemudian.
4. Menentukan Bilangan Soalan
Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran,
domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur.
3

Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan
kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan ujian bermaksud
keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab
semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan
mengukur apa yang ujian itu ingin mengukur. Perkara-perkara ini akan dijelaskan
dengan lebih lanjut kemudian.

Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan
jumlah soalan juga perlu mengambil kira jangka masa ujian (Rajah 1), jenis soalan
dan kesukaran soalan, yang bergantung kepada peringkat objektif pengajaran,
panjang soalan, kemampuan bahasa pelajar dan lain-lain. Aras kesukaran soalan
biasanya sukar ditentukan, kecuali melalui pengalaman pembina soalan atau kajian
rintis yang diadakan sebelum sesuatu set soalan digunakan.

JSU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina
item/soalan ujian. Antara kepentingannya ialah:
• kertas ujian dapat digubal secara sistematik;
• kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
• taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
• ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan
• aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina
oleh pembina lain.
• taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;

Jadual 1 menunjukkan contoh JSU bagi mata pelajaran Matematik

Objektif
Pengajaran
Bidang Kandungan
Pengetahuan Pemahaman Aplikasi
Jumlah
item
Penyebut yang sama 5 4 4 13
Penyebut yang berbeza
(Dengan faktor sepunya)
5 4 4 13
Penyebut yang berbeza
(Tanpa faktor sepunya)
6 4 4 14
Jumlah item 16 12 12 40


a. Paksi Ufuk : Objektif penganjarandengan taksonomi Bloom.
b. Paksi cancang :Isi kandungan dan kamiharan yang telah diajar.


4



Langkah-Langkah Penyediaan JSU

Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu
(1) meyediakan JPU,
(2) menulis item ujian,
(3) menyemak item ujian,
(4) menilai item ujian, dan
(5) membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.

1. MenyediakanJSU

Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang
dijelaskan sebelum ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif
pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan. Tujuan
utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili
keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran
yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini dapat menjamin
soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau
sikap yang kita ingin pelajar- pelajar kita kuasai.

Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk soalan yang
akan digunakan. Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesaian masalah perlu dibina
sekiranya kita ingin mengukur keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah
matematik. Sekiranya kita ingin pelajar memahami kesan sejarah ke atas perpaduan
kaum, misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang adalah lebih sesuai
daripada soalan objektif. Seterusnya, jika pelajar dikehendaki mengingat tarikh penting
dalam sejarah, mungkin soalan beraneka pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih
sesuai.

2. Menulis Item Ujian
Sebaik sahaja anda siap menyediakan JSU (yang sebaiknya mengandungi jenis dan
bilangan item ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk
membina/menulis item-item ujian. Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item
beraneka pilihan (multiple-choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank
item), item berjawapan pendek (short- answer item), item betul-salah (true-false item),
item padanan (matching item) atau item esei (essay item), terdapat beberapa prinsip
pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item ini. Prinsip-
prinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut.

• Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar,
misalnya, “Sila isikan ruang kosong dalam soalan berikut dengan satu perkataan
sahaja”.

• Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami
maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan
membantu pelajar memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh soalan.

• Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/ kemahiran
5

yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk
pengetahuan/kepintaran am.

• Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada kalanya
kita meminta mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam keadaan ini,
arahan menjawab hendaklah jelas, seperti menggunakan huruf besar.

• Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran
yang dikehendaki. Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik
perpuluhan.

3. Menyemak Item Ujian
Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-
item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara
berikut:

• Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan
mudah difahami pelajar.

• Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan
mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.
• Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif
pengajaran.

• Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objektif, tidak mengandungi petanda
(clue) kepada jawapan yang dikehendaki.

4. Menilai Item Ujian
Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu
disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan penilaian ini perlu dibuat
bagi menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa yang disebut di atas,
iaitu:

• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah
difahami pelajar.

• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat
yang cukup untuk pelajar menjawabnya.

• Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan seimbang untuk mengukur
kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.

• Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh
dijawab dalam masa yang diperuntukkan.

5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item
Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran,
sebaiknya, kajian rintis dibuat terhadap keseluruhan item/kertas ujian.
Kajian rintis di sini bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada
pelajar yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Biasanya, kajian
rintis tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian. Walau bagaimanapun, kajian rintis
perlu dibuat untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam bank soalan. Kajian rintis
begini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:

6

• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami
pelajar dan tidak ada kesilapan ejaan/istilah yang digunakan.

• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat
yang cukup untuk pelajar menjawabnya.

• Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang
diajar guru dan tidak ada soalan yang “terkeluar” daripada kandungan tersebut.

• Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut
kehendak soalan.


Pembinaan Item Aneka Pilihan

Item/soalan yang sering digunakan dalam ujian pencapaian; di peringkat sekolah
rendah, sekolah menengah atau nstitut pengajian tinggi; ialah item beraneka pilihan.
Item ini terdiri daripada tiga (3) bahagian, iaitu rangsangan (stimulus), stem/ badan
soalan dan jawapan pilihan.
Rangsangan adalah bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana
soalan itu didasarkan, mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan.

• Stem adalah bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk
ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan.

• Jawapan Pilihan adalah bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan, yang
biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain lagi.

Soalan jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab oleh
pelajar, tetapi mudah diperiksa (boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakan
borang OMR). Pelajar mendapati soalan beraneka pilihan sukar dijawab berbanding
soalan jenis esei, sebab mereka perlu mengetahui jawapan secara tepat. Jadual
berikut menerangkan sembilan prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk beraneka
pilihan.









7

Prinsip Penyediaan Soalan Berbentuk Beraneka Pilihan

Prinsip Penerangan
1 Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu memilih jawapan yang
betul atau paling tepat/terbaik, sebab ada kalanya semua jawapan yang
diberi adalah betul.
2 Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan
tidak “berbunga-bunga”, supaya pelajar tidak membuang masa untuk
memahaminya.
3 Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan pilihan,
tetapi dimasukkan dalam badan soalan, seperti perkataan “oleh” dalam
Contoh 1.
4 Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya setiap
jawapan yang diberikan adalah munasabah.
5 Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut
sistem tertentu, untuk mengelak daripada pelajar meneka jawapan betul.
6 Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya tidak
memberi petanda kepada pelajar tentang jawapan betul.
7 Jawapan berbentuk “Semua di atas” atau “Tiada satu pun di atas”
sebagai jawapan pilihan perlu dikurangkan, supaya pelajar tidak mudah
memilih jawapan betul.
8 Aras kesukaran setiap soalan perlu setara (seperti kurangkan jawapan
pilihan seperti Contoh 2), supaya setiap soalan mempunyai aras
kesukaran yang sama.
9 Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau
tahun, supaya wujud satu sistem susunan jawapan pilihan.

Contoh
(a) Dalam ujian matematik 5 orang murid mendapat markah yang berikut:
65, 72, 80,53 dan 70.
Cari Min markah ujian.
(A) 65
(B) 68
(C) 72
(D) 80






8


Cadangan Pembinaan Item Benar atau Palsu
1. Mengunakan bahasa yang ringkas dan mudah.
2. Item Benar-Palsu mesti berdasarkan kenyatan yang jelas Benar atau pasti Salah.
3. Elakkan menggunakan kenyataan yang membawa banyak maksud.
4. Elakkan menggunakan kenyataan negatif, terutama bukan bukan( double negatives.)
5. Elakkan ayat yang kompleks
6. Kenyataan benar dan Plasu seboleh-boleh sama panjang ayatnya.


Contoh item

a) Archimedes telah menemui rumus luas piramid. Benar/Palsu

b) 2, 3, 5 dan 7 adalah nombor perdana Benar/Palsu


Item Ujian subjektif dibahagi:
- Jenis respon tertutup.
- Jenis Respon terbuka

Contoh item jenis respon tertutup:
(a) Gaji seorang pekerja telah menambah secara jujukan arithmetik. Selepas kerja 7
tahun, Gajinya adalah RM1,340. Pada tahun ke 20 gajinya adalah RM2,420.Cari
i) Gaji permulaan pekerja itu
ii) Gaji kenaikan tahunannya.

Contoh item jenis respon terbuka
(a) Dengan bantuan Carta, huraikan bagaimana anda akan mengajar topik
penambahan pecahan dengan penyebut yang sama.

9


Pembinaan sekema jawapan Ujian

Untuk item ujian Subjektif

- Keberkesanan memeriksaan jawapan Essei bergantung pada aras pemeriksaan.
Dalam penggredd essei, seorang pemeriksa harus

1. Kurang kepencongan(minimise biases).
2. Tumpulkan aspeks jawapan yang relevan
3. Kurang pemeriksa mengikut “mood” tidak baik.
4. Gunakan standard yang sama untuk semua pemeriksaan.

- Dua kaedah yang biasa digunakan pemeriksaan item subjektif

1. Kaedah Skor Holistik
2. Kaedah Skor analitis

1. Kaedah Skor Holistik
Kaedah ini adalah membuat satu penghakiman tentang kualiti keseluruhan jawapan itu.
Kaedah ini, pemeriksaan tidak analisis unsur kandungan yang sepsifik dalam jawapan
Keadah ini adalah sesuai untuk essei respon terbuka.
2. Kaedah Skor Analitis
Dalam kaedah analitis, satu skema pemarkahan disediakan. Permarkan dilakukan pada
satu soalan kemudian diikuti dengan soalan seterusnya. Ini adalah untuk memperbaiki
kebolehpercayaan skor bagi soalan esei.










10

1.2 Analisis dan interpretasi keputusan pentaksiran penilaian dalam matematik -

Indeks kesukaran dan indeks kesukaran.

Masa : 3 jam

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pelajaran ini, anda dapat

1. mengira indeks kesukaran bagi sesuatu item
2. mengira indeks diskriminas bagi sesuatu item



KANDUNGAN

1.2.1 Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi Item.

Analisis item adalah proses memeriksa respon murid terhadap setiap ujian item untuk
menilai mutu item itu. Selain memerhatikan aras kesukaran dan kebolehan diskriminasi,
keberkesanan setiap alternatif juga dianalisiskan.Analisis item ini paling sesuai untuk
ujian objektif. Di sini skop perbincangan analisis adalah tertumpumkan pada item objektif
aneka pilihan.

Untuk menentukan kesukaran dan kebolehan diskriminasi seautu ite. Kita boleh mengira
Indeks kesukaran ( p ) dan indeks diskriminasi( D ). Sebelum indeks-indeks
dihitungkan , langkah-langkah berikut harus dijalankan

11

1. Penyususan kertas ujian dengan skor dalam tertib menyusut .
2. Dari set tertib itu, bahagi dua kumpulan, 27 % daripada skor tertinggi dijadikan
kumpulan teratas, manakala 27% skor terendah dijadikan kumpulan terendah.
Kadang-kadang untuk kelas saiz yang lebih 40, peratusan kumpulan teratas dan
terendah boleh dalam lengkungan 25 hingga 33.
3. Bagi setiap item, kira bilangan murid yang menjawab dengan betul dalam setiap
item.kemudian baru mengira indeks kesukaran dan indeks diskriminasi.

1.2.2 Pengiraan indeks kesukaran(p),

terrendah dan teratas kump dalam calon Jumlah
betul jawapan memberi yang
terrendah kump dalam calon Bil
betul jawapan memberi yang
teratas kump dalam calon Bil
p
.
. . .
|
|
.
|

\
|
+
|
|
.
|

\
|
=
Julat nilai indeks kesukaran adalah di antara 0 hingga 1.00. Sesuatu item adalah
dikatakan sukar apabila kebanyakan murid tidak memberi respon yang betul.
Nilai minimum bagi p = 0.00 iaitu tiada satu murid dapat menjawan item itu.Jika semua
murid dapat jawab dengan betul maka nilai adalah maksimum iaitu p = 1.00, ini
bermakna item ini terlalu mudah

1.2.3 Pengiraan Indeks Diskriminasi (D) :


terrendah atau teratas kump dalam calon Jumlah
betul jawapan memberi yang
terrendah kump dalam calon Bil
betul jawapan memberi yang
teratas kump dalam calon Bil
D
.
. . .
|
|
.
|

\
|
÷
|
|
.
|

\
|
=

Julat nilai indeks diskriminasi dari -1.00 to +1.00.

12

Jadual 1 berikut memaparkan satu contoh calon menjawab item –item dengan betul

Calon Item

1 2 3 4 5 6 7............28 29 30

1 / / / / / /
2 / / / / / / /
3 / / / / /
4 / / / / / /
5 / / / / / / /
6 / / / / / / /
7 / / / / /
8 / / / /
9 / / / / / /
10 / / / /
11
12
.
. .
21 / / / /
22 / / /
23 / / / /
24 / / /
25 /
26 / / /
27 / / /
28 / / /
29 / /
30 / /

Jumlah
U
R
8 7 8 8 9

8

9



Jumlahl
L
R
2 2 4 7 8 4 1

Jadual 1: Jawapan betul oleh calon mengikut item

Di mana U = Kumpulan tertinggi
L = Kumpulan rendah
U
R
=

bilangan calon dlm kumpulan tertinggi menjawab item dengan betul
L
R
= bilangan calon dlm kumpulan rendah menjawab item dengan betul
U
L

13


Bagi item no.1, Indeks kesukaran dan indeks diskriminasi

( )
5 . 0
10
10
10 10
2 8
= =
+
+
=
+
+
=
L U
L U
p
R R


( )
6 . 0
10
2 8 ) (
=
÷
=
÷ ÷
=
L
L U
atau
U
L U
D
R R R R


Dengan cara yang sama, indeks p dan D bagi item yang lain dapat dikirakan.

Jika indeks diskriminasi mempunyai nilai positif, bermakan item itu mempunyai kebolehan
diskrimina calon cemerlang dan calon lemah.Jika nilai D sifar,maka item sifar dalam
diskriminasi. Jika murid yang lemah dapat menjawab dengan betul (mungkin dengan teka),
manakala calon cemerlang tidak jawab.maka nilai D adlah negatif, seterusnya item itu perlu
digugurkan pada kegunaan seterusnya.










