You are on page 1of 11

2.

0 ANALISIS SOALAN

Dalam tugasan kerja kursus Amalan Pentaksiran Dalam Matematik, saya dikehendaki untuk menjalankan satu Ujian Matematik terhadap murid-murid semasa menghadiri amalan praktikum di Sekolah Ayer Itam, Pulau Pinang. Sebelum membina item, Jadual Spesifikasi Ujian harus dibina berdasarkan model Taxonomi Bloom. Jumlah item yang harus dibina adalah sejumlah 20 soalan objektif beraneka pilihan terdiri daripada beberapa tajuk dalam matapelajaran Matematik sekolah rendah. Ujian ini hendaklah ditadbir kepada 30 orang murid. Terdapat 20 soalan telah disediakan dalam Ujian Formatif Matematik yang dberikan kepada pelajar-pelajar Tahun 5 Kreatif. Soalan tersebut telah diambil daripada beberapa tajuk matematik iaitu Nombor Bulat, Pecahan,Perpuluhan, Peratus dan juga Wang. Soalan-soalan yang diajukan juga berdasarkan Taxonomi Bloom iaitu aras pengetahuan, aras kefahaman dan juga aras aplikasi. Secara keseluruhannya, berdasarkan pemerhatian saya, kelas 5 kreatif mempunyai variasi tahap pencapaian murid. Ada murid yang memang menguasai subjek matematik, sederhana dan ada juga yang masih lemah dalam beberapa topik matematik darjah 5. Namun begitu, saya telah memilih soalan-soalan tahap mudah hinggalah ke sukar supaya taburan soalan yang ditanya adalah seimbang. Berdasarkan keputusan ujian yang telah diperoleh, sebuah analisis telah dijalankan untuk melihat sejauh mana indeks kesukaran, indeks diskriminasi, mod, median dan sisihan piawai. Secara keseluruhan, terdapat beberapa soalan yang harus diubahsuai ataupun perlu ditulis semula.

00 menunjukkan item ini terlalu mudah manakala Indeks diskriminasi pula menunjukkan bacaan 0. 1. Soalan ini boleh ditulis semula dengan menggunakan nilai yang lebih besar. .1 ANALISIS SETIAP ITEM ITEM 1 Item 1 adalah soalan yang dipetik daripada tajuk nombor bulat dan merupakan soalan aras pengetahuan. saya mengambil keputusan untuk mengubahsuai soalan ini kepada bentuk yang lebih menguji kefahaman dan pengetahuan murid-murid.00 menyebabkan item ini adalah kurang baik dan harus ditulis semula. Melihat kepada soalan ini juga. Soalan : “Three hundred twelve thousand two hundred and forty-one” written in numeral is “ Tiga ratus dua belas ribu dua ratus empat puluh satu ” ditulis dalam angka ialah A B C D 320 241 312 241 32 041 31 241 Indeks kesukaran yang diperoleh ialah 1. Di samping itu. ia memang terlalu mudah dan murid tidak begitu terganggu dengan jawapan-jawapan yang disediakan.2. susunan jawapan juga sebaiknya adalah bermula daripada nilai kecil ke besar. Setelah membuat pertimbangan.

00. 324 634 buku pemadam pada bulan Mac dan 253 671 buku pemadam pada bulan April. maka soalan ini hendaklah ditulis semula. A factory produced 123 432 erasers in February. 324 634 erasers in March and 253 671 erasers in April. Indeks diskriminasi pula menunjukkan bacaan 0. Maka. Antara perubahan yang boleh dilakukan kepada soalan ini mungkin dari segi melibatkan penggabungan operasi. seperti soalan penyelesaian masalah menggabungkan operasi tambah dan tolak.ITEM 3 Item 3 adalah soalan yang juga diambil daripada tajuk nombor bulat. 1. berdasarkan IK dan ID yang dipilih. kebanyakan murid dapat menguasai soalan berbentuk seperti di atas. Ia merupakan soalan penyelesaian masalah iaitu aras aplikasi. Berapakah buku pemadam yang telah dihasilkan oleh kilang tersebut dalam masa tiga bulan ini? A B C D 701 717 701 727 701 737 701 747 Indeks kesukaran yang diperolehi dari soalan ini ialah 0. How many erasers did the factory produce in three months? Sebuah kilang menghasilkan 123 432 buku pemadam pada bulan Februari. .90 dan berada pada tahap terlalu mudah. Walaupun pilihan jawapan bagi saya adalah mengelirukan namun. mungkin kerana operasi yang terlibat adalah operasi tambah.

