You are on page 1of 8

SAYA SUKA KALAU DIA CANTIK Muhammad Syafiq Bin Saroni Tuan Haji Azhari Bin Haji Muhamood

d ABSTRAK Tumpuan dan fokus yang diberikan oleh murid di dalam kelas memainkan peranan penting terhadap tahap kejayaan guru dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kaedah pengajaran guru dikatakan menjadi langkah penting untuk menarik perhatian dan tumpuan murid yang sukar memberi tumpuan di dalam kelas. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan teknik warna dalam terapi seni bagi meningkatkan tumpuan murid semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terutamanya pelajar yang terdiri daripada kalangan murid Pendidikan Khas. Responden dalam kajian tindakan ini terdiri daripada empat orang pelajar dari kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang merupakan murid mengalami ciri-ciri masalah pembelajaran slow learner. Pengkaji menggunakan Model Kajian Somekh (1989) yang mengandungi lapan langkah kajian iaitu mengenalpasti masalah, mengumpulkan data, menganalisis data kajian yang diperoleh, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesahkan perubahan, menganalisis dan menilai data dan langkah akhir putaran seterusnya. Data yang dikutip adalah melalui empat instrumen utama iaitu pemerhatian, rekod persampelan masa, soal selidik dan rekod anekdot. Hasil analisis data mendapati bahawa keempatempat responden menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi tumpuan semasa belajar, peningkatan terhadap tingkah laku positif dan dapat mengurangkan gejala tingkah laku diskruptif. Keputusan kajian menunjukkan peningkatan tumpuan dan fokus murid semasa belajar, berlakunya pengurangan terhadap gejala tingkah laku negatif dan meningkatkan lagi tingkah laku positif murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran melalui teknik warna dalam terapi seni. PENGENALAN Keberkesanan teknik pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas memainkan peranan penting dalam peningkatan kemahiran dan pencapaian murid terutamanya murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Bagi murid ini, mereka bukanlah seperti kanak-kanak normal yang lain yang mampu memberi sepenuh tumpuan dan komitmen dalam setiap Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) yang dijalankan. Murid-murid Pendidikan Khas ini mempunyai kesukaran dalam memberi tumpuan dan fokus sepenuhnya di dalam P&P. Tumpuan yang mereka berikan juga singkat dan boleh menganggu P&P yang sedang berlangsung. Satu kajian telah dijalankan menggunakan teknik dalam terapi seni iaitu penggunaan warna untuk meningkatkan minat, konsentrasi dan daya tumpuan murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan di dalam kelas. Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana tumpuan yang diberikan oleh murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dengan penggunaan warna dalam terapi seni. Sheila dan Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Oleh itu, teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan amat diperlukan bagi menjamin tumpuan murid yang lebih konsisten di dalam kelas bagi meningkatkan lagi potensi, bakat dan pencapaian mereka. FOKUS KAJIAN Antara masalah yang berlaku sewaktu pengajaran dan pembelajaran ( P&P) di dalam kelas adalah : 1. Murid tidak berminat untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran . Sepanjang pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung, penglibatan pelajar yang mengambil bahagian untuk melaksanakan tugasan terlalu sedikit dan ia memberi tekanan kepada penyelidik untuk meneruskan aktiviti P&P kerana sesi pembelajaran tidak lancar dan berkesan.