14

Jadual berikut menunjukkan nilai-nilai indeks diskriminasi dan Cadangan /tindakan susulan

Nilai p Penerangan Cadangan /tindakan susulan

0.00 – 0.20 Terlalu sukar Buangkan item/ tulis semula

0.21 – 0.40 Sukar Tulis semula item ini

0.41 – 0.60 Sederhana Simpan item ini

0.61 – 0.80 Senang Tulis semula item ini

0.81 – 1.00 Terlalu mudah Buangkan item/ tulis semula



Nilai D Penenrangan Cadangan /tindakan susulan

+0.4 dan ke atas Diskriminasi Simpan item ini
positif yg tinggi

+0.2 to +0.39 Diskriminasi semak item itu
positif betul ralat dan
sederhana boleh digunakan seterusnya

+0.10 to +0.19 Diskriminasi Buang item atau tulis
Positif yang rendah semula item itu




15

Tajuk 2 Pemulihan Dalam Pendidikan Matematik

2.0 Pengenalan
Kursus Pemulihan yang ditawarkan oleh IPG dalam program PISMP memberi fokus
kepada aktviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan murid-murid sekolah rendah
yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira (3M).
Pendidikan Pemulihan Matematik
Pendidkan pemulihan matematik ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi
masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran matematik
khususnya. Pada peringkat sekolah rendah, Pendidikan Pemulihan Matematik lebih
menumpukan kepada kemahiran-kemahiran asas seperti pranombor dan aplikasi empat
kemahiran asas dalam matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
Tujuan Pendidikan Pemulihan Matematik
Terdapat dua penyebab utama mengapa murid-murid menghadapi masalah dalam mata
pelajaran matematik. Pertama, kurang memahami konsep matematik yang dipelajari
dan yang kedua kemungkinan mereka memang lemah dari segi mental. Oleh yang
demikian, pemulihan matematik adalah perlu bagi tujuan berikut:
a) Membimbing murid-murid membetulkan konsep dan kemahiran matematik yang
telah salah dikuasai oleh murid.
b) Memberi peluang kepada murid-murid lembam (iaitu murid-murid yang lemah dari
segi mental) untuk mempelajari kemahiran matematik mengikut kadar kemampuan
mereka sendiri.

2.1 Jenis kesukaran pembelajaran matematik dan faktor penyebabnya

a) Anxiety (kerisauan): merupakan satu gejala gangguan emosi yang melibatkan perasaan
trauma mahupun risau disebabkan oleh pengalaman masa lampau. Contoh, timbul
kerisauan apabila melihat angka-angka.

Ciri-ciri anxiety:

i. Kognitif: rasa takut terhadap perkara yang tidak pasti.

ii. Somatik:
a) menjadi terlalu berjaga-jaga terhadap sesuatu yang dirasakan mengancam
keselamatan.
b) Mengalami gejala-gejala seperti berpeluh, gangguan sistem
pencernaan dan tekanan darah tinggi.

iii. Emosi: mudah panik, mual, seram sejuk, takut dan benci.
16


iv. Tingkah laku:
a) Mengelak diri daripada keadaan atau punca anxiety.
b) Tidak dapat mengawal diri.


b) Disleksia (Dyslexia): masalah pembelajaran yang berkaitan dengan membaca dan
menulis.

Ciri-ciri gangguan Disleksia:
i. Pendengaran:
a) Keliru sebelum atau selepas kiri atau kanan.
b) Sukar kaitkan bunyi dengan simbol huruf.
c) Payah menyebut huruf ”m” dengan ”n”.
ii. Pertuturan/Penulisan:
a) Kesalahan mengeja perkataan, contohnya mengeja ”magic” sebagai ”mjc”
b) Susunan huruf tebalik, contohnya ”does” jadi dose
c) Salah mengeja perkataan tetapi bunyinya tetap sama, contohnya mengeja
”should” sebagai ”shud”
d) Kurang tepat/kesalahan sebutan
e) Tidak lancar, tersekat atau gagap.

c) Mathophopia/”maths anxiety”: perasaan kecewa atau putus asa serta merasa diri tidak
boleh dibantu lagi dari segi keupayaannya dalam matematik.

Ciri-ciri gangguan Mathophopia:
a) Tidak suka matematik
b) Berasa tidak pasti/kurang yakin
c) Pencapaian lemah
d) Kekurangan minat
e) Sikap tidak ambil peduli

d) Diskalkulia: kurang kebolehan mempelajari matematik disebabkan terdapat satu
kawasan yang tertentu dalam otak yang tidak berfungsi secara normal.

Ciri-ciri gangguan masalah diskalkulia:

i. Pengiraan:
a) Sukar untuk mempelajari dan mengingati nombor
b) Sukar memahami konsep nombor

ii. Membaca dan manulis nombor:
a) Terkeliru nombor 12 dengan 21
b) Sukar membaca nombor 5004 dibaca ”lima ratus empat”

iii. Arah:
a) sukar memahami arah ”kiri atau kanan”
b) sukar mematuhi arahan semasa membaca peta.


17



18

2.2.1 Pengesanan murid pemulihan

Murid-murid pemulihan boleh dikenal pasti melalui proses berikut:
a) Pemerhatian:
Pemerhatian dapat dijalankan dengan berkualiti apabila proses ini dirancang dengan
baik. Guru perlu menyediakan senarai semak yang sistematik supaya setiap
pemerhatian dapat dicatat dengan tepat. Contohnya, jika seorang guru ingin
melaksanakan aktiviti secara berpasangan, soalan-soalan berikut boleh melicinkan
proses pemerhatian:
- Siapakah yang lebih dominan?
- Bolehkah pasangan ini mendengar dan menerima pandangan?
- Adakah mereka bertegas/bertolak ansur dengan pandangan pasangan mereka?

b) Menyemak hasil kerja murid:
Dengan menyemak dan meniliti hasil kerja murid seperti buku latihan, tugasan, projek
dan lain-lain kreativiti, kelemahan dapat dikenal pasti dan tindakan pembetulan perlu
dilakukan oleh murid. Sekiranya kesilapan dan kelemahan ini berterusan, guru perlu
merancang aktiviti permulihan untuk murid-murid yang terlibat.

c) Memberi Ujian:
Ujian adalah cara yang sistematik untuk mengukur pencapaian murid dari segi kognitif,
psikomotor dan emosi (Gagne, 1965). Dalam konteks bilik darjah, pelbagai ujian boleh
dilaksanakan untuk mengesan tingkahlaku dan kelemahan murid menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu.

d) Temuabual:
Murid-murid mudah meluahkan masalah jika perhatian yang secukup diberikan kepada
mereka. Guru yang mengambil berat tentang murid-murid sering bertanya khabar dan
berbual-bual tentang hal-hal yang berkaitan dengan emosi dan perkembangan
kemajuan pelajaran murid-murid mereka. Sesi temubual membantu guru-guru untuk
mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang ada pada murid-murid.

Pembinaan Ujian Saringan:

Aktiviti pemulihan dimulakan dengan merancang dan melaksanakan ujian saringan. Tujuan
ujian saringan dilakukan adalah untuk mengenal pasti siapakah yang perlu menjalani
pemulihan dan apakah kelemahan yang perlu diperbaiki.
Saringan melibatkan langkah-langkah berikut:

a) Mengesan murid-murid pemulihan melalui prosedur 2.2 iaitu samada dengan cara
pemerhatian, temubual, menyemak hasil kerja, memberi ujian atau lain-lain cara yang
sesuai.
b) Mengesan bahagain spesifik di mana kelemahan berlaku, contohnya kelemahan dalam
kemahiran asas menambah melibatkan pengumpulan semula sehingga 100.
19

c) Melaksanakan ujian diagnostik bagi membaikpulih kelemahan spesifik yang telah
dikesan.
Garis panduan melaksanakan ujian diagnostik:

a) Pastikan murid-murid yang dikenal pasti itu betul-betul lemah dalam bidang/kemahiran
tertentu. Diagnosis yang salah meninggalkan kesan yang buruk terhadap murid.
b) Guru-guru harus peka tentang kelemahan murid adakalanya disebabkan oleh
kelemahan guru menyampaikan konsep. Oleh itu guru perlu memastikan kelemahan
murid bukan disebabkan oleh salah penerimaan konsep tetapi atas sebab kelemahan
sendiri.
c) Guru-guru harus peka tentang kesesuaian strategi penyampaian supaya murid-murid
tidak menjadi mangsa keadaan iaitu murid-murid lemah disebabkan kaedah
penyampaian kemahiran tidak sesuai dan tepat dan bukan kelemahan yang benar-benar
dikesan daripada murid sendiri.
d) Ujian diagnosis hendaklah mengambilkira aspek emosi di samping memberi fokus
kepada kemahiran-kemahiran spesifik yang tidak dikuasai oleh murid.
e) Guru harus berhati-hati dan tepat dalam membezakan antara kesilpan yang berlaku
secara rawak dengan kesilapan yang berlaku secara sistematik dan konsisten.
f) Guru harus bersabar dengan proses diagnosis yang mungkin memakan masa yang
agak lama untuk dijayakan.

2.3 Pengesanan kesukaran pembelajaran
Kesukaran pembelajaran dalam kalangan murid-murid boleh dikesan dengan pelbagai
kaedah berikut:
- Ujian diagnostik:
Garis panduan berikut perlu diberi perhatian dalam pembinaan ujian diagnostik:
(a) Kenal pasti kemahiran-kemahiran yang tidak dikuasai oleh murid, contoh,
penambahan melibatkan pengumpulan semula hingga 100.
(b) Susun kemahiran-kemahin yang telah di kenal pasti mengikut aras kesukaran.
(c) Bina empat item bagi setiap kemahiran yang telah dikenal pasti.
(d) Taburkan item-item yang telah dibina secara rawak dalam satu ujian.
(e) Jangan tetapkan tempoh masa menjawab soalan. Ujian diagnostik adalah untuk
mengenal pasti kelemahan murid di dalam sesuatu kemahiran dan bukan untuk melihat
kepantasan murid menjawab soalan.
(f) Murid yang perlukan pemulihan adalah murid yang mendapat 4 kesalahan bagi
mana-mana kemahiran yang terdapat di dalam ujian tersebut.
(g) Rancangkan aktiviti pemulihan berpandukan analisa item ujian diagnostik.

- Pola kesilapan (error pattern):
Perhatikan pola kesilapan yang dilakukan oleh murid secara berulang, contoh:
367 652 568
-138 - 243 - 419
--------- ------- ---------
231 411 151
===== ==== =====
20


- Kaedah Analisis Kesilapan Newman (Newman‟s Error Analysis Method):
Melalui kaedah Newman, kelemahan murid dapat dikesan samada murid-murid
menghadapi masalah membaca, memahami, mentransformasi, menganalisa dan
sebagainya.


2.4 Pembinaan aktiviti pemulihan matematik

Aktiviti pemulihan mula dirancang sebaik sahaja keputusan analisa ujian diagnostik
diperolehi supaya kesukaran yang di hadapi oleh murid-murid dapat diatasi segera.

Prinsip-prinsip berikut perlu diberi perhatian apabila merancang sesuatu aktiviti pemulihan:

(a) Beri tumpuan kepada kemahiran-kemahiran yang telah dikenal pasti.
(b) Langkah-langkah aktiviti di susun dari abstrak ke konkrit.
(c) Sediakan bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai dan berkesan.
(d) Istilah dan bahasa matematik yang digunakan haruslah releven dan konstekstual.
(e) Beri latihan lisan dan bertulis sebelum dan selepas setiap aktiviti.

Contoh Aktiviti Pemulihan:

Kelemahan: Murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran menambah 2 digit dengan kaedah
pengumpulan semula.
BBM : Kad imbasan, carta nilai tempat, straw atau batang ais krim.


Langkah Aktiviti Pemulihan
Set induksi 1. Guru memberi kad imbasan yang mengandungi masalah berikut:
a) 23 + 12
b) 34 + 28
2. Dapatkan jawapan awal murid-murid secara lisan.
Langkah 1 1. Guru menampalkan carta nilai tempat di papan tulis di hadapan kelas.
2. Murid-murid di minta bergilir-gilir menyusun straw/batang ais krim di atas
carta nilai tempat untuk mewakili 23 dan 12.
3. Murid-murid diminta mengira kesemua jumlah straw/batang ais krim,
4. Ulang proses untuk masalah kedua.
Langkah 2 1. Beri kad imbasan yang mengandungi beberapa masalah yang yang
setara dengan masalah pada langkah 1 di atas. Ulang proses yang sama.
Penutup Berikan murid lembaran kerja yang menarik untuk menguji penguasaan murid
untuk menambah 2 digit dengan kaedah pengumpulan semula,


21

Tajuk 3 Pengayaan Dalam Pendidikan Matematik

3.1 Konsep dan tujuan pengayaan
Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang
dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Aktiviti
pengayaan disediakan untuk memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan
minat dan kebolehan murid, sifat berdikari, serta bakat kepimpinan murid dalam sesuatu
bidang pelajaran.

Aktiviti pengayaan biasanya mempunyai bentuk yang menarik dan mencabar. Ia boleh
dalam bentuk permainan, teka-teki, projek, pertandingan, penerokaan dan lembaran
kerja.

Tujuan pengayaan adalah memberi peluang kepada murid-murid supaya mereka dapat:
i) mengukuh dan menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai bagi
memperluaskan lagi pengetahuan matematik mereka.
ii) membolehkan murid melibatkan diri dalam kegiatan pembelajaran yang lebih
mencabar di samping memupuk minat, bakat, sifat berdikari, daya kreatif dan
kebolehan menilai hasil kerja sendiri sebagai satu proses pembelajaran seumur
hidup.
iii) memupuk dan memperkembangkan asas kepimpinan murid serta melibatkan diri
dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat.
Aktiviti pengayaan matematik yang mengutamakan pengukuhan biasanya dikendali
secara formal di bawah bimbingan guru. Aktiviti ini akan berkait secara langsung dengan
kemaihiran asas yang sedang dibelajari dan boleh dipertingkatkan mengikut kebolehan
murid.

