You are on page 1of 18

NASI MINYAK WARNI WARNI Bahan-bahan: 1 kg beras basmathi [basuh dan toskan] 1 liter air 100 ml susu cair

3 biji tomato buah [cincangkan] 1 batang serai [ketukkan] 2 helai daun pandan [simpulkan] 1 kiub ayam 1 s/k garam pewarna hijau merah dan kuning 60 gm minyak sapi 60 gm majerin 80 gm kismis Bahan tumis: 3 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 2 cm kulit kayu manis 2 cm halia ] 3 ulas bawang merah ] tumbuk 1 ulas bawang putih ] Bahan hiasan: bawang goreng daun bawang [mayang] Cara membuat: 1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. 2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi. 3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh. 4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, kismis dan beras. Kacau rata. 5. Masakkan saperti nasi biasa. 6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan. 7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi. 8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.

DAGING MASAM MANIS [DAGING MASAK MERAH] Bahan 500 gm daging [hiris nipis] 150 gm sos tomato 150 gm sos cili 20 gm kunyit 100 ml minyak garam Bahan Hiris 50 gm bawang besar 3 ulas bawang putih 3 cm halia 2 biji cili merah 2 biji cili hijau Cara 1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar. 2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut. 3. Masukkan sos tomato dan sos cili. 4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati. 5. Angkat dan hidangkan. KERUTUP AYAM Bahan 1 ekor ayam [1.5 2.0 kg] 80 gm rempah kerutup [ dibancuh dgn sedikit air]] 800 ml santan [ 1 biji kelapa] 30 gm gula merah 30 gm kerisek 80 ml minyak untuk menumis bahan kisar 100 gm bawang merah goreng 2 biji buah keras 2 cm halia 2 cm lengkuas 3 batang serai 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Cara 1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing. 2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati. 3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh 4. Masakkan sehingga kuah pekat dan ayam lembut. 5. Pastikan kacau sekali sekala. 6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

KUZI UDANG GALAH Bahan 4 ekor udang besar 200 ml susu cair 50 gm rempah kuzi 5 biji cili merah 2 biji tomato buah [belah 4] 1 labu bawang besar [belah 4] 50 gm kismis 150 gm sos tomato 200 ml minyak garam kunyit Bahan Mesin 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 5 cm halia 1 cawan bawang goreng 5 biji cili merah Cara 1. Udang dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng sehingga masak. Ketepikan. 2. Gunakan separuh minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak. 3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata. 4. Masukkan udang, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak. 5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti. PUDING AISKERIM Bahan 10 gm serbuk agar-agar 700 ml air 300 gm gula 400 ml susu cair 60 gm tepung jagung 400 gm aiskrim keladi 15 ml pes keladi pewarna purple hiasan..sebarang pilihan Cara 1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendideh. 2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. 3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendideh. 4. Angkat dari api dan tapiskandalam mangkuk besar. 5. Masukkan aiskrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair. 6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar. 7. Masukkan pes keladi dan pewarna purple kedalam adunan yg separuh lagi. 8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg berwarna purple keatasnya dan sejukkan. 9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri. 10. Hidangkan sejuk.

DAGING GORENG Bahan 500 daging batang pinang [hiris nipis] 100 gm kacang panjang [potong pendek] 1 cawan air 3 s/b cili sos 2 s/b kicap 1 labu bawang besar 3 tangkai cili merah 3 s/b minyak garam secukup rasa Bahan Hiris 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang besar 3 cm halia Cara 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi. 2. Masukan daging, sos cili, kicap dan air. Kacau rata. Biarkan sehingga daging lembut dan air kering. 3. Masukkan kacang panjang dan garam. Kacau rata dan biarkan beberapa miniit. 4. Masukkan cili dan bawang besar. Kacau rata. 5. Angkat dan hidangkan dalam pinggan.