2. Tumpuan murid sewaktu P&P terlalu singkat dan konsentrasi tidak konsisten. Setelah beberapa sesi pengajaran berlangsung, murid boleh melaksanakan tugasan mengikut arahan yang saya berikan. Namun, tumpuan dan fokus mereka terhadap pembelajaran yang saya rancang dan jalankan hanya seketika. 3. Berlaku tingkah laku menganggu ( tingkah laku negatif) . Kurangnya tumpuan dan minat pelajar terhadap P&P, ia menimbulkan beberapa tingkah laku negatif sesama murid. Antaranya seperti menganggu kerja rakan, mencuit dan memukul rakan, bercakapcakap dan bersembang sesama rakan, melakukan kerja lain selain arahan guru, membuat bising dan sebagainya. Ini menimbulkan rasa kurang senang dan mengganggu kelancaran P&P. Objektif Kajian : 1. Meningkatkan tumpuan murid di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 2. Mengurangkan tingkah laku negatif murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 3. Meningkatkan tingkah laku positif murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Soalan Kajian : 1. Bagaimanakah tumpuan murid dapat ditingkatkan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas? 2. Bagaimanakah tingkah laku murid dapat dikawal semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung ? 3. Bagaimanakah tingkah laku positif murid dapat ditingkatkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran? SOROTAN LITERATUR Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) telah dijalankan oleh Barry (1976) dalam Hanisah dan rakan-rakan (2010). Kajian Barry berkenaan keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang realistik dan bukan realistik. Dalam kajian ini, beliau telah menguji dua teori yang berlainan tentang kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang. Hasil kajian beliau mendapati warna memberi suatu dimensi untuk pemahaman yang lebih, iaitu pelajar dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau perkara dan menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala fungsi warna pula adalah sebagai kod yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej. Kajian tindakan Zaridah Zuber (2002) dari Sekolah Kebangsaan Seri Manjong, Perak yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna ini melibatkan seramai 44 orang murid yang terdiri daripada 25 orang lelaki dan 19 orang perempuan. Pengkaji menjalankan kajian ini bertujuan membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Beliau telah mencantumkan pensel warna biru dengan pensel murid. Kemudian murid akan menulis huruf besar menggunakan pensil warna tersebut. Kajian beliau ini mendapati melalui warna berlakunya peningkatan yang amat memuaskan dalam penulisan huruf besar murid-muridnya. Satu lagi kajian berkenaan penggunaan warna pada bahan bantu mengajar telah dijalankan oleh Norma Binti Haji Hassan (2004). Kajiannya yang bertajuk Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dengan Minat Pelajar Tahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kelantan. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk melihat hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap subjek Matematik. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memastikan apakah ciri-ciri serta jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang berupaya menarik minat pelajar. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan yang positif di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Dalam pemilihan bahan pula, faktor ciri

dan jenis bahan bantu mengajar juga perlu diambil kira dan diberi perhatian oleh guru dan salah satunya adalah penekanan dalam aspek warna. Sabri Bin Sallehuddin (2010) dalam kajiannya yang bertajuk Meningkatkan Minat Pelajar Mempelajari Kemahiran Asas Mewarna Menggunakan Roda Warna Dalam Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian beliau menggunakan kaedah pendekatan pengajaran roda warna bagi memudahkan para pelajar memahami dan meminati pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian ini dilakukan terhadap 31 orang pelajar Tingkatan 4 Ibnu Hatem yang pencapaiannya sederhana dan lemah. Hasil dapatan kajian, pelaksanaan kaedah roda warna didapati banyak memberi peningkatan dalam pencapaian keputusan pelajar dan ia menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Berdasarkan kajian-kajian ini, jelas menunjukkan aspek warna penting dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P) yang berlaku di dalam kelas. Sorotan kajian literatur inilah yang memberikan saya ilham dan cuba menjejak langkah untuk melaksanakan satu kajian berkaitan warna dalam penggunaan BBM berkesan yang mampu untuk meningkatkan lagi minat dan tumpuan murid di dalam kelas. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN Pengkaji telah memilih model kajian tindakan Teori Somekh (1989) sebagai tunjang kepada model kajian. Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Terdapat 8 langkah dalam teori ini iaitu : Analisis Data/ Mengenalpasti Dan Fokus Masalah Mengumpul Data Menganalisis Data/ Membentuk Hipotesis Merancang Pelan Tindakan Melaksanakan Pelan Tindakan Mengumpul Data Untuk Sahkan Perubahan Analisis Dan Menilai Putaran Seterusnya Rajah 1 : Teori Somekh (1989) Langkah 1 : Langkah pertama dalam proses kajian tindakan ini adalah mengenalpasti masalah di mana pengkaji perlu mengumpul data dan membuat pemerhatian terhadap permasalahan yang berlaku di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat melalui sesi P&P yang berlangsung dan skop kepada permasalahan pelajar perlu difokuskan. Langkah 2 : Langkah kedua adalah mengumpulkan data daripada sampel kajian di mana pengkaji menggunakan beberapa kaedah untuk mengenalpasti sebab berlakunya kelemahan pelajar dalam tumpuan murid