Aktiviti pengayaan matematik yang mementingkan perkembangan kemahiran asas
biasanya dikendalikan secara tidak formal dan bertujuan untuk memenuhi masa lapang
murid. Aktiviti demikian tidak berkait secara langsung atau tiada kaitan langsung dengan
kemahiran asas yang sedang dibelajari. Tujuan aktiviti ini ialah memberi peluang kepada
murid terutama yang cerdas untuk mengembangkan bakat dan minat mereka.

Aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara:
i) melalui kumpulan mengikut kebolehan
ii) dijalankan serentak dengan aktiviti pemulihan
iii) melalui kumpulan pelbagai kebolehan (projek, permainan dan rekreasi)

3.2 Pembinaan aktiviti pengayaan matematik
Aktiviti pengayaan perlu dirancang berdasarkan kemahiran-kemahiran yang telah
dikuasai oleh murid. Bentuk dan isinya haruslah sesuai dengan kebolehan murid-murid
serta bimbingan guru yang minimum. Oleh itu, arahan aktiviti pengayaan mestilah jelas.

Mengikut konsep pengayaan dalam konteks KBSR dan KBSM, altiviti pengayaan harus
diberikan kepada semua murid dalam kelas mengikut kumpulan tertentu. Oleh kerana
tahap pencapaian dan kebolehan yang berbeza, objektif aktiviti pengayaan adalah
berbeza bagi setiap kumpulan dan mesti merupakan lanjutan daripada objektif kelas.
22


Berikut adalah beberapa contoh aktiviti pengayaan. Aktiviti ini merupakan cadangan
sahaja dan isinya boleh diubahsuai mengikut keperluan.

Contoh 1 : Perlumbaan bentuk dua dimensi
Kemahiran : Menamakan bentuk dua dimensi
Objektif : murid dapat menamakan bentuk dua dimensi dengan betul.
Alat: 1 dadu, 1 penanda untuk setiap pemain.

Peraturan:
1. Bergilir-gilir membalingkan dadu.
2. Namakan bentuk dua dimensi jika sampai ke petak yang mempunyai bentuk.
3. Jika betul, baling dadu sekali lagi.
4. Pemenang ialah orang yang pertama kali sampai ke nombor 63.

72 71 70 69 68 67 66 65 64
55 56 57 58 59 60 61 62 63
54 53 52 51 50 49 48 47 46
37 38 39 40 41 42 43 44 45
36 35 34 33 32 31 30 29 28
19 20 21 22 23 24 25 26 27
18 17 16 15 14 13 12 11 10
1 2 3 4 5 6 7 8 9
23


Contoh 2
Kemahiran : Tambah dalam lingkungan 18
Objektif : murid dapat mengukuhkan fakta-fakta asas tambah.
Alat: 6 set kad nombor dari 1 hingga 9.
Peraturan:
1. Terlangkupkan dan selerakkan kad-kad nombor.
2. Murid mengambil dua kad nombor dan sebut hasil tambah dua nombor berkenaan
mengikut giliran. Murid akan dapat 1 mata apabila jawapan betul.

Contoh 3: Teka kata silang
Kemahiran : Darab
Objektif : murid dapat mengukuhkan operasi darab.
Selesaikan setiap soalan yang diberi. Tuliskan satu nombor dalam setiap kotak yang
disediakan.
Ke kanan ke bawah
B 54 X 21 D 27 X 38 A 409 X 5
E 655 X 12 F 89 X 77 C 522 X 9
G 19 X 8 J 7 X 12 G 128 X 8
K 43 X 16 M 7 X 6 H 179 X16
N 12 X 4 P 29 X 16 K 751 X 8
R 11 X 9 S 36 X 24 L 196 X 44
U 217 X 37 V 98 X 86 Q 254 X 24
W 98 X 86 Y 108 X 67 T 241 X 25

24


25

3.3 Aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam aktiviti pengayaan
matematik

Teknologi mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik. Menurut Means (1994), teknologi boleh dikategorikan kepada empat
kegunaan yang utama iaitu tutor, untuk meneroka, sebagai alat dan untuk komunikasi.
Teknologi membolehkan pelajar membuat visualisasi, melibatkan penyelesaian masalah
dalam dunia sebenar, menjalankan pengiraan dengan cepat dan membantu
menyelesaikan masalah pengiraan yang kompleks. Selain daripada itu, teknologi
membolehkan pelajar berinteraksi dengan dunia luar, menyepadukan matematik dengan
subjek lain, membuat simulasi dan aplikasi serta memenuhi kehendak dan minat
individu. Teknologi boleh memainkan peranan meningkatkan pemikiran peringkat tinggi
dengan menjadi alat bagi meninjau dan membuat penemuan dalam matematik.

Terdapat beberapa peisian yang sesuai dengan matematik. Salah satu contoh yang
mudah adalah dari MSExcel yang menggunakan dengan fungsi Function
=IF(E4="","",IF(E4=A4+C4,"Betul, tahniah!","Salah, cuba lagi.")) boleh digunakan
untuk pelajar menjawab dan menyemak jawapan dengan sendiri.



Penggunaan internet dan World Wide Web adalah salah satu daripada inovasi dalam
pendidikan matematik. Internet merupakan salah satu sumber bagi pengajaran dan
26

pembelajaran matematik. Berjuta-juta laman web dalam rangkaian internet yang
berkenaan dengan pendidikan matematik dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat
tinggi boleh diakses dengan serta-merta. Penggunaan internet menyokong
pembelajaran melepasi had sempadan, kelas dan masa.

Bahan dan maklumat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran matematik
yang mengaplikasikan teknologi (dari perisian atau internet) boleh menjadi bahan
pengayaan mengikut keperluan murid. Antara laman web yang mengandungi bahan
yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar dan guru untuk diubahsuai sebagai aktiviti
pengayaan adalah
- http://www.eduplace.com/math/brain
- http://www.cs.uidaho.edu/~casey931/conway/games.html
- http://freeabel.geom.umn.edu/java
- http://www.edven.com/
- http://www.cut-the-knot.com/
- http://nlvm.usu.edu
- http://forum.swarthmore.edu/mathmagic/
- http://www.math.scarolina.edu/cgi-bin/sumcgi/Newton.pl
- http://www.period.com/puzzles/
- http://www.ditell.com/~ericward/puzzle.html
- http://www.kakaktua.com
- http://www.tutor.com.my
- http://schoolcentral.com/willoughby5/default.htm

3.4 Penyebatian kemahiran berfikir aras tinggi (higher-order thinking) dalam aktiviti
pengayaan matematik

Kemahiran berfikir adalah asas utama untuk membina daya intelektual seseorang.
Kemahiran berfikir mempunyai pertalian dengan kemahiran sosial, kemahiran hidup,
kemahiran membuat keputusan, kemahiran komunikasi dan sebagainya.

27

Dalam mata pelajaran matematik terdapat banyak konsep yang perlu difahami. Konsep
matematik kebanyakannya bersifat abstrak dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi
dan banyak latihan untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
matematik. Matematik mempunyai bahasanya tersendiri yang berbeza dengan bahasa
yang digunakan dalam mata pelajaran lain. Tanpa memahami bahasa matematik
dengan betul, seorang pelajar tidak boleh memahami apakah sebenarnya maksud dan
kehendak matematik yang terdapat dalam bahasa tersebut. Kebanyakan bahasa
matematik menggunakan formula dan simbol yang mempunyai konsep yang perlu
difahami. Oleh demikian, aktiviti pengayaan yang bertujuan untuk mengukuhkan
penguasaan konsep matematik pelajar disediakan adalah memerlukan kemahiran
berfikir aras tinggi.

Aktiviti pengayaan matematik yang mempamerkan unsur-unsur dinamis ke arah
mengembangkan kemahiran berfikir mempunyai tendensi yang tinggi bagi mencorakkan
pemikiran aras tinggi pelajar. Unsur-unsur kreativiti dalam aktiviti pengayaan adalah
lebih menyeronokkan dan mencabar perkembangan minda pelajar. Pelajar akan
memperoleh banyak input baru yang bersifat kreatif dan inovatif untuk membantu
mengembangkan daya fikir dan potensi intelektual matematik mereka. Perasaan ingin
tahu pelajar akan mendorong pelajar menyoal, menyelidik, menyiasat sebagai satu
proses penerokaan minda yang akan membawa kepada penemuan baru ilmu
pengetahuan matematik dan seterusnya melahirkan golongan saintis, pemikir,
penyelidik dan pengkritik.

Oleh yang demikian, aktiviti pengayaan matematik yang disediakan bolehlah dalam
bentuk projek, siasatan dan sebagainya yang mengutamakan proses inkuiri dan proses
diskoveri. Dengan itu diharapkan pelajar dapat berfikir secara objektif menggunakan
fakta, bukti dan hujah yang relevan dan signifiken tentang perkara yang dibincangkan.
Pada masa yang sama, pelajar juga seharusnya berfikiran kritis dan kreatif.

Berikut adalah satu contoh aktivit pengayaan matematik yang memerlukan kemahiran berfikir
aras tinggi.








A
Z
3
3
8
4
2
5
6
3
5
7
6
4

B

C

D
E
F

G
H
28



Rajah di atas menunjukkan rangkaian sembilan buah bandar. Nombor-nombor yang
tercatat adalah masa dalam jam. Anda diminta menjawab soalan-soalan berikut
berdasarkan rajah di atas.
i) Berapa carakah penjalanan dari A ke Z dapat dilakukan?
ii) Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk perjalanan yang paling dekat?
iii) Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk perjalanan yang paling jauh?
iv) Jika purata kereta adalah 80 km/j, berapakah jarak yang dilalui untuk perjalanan
yang paling dekat?
v) Jika purata kereta adalah 80 km/j, berapakah jarak yang dilalui untuk perjalanan
yang paling jauh?
vi) Berapakah perbezaan jarak antara kedua-dua perjalanan itu?
vii) Jika kos setiap liter ialah RM3.50, berapakah perbezaan harga bagi kedua-dua
perjalanan?


Rujukan:

Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Kemahiran berfikir merentasi kurikulum. Shah Alam:Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Effandi Zakaria, Norazah Mohd Nordin & Sabri Ahmad. (2007). Trend pengajaran dan pembelajaran
matematik. Kuala Lumpur: Prin-AD Sdn. Bhd.

Mok, S. S. (1996). Pengajaran matematik untuk diploma perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Omar Ahmad @ Hamat. (1999). Koleksi 77 rekreasi matematik. Selangor:Orient Press Sdn. Bhd.
29



30

Tajuk 4 Resos Dalam Pendidikan Matematik

4. 0 PENGENALAN

Resos mer upakan bahan–bahan yang bol eh di gunakan unt uk membant u
pr oses pengaj aran dan pembel aj aran supaya menj adi l ebi h berkesan dan
menar i k. Penggunaan r esos mer upakan sat u st r at egi yang sangat
berkesan dal am pengaj aran dan pembel aj ar an mat emat i k ker ana i a akan
memudahkan mur i d–mur i d unt uk memahami konsep-konsep yang t er dapat
dal am mat emat i k dengan menggunakanbahan- bahan konkr i t . I a
mer upakan sal ah sat u dar i pada r esos. Memi l i h dan menyedi akan bahan
r esos yang sesuai akan dapat mewuj udkan suasana bel aj ar yang
kondusi f dan sel esa. Suasana bi l i k darj ah yang kondusi f merupakan
aspekyang pal i ng pent i ng per l u di t i t i kberat kan supaya mur i d-mur i d dapat
bel aj ar dan mener i ma apa yang di sampai kan t anpa sebarang gangguan.
Dengan i t u, mur i d-mur i d yang bai k dan cemer l ang akan dapat di l ahi rkan
kerana mer eka dapat bel aj ar dengan bai k. Gur u per l u menyedar i bahawa
penggunaan r esos yang bai k dan menar i k sangat pent i ng bagi
meni ngkat kan kef ahaman mur i d-mur i d t er hadap konsep mat emat i k dan
menggal akkan pemi ki r an mat emat i k dan kr eat i vi t i mur i d- mur i d. Ol eh i t u,
guru per l ul ah ber usaha unt uk menyedi akan r esos dan bahan supaya
dapat menyampai kan pengaj ar an dengan berkesan. Dengan i t u, proses
pengaj ar an dan pembel aj ar an mat emat i k yang ber l aku dal am bi l i k darj ah
member i kebai kan kepada mur i d-mur i d dan gur u i t u sendi r i . Ant ar a
cont oh r esos yang bol eh di dapat i i al ah bahan ber cet ak, bahan
mani pul at i f dan pengaj aran dan pembel aj ar an menggunakan per i si an
komput er sert a t eknol ogi makl umat dan komuni kasi . Cont oh bahan
bercet ak i al ah buku-buku, j ur nal -j ur nal dan kal ender . Cont oh bahan
mani pul at i f pul a i al ah ki t mani pul at i f yang t er di r i dar i pada papan
geomet r i , bl ok Di enes, r od Cr ui senai r e dan bl ok asas sepul uh. Sel ai n
i t u, al at peni mbang dan al at mengi r a sepert i kal kul at or , abakus, r od dan
bat ang kayu j uga mer upakan r esos. Manakal a, komput er, pr oj ekt or dan
per i si an komput er yang berkai t anpenyel esai an masal ah mat emat i k j uga
bol eh di gunakan.

4. 1 BAHAN CETAKAN

4.1.1 Hasil Pembelajaran

1. Mendefinisikan pengertian Bahan Cetakan
2. Mendefinisikan pengertian Buku dan Jurnal
3. Meneroka ciri-ciri bahan bercetak yang terdapat pada buku dan jurnal
4. Memilih bahan bercetak yang sesuai untuk digunakan sebagai bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran.
5. Membuat justifikasi bagaimana bahan bercetak dapat digunakan dalam setiap peringkat
proses pengajaran dan pembelajaran.