KERABU JANTUNG PISANG Bahan 1 biji jantung pisang [rebus sehingga lembut dan hiris] 1 cawan daun ulam raja [hiris halus] 1 cawan santan pekat 2 sudu besar kerisik 3 s/b jus asam jawa secukupnya 1 s/k gula Bahan Mesin 1 labu bawang besar 2 batang serai 3 cili merah 5 tangkai ciliapi segengam ikan bilis sedikit belacan [jika suka] garam Cara: 1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air asam jawa. 2. Rasakan masin & manis kerabu ini. 3. Hidangkan bersama nasi putih

ROASTED CHICKEN Bahan: 1 ekor ayam (anggaran 1.5 kg atau 1.7 kg) 2 s/b madu 1 s/b air limau kasturi 2 s/b BBQ 1 2 5 2 2 5 labu bawang besar - belah 4 tapi tidak putus kuntum bunga lawang ] kuntum bunga cengkih ] bahan A biji buah pelaga ] inci kulit kayu manis ] biji kentang kecil - buang kulit

Cara 1. Bersihkan dan tos sehingga ayam kering. 2. Gaulkan madu, air limau dan BBQ sos. 3. Lumurkan ayam dengan bahan yg digaulkan dan perapkan selama 3 atau 4 jam. 4. Masukkan bahan [A] kedalam perut ayam. 5. Masukkan juga bawang besar yang telah dibelah tidak putus. 6. Susun ayam dan kentang dalam loyang tahan panas. 7. Bakar dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 200 C. 8. Bila sudah masak 30 minit terbalikkan ayam dan bakar lagi sehingga masak dan lembut. 9. Setelah masak, susun daun salad dalam pinggan dan letakkan ayam diatasnya. 10. Sediakan sos lada hitam. GRAVY LADA HITAM Bahan 1 bawang besar [didadu] 2 bawang putih [dicincang] 4-5 sudu besar lada hitam [kisar] 2 sudu besar tomato sos 2 sudu besar kicap 1 cawan air rebusan tulang ayam/daging 1 sudu besartepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan sikit garam dan sedikit gula minyak untuk tumis Cara 1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu. 2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam. 3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung. 4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa. 5. Hidangkan bersama ayam kukus atau ayam bakar atau pun chicken chop]

SOS CENDAWAN Bahan 1 bawang besar [didadu] 2 bawang putih [dicincang] 1 sudu besar serbuk lada sulah 1 sudu besar lada hitam 1 tin mushroom sup 1/2 cawan mushroom [cincang halus] 1/2 cawan air rebusan tulang ayam/daging 1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan air sikit garam dan sedikit gula minyak untuk tumis Cara 1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu. 2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam. 3. Bila dah pekat masukkan mushroom soup, mushroom cincang, lada hitam, lada putih dn tepung jagung. 4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki perisakan garam n gula secukup rasa. 5. Hidangkan bersama ayam atau ayam bakar atau pun chicken chop. SOS REMPAH bahan 2 s/b majerin 2 ulas bawang putih ] 2 ulas bawang merah ] cincang halus 1 s/b rempah kari 1/2 cawan stok ayam 1 s/k tepung jagung [bancuh ngan sikit air] 100 gm cendawan butang [cincang] 1 s/b sos tomato garam cara 1. Panaskan majerin dan tumiskan bawang sehingga layu dan wangi. 2. Masukkan rempah dan stok. 3. Masukkan sos tomato, cendawan dan garam. 4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan sehingga mendideh dan pekat. 5. Tutup api dan siramkan pada ayam. TAT GULUNG Bahan 60 gm butter 190 gm majerin 70 gm gula halus

1 biji kuning telur 1 s/k esen vanilla 350 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung Jem Nenas.. boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek atau.. 1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula 1/2 cawan air ] 1 cawan gula Bahan Glaze/pengilat 2 kuning telur 2 s/kecil air pewarna kuning Cara. 1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata. 2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata. 3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan. 4. Gaulkan sehingga rata dan sebati. 5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan. 6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. 7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan. 8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas. 9. Sapukan dengan bahan glaze tadi. 10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit. 11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Kalau kak liza rajin dan ada pembantu/kawan..kak liza selalu buat kueh ni.. kalau rasa macam nak cepat jer.. kak liza buat saperti ini.. masukkan bahan adunan dalam acuan bunga dahlia/bunga cina tu dan pamkan dlm acuan kertas.. tekan tengah sikit.. pastu kak liza mmasukkan jem nenas dalam beg pelastik kecil dan lubangkan hujung bucu.. pamkan jem kedalam adunan bunga dahlia tadi.. bakar sehingga kuning keemasan..[15 - 20 minit gak]. cara ni memang cepat..dan ada kelainan dari biskut tat yg selalu disajikan dirumah orang lain..

tat dahlia sebelum dibakar

tat dahlia setelah dibakar

JEM NENAS 1 biji nenas muda [yg kulit hijau tu] kupaskan kulit dan buangkan mata...pastu racikkan semua nenas tu kecik sikit. [batang tengah pun pun amik..jangan buang..rugi wooo]