Maka sebaiknya item ini hendaklah diubahsuai ataupun ditulis semula. The above diagram represents Rajah di atas mewakili A B C D Pada awal lagi. saya sendiri sudah berasa bahawa soalan ini boleh menimbulkan keraguan namun saya menganggap bahawa kesukaran pada soalan ini adalah baik. soalan juga tidak diajukan dengan lengkap. berkemungkinan bahawa murid sendiri ridak dapat menginterprestasikan rajah tersebut. . Oleh sebab itu. Bacaan indeks kesukaran untuk item ini adalah 0.14 iaitu item ini dikira kurang baik. Manakala indeks diskriminasi pula ialah 0.ITEM 7 Item 7 merupakan soalan daripada tajuk pecahan dan ditulis berdasarkan aras kefahaman. Menurut pandangan saya juga . Rajah ataupun stimulus hendaklah diterangkan dengan betul melalui stem soalan. Kelemahan pada item ini adalah stem soalan kabur dan rajah tidak dilukis dengan sempurna dan menyebabkan murid tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membaca rajah dan membuat pilihan jawapan.10. hanya terdapat 3 orang murid sahaja yang menjawab soalan dengan betul.

soalan ini adalah kurang baik dan saya membuat keputusan untuk menulis semula ataupun mengubahsuai soalan menggunakan nilai lain. Convert to decimal .005 0. soalan ini mencatatkan IK 0. Bacaan ID pula menunjukkan nilai 0. .0005 5 kepada perpuluhan. bacaan IK membuktikan bahawa item ini adalah terlalu mudah. Berdasarkan pentafsiran item.05 0.97. Soalam ini berada pada aras pengetahuan berdasarkan Taxonomi Bloom.00. sudah semestinya mengikut pentafsiran item. Tukarkan A B C D 0.ITEM 9 Item 9 diambil daripada tajuk perpuluhan iaitu soalan menukar pecahan kepada perpuluhan. Menurut bacaan indeks kesukaran.

soalan ini boleh disimpan di dalam bank soalan. bacaan IK menunjukkan ia berada pada tahap sederhana dengan nilai 0. Berapakah jumlah berat dalam kg buku tulis yang dibelinya? A B C D 11.58 14. What is the total mass in kg of writing books that he bought? Sebuah kotak buku tulis seberat 3.29.79 Saya telah mengubahsuai soalan ini sebelum ujian dijalankan lagi. Jikalau mengikut garis panduan ID. murid kelas yang saya ajar tidak begitu menguasai operasi mendarab dengan nombor lebih daripada 10 mahupun lebih daripada itu. saya dapat melihat dengan jelas kadar murid yang boleh menjawab adalah tinggi di samping dapat ia juga menguji pelajar yang lemah agar melakukan operasi darab dengan betul. . Jamil membeli 4 kotak buku tulis itu. Soalan : One box of writing books weight 3.12 kg. Saya menggunakan pendaraban 1 nombor kerana.77 manakala bacaan ID pula menunjukkan bahawa ia berada pada tahap sederhana baik dengan nilai ID 0. Melalui soalan seperti ini.95 12. Jamil buys 4 boxes of the writing books.48 13.ITEM 12 Item 12 merupakan soalan berbentuk penyelesaian masalah menggunakan aras aplikasi Taxonomi Bloom. Namun begitu. pada pandangan saya.12 kg.