31


4.1.2 Apakah Bahan Cetakan

Seandainya sesuatu hasil pemikiran, kajian, penulisan, laporan, pemberitahuan, promosi
dan sebagainya dicetak dan diedarkan kepada massa, maka bahan tersebut adalah
dikategorikan sebagai bahan cetakan. Ini membawa maksud bahawa, dari bahan yang
dicetak secara esklusif seperti siri ensaiklopedia sehinggalah risalah, brousur dan kad
jemputan kahwin boleh diterjemahkan sebagai bahan cetakan. Suatu perkara yang pasti
adalah, kesemua bahan-bahan tersebut diakui sarat dengan maklumat, sama ada untuk
tujuan mempromosi perniagaan atau untuk perkongsian ilmu. Sebagai seorang pendidik,
kita sewajarnya mengambil kesempatan dari limpahan bahan tersebut disekeliling kita,
cuba memanipulasikan sebaik mungkin, dibawa ke dalam bilik darjah untuk dijadikan
bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975)
memperkenalkan teori bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses
pembelajaran.

Mengikut teori, semua rangsangan dari persekitaran luar akan diterima oleh sistem saraf
melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian
dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas
melalui sistem saraf.

Gagne memilih bahan cetakan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling
sesuai berdasarkan kepada teori beliau. Penggunaan bahan cetakan sebagai bahan
pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati keperluan hasil pembelajaran. Bahan-bahan
cetakan yang terdapat di sekolah boleh diklafikasikan kepada dua jenis iaitu bahan
bergambar dan bahan tidak bergambar.

Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah dan gambar. Bahan-bahan
bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman. Hal ini sesuai
dengan teori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu membina set-set di
dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangka masa panjang
mahupun ingatan jangka masa pendek.

Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan raya. Teori
Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Berdasarkan kepada
penggunaan bahan-bahan tidak bergambar, murid-murid akan didedahkan dengan
cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti membuat
graf atau melukis dan member peluang kepada murid untuk meluaskan penggunaan
bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentang sesuatu laporan.
Penguasan dalam penggunaan bahasa ini pastinya akan dapat menyumbang kepada
penguasaan dalam pembinaan ayat-ayat matematik.

Terdapat pelbagai jenis bahan cetakan yang perlu dirujuk dan diguna pakai bagi tujuan
proses pengajaran dan pembelajaran, antaranya adalah:
 Sukatan Pelajaran/Pro forma
 Buku Teks; Buku Panduan dan Buku Kerja
 Buku Rujukan atau Buku Ulangkaji
 Jurnal
32


Untuk tujuan perbincangan dalam kursus ini kita hanya menumpukan kepada dua (2)
kategori bahan cetakan iaitu buku dan jurnal.


4.1.3 Buku

Secara lumrahnya buku adalah merupakan satu koleksi bahan bercetak atau helaian
manuskrip yang dijilid dan dilindungi dengan kulit yang keras atau lembut. Terdapat
pelbagai jenis dan kategori buku yang ada dalam pasaran pada masa ini. Kita cuba
memfokuskan perbincangan kita kepada dua kategori buku berikut:
a. Buku Teks atau Teks Rujukan, dan
b. Buku Ilmiah

Soalan Perbincangan:
1. Bagaimanakah cara terbaik menggunakan buku teks sebagai bahan sumber dalam
menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah?
2. Huraikan perbezaan antara buku teks dengan buku ilmiah.
3. Cuba anda renungkan setika dan senaraikan apakah kebaikan menggunakan
kepelbagaian bahan cetakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

4.1.4 Jurnal dan Artikel

Definisi Jurnal

Jurnal adalah dirujuk sebagai majalah atau terbitan berkala yang diterbitkan oleh badan
atau pertubuhan professional sebagai edaran kepada ahlinya dan mengandungi
maklumat dan sumbangan yang releven terhadap bidang dan aktiviti mereka. Untuk
tujuan perbincangan dalam unit ini biarlah kita tumpukan kepada jurnal yang bersifat
bahan cetakan kerana mutakhir ini jurnal yang berorentasikan digital lebih mudah
diperoleh.

Artikel atau rencana yang dimuatkan dalam jurnal lazimnya telah dinilai oleh kumpulan
professional tersebut sebelum diterima untuk tujuan penerbitan dalam jurnal mereka. Ini
bermakna bahawa artikel tersebut adalah merupakan satu penemuan baru atau
kejayaan dalam penyelidikan mereka dan boleh dijadikan rujukan dimasa hadapan.

Ciri-ciri Jurnal

i. Jurnal ditulis dan disediakan dalam format yang formal.
ii. Sumber rujukan yang dijadikan sokongan dan dokongan terhadap hujah yang
diutarakan akan ditulis sebagai nota kaki dan bibliografi pada bahagian akhir artikel
tersebut.
iii. Penulis merupakan ilmuan atau penyelidik yang pakar dalam bidang kepakaran
masing-masing.
iv. Sesuatu artikel ditulis adalah dengan bertujuan untuk menerbitkan dapatan dari
kajian yang telah dibuat.
v. Penerbit lazimnya merupakan organisasi professional atau institusi penyelidikan
yang tidak bertujuan untuk membuat keuntungan.
33

vi. Paparan grafik biasanya berbentuk paparan statistik dan dengan warna hitam-putih
sahaja.
Mengintegrasikan Jurnal Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Seperti mana bahan-bahan resos yang lain, jurnal juga boleh diguna atau diintegrasi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal boleh digunakan di semua peringkat
atau fasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sungguhpun demikian, oleh kerana idea yang diutarakan dalam jurnal bersifat
penemuan baru, masih belum tersebar luas atau mungkin juga belum lagi diterima
kesahihannya oleh ilmuan yang lain, maka adalah dirasakan jurnal lebih sesuai diguna
pakai dalam konteks mencapah dan mengembangkan minda pelajar.

4.1.5 Ciri-ciri Bahan Resos Yang Berkesan

Berikut adalah diperturunkan beberapa ciri-ciri bahan resos yang berkesan:
i. memenuhi keperluan kurikulum dan pengajaran
ii. murah
iii. menarik dan memenuhi keperluan
iv. mencabar minda
v. mampu memotivasikan murid untuk belajar
vi. menggalakkan penglibatan yang aktif

Aktiviti:
1. Sila layari internet untuk mendapatkan garis panduan dalam memilih dan menilai bahan
resos yang berkesan untuk proses pengajaran dan pembelajaran metematik.
2. Layari laman web untuk mencari jurnal yang sesuai dijadikan resos dalam mereka
bentuk satu proses pengajaran dan pembelajaran matematik.
i. Catatkan isu-isu dan fahaman baru yang disarankan oleh jurnal tersebut.
ii. Nyatakan topik atau tajuk matematik yang bersesuaian dengan idea pada jurnal
tersebut.
iii. Berikan komen anda sendiri tentang perkara baru yang disarankan dalam jurnal
tersebut.
iv. Cadangkan apakah nama aktiviti pembelajaran yang sesuai menggunakan jurnal
tersebut.


Rujukan
Tipps Johnson Kennedy (2011). Guiding Children’s Learning of Mathematics (12
th
Edition).
USA. WADSWORTH CENGAGE Learning
Gagne and Driscoll (1988).Essentials of Learning for Instruction. New Jercy. Printice Hall

Lamanweb Yang Boleh Dilayari:
1. Education Resources Infromation Center:
http://www.eric.edu.gov/
2. Mathematical Journals:
http://www.mathontheweb.org/mathweb/mi-journals.html



34





35

4. 2 Bahan Dal am Tal i an (Onl i ne)

4.2.1 Sejarah Ringkas Internet
Internet adalah satu sistem global yang menghubungkan jaringan komputer
menggunakan „standart Internet Protocol Suite (TCP/IP) bagi penghantaran beratus juta
pengguna seluruh dunia. Ianya merupakan satu jaringan dari beberapa jaringan yang
mengandungi berjuta-juta skop jaringan tempatan persendirian, umum, peniaga dan
kerajaan kepada global yang dihubungkan oleh jaringan teknologi elektronik dan optikal.
Internet memberi maklumat dan penghantaran yang sangat pantas, kebanyakannya
menggunakan penghubung dokumen „World Wide Web‟ (WWW) dan infrastruktur untuk
menyokong surat elektronik (Wikipedia, retrieved May 2010)
Bagi memahami dengan lebih lanjut tentang bagaimana satu jaringan dari beberapa
jaringan dikembangkan, cuba lihat secara ringkas bagaimana internet bermula.

Aktiviti 4.2.1
Cari internet melalui URL ini http://www.davesite.com/webstation/net-history.shtml
Penuhkan jadual 4.2.1 di bawah dengan peristiwa penting bentuk perkembangan
internet. Salin jadual ini dan simpan dalam folio anda.
Jadual 4.2.1:Sejarah Ringkas Internet
Tahun Peristiwa
1962

1968

1972

1973

1974

1975

1976

1983

1988

1990

1992

1996

1999


36

4.2 2 Injen Carian Internet (Internet Search Engines)
Internet adalah satu jaringan hubungan yang luas dengan berjuta-juta alamat yang
disediakan dengan pelbagai sumber data dan maklumat. Bagi melihat data yang
berkaitan atau maklumat memerlukan enjincarian untuk mencari world-wide web untuk
dikaitkan muka surat web, gambaran, maklumat dan lain-lain jenis fail. Jika tidak agak
sukar untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Enjin carian adalah tapak
istimewa pada laman web yang direka untuk membantu pengguna internet mencari
maklumat yang berkaitan yang disimpan di tapak lain. Ada pelbagai cara yang berbeza
enjin carian bekerja tapi semuanya berdasarkan 3 tugas asas:
- mencari internet (i.e. World Wide Web) atau memilih sebahagian kecil internet –
berdasarkan perkataan yang penting.
- menyimpan indeks perkatan yang didapati dan dimana mereka menjumpainya,
- membenarkan pengguna-pengguna mencari perkatan atau mencantumkan
perkataan yang dijumpai dalam indeks itu.
Anda boleh membaca lebih lanjut tentang bagaimana enjin carian bekerja dalam laman
web ini dari alamat http://computer.howstuffworks.com/internet/basic/search-
engine.htm
Terdapat pelbagai enjin carian yang bersesuaian untuk membantu pelajar dan guru
matematik mendapatkan maklumat dan bahan-bahan yang meliputi dari artikel –artikel
kepada video multimedia. Mozilla firefox, Google, Altavista, Yahoo! Search, Ask.com,
Bing adalah beberapa carian enjin yang sering digunakan oleh pengguna internet.
Sesetengah enjin carian adalah khusus untuk mendapatkan maklumat yang khusus
sahaja. Contohnya YouTube adalah enjin carian untuk kita mencari fail video, Technorati
khusus dalam mencari blog, dan Google Scholar untuk mencari bahan-bahan ekademik.
Untuk senarai mencari carian enjin dapatkan tapak ini
http://en.wikipedia.org/wiki/list_of_search_engines

Aktiviti 4.2.2
Pilih enjin carian anda dan cari laman web yang relevan dengan tahap matematik di
sekolah rendah. Terangkan secara ringkas bagaimana anda boleh menggunakan
informasi dari tiga laman web untuk mengajar subjek matematik. Failkan carian anda
dan kongsikan dengan rakan lain.
Laman web 1: URL:_____________________________________
Kegunaan:




Laman web 2: URL: _____________________________________
Kegunaan:




Laman web 3: URL: ____________________________________
Kegunaan:


37


38

4.2.3 Arahan Dalam Talian
Internet sudah menjadi satu mod belajar yang terbukti berguna. Kajian telah
membuktikan bahawa teknologi seperti Internet memainkan peranan yang penting
dalam pembelajaran dalam kelas. Pembelajaran dengan Internet ataupun pembelajaran
dalam talian mempunyai potensi untuk menperkayakan pengalaman belajar pelajar.
Pelajar mempunyai akses kepada sumber pembelajaran yang tidak terkandung dalam
buku teks atau perpustakaan. Internet mempunyai sumber maklumat yang meluas dan
kemampuan untuk menyediakan maklumat dengan satu klik butang. Kebolehan untuk
menghubung pengguna membawa kepada penghantaran arahan yang tidak terhad
kepada jarak dan masa. Teknologi yang disediakan oleh Internet boleh mengubah dan
memperkaya pengalaman belajar. Misalnya, pelajar matematik dari Malaysia boleh
belajar dengan pelajar matematik dari Amerika pada bila-bila masa sahaja melalui
perkongsian idea, perbandingan sumber dan berinteraksi. Pelajar matematik tersebut
juga boleh mengakses laman web yang menyediakan latihan berdasarkan topic-topik
yang tertentu dan belajar mengikut kadarnya sendiri.
Bagi seorang guru matematik, internet adalah sumber yang meluas yang boleh
membantu mereka untuk menjadikan pengajaran mereka lebih konstruktif, menarik dan
menghargai pelajar. Cabarannya menggunakan Internet ini terletak pada mengenalpasti,
mengakses dan integrasi bahan-bahan ini dengan bermakna ke dalam kurikulum
matematik sekolah. Selain itu, penggunaan bahan secara berkesan dalam pengajaran
dan pembelajaran juga terbukti mencabar. Internet adalah satu cara untuk mewujudkan
hubungan dengan guru-guru matematik seluruh dunia di mana mereka boleh berkongsi
idea, pengalaman dan bahan mengajar.
Bagaimana pelajar dan guru matematik boleh berhubung, berkomunikasi dan
berkolaborasi menggunakan Internet? Terdapat beberapa cara untuk merealisasikan
penggunaan Internet.