memberi fokus di dalam kelas. Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung bagi melihat sendiri perilaku dan sikap murid terhadap tumpuan dan fokus mereka di dalam kelas. Langkah 3 : Menurut Model Somekh, langkah ketiga adalah menganalisis data kajian yang diperolehi daripada sampel kajian yang dilakukan. Berdasarkan kajian, pelaksanaan kaedah pemerhatian mendapati 4 daripada 10 pelajar dalam kelas Bestari menunjukkan sikap tidak berminat untuk belajar dan sukar memberikan tumpuan sewaktu berada di dalam kelas. Tumpuan yang diberikan juga singkat dan tidak konsisten. Lanjutan itu, time sampling, soal selidik dan rekod anekdot telah dibuat bagi mengukuhkan lagi penyelesaian permasalahan yang berlaku. Langkah 4 : Langkah keempat dalam Model Somekh adalah merancang pelan tindakan . Pengkaji telah merancang untuk menggunakan teknik warna dalam terapi seni menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang berkesan. Pengkaji percaya faktor warna memberi kesan yang amat mendalam terhadap minat dan fokus murid terhadap pembelajaran mereka. Langkah 5 : Langkah kelima adalah melaksanakan pelan tindakan. Empat aktiviti telah dijalankan. AKTIVITI 2 : CANTIK TAK SAYA? Langkah 1 : Apa warna saya? AKTIVITI 3 : DOH BERWARNA Langkah 1 : Sila Uli Saya AKTIVITI 4 : TOKEN BERWARNA (dijalankan pada aktiviti 1,2 3) Token bintang merah -tingkah laku negatif Token bintang biru -tingkah laku positif.

AKTIVITI 1 MARI CAM SAYA

Langkah 1 : Kenali saya

Langkah 2 : Warnakan saya !

Langkah 2 : Saya Cantik

Langkah 2 : Bentukkan Saya

Rajah 2 : Aktiviti Pelaksanaan Pelan Tindakan Langkah 6 : Langkah keenam ialah mengumpul data untuk mengesahkan perubahan di mana dapatan kajian didatakan berbentuk jadual kerana lebih mudah dianalisis. Ciri yang hendak dinilai amat jelas dinyatakan dan dimensi prestasi dan tahap pencapaian untuk ciri tersebut telah dikenalpasti. Langkah 7 : Langkah ketujuh adalah menganalisis dan menilai keberkesanan kaedah penggunaan warna dalam terapi seni pada bahan bantu mengajar ( BBM ) untuk meningkatkan tumpuan dan minat murid. Dalam langkah ini, data yang dikumpul telah dianalisis. Daripada bentuk jadual dipindahkan kepada bentuk graf mengikut kaedah skala perkadaran. Tahap kejayaan kajian dinilai di sini. Langkah 8 : Langkah yang terakhir adalah putaran seterusnya, di mana kajian tindakan yang sama atau yang baru perlu dijalankan bergantung kepada kejayaan atau kegagalan di dalam kajian ini. Jika kajian yang dijalankan tidak memberi kesan pada tumpuan murid dalam pembelajaran saya, penambahbaikan perlu dilakukan dalam kaedah agar aktiviti yang kurang memberansangkan dapat dimurnikan.

DAPATAN DAN REFLEKSI 1. Analisis Keputusan Soal Selidik Soal selidik yang saya jalankan bertujuan untuk menilai perubahan yang berlaku terhadap tumpuan yang diberikan oleh responden sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemerhatian telah dibuat semasa tinjauan pra dan tinjauan pos. Data melalui soal selidik dikumpul dan dijadualkan seperti di bawah : Jadual 1 : Perbandingan Nilai Min Soal Selidik ITEM / SOALAN 1. Adakah murid aktif semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan? 2. Adakah murid mendengar arahan guru? 3. Adakah murid kerap bertanya soalan ? 4. Adakah murid mempunyai semangat ingin tahu dan ingin mencuba sendiri? 5. Adakah murid memberikan fokus ketika guru mengajar? TINJAUAN PRA (min) 5/4 = 1.25 7/4 = 1.75 4/4 = 1 8/4 = 2 4/4 = 1 TINJAUAN POS (min) 19/4 = 4.75 20/4 = 5 18/4 = 4.5 20/4 = 5 16/4 = 4