Masukkan dalam blender..+ 1/2 cawan air..kisarkan [JANGAN TAPIS selepas kisar] Masukkan dalam kuali [kalu boleh gunakan non-stik wok/kuali..kalau tak der..p beli kat COSWAYker..kat GIANT ker..K4 KER..] Panaskan [masakkan] sehingga agak pekat. Masukkan 1/2 cawan gula..tambah 1 s/b gula kalau nak manis sikit tapi kak liza rasa dah okey dah tu.. Pastu kacaulah..jangan tinggal sebab dia akan hangus oleh kerana ada gula.. kak liza tidak bubuh pewarna kuning..nanti jem tu lebam..dan juga apa asam limau sebab nenas tu kak liza amik airnya..dah cukup masam dah..original masam sebab nenas tu kan nenas muda.. kacau sehingga agak pekat dari jem nenas yg kita beli [dalam botol tu].. so bila nak gunakan masukkan dalam pelastik saiz 5' x 7' tu.. aduhai panjangnye bab jem ni.. Cara membuat tart gulung

1. Bulatkan jem nenas dan ketepikan dalam pinggan [tujuannya untuk mengelakkan tangan berlengas nanti]

2. Pamkan doh. Terbalikkan bahagian bunga jalur tart itu ke bahagian bawah.

3. Letakkan inti jem yg telah dibulatkan dan gulungkan. Potong bahagian yg berlebihan.

4. Susunkan tat dalam loyang.

5. Sapukan kuning telur. Bakar sehingga kuning keemasan.

6. Siap untuk dihidangkan.

BUTTER COOKIES Bahan 135 gm butter 60 gm gula kastor 150gm tepung gandum 30 gm tepung jagung Cara 1. Pukul butter dan gula sehinga sebati. 2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit. 3. Masukkan adunan dalam piping bag roseete [ataupun pam daisy/bunga cina] dn pamkan dalam paper-cup. 4. Bakar pada suhu 170'C selama 18 -20 minit. 5. Sejukkan dan simpankan dalam bekas kedap udara.

CHOCOLATE BUTTER COOKIES Bahan 135 gm butter 60 gm gula kastor 140gm tepung gandum 30 gm tepung jagung 10 gm serbuk koko Cara 1. Pukul butter dan gula sehinga sebati. 2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko yg telah diayakkan sedikit demi sedikit. 3. Masukkan adunan dalam piping bag roseete [ataupun pam daisy/bunga cina] dn pamkan dalam paper-cup. 4. Bakar pada suhu 170'C selama 18 -20 minit. 5. Sejukkan dan simpankan dalam bekas kedap udara.

BISKUT DAHLIA Bahan 225 gm butter 110 gm gula ising 1 biji kuning telur 1/2 s/k esen vanilla 70 gm tepung jagung 120 gm tepung kastad 170 gm tepung rose/tepunng gandum ceri merah sebagai hiasan Cara 1. Gaulkan butter dan gula ising sebati. 2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata. 3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit. 4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang. 5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan. 6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit. 7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.

SAMPERIT LAPIS Bahan 280 gm butter 130 gm gula kastor 270 gm tepung ros/tepung biskut 140 gm tepung jagung 1 s/k coklat emulco coklat cair manik warna warni kecil Cara 1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati. 2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit. 3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian. 4. Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal. 5. Gunakan acuan samperit pamkan adunan coklat dalam loyang sepanjang 2 inci. 6. Pamkan adunan asal diatas doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang. 7. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit. 8. Bila telah sejukkan pamkan coklat cair atas biskut dan taburkan manik warna warni. 9. Bila coklat telah beku simpan dalam balang kedap udara.

Biskut Coklat Rice

BISKUT COKLAT RICE Bahan 250 gm butter 150 gm gula halus 1 biji kuning telur 50 gm tepung jagung 230 gm tepung gandum 30 gm serbuk koko bahan hiasan paper cup coklat rice badam cincang

Cara 1. Pukul buter dan gula sehingga sebati. 2. Masukkan kuning telur dan kacau rata lagi. 3. Ayakkan tepung jagung, tepung gandum dan serbuk koko. 4. Masukkan sedikit demi sedikt dan kacau rata, 5. Gunakan acuan bunga cina/dahlia untuk mencorakkan patern. 6. Pamkan adunan kedalam paper-cup dan hiaskan dengan coklat rice dan badam cincang. 7. Masakkan dalam oven 170'C selama 25 minit. 8. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.