39

4.2.4 E-mel
Mesej dalam e-mel pada asasnya adalah mesej ringkas yang dihantar kepada
seseorang penerima. Sekarang, e-mel boleh mengandungi pautan sebagai contoh,
gambar, video ataupun fail digital lain boleh dihantar ke sesiapa pun. Untuk menerima
dan menghantar e-mel, anda haruslah mempunyai agen pengguna mel (e-mail client).
Agen pengguna mel ini adalah seperti Microsoft Outlook, Outlook Express, Eudora,
Pegasus ataupun anda boleh mendaftar secara percuma servis e-mel seperti Hotmail,
Yahoo atau Google Mail.
Sebagai seorang guru, anda boleh menggunakan e-mel untuk menghantar kerja kursus
matematik, soalan latihan, soalan ulangkaji, maklumat berkenaan jadual kelas, video
rekod pengajaran dan lain-lain bahan kepada pelajar anda. Sebagai timbal balas, pelajar
juga boleh menghantar e-mel yang mempunyai pautan seperti, kerja rumah, persoalan,
kertas projek dan jawapan kepada anda untuk semakan dan ulasan tanpa
menggunakan bahan cetakan. Guru-guru boleh menggunakan e-mel untuk berhubung
dengan guru lain baik tempatan mahupun secara global untuk perkongsian dan
pembelajaran bersama.

4.2.5 Persidangan Video
Persidangan Video membolehkan orang dari dua lokasi atau pun lebih untuk
berkomunikasi dengan melihat dan mendengar sesama sendiri pada masa yang sama.
Pertukaran informasi visual adalah dalam bentuk video dengan kandungan audionya
sekali. Persidangan Video yang paling ringkas melibatkan dua orang dan memerlukan:
- Sebuah komputer
- Hubungan internet
- Sebuah telefon, jika kandungan audio tidak disediakan dalam talian
- Sebuah computer dengan mikrofon, sebuah webcam atau perakanm video digital
Input video dari kamera dan input audio dari mikrofon akan ditukar kepada format digital
dan boleh dihantar melalui internet atau jaringan tanpa wayar. Apabila data digital tersebut
sampai kepada peserta konferens, video dan audio tersebut boleh dilihat dan didengari
dengan komputer, televisyen ataupun telefon bimbit. Rajah dibawah menunjukkan
gambaran ringkas bagaimana persidangan video berfungsi.












40

Rajah 4.2.1 Gambaran ringkas tentang cara persidangan video dijalankan
Aktiviti 4.2.3
Persidangan Video boleh membantu murid untuk mempelajari matematik apabila
mereka tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu. Fikirkan bagaimana
sebagai guru matematik, anda boleh menggunakan persidangan video untuk
membantu pelajar untuk mempelajari kandungan pengajaran anda. Failkan idea
anda dan kongsikan dengan mereka secara bersemuka.

4.2.6 Forum Internet
Sebuah forum Internet atau papan mesej adalah laman perbincangan dalam talian
dimana pengguna boleh poskan komen mereka untuk berbincang tentang berbagai-
bagai topik. Banyak program pembelajaran jarak jauh di universiti menggunakan
teknologi ini sebagai satu mod pembelajaran bagi pelajar mereka. Kebaikan
menggunakan teknologi ini adalah ianya membolehkan kumpulan pengguna untuk
membina komuniti belajar dalam talian di mana pembelajaran adalah secara
berkomunikasi dan berkolaborasi. Sebagai contoh, seorang guru matematik boleh
mengatur sebuah forum diskusi dalam talian dimana pelajarnya boleh mengepos komen,
jawapan dan langkah penyelesaian tentang topik-topik matematik yang tertentu.
Terdapat banyak perisian yang percuma untuk membina forum internet bagi
sekumpulan pelajar. bbPress, phpBB,Vanilla dan Phorum adalah beberapa perisian
percuma untuk membina forum internet. Selain itu, anda boleh mendaftar untuk laman
web professional untuk mengambik bahagian dalam forum diskusi.
Aktiviti 4.2.4
Cari dalam internet tentang laman forum diskusi yang berguna untuk guru-guru
matematik. Rekodkan alamat dan komen-komen dalam topik yang dibincangkan dalam
forum tersebut. Failkan carian anda dalam folio.

Aktiviti 4.2.5
Terdapat banyak faedah mendaftarkan diri untuk sesuatu kursus melalui e-
pembelajaran. Layari Internet dan catatkan beberapa faedah.
41



42

4.3 PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
Internet telah digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dalam
beberapa tahun kebelakangan ini. Banyak universiti di seluruh dunia menggunakan
teknologi untuk menjalankan pembelajaran jarak jauh. Salah satu ciri yang lazim bagi
pembelajaran jarak jauh adalah wujudnya perbezaan dari segi masa atau tempat atau
pun kedua dua masa dan tempat antara guru dan pelajar. Proses memanjangkan
peluang pembelajaran ke luar kelas atau pun bilik kuliah ini, bermakna cara yang efektif
diperlukan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran dan sumber kepada pelajar
dari suatu jarak pada masa-masa yang berbeza. Kemunculan Internet dengan ciri-ciri
komunikasi ditambah pula dengan keupayaan untuk menghantar maklumat digital
dengan cepat membolehkan pembelajaran jarak jauh dijalankan melalui e-pembelajaran.
E-pembelajaran atau pembelajaran elektronik adalah apa-apa pembelajaran yang
melibatkan Internet untuk menyampaikan sesuatu arahan kepada pelajar yang
dipisahkan oleh jarak, masa atau pun kedua-duanya sekali(Reiser & Dempsey, 2002).
Sesetengah universiti yang menyediakan e-pembelajaran berbuat demikian dengan
memberikan bantuan kepada pelajar melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS).
LMS adalah aplikasi perisian yang digunakan untuk menyusun dan menyediakan akses
kepada perkhidmatan atas talian untuk pelajar dan pengajar. Perkhidmatan ini biasanya
termasuk akses kepada panduan kursus, nota, alat komunikasi, serta forum
perbincangan. Sebagai contoh, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menyediakan
program pembelajaran jarak jauh melalui mod gabungan e-pembelajaran yang
menggabungkan LMS dengan perbincangan atas talian, komunikasi e-mel dan pautan
kepada sumber koleksi digital.
E-pembelajaran tidak semestinya dijalankan oleh institusi pengajian tinggi sahaja.
Organisasi, institusi profesional, perusahaan komersial, atau individu boleh
merekabentuk dan menyampaikan e-pembelajaran kepada mana-mana pihak yang
berminat. Terdapat banyak laman sesawang di internet yang menyediakan
pembelajaran kursus atau kandungan pembelajaran khusus yang diberikan sama ada
secara percuma atau dikenakan bayaran. Pembelajaran berbentuk sedemikian, yang
mana pelajar boleh mengakses laman sesawang untuk belajar secara menyeluruh
berkenaan sesuatu topik biasanya dikenali sebagai pembelajaran berasaskan laman
sesawang. Bahan-bahan pembelajaran berasaskan laman sesawang termasuklah
penyampaian isi kandungan, tutorial, soalan latihan dan penyelesaian, kuiz, demonstrasi
video, permainan berasaskan pendidikan, persekitaran pembelajaran maya dan
sebagainya yang kebanyakannya bersifat interaktif. Rajah 3.3 menunjukkan sebuah
laman sumber matematik yang menyediakan bahan-bahan pembelajaran berasaskan
laman sesawang dengan pautan kepada bahan interaktif matematik dan aktiviti untuk
pelajar dan guru.
Terdapat banyak laman sesawang yang professional menyediakan pelbagai sumber
yang berguna untuk guru-guru dan pelajar matematik. Salah satu antaranya adalah
laman sesawang NCTM Illuminations yang dibina oleh Majlis Kebangsaan Guru
Matematik (NCTM) di Amerika Syarikat. Laman sesawang ini [URL:
http://illuminations.nctm.org/] memberikan sumber yang berguna dan pautan yang dapat
membantu guru berkembang secara profesional. Dalam laman ini, guru matematik boleh
mengakses aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik, rancangan mengajar, alat
matematik serta pautan kepada pengajaran dan pembelajaran matematik di laman
43

sesawang yang lain. Kedua-dua sumber matematik rendah dan menengah juga boleh
didapati di laman sesawang ini. Rajah 3.4 menunjukkan laman utama NCTM
Illuminations. Selain itu, sumber matematik yang berguna untuk pengajaran dan
pembelajaran matematik di semua peringkat juga boleh didapati di
TheMathForum@Drexel [URL: http://mathforum.org/teachers/]. Di sini, guru boleh
menyumbang maklumat, berkongsi maklumat dan belajar daripada satu sama lain.








Rajah 4,3.1 Laman Web NCTM Illuminations
Kesimpulannya, terdapat pelbagai sumber matematik dalam Internet yang boleh
digunakan oleh seorang guru yang pandai mencari jalan, terutamanya dengan kemunculan
perkakasan dan perisian yang terkini. Gunakan teknologi untuk meningkatkan pedagogi!

Aktiviti 4.3.1
Terdapat banyak lagi laman sesawang yang menarik dan berguna untuk guru
dan pelajar matematik.
Layari Internet dan kenal pasti:
(a) Dua laman sesawang yang releven kepada guru matematik untuk
mendapatkan sumber pengajaran dan
(b) Dua laman sesawang yang mempunyai bahan pembelajaran interaktif untuk
murid-murid sekolah rendah.
Bagi setiap laman sesawang, sediakan satu gambar skrin bagi halaman tersebut
dan sertakan satu ulasan ringkas bagaimana ianya boleh digunakan oleh guru
atau pun pelajar. Hasil bagi aktiviti ini seharusnya dimasukkan ke dalam folio
anda dan kongsikan hasil carian anda semasa sesi pembelajaran atas talian
atau pun semasa interaksi bersemuka.
44


BIBLIOGRAPHY
Burns, M. (1992). About Teaching Mathematics. Maths Solution.
Foresman, S. (2000). Interactive mathematics: Lessons and tools. NJ: Prentice Hall.
Haylock, D. (2003). Understanding mathematics in the lower primary years. UK: Paul Chapman
Publication.
Jennings, S., & Dunne, R. (2003). I see maths books. vol 1-3. UK: Mashford Colour Press.
National Curriculum Council. (1991). Prime calculators: Children and mathematics. UK: Simon
and Schuster.
Reiser, R.A., & Dempsey, J.A. (Eds.) (2002). Trends and issues in instructional design and
technology. Upper Saddle River , New Jersey : Merrill/Prentice Hall.
Robbyler, M.D., Edwards, J., & Havriluk, M.A. (1997). Integrating educational technology
into teaching. Upper Saddle River, New Jersey: Merrill/Prentice Hall.
Trautman, A. P., & Lichenberg, B. K. (2003). Mathematics: A good beginning . 6
th
ed. UK:
Wadsworth/ Thompson Inc.


Internet websites:
http://www.davesite.com/webstation/net-history.shtml
http://mathforum.org/teachers/
http://illuminations.nctm.org/
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_search_engines
http://en.wikipedia.org/wiki/Internet
http://computer.howstuffworks.com/internet/basics/search-engine.htm
http://www.coolmath.com/
http://peabody.vanderbilt.edu/projects/funded/jasper/intro/Jasperintro.html
http://www.askdeb.com/blog/technology/what-is-computer-software/
http://www.rsc-
london.ac.uk/fileadmin/docs/curriculum/staff_dev/learning_journey/documents/ag_smartboards.
pdf
http://www.jisc.ac.uk/uploaded_documents/Interactivewhiteboards.pdf
http://www.innovationslearning.co.uk/subjects/maths/activities/year3/number_deans/question.as
p
http://www.rsc-
london.ac.uk/fileadmin/docs/curriculum/staff_dev/learning_journey/documents/ag_smartboards.
pdf





45



46

4.4 Bahan Bantu Mengajar

4.4.1 Bahan Manipulatif
Bahan manipulatif (Manipulaitves) amat sesuai digunakan untuk pengajaran
pembelajaran matematik sekolah rendah. Pembelajaran konsep akan menjadi sangat
bermakna jika bahan manipulatif yang sesuai digunakan. Walau bagaimanapun,
keberkesanan penggunaan bahan manipulatif dalam pengajaran dan pembelajaran
sangat bergantung kepada jenis dan cara ia digunakan. Bahan manipulatif yang biasa
digunakan sebagai bahan bantu belajar adalah seperti papan Geometri, blok asas
sepuluh (contoh:blok Dienes) dan rod Cuisenaire.

4.4.2 Papan Geometri
Papan geometri ialah salah satu bahan manipulatif yang boleh dijadikan bahan bantu
belajar bagi mengenali konsep asas dalam satah geometri seperti perimeter, luas,
segitiga serta poligon. Bentuk-bentuk yang dihasilkan kemudiannya boleh dilukis pada
kertas geometri. Papan geometri juga boleh digunakan dalam membina objek tiga matra
dengan menggunakan kertas geometri isometrik. Papan geometri terdiri daripada
sekeping papan atau plastik yang mempunyai beberapa paku yang tersusun untuk
membentuk petak atau bulatan. Gelang getah boleh dipasang pada paku-paku untuk
menghasilkan bentuk-bentuk geometri seperti Rajah 1.0 berikut.


Rajah 4.4.1: Contoh Papan Geometri











Papan Kayu
Geometri 3x3
Papan Plastik
Geometri 5x5
47


4.4.2.1 Contoh Penggunaan Papan Geometri

Aktiviti berikut adalah bagi tujuan membandingkan luas segi tiga yang mempunyai
bentuk yang berbeza.
Langah1: Pelajar diberikan gambar suatu segi tiga dan diarah untuk membentuk
semula segi tiga tersebut di atas papan geometri mereka dalam
kedudukan yang sama.
Langkah 2: Kemudian pelajar diminta untuk menghasilkan beberapa bentuk segi tiga
yang mempunyai tapak dan tinggi yang sama.
Langlah 3: Buat perbandingkan luas setiap segi tiga yang telah dihasilkan dalam
bentuk jadual.
Langkah 4: Adakah luas segi tiga yang dibentuk sama walaupun mempunyai bentuk
yang berbeza? Kaitkan aktiviti ini dengan rumus segi tiga kepada pelajar.
(Setiap langkah perlu dihuraikan dengan gambar rajah yang lengkap)



Perbincangan:

1. Bincangkan rumus yang boleh dikaitkan antara luas dan perimeter sebuah segi tiga
dengan menggunakan papan geometri.
2. Senaraikan beberapa topik dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik sekolah rendah yang boleh menggunakan papan geometri sebagai bahan
bantu belajar serta huraikan kelebihan penggunaannya dengan memberikan beberapa
contoh.