Rajah 3 : Graf Perbandingan Nilai Min Soal Selidik Peningkatan nilai min berdasarkan jadual soal selidik di atas jelas menunjukkan keberkesanan teknik warna dalam kajian ini dapat meningkatkan tumpuan murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Ini secara tidak langsung telah menjawab soalan kajian yang pertama iaitu adakah warna dalam terapi seni dapat meningkatkan tumpuan murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 2. Analisis Keputusan Rekod Persampelan Masa ( Time Sampling ) Pemerhatian tidak berstruktur ini telah dijalankan bagi memerhati tingkah laku yang tidak dingini dan bersifat diskruptif untuk dimasukkan ke dalam data rekod persampelan masa ( time sampling). Setiap responden diperhati dari sudut gerak geri perilaku yang yang tidak diingini dan dapatan dicatatkan di dalam rekod persampelan masa. Kajian persampelan masa ini digunakan ketika menjalankan tinjauan pra dan tinjauan pos bagi melihat perubahan tingkah laku responden. Keputusan data perbandingan rekod persampelan masa sebelum dan selepas intervensi telah jadualkan seperti di bawah :

Jadual 2 : Perbandingan Rekod Data Persampelan Masa ITEM Memukul Rakan Mencuit Rakan Bercakap / Berbual Keluar Kelas Tak Dengar Arahan TINJAUAN Pra Pos Pra Pos Pra Pos Pra Pos Pra Pos R1 8 (13.3 %) 4 (6.7 %) 7 (11.7 %) 2 (3.3 %) 10 (6.7 %) 5 (8.3 %) 4 (6.7 %) 1 (1.6 %) 9 (15 %) 4 (6.7 %) KEKERAPAN ( % ) R2 R3 6 (10 %) 5 (8.3 %) 2 (3.3 %) 1 (1.6 %) 8 (13.3 %) 4 (6.7 %) 4 (6.7 %) - ( 0%) 7 (11.7 %) 4 (6.7 %) 2 (3.3 %) 1 (1.6 %) 5 (8.3 %) 2 (3.3 %) 1 (1.6 %) - ( 0%) 5 (8.3 %) 5 (8.3 %) - ( 0%) 2 (3.3 %)

R4 5 (8.3 %) 4 (6.7 %) 6 (10 %) 3 (5 %) 3 (5 %) - ( 0%) 1 (1.6 %) - ( 0%) 6 (10 %) 2 (3.3 %)

Melalui keseluruhan data yang telah ditunjukkan, jelas menunjukkan penurunan yang sangat baik terhadap kekerapan responden melakukan tingkah laku yang tidak diingini. Ini sekaligus memberi jawapan kepada keberkesanan teknik warna dalam mengawal tingkah laku negatif murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dan seterusnya menjawab kepada soalan kajian tindakan ini. 3. Analisis Keputusan Rekod Anekdot ( Berdasarkan Aktiviti 4 : Token Warna ) ANALISIS REKOD ANEKDOT AKTIVITI 1 : Dalam aktiviti 1, pada awalnya murid kurang faham dengan aktiviti token berwarna di mana konsep mengenai konsep token itu masih kurang jelas dalam pemikiran mereka. Ada yang hanya sambil lewa dan tidak memberikan tingkah laku positif yang baik pada awalnya. Namun, perubahan tingkah laku ke arah perilaku yang positif mula kelihatan apabila beberapa responden mula memperoleh token bintang berwarna biru dan beberapa responden lain masih melakukan tingkah laku negatif dan token berwarna merah diberikan melalui carta pemerolehan token bintang mereka. ANALISIS REKOD ANEKDOT AKTIVITI 2 : Dalam aktiviti 2, perubahan mula ketara apabila semua responden memberikan tingkah laku positif yang memberangsangkan dari semasa ke semasa sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Responden mula berlumba-lumba mendapatkan token bintang biru yang menandakan tingkah laku positif ditunjukkan. Namun, tingkah laku negatif masih berlaku namun tingkah laku mereka masih boleh dikawal setelah pengkaji mengingatkan dari masa ke masa ganjaran peneguhan ini supaya responden berkelakuan baik. ANALISIS REKOD ANEKDOT AKTIVITI 3 : Pada aktiviti 3, perubahan tingkah laku ke arah lebih positif lebih banyak berlaku melalui kaedah token bintang berwarna ini. Ada beberapa responden seolah-olah ingin membolot kesemua token bintang biru untuk mendapatkan ganjaran. Mereka dilihat berubah dengan melakukan perkara-perkara positif sperti lebih suka bertanya, membantu guru, mematuhi arahan guru, tidak membuat bising dan pelbagai lagi. Hanya sedikit sahaja tingkah laku diskruptif ditunjukkan dan ini memberi kelancaran kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru.