ITEM 13 Item 13 adalah soalan yang diambil daripada tajuk peratus.43 iaitu item ini adalah sangat baik. Soalan : What is the percentage of the shaded area in the diagram above? Berapakah peratusan rajah yang berlorek? A B C D 3% 15% 25% 30% Bacaan IK menunjukkan nilai 0. Namun apabila ID dikira.23. maka soalan ini adalah terlalu sukar. Untuk mencari jawapan bagi soalan ini. Oleh itu. . Berdasarkan pemerhatian saya juga. adalah kerana mereka masih tidak menguasai kemahiran mendarab melibatkan pecahan. cara penyelesaiannya adalah seperti di bawah : Murid masih lemah dalam mendarab menggunakan pecahan. segelintir murid yang menjawab soalan ini salah. Murid yang menjawab soalan ini dengan salah mungkin kerana mereka keliru dengan formula yang terlibat untuk mencari peratus bagi rajah tersebut. Soalan ini ditulis berdasarkan aras pengetahuan. murid-murid masih menghadapi masalah dalam menjawab soalan yang melibatkan pecahan. bacaannya menunjukkan 0. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk tetap meneruskan soalan ini kerana mungkin memang soalan ini sukar tetapi ramai murid yang masih boleh menjawabnya. dalam panduan pentafsiran indek kesukaran.

A B C D 770 % 77 % 7. Pada pendapat saya pula. Mengikut model Taxonomi Bloom. State 0. Nyatakan 0.ITEM 14 Item 14 merupakan soalan penukaran nombor perpuluhan kepada peratus.77 dalam peratus.67 manakala indeks diskriminasi pula menunjukkan bacaan 0. Hasilnya ada murid yang boleh menjawab dengan betul dan hanya 10 orang murid yang tidak dapat menjawab soalan ini dengan tepat. ia merupakan soalan yang kurang baik.77 in percentage. Soalan ini berada pada tahap sederhana namun berdasarkan bacaan ID.14. saya mengambil keputusan untuk tidak mengubah soalan ini kerana pada saya soalan ini sesuai untuk diajukan untuk menguji kefahaman muridmurid tentang tajuk perpuluhan dan peratus. Walaupun begitu. .7 % 0. soalan ini adalah sesuai dan boleh disimpan dalam bank soalan namun mungkin ada murid yang lupa cara untuk menukar perpuluhan ke peratus ataupun keliru dalam meletakkan titik perpuluhan. soalan ini berada pada aras kefahaman.77 % Nilai indeks kesukaran yang telah diperoleh ialah 0.

1. Jadual berikut menunjukkan bilangan pen yang dihasilkan oleh sebuah kilang. yang manakah dibundarkan betul kepada ratus ribu yang terdekat? A B C D 845 672 -> 846 000 786 521 -> 700 000 410 993 -> 411 000 273 410 -> 300 000 (√) ITEM 3 The table shows the number of pens produced by a factory. Pen Red / Merah Black / Hitam Blue / Biru Kuantiti / bilangan 34 638 62 105 2969 more than red pens 2969 lebih daripada pen merah Calculate the total number of pens produced by the factory.2.1 ITEM TULIS SEMULA/UBAHSUAI ITEM 1 Which of the following is correctly rounded off to the nearest hundred thousand? Antara yang berikut. A B C D 134 350 (√) 141 100 145 450 150 005 . Hitung jumlah bilangan pen yang dihasilkan oleh kilang itu.

79 into a fraction . A B C D .79 kepada perpuluhan. Rajah berikut menunjukkan 3 segi empat dengan masing-masing dibahagikan kepada 8 bahagian yang sama besar.ITEM 7 The diagram shows 3 squares which are divided into 8 equal parts respectively. What fraction of the diagram is shaded ? Berapakah pecahan daripada rajah itu yang berlorek? A B C D ITEM 9 Convert 0. Tukarkan 0.

melihat kepada keputusan dan markah murid. ia juga menunjukkan kepada saya bahawa ada beberapa topic atau bentuk soalan yang harus saya tekankan kepada murid-murid. soalan penyelesaian masalah juga harus sentiasa didedahkan kepada murid agar mereka tahu mengeluarkan maklumat yang ada dan menyelesaikan soalan tersebut mengikut proses yang betul. Contoh soalan yang paling jelas adalah soalan yang melibatkan pendaraban pecahan.2. saya berasa bahawa soalan-soalan yang diajukan dalam ujian ini bersesuaian dengan tahap murid-murid 5 Kreatif. .1.2 Komen Prestasi Pelajar Secara keseluruhannya. Selain itu. Walaupun begitu.