48

4.4.3 Blok Dienes

Blok Dienes merupakan contoh penggunaan blok asas sepuluh yang mana digunakan
bagi memahami konsep nilai tempat bagi pengajaran dan pembelajaran matematik
sekolah rendah. Blok Dienes juga boleh digunakan dalam mengenali konsep
penambahan, penolakan, pendaraban dan juga bahagi. Bentuk dan ciri-ciri blok Dienes
adalah seperti dalam Rajah 4.4.2.


Rajah 4.4 .2: Blok Dienes

Bentuk Blok Dienes Nama Blok
Dienes
Saiz Blok
Dienes
Nama Dalam Blok Asas
Sepuluh



1- blok

1 unit

Sa



10-blok

10 unit

Puluh



100-blok



100 unit


Ratus




1000-blok



1000 unit



Ribu
49


4.4.3.1 Contoh Penggunaan Blok Dienes
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan blok Dienes dengan menggunakan konsep asas
blok sepuluh dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah.

1. Perwakilan nombor bulat

Contoh : 214


2. Penambahan dengan mengumpul semula

Contoh : 78 + 39
Langkah 1: Wakilkan 78 dan 39 dengan menggunakan 10-blok dan 1-blok

78 39

50


Langkah 2: Kumpulkan semua 1-blok
10 Blok 1 Blok







Langkah 3 : Sepuluh 1-blok digantikan dengan satu 10-blok

10 Blok 1 Blok








10-blok 1-blok
51



Langkah 4: Jumlahkan semula bilangan 10-blok dan 1-blok
10 Blok 1 Blok








100 Blok 10 Blok 1 Blok









52


1 1 7

3.Penolakan dengan pengumpulan semula
Contoh : 63 – 25

Langkah 1:
Wakilkan 63 dengan menggunakan 10-blok dan 1-blok
10 Blok 1 Blok





6 3


Langkah 2: Satu 10-blok digantikan dengan sepuluh 1-blok dan kumpulkan semula semua 1-
blok

10 Blok 1 Blok
53





6 3


Langkah 3 Keluarkan dua 10-blok dan lima 1-blok

10 Blok 1 Blok










54

Langkah 4: Jumlahkan baki 10-blok dan 1-blok yang tinggal

10 Blok 1 Blok




3 8

63 – 25 = 38






4.4.4 Rod Cuisenaire

Rod Cuisenaire merupakan batang rod kayu atau rod plastik berbentuk kuboid yang mempunyai
luas keratan rentas 1 cm x 1 cm dengan panjang 1 cm, 2 cm, 3cm,....... 9 cm dan 10 cm.
Setiap batang rod itu diwarnakan. Semua rod yang sama panjang mempunyai warna yang
sama. Susunan warna adalah dari putih, merah, hijau muda, ungu, kuning, hijau, hitam,
coklat, biru dan oren. Semua sekali, terdapat sepuluh warna yang mewakili rod yang
55

berukuran dari 1 cm hingga 10 cm masing-masing.

Putih Merah Hijau
muda
Ungu Kuning Hijau Hitam Coklat Biru Oren

Rajah 4.4.3 : Sepuluh batang Rod Cuisenaire
Kelebihan menggunakan rod Cuisenaire ialah dapat menyediakan model konkrit untuk
membantu murid berfikir secara matematik serta membantu murid mengalih dari peringkat
konkrit ke peringkat separa konkrit dan seterusnya ke peringkat abstrak.
Perbincangan:
1. Bincangkan sekurang-kurang lima aktiviti memperkenalkan rod Cuisenaire.
2. Berikan beberapa contoh aktiviti yang boleh digunakan bagi mengaitkan panjang dan
warna Cuisenaire dengan nilai nombor yang diwakilinya


56

4.4.4.1 Contoh Penggunaan Rod Cuisenaire

Operasi tambah dan tolak dengan menggunakan rod Cuisenaire hanya boleh dilakukan selepas
murid menjalankan beberapa aktiviti memperkenalkan rod Cuisenaire serta beberapa aktiviti
mengaitkan panjang dan warna dengan nilai nombor yang diwakilinya.

1. Aktiviti Operasi Tambah

Konsep ini boleh disampaikan dengan menggunakan bahan maujud. Rod Cuisenaire digunakan
untuk menggambarkan konsep tambah secara menggabungkan atau menyambungkan dua set
objek maujud.

Contoh : 4 + 5 = ?

Langkah 1: Andaikan rod warna putih mewakili nilai 1. Maka 4 diwakili oleh rod ungu dan 5
diwakili rod kuning.

Langkah 2: Gabungkan kedua-dua rod untuk mewakili operasi tambah.

Ungu Kuning

Langkah 3: Cari satu rod yang sama panjang dengan kedua-dua rod tersebut, iaitu diwakili
oleh rod biru bersamaan dengan 9.

Ungu Kuning
Biru

Maka 4 + 5 = 9

2. Aktiviti Operasi Tolak

Murid juga boleh dibimbing untuk memahami dan menguasai konsep tolak sebagai mencari
beza dengan membandingkan mana-mana dua atau tiga rod.

Contoh: 8 – 5 = ?

Langkah 1: Andaikan rod warna putih mewakili nilai 1. Maka 8 diwakili oleh rod Coklat dan 5
diwakili rod kuning.

Langkah 2: Bandingkan panjang kedua-dua rod dengan kedudukan bersebelahan untuk
mewakili operasi tambah.

Coklat
Kuning ?
Langkah 3: Cari rod yang perlu digabung dengan rod kuning supaya sama panjang dengan
rod coklat.

Cklat
Kuning Hijau muda
57

Langkah 4: Rod yang dikehendaki adalah rod hijau muda

Maka 8 – 5 = 3


Aktiviti soal jawab dijalankan seperti berikut :

1. Rod warna apakah yang berpadanan dengan kombinasi rod hijau dan rod merah?
2. Rod warna apakah yang sama panjang dengan rod coklat?
3. Jika rod merah diasingkan dari sambungan itu, rod warna apakah yang tinggal?
4. Jika rod merah diasingkan dari kombinasi itu, rod warna apakah yang tinggal?
5. Jika rod hijau diasingkan dari sambungan itu, rod warna apakah yang tinggal?
6. Jika rod hijau diasingkan dari kombinasi itu, rod warna apakah yang tinggal?
7. 6 tambah berapakah sama dengan 8?
8. 2 tambah berapakah sama dengan 8?
9. 8 dibuang 2 sama dengan berapa?
10. 8 dibuang 6 sama dengan berapa?

Kefahaman dan penguasaan konsep tolak boleh dipertingkatkan dengan mengulangi aktiviti di
atas menggunakan contoh-contoh yang lain sehingga semua murid boleh menjawab semua
soalan di atas dengan betul.


3. Aktiviti Operasi Darab

Langkah 1 : konsep oeprasi darab
Konsep darab diperkenalkan sebagai opersi tambah yang berulang-ulang di mana objek yang
terlibat adalah objek diskrit.

Contoh 1 :
3 x 2 , bermaksud 3 kumpulan yang mengandungi 2 objek setiap kumpulan.

Contoh 2 :
4 x 5 bermaksud 4 kumpulan yang mengandungi 5 objek setiap kumpulan

Langkah 2 : susunan dalam lajur /baris

Contoh 1 : 3 x 2
M
e
r
a
h

M
e
r
a
h

M
e
r
a
h


Dalam rajah di atas, Rod Cursenaire berwarna merah mempunyai nilai 2
Contoh 2: 4 x 5

58

K
u
n
i
n
g

K
u
n
i
n
g

K
u
n
i
n
g

K
u
n
i
n
g


Dalam rajah di atas, Rod Cursenaire berwarna kuning mempunyai nilai 5

Langkah 3: Luas Permukaan Rod Cuisenaire
- Konsep luas permukaan memanjang Rod Cuisenaire
- Dimensi rod putih (1 cm × 1 cm × 1 cm)
- Ukuran satu daripada permukaan rod putih dan luasnya
- Ukurannya adalah 1 cm × 1 cm; iaitu 1 cm persegi.
- Dianggapkan sebagai 1 × 1 = 1
- Perbincangan bagi rod merah
- Luas permukaanya adalah 2 cm persegi,
o iaitu 1 × 2 = 2 dan 2 × 1 = 2.

Langkah 4 : Model Luas Segiempat Pendaraban
- Pra-syarat
- Model luas kawasan pendaraban perwakilan dimensi rod
- Memodelkan pendaraban; contoh 7 × 5.

Kuning
Kuning
Kuning
Kuning
Kuning
Kuning
Kuning

(a) Apa jenis rod yang anda akan gunakan?
(b) Berapa (rod oren) yang anda gunakan?
(c) Bagaimanakah rod-rod itu akan disusunkan?
(d) Bagaimana anda menentukan luas segiempat tepat itu?
(e) Apakah nilai 7 × 5?




59

Langkah 5 : Algoritma Pendaraban

Contoh 6 × 13










- Memodelkan 6 × 13
- Berapa rod oren?
- Berapa rod hijau muda?
- Berapa jumlah nilai rod oren?
- Bagaimana anda dapatkan jumlah nilai rod oren?
- Bagaimana anda dapatkan jumlah rod hijau muda?
- Berapakah jumlah semua rod?
- Bolehkah anda tunjukkan proses pendaraban dalam bentuk lazim bagi 6 × 13.
1 3
× 6
1 8 6 × 3 = 18
6 0 6 × 10 = 60
7 8 18 + 60 = 78


4. Aktiviti Operasi Bahagi

Langkah 1 : Konsep Kongsi Sama Rata

Konsep ini merupakan konsep yang paling asas dan kerap diajar di peringkat awal
pengajaran pembelajaran kemahiran pembahagian. Pelajar menggambarkan konsep dan
menguasai kemahiran ini dengan mengagihkan objek yang ada satu demi satu sehingga
habis kepada bilangan kumpulan yang ditetapkan supaya setiap kumpulan menerima
bilangan yang sama.

6 ÷ 2 juga boleh digambarkan dengan menggunakan Rod Cuisenaire dan soalan-soalan
bimbingan berikut dikemukakan.









oren
oren
oren
oren
oren
oren
6
13
hijau muda
hijau muda
hijau muda
hijau muda
hijau muda
hijau muda
* * * * * *


***
**
***
*
60


1. Pilih rod yang mewakili 6. (Rod hijau)
2. Bagaimana anda membahagikan rod ini kepada dua bahagian yang sama
panjang?
(Menggantikan rod hijau tua dengan dua rod yang sama warna)
3. Rod warna apakah yang akan dipilih? (Rod hijau muda)
4. Adakah jumlah panjang dua rod yang dipilih itu sama panjang dengan panjang
rod hijau tua? (Ya)
5. Jika dua rod ini diasingkan, apakah nilai setiap rod? (3)
6. Apakah kesimpulan anda mengenai 6 ÷ 2? (Hasil bahagi ialah 3)


Langkah 2 : Konsep Pengumpulan

6 ÷ 2 juga dijelaskan sebagai pengumpulan 6 objek diskrit menjadi kumpulan-kumpulan 2 objek
untuk mengetahui berapa kumpulan 2 objek yang boleh dibuat daripada 6 objek.









Jika Rod Cuisenaire digunakan, maka rod hijau (6) akan dletak di permukaan meja kemudian
menentukan bilangan rod merah (2) yang boleh dimuatkan dalam rod hijau (6).

Merah Merah Merah
Hijau

Dalam model ini, pelajar boleh menunjukkan konsep bahagi kepada peserta secara kuantitatif
dan juga secara kualitatif di mana 2 ditolak secara berulang-ulang dari 6.


Pelajar dikehendaki menggunakan rod Cuisenaire bagi contoh berikut:
18 ÷ 3 dan 20 ÷ 4; 50 ÷ 10 .



Langkah 3 : Model Luas Segiempat Tepat


Operasi bahagi boleh dikaitkan dengan model luas segiempat tepat yang digunakan untuk
mendemonstrasikan operasi darab.

Contoh : 18 ÷ 3

* * * * * *
* *
*
* *
*
* *
*
61

“Berapa rod hijau muda (3) boleh dimuatkan dan dalam sambungan rod oren dan rod
coklat (18)?”



oren Coklat
hijau muda hijau muda hijau muda hijau muda hijau muda hijau muda

Model di atas dapat membantu pelajar menjawab soalan yang telah dikemukakan , iaitu
“Terdapat 6 rod hijau muda yang boleh dimuatkan di dalam rod jingga yang
disambungkan dengan rod coklat”

Maka , 18 ÷ 3 = 6.

Contoh di atas juga boleh dilanjutkan untuk mewakil 18 ÷ 3 = 6 dengan model luas segiempat
tepat. Soalan-soalan bimbingan berikut boleh digunakan.