KESIMPULAN Segala masalah ini dapat ditangani selepas menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik warna ini. Dengan kaedah ini, murid dilihat lebih fokus dan berminat untuk belajar. Apabila ini berlaku, keinginan murid untuk menganggu rakan-rakan yang lain pasti akan berkurangan. Mereka lebih menumpukan perhatian terhadap bahan bantu mengajar ( BBM) yang telah digunakan oleh guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak lagi bising dan berjalan-jalan sesuka hati di dalam kelas kerana mereka mempunyai sesuatu yang boleh dimanfaatkan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Kesannya, kaedah warna ini memberi ransangan minda untuk muridmurid tertarik dengan sesuatu yang menarik untuk dipelajari. Dengan keunikan warna dan ditambah lagi dengan aktiviti yang melibatkan keseluruhan pancaindera digunakan, murid akan bekerja dan belajar dengan lebih tekun sehinggakan tidak sempat untuk melakukan kerja lain mahupun melakukan tingkah laku yang tidak diingini. Melalui hasil dapatan kajian tindakan di Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi ini, kaedah warna dalam terapi seni dilihat dapat menarik murid untuk mengurangkan tidak laku yang tidak diingini dan meningkatkan lagi tumpuan serta memberikan fokus dan konsentrasi yang lebih stabil kepada murid. Samada lambat mahupun cepat seseorang murid itu memahami apa yang kita ajarkan adalah bergantung kepada kebolehan dan keupayaan mereka mencerap sesuatu ilmu yang diberikan berikutan mereka ini sememangnya terdiri daripada anak-anak istimewa. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AMALAN Berdasarkan dapatan kajian ini, terdapat beberapa langkah yang boleh diperbaiki dalam penambahbaikan amalan. Cadangan saya adalah seperti berikut : 1.Penggunaan Kaedah Secara Meluas Pengkaji mencadangkan kaedah warna dalam terapi seni ini tidak hanya digunakan oleh pelajar Pendidikan Khas sahaja, namun ia perlu digunakan kepada kesemua pelajar yang ada di sekolahsekolah tidak kiralah untuk arus perdana , kelas pemulihan, prasekolah ataupun kelas pendidikan khas. Ini kerana, pengkaji yakin ia dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan meningkatkan lagi kemahiran yang ada pada guru. 2.Aktiviti Berkumpulan Melalui kajian yang saya jalankan ini, tidak semua aktiviti saya jalankan secara berkumpulan tetapi ia lebih bersifat individu. Apa yang ingin saya cadangkan adalah supaya pnyelidik-penyelidik selepas ini dapat mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kolaboratif iaitu berkumpulan bagi melibatkab pembabitan murid secara menyeluruh. 3.Mempelbagaikan Seni Dalam Bentuk Animasi Dalam kajian saya, saya lebih banyak mengaitkan pelajar tentang kewujudan alatan maujud. Saya merasakan ia dapat dipelbagaikan dengan menggunakan kaedah animasi yang lebih berwarna warna dan interaktif di samping bantuan dan penataan cahaya dan bunyi lebih menarik dan berkesan. SENARAI RUJUKAN Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (2008) Buku Manual Kajian Tindakan - Edisi Ketiga, Kementerian Pelajaran Malaysia : Wilayah Persekutuan Putrajaya. Hanisah Bt. Mohamed, Hamidah Bt Ismail, Akmal Alifah Bt Luk,Noor Hayati Bt Osman Mohd Redzuan Bin Hussin (2010). Model Dan Teori Perkembangan Awal Kanak-Kanak. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Noraziah Abdul Hamid dalam Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid. (1988) Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Selangor : Siri Pendidikan Longman Malaysia Snd. Bhd. Norma Binti Haji Hassan (2004) Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dengan Minat Pelajar Tahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung. Malim, Perak Darul Ridzuan. Sabri Bin Salehudin (2010). Meningkatkan Minat Pelajar Mempelajari Kemahiran Asas Mewarna Menggunakan Roda Warna Dalam Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. SMK Temerloh Jaya,Temerloh, Pahang. Safani Barri. (2006). Pengenalan Kepada Pendidikan Khas. Kuala Lumpur : Open University Malaysia ( OUM ) Syed Ismail Bin Syed Mustafa, Ahmad Subkhi Miskon (2010) Budaya Dan Pembelajaran. Puchong, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Zaridah binti Zuber (2002) Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Warna. Manjong, Perak Darul Ridzuan.

You might also like