1. Bagaimanakah anda menggambarkan operasi bahagi 18 ÷ 3 dengan model luas
segiempat tepat? [Membina segiempat tepat yang luasnya 18]
2. Berapakah luas kawasan segiempat tepat itu? [18]
3. Apakah rod-rod yang digunakan untuk mewakili luas berkenaan? [Rod jingga
dan rod coklat]
4. Apakah ukuran sisi menegak segiempat tepat yang dikehendaki? [3]
5. Jadi, rod-rod (jingga dan coklat) akan ditukar dengn rod jenis apa? [Hijau muda]
6. Bolehkah anda membina sebuah segiempat tepat dengan rod itu? [Ya]
7. Apakah panjang sisi mendatar segiempat tepat itu? [6]
8. Apakah jawapan bagi 18 ÷ 3? [6]

62

4.4.5 Bentangan Dan Bungkah


Bentangan merupakan bentuk yang terhasil apabila bungkah tiga matra dibentangkan
dengan semua permukaannya terbuka rata. Bentangan geometri adalah dalam bentuk
dua matra dan apabila dilipat akan menjadi bentuk tiga matra atau bungkah. Pelbagai
bentuk bentangan boleh diperolehi dari bungkah yang berbeza bergantung kepada ciri-
ciri nya dari segi bilangan permukaan, bucu dan sisi. Pemahaman tentang bentangan
membantu pelajar dalam menerokai konsep perimeter, luas dan isipadu bungkah.

4.4.5.1 Bentuk Dan Ruang

Bagi memahami konsep bentuk dan ruang, pelajar boleh menggunakan bentangan
pelbagai bentuk . Bentangan hanya boleh membentuk bungkah jika bilangan dan bentuk
permukaan bagi bentangan dan bungkah adalah sama. Di samping itu, bentangan juga
perlu boleh dilipat untuk membentuk bungkah.







Rajah 4.4.5.1 dan Rajah 4.4.5.2 merupakan bentangan bagi sebuah kuboid dan kiub.
Hasil daripada bentangan boleh memberikan beberapa maklumat bentuk dan ruang
dalam bungkah tiga matra tersebut. Bentangan kuboid menunjukkan bentuk yang
hampir sama dengan kiub ,yang membezakannya adalah permukaannya terdiri daripada
enam segiempat tepat berbanding dengan kiub yang terdiri daripada enam segiempat
sama.





Rajah 4.4.5.1: Bentangan Kuboid Rajah 4.4.5.2: Bentangan Kiub
63

Berikut adalah 11 bentangan yang boleh dihasilkan daripada sebuah kiub.



Rajah 4.4.5.3 : Jumlah Bentangan Kiub

Perbincangan:
1. Bincangkan dalam kumpulan, bagaimanakah menentukan bilangan jumlah bentangan
yang boleh dihasilkan oleh pelbagai contoh bungkah tiga matra yang lain.
2. Hasilkan satu aktivti permainan yang kreatif yang melibakan konsep bentangan dan
bungkah.
3. Lengkapkan maklumat Jadual berikut .


Bentuk
Bungkah Tiga
Matra
Ciri-Ciri Bungkah
Bilangan
Permukaan
Bilangan
Sisi
Bilangan
Bucu
Luas Isipadu

Prisma


Kuboid 6 segiempat tepat


Piramid 4 segitiga & 1
segiempat sama


Tetrahedron 4 segitiga


Kiub 6 segiempat sama


Oktahedron 8 segitiga


Ikosahedron 20 segitiga


Dodecahedron 12 pentagon

64

4.4.6 Alat Pengukur

Pelbagai alat pengukur yang sesuai boleh digunakan sebagai bahan bantu belajar untuk
matematik sekolah rendah. Alat pengukur yang berbeza digunakan bagi mengukur
masa, panjang, berat dan cecair.

4.4.6.1 Ukuran Masa

Bahan bantu belajar yang boleh digunakan bagi mengukur masa ialah perkakasan
teknologi dan perisian kursus yang bersesuaian serta model atau objek sebenar seperti
pelbagai jenis jam, kalendar, jadual kelas,program televisyen, jadual perjalanan
pengangkutan awam, carta pertukaran unit masa dan teks cerita perlu digunakan.
Pendekatan atau aktiviti seperti perbincangan, bercerita tentang sejarah masa dan
waktu, mengukur masa, mereka cerita tentang masa, dan membuat kerja projek boleh
digunakan bagi mengembangkan kemahiran proses mengukur, menganggar dan
Menyelesaikan masalah berkaitan masa dan waktu.
1 dekad = 10 tahun, 1 abad = 10 dekad ,1 abad = 100 tahun ,1 alaf = 1 000 tahun

4.4.6.2 Ukuran Panjang

Bagi ukuran panjang, perkakasan teknologi dan perisian kursus yang bersesuaian serta
model atau objek sebenar dan bahan manipulatif seperti kertas jalur, tali, pita pengukur,
rod meter dan pembaris boleh digunakan. Pendekatan atau aktiviti seperti perbincangan,
bercerita tentang ukuran panjang, meneroka ukuran panjang, mengukur objek dan jarak,
melukis objek dan pelan, serta kerja projek boleh digunakan bagi memperkukuhkan
kemahiran proses mengukur, menganggar dan menyelesaikan masalah dalam ukuran
panjang.

4.4.6.3 Ukuran Berat

Bahan bantu mengajar ang boleh digunakan alam ukuran berat ialah dengan
menggunakan perkakasan teknologi dan perisian kursus yang bersesuaian serta model
atau objek sebenar dan bahan manipulatif seperti pemberat dan alat penimbang. Di
samping itu, pendekatan atau aktiviti seperti perbincangan, bercerita, meneroka
timbangan berat, menimbang objek, simulasi berdasarkan resepi masakan dan menu,
dan kerja projek boleh digunakan bagi mengembangkan kemahiran proses menimbang,
menganggar dan menyelesaikan masalah berkaitan timbangan berat.

4.4.6.4 Ukuran Cecair

Bagi mengukur cecair pula di samping menggunakan perkakasan teknologi dan perisian
kursus yang bersesuaian serta model atau objek sebenar, bahan manipulatif seperti
sudu, cawan, botol, bekas bersenggat piawai dan silinder penyukat boleh digunakan.
Pendekatan atau aktiviti seperti perbincangan, bercerita, meneroka isipadu cecair,
mengukur isi padu cecair, dan kerja projek boleh digunakan bagi mengembangkan
kemahiran proses mengukur, menganggar dan menyelesaikan masalah berkaitan isi
padu cecair .


65

Perbincangan:

Cadangkan alat pengukur yang kreatif untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Perbincangan perlu meliputi pelbagai bentuk ukuran;
- Masa dan Waktu
- Ukuran Panjang
- Timbangan Berat
- Isipadu Cecair


4.4.6.4 Alat Mengira

Bahan bantu belajar yang boleh digunakan sebagai alat mengira ialah kalkulator,
abakus dan rod serta batang kayu. Kalkulator, rod serta batang kayu boleh digunakan
dalam menerokai konsep nombor. Abakus pula lebih menekankan kepada kefahaman
konsep nilai tempat. Walaubagaimanapun adalah menjadi kebijaksanaan seorang guru
dalam memilih alat mengira yang sesuai untuk menjadikan kelas lebih bermakna dan
konsep yang disampaikan lebih mudah difahami.

Perbincangan:
Bincangkan alat mengira yang kreatif dan sesuai digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik sekolah rendah dengan merujuk kepada topik yang tertentu.
Dalam perbincangan perlu dihuraikan perkara yang berikut;
a. Alat mengira yang digunakan(kalkulator, abakus, rod dan batang kayu)
b. Kelebihan alat yang dipilih
c. Berikan contoh serta huraikan langkah-langkah penggunaan dengan gambar
rajah yang sesuai









66

4.6 Kemudahan Pembelajaran Matematik

4.6.1 Makmal Matematik
Makmal matematik mungkin merupakan istillah yang nampaknya baru kepada anda.
Walau bagaimanapun, ideanya adalah serupa dengan idea makmal sains. Sekiranya
digunakan dengan baik, makmal matematik boleh memainkan peranan yang penting
dalam jaminan kualiti proses pembelajaran matematik di sekolah.

4.6.1.1 Peranan Makmal Matematik
Makmal matematik memainkan pelbagai peranan dalam meningkatkan
keberkesanan pengajaran matematik di sekolah. Antara peranan penting makmal
matematik adalah fungsinya sebagai pusat bagi
 menjalankan aktiviti penerokaan matematik
 menjalankan aktiviti praktikal matematik
 menyimpan bahan resos matematik
 memaparkan bahan resos matematik

Setiap peranan ini perlu diberikan pertimbangan yang wajar dalam reka bentuk
sesebuah makmal matematik.

4.6.1.2 Reka Bentuk Makmal Matematik
Susunan ruang fizikal dalam makmal matematik akan mempengaruhi proses
pembelajaran yang berlaku di dalamnya secara signifikan. Oleh yang demikian,
reka bentuk makmal perlu dipertimbangkan secara teliti agar ia dapat berfungsi
dengan baik dalam menentukan kejayaan proses pembelajaran matematik. Selain
daripada reka bentuk fizikal, kelengkapan-kelengkapan bagi melicinkan proses
pembelajaran juga perlu diberikan pertimbangan yang terperinci. Rajah 4.6.1
menunjukkan satu contoh reka bentuk makmal matematik yang dibina dengan pelbagai
kelengkapan.


Rajah 4.6.1. Contoh reka bentuk makmal matematik.
67

Antara kelengkapan-kelengkapan dalam makmal matematik yang ditunjukkan
Rajah 4.6.1 adalah projektor LCD dan rak-rak. Projektor LCD diguna untuk
memaparkan slaid-slaid Powerpoint ke skrin putih yang boleh mempermudahkan
proses pengajaran guru. Rak-rak pula boleh diguna untuk menyimpan pelbagai
resos matematik samada yang dibeli di pasaran atau dibina oleh pelajar dan alat-
alat tulis seperti pen marker, pembaris, gam dan kertas. Kelengkapan alat tulis
dengan bilangan yang mecukupi pada awal semester serta mudah diperolehi bila
diperlukan dalam pengajaran akan memudahkan persediaan dan pengurusan
pengajaran. Tambahan pula, murid juga boleh dilatih untuk mengambil alat-alat
secara cepat dan tanpa diarah apabila mereka memerlukan alat-alat berkenaan.
Walau bagaimanapun, Satu kekurangan yang barangkali wujud ialah alat-alat ini
mungkin tidak disimpan dalam tempat yang betul setelah digunakan. Namun
demikian, masalah ini boleh diatasi dengan melatih murid-murid untuk
mengembalikan alat-alat ke rak-rak yang betul supaya sentiasa dalam keadaan
kemas. Selain daripada itu, stok alat-alat ini mungkin cepat habis kerana senang
diakses oleh murid-murid. Oleh yang demikian, pengawasan yang rapi adalah
kritikal untuk menjaga stok yang sedia ada.

Aktiviti kumpulan boleh membawa kesan positif kepada pembelajaran matematik.
Justeru itu, meja-meja berbentuk heksagon digunakan dalam makmal matematik
ini. Kelengkapan meja heksagon ini dapat memberi peluang maksimum untuk
murid-murid berinteraksi secara bersemuka dalam aktiviti kumpulan tanpa
mengubah tempat duduk. Hal ini dapat menjimatkan masa dan memudahkan
pengurusan bilik darjah. Tambahan pula, meja berbentuk heksagon ini
mempunyai ruang yang lebih besar dan ini memudahkan murid-murid
menjalankan aktiviti penerokaan yang melibatkan pengolahan bahan-bahan
konkrit dan manipulatif. Namun demikian, satu kekurangan penggunaan meja
seperti ini adalah kawasan bilik yang lebih luas diperlukan.

Aktiviti 4.6.1
1. Selain daripada projektor LCD, rak dan meja heksagon, senaraikan kelengkapan-
kelengkapan lain dalam makmal matematik yang ditunjukkan dalam Rajah 1.
Seterusnya, bincangkan peranan kelengkapan-kelengkapan tersebut.
2. Lukis dan labelkan satu pelan makmal Matematik yang sesuai untuk sekolah anda dan
beri justifikasi tentang pelan anda

68

4.6.2 Sudut Matematik
Sudut matematik menyerupai makmal mini untuk matematik. Oleh itu, ia memainkan
peranan yang lebih kecil berbanding dengan makmal matematik. Penyediaan sudut
matematik hanya memerlukan ruang yang sedia ada di dalam atau di luar bilik darjah.
4.6.2.1 Peranan Sudut Matematik
Secara umum sudut matematik direka untuk menyokong program pembelajaran
matematik dalam bilik darjah. Secara spesifik, ia berfungsi sebagai:
 pusat maklumat
 pusat pameran
 pusat penerokaan

Sebagai pusat maklumat, pelbagai maklumat berkaitan kandungan matematik boleh
diperolehi dari sudut matematik. Maklumat ini boleh berbentuk elektronik seperti CD-rom
atau bukan elektronik seperti buku dan poster. Sebagai pusat pameran, sudut matematik
merupakan ruang yang sangat sesuai untuk mempamerkan hasil kerja matematik yang
diusahakan oleh murid. Sebagai pusat penerokaan, pelbagai aktiviti penerokaan
matematik boleh dilaksanakan oleh murid-murid sama ada secara berkumpulan atau
individu. Rajah 2 menunjukkan contoh sudut matematik yang digunakan sebagai pusat
maklumat dan pusat pameran, manakala Rajah 3 menunjukkan contoh sudut matematik
sebagai pusat penerokaan.


Rajah 4.6.2. Sudut matematik sebagai pusat maklumat dan pusat pameran.


Rajah 4.6.3. Sudut matematik sebagai pusat penerokaan
69

Tiga fungsi sudut matematik yang baru sahaja dibincangkan pula menunjukkan bahawa
ia juga boleh memainkan peranan sebagai sudut untuk
 menyimpan dan mempamer resos matematik
 murid-murid menjalani aktiviti sponge
 murid-murid menjalani aktiviti pengayaan


4.6.2.2 Reka Bentuk Sudut Matematik
Sudut matematik boleh disediakan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Rajah 4
menunjukkan contoh sudut matematik di dalam bilik darjah manakala Rajah 5
menunjukkan contoh sudut matematik di luar bilik darjah.


Rajah 4.6.4. Contoh sudut matematik di
dalam bilik darja.


Rajah 4.6.5. Contoh sudut mateatik di
luar bilik darjah.

Beberapa perkara asas yang perlu diberikan pertimbangan semasa penyediaan sudut
matematik ialah:
 Di manakah tempat yang sesuai?
 Apakah yang hendak dipamerkan?
 Apakah medium pameran yang hendak digunakan?

Perbincangan
1. Di manakah tempat yang sesuai untuk menyediakan sudut matematik di sekolah anda?
2. Bandingkan kekuatan dan kelemahan antaa sudut matematik di dalam bilik darjah dan sudut
matematik di luar bilik darjah.
3. Mengapakah sudut matematik penting untuk pembelajaran matematik di sekolah rendah?






70

4.6.3 Taman Matematik

Alam semulajadi berupaya menyegarkan suasana pembelajaran. Suasana yang segar
boleh mengaktifkan minda kanak-kanak dan seterusnya mempertingkatkan
keberkesanaan pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran matematik tidak
semestinya hanya berlaku di dalam bilik darjah. Pengajaran matematik yang memberi
peluang kepada murid-murid berinterasi dengan alam semulajadi di luar bilik darjah
telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pendidik matematik sedunia.
Sehubungan dengan itu, taman matematik merupakan satu kemudahan yang boleh
mewujudkan suasana pembelajaran yang semulajadi untuk kanak-kanak mempelajari
matematik.

4.6.3.1 Peranan Taman Matematik
Taman matematik sesuai digunakan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran matematik
dalam situasi yang lebih fleksibal dan menyeronokkan. Ia bertujuan mewujudkan
suasana pembelajaran di luar bilik darjah yang boleh meningkatka semangat murid-
murid untuk belajar matematik secara berkumpulan kecil. Secara umum, taman
matematik berperanan sebagai stesen pembelajaran di luar bilik darjah dan sebagai
pusat aktiviti matematik.

4.6.3.2 Reka Bentuk Taman Matematik
Kawasan lapang di luar bilik darjah diperlukan untuk menyediakan taman matematik.
Mana-mana taman sedia ada di sekolah boleh dijadikan taman matematik dengan
membina stesen-stesen aktiviti yang berkaitan dengan matematik. Setiap stesen dibina
khas untuk menjalani aktiviti pembelajaran bagi tajuk-tajuk tertentu dalam matematik.


Rajah 4.6.6. Contoh stesen dalam taman matematik.

Rajah 6 menunjukkan contoh stesen dalam taman matematik. Stesen ini terdiri daripada petak
seratus di bahagian tengah yang berbentuk oktagon dan lapan „kaki‟ yang bercabang dari
setiap sisi octagon. Aktiviti ini boleh melibatkan 8 pasangan murid yang berdiri di setiap „kaki‟.
Setiap pasangan murid diberi kad-kad angka yang merupaka hasil darab (atau hasil tambah)
dari carta fakta asas. Secara bergilir-gilir, setiap pasangan murid dikehendaki membina sifir
tertentu dengan meletakkan kad-kad angka sebagai jawapan sifir berkenaan pada petak
71

seratus di tengah. Pasangan yang berada di „kaki‟ bertentangan dikehendaki menyemak sama
ada jawapan itu adalah betul.


Rajah 4.6.7. Contoh stesen dalam taman matematik.

Rajah 4.6.7 menunjukkan satu lagi contoh stesen yang terdiri darpada 10 pasang petak
segiempat tepat dan petak octagon.
Perbincangan
1. pakah aktiviti yang sesuai dijalankan dalam Taman Matematik?
2. Kenal pasti satu ruang di luar bilik darjah di sekolah anda yang sesuai dijadikan sebagai
taman matematik. Rancang satu stesen matematik yang sesuai dibina dalam taman
matematik itu.
3. Mengapakah taman matematik penting untuk pembelajaran matematik di sekolah
rendah?



Rujukan
Institute of Scientific Research and Training. (n.d.). Mathematics lab in your school. Available
online at: http://www.isrt.in/lab.html downloaded on 24 June 2012.




















72

4.7 Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran Matematik

4.7.2 Pakej Pengajaran

Satu pakej pengajaran boleh ditakrifkan sebagai pakej pengajaran yang terdiri daripada
satu atau lebih program yang berkaitan yang dipakej bersama bagi tujuan pendidikan.
Manakala Microsoft Office sesuai dengan pakej program pemprosesan perkataan,
persembahan program, program spreadsheet atau melayari program internet yang boleh
digunakan untuk meningkatkan aktiviti pengajaran, pakej perisian ini mungkin tidak
selalu digunakan untuk mengajar ataupun membuat sesuatu arahan. Kita akan lihat
bagaimana pakej perisian ini boleh digunakan untuk mengajar, tetapi kita akan melihat
dahulu beberapa pengajaran yang khusus atau pakej pengajaran. Pakej pengajaran
mengandungi program atau program-program yang memberikan semua atau
sebahagian daripada arahan seorang pelajar mengenai topik yang diberikan atau dalam
beberapa cara yang membantu dalam pembelajaran topik. Pakej pengajaran boleh
menjadi pakej perisian yang disusun bersama dengan pelbagai pengajaran, ujian, atau
lain-lain aktiviti pembelajaran dan bahan.
Apabila Kementerian Pelajaran (KPM) melaksanakan pengajaran Matematik dan Sains
dalam Bahasa Inggeris (ETeMS), pakej pengajaran interaktif telah dihasilkan dengan
kerjasama Telekom dan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran untuk
membantu guru-guru dan pelajar belajar matematik dalam medium tersebut. Pakej
pengajaran ini adalah serba lengkap dimana guru boleh menggunakannya sewaktu
pembelajaran di dalam kelas atau pelajar boleh menggunakannya sendiri tanpa bantuan
daripada guru. Pakej pengajaran ini menyediakan tutorial interaktif untuk menghuraikan
atau memudahkan beberapa konsep penting atau prosedur matematik. Ia juga
mengandungi pelbagai interaksi latihan dan latihtubi dimana pelajar boleh menggunakan
kemahiran matematik serta soalan ulangkaji yang membolehkan mereka menguji
kemahiran mereka. Rajah 4.7.1 menunjukkan beberapa screen shot Tahun 1 Kursus
meliputi hasil pembelajaran mencari perbezaan di antara dua nombor melalui padanan
one-to-one. Dalam aktiviti ini, pelajar boleh mendengar melalui penerangan audio,
melihat representasi bergambar, dan menggunakan tetikus untuk memilih pilihan dan
klik dan „drag‟ gambar. Maklum balas kepada tindakan mereka diberikan dalam bentuk
isyarat audio dan visual.
















Rajah 4.7.1: Contoh Perisian Matematik Tahun 1
73

4.7.3 Jenis-jenis perisian pengajaran
Terdapat beberapa jenis perisian pengajaran yang boleh dijadikan pakej perisian pengajaran
dan pembelajaran. Robbyler, Edwards dan Havriluk (1997) telah mengenal pasti lima jenis
perisian untuk pengajaran dan pembelajaran iaitu:

• Perisian Latih Tubi
Perisian ini mengandungi soalan-soalan latih tubi dimana pelajar boleh cuba menjawab dan
mendapat maklumbalas mengenai ketepatan jawapan yang diberikan.



• Perisian Tutorial
Perisian jenis ini bertindak seperti tutor iaitu menyediakan semua maklumat dan arahan
kerja untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk sesuatu topik atau kemahiran yang
pelajar perlu kuasai (contohnya ringkasan maklumat, penerangan, latihan , penilaian dan
maklum balas)

• Perisian Simulasi

Perisian yang mempamerkan sistem bagi sesuatu situasi samada yang sebenar atau situasi
imaginasi dapat dilaksanakan.

• Perisian Permainan

Perisian yang direka untuk meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dengan
menyediakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk permainan.

• Perisian Penyelesaian Masalah

Perisian ini menerangkan langkah-langkah menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga
memberi peluang kepada pelajar menyelesaikan masalah seterusnya membantu mereka
memperolehi kemahiran yang dikehendaki.

74

4.7.4 Perisian Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah. Ada beberapa perisian yang bukan
khusus untuk pengajaran matematik namun perisian tersebut boleh digunakan untuk
membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Contohnya:

- Perisian Microsoft Office
Pakej MS Office termasuklah Microsoft Word, Microsoft PowerPoint, Microsoft Excel dan
Microsoft Publisher. Jadual 4.7.2 menunjukkan fungsi asas bagi setiap perisian tersebut.

Jadual 4.7.2: Perisian Microsoft Office dan fungsi
Jenis Perisian Fungsi
Microsoft Word® untuk menaip dokumen seperti latihan matematik
Microsoft Excel®
untuk menaip angka atau menggunakan formula serta
melukis carta.
Microsoft PowerPoint®
untuk membuat pembentangan yang mempunyai teks,
grafik,filem dan objek-objek lain untuk pengajaran
Microsoft Publisher®
Berfungsi untuk mencipta brosur, kad jemputan, iklan dan
lain-lain lagi

Microsoft Word bukan khusus untuk pengajaran dan pembelajaran matematik. Namun,
terdapat beberapa fungsi yang dapat digunakan oleh guru matematik. Contohnya, guru
boleh melukis objek 2D dan 3D.


Pelajar juga boleh melukis bentuk seperti segiempat dan segitiga dan menulis ciri-ciri
bagi bentuk-bentuk tersebut menggunakan Microsoft Word. Perisian ini juga ada
Equation Editor yang berfungsi untuk menaip soalan yang mengandungi symbol
matematik bagi tujuan menyediakan latihan atau lembaran kerja

Aktiviti 4.7.1

Anda dikehendaki menggunakan Microsoft Equation bagi menjalankan aktiviti di
bawah:
(a) Tuliskan 3 soalan yang melibatkan
- penambahan pecahan
- penolakan nombor bercampur
- pendaraban antara nombor bulat dan pecahan
(b) Tuliskan penyelesaian dalam bentuk standard form bagi soalan pembahagian
di bawah

(i) 344 ÷ 8
(ii) 1055 ÷ 6
Hamparan elektronik (spreadsheets) Microsoft Excel, pembentangan Microsoft
PowerPoint dan Microsoft Publisher boleh direkabentuk untuk konteks bagi
pembelajaran matematik. Ia bergantung kepada usaha kreatif guru untuk meneroka
bagimana alat ini boleh digunakan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
75

matematik.
4.7.5. Pad lakaran Geometer. (Geometer’s Sketchpad)
Selain daripada perisian bukan matematik seperti program Microsoft yang boleh
digunakan untuk membantu pengajaran matematik, terdapat juga perisian khas yang
direkacipta khususnya untuk pengajaran dan pembelajaran konsep dan kemahiran
matematik. Satu contoh ialah Geometer‟s Sketchpad. Perisian ini adalah satu program
interaktif yang dinamik yang dapat membantu pelajar belajar konsep dalam geometri,
algebra and calculus melalui visualisasi dan interaksi. Ia mempunyai keupayaan untuk
membenarkan pelajar untuk membina dan meneroka bentuk goemetri serta ciri-ciri
dalam satu persekitaran interaktif dan dinamik. Disamping itu, pelajar boleh gunakan
Geometer‟s Sketchpad untuk membina dan menyelidik ciri-ciri model matematik, objek,
rajah, gambarajah dan graf. Rajah 4.7.2 menunjukkan paparan satu aktiviti Geometer‟s
Sketchpad yang menunjukkan konsep penggumpulan yang dapat membantu pelajar
memahami konsep nilai tempat.

















Rajah 4.7.2: Contoh satu aktiviti Geometer‟s Sketchpad.

Anda boleh dapat idea lain dari laman web Key Curriculum Press , yang juga adalah
pencipta Geometer‟s Sketchpad, di alamat berikut:
http://www.dynamicgeometry.com/General_Resources/Classroom_Activiti es.html

76

Aktiviti 4.7.3

1. Gunakan Geometer‟s Sketchpad untuk membina bentuk-bentuk 2 dimensi dan
3 dimensi mengikut sukatan pelajaran KSSR dan KBSR.
2. Melayari internet dan memuat turun perisian GeoGebra dan Microsoft Maths.
Meneroka perisian-perisan tersebut dan mengaplikasinya dalam pengajaran
dan pembelajaran matematik

4.7.6 Perisian matematik yang lain.

Terdapat beberapa bilangan program pada Internet yang sesuai untuk pengajaran dan
pembelajaran matematik. Sebilangan program ini adalah percuma dan yang lain perlu
dibeli. Kebanyakan daripada mereka adalah perisian latihtubi dan perisian latihan yang
membolehkan pelajar untuk (a) mengawal aras dan kadar membuat latihan mereka ,
dan (b) memberi malumbalas tertentu bagi jawapan yang betul. Sebagai contoh, anda
boleh muat turun satu salinan percubaan latihtubi dan latihan kuiz matematik dari laman
web berikut: http://www.qmsoftware.com.au/SpellingGames.htm yang juga dikenali
sebagai „the ABC Spelling and Math Games‟. Perisian ini membenarkan pelajar untuk
melatih soalan matematik di peringkat sekolah rendah dengan maklumbalas yang
sesuai; dan respons yang betul di ambil kira untuk menunjukkan prestasi. Sebagai
tambahan, seorang guru boleh reka cipta kuiz sendiri bagi hasil pembelajaran tertentu
yang melibatkan operasi asas bagi nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus.


Aktiviti 4.7.4

1. Layari Internet dan cari contoh-contoh bagi setiap jenis perisian atau perisian kursus
yang boleh membantu anda dalam pengajaran dan pembelajaran matemaik sekolah
rendah.
(a) Perisian latihtubi dan latihan
(b) Perisian penyelesaian masalah

Untuk setiap perisian itu, komen tentang kegunaannya untuk pengajaran anda dalam
sekolah anda. Simpan komen anda dalam folio dan kongsi mereka dalam OLL.

2. Menggunakan perisian komputer untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran
matematik. Contoh perisian: MsPowerPoint, Ms Excel, GSP, GeoGebra
Mengintegrasikan penggunaan multimedia, hypermedia dan internet dalam pengajaran
dan pembelajaran matematik.