You are on page 1of 17

FRIDAY, SEPTEMBER 21, 2012

Cabaran dan Perubahan Dasar Pendidikan
1.0 Pengenalan Menurut Prof. Dr Muhammad Naquib[1] beliau telah mendefinisikan pendidikan sebagai “menanam sesuatu kedalam diri manusia”. Pendidikan di Malaysia merupakan satu medan yang amat penting dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Malah melalui pendidikan juga, matlamat perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai. Oleh yang demikian maka wujudlah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang disusun bagi matlamat-matlamat tertentu dalam membina sebuah negara maju. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diwujudkan atas dasar kesedaran para pemimpin serta rakyat tentang kepentingan sistem pendidikan bagi menggantikan sistem pendidikan penjajah[2]. Atas kesedaran ini maka lahirlah Dasar Kebangsaan Malaysia melalui Penyata Razak 1956 yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula pada tahun 1960 yang telah menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini telah termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Pada tahun 1974 sebuah jawatankuasa telah diwujudkan bagi mengkaji semula dasar pendidikan bertujuan memperbaiki kelemahannya serta mencapai matlamat bagi membaiki tujuan serta matlamat

Kemudian diasaskan pula Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam menekankan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak. mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. kerajaan sering melakukan kajian serta penyelidikan dari semasa ke semasa agar dunia pendidikan negara kita tidak ketinggalan dalam mengahadapi cabaran masa kini. politik dan ekonomi. Antara objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bagi menubuhkan satu sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan budaya.Perubahan Dasar[3]Pendidikan oleh Tan Sri Alimuddin Mohd. yang boleh mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Buktinya dalam tahun 1950 an dan awal 1960 dan 1970 an.Dom[4] menyatakan bahawa perkembangan bidang pendidikan merupakan antara faktor perkembangan pelbagai bidang terutamanya bidang politik. serta melicinkan tatacara pengurusan pendidikan dan banyak lagi. pendidikan pada hari ini bukan lagi berkisar tentang pengetahuan asas 3M iaitu membaca. 2. sosial. Selain itu juga ia turut bertujuan menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangkamasa panjang dan pendek serta melahirkan masyarakat yang bersatupadu. Hasil daripada kajian tersebut telah diterbitkan pada tahun 1979. berdisiplin dan terlatih. Malah beliau berpendapat bahawa pendidikan pada hari ini harus bersifat holistik dan dinamik agar ianya berubah mengikut keperluan semasa. Bagi mengulas kenyataan beliau tentang dasar pendidikan hari ini. Menurut beliau lagi. dasar dan sistem pendidikan telah memberi tumpuan terhadap aspek pembangunan kuatitatif dan pensejagatan pendidikan (universalization of education) dalam membangunkan prasarana dan insfrastruktur fizikal. Pendidikan pada hari ini semakin mencabar dan juga harus mempunyai nilai kreatif dan inovatif bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran tinggi dalam pelbagai bidang.dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara. ekonomi dan sosial pada abad ke 21 di seluruh dunia sama ada di negara maju mahupun negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam . Pelbagai strategi pelaksanaan yang telah dilaksanakan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan antaranya menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Dapat kita lihat pada ketika ini dasar pendidikan telah diletakkan pada asas yang kukuh. seimbang dan harmonis.0 Ulasan dan Analisis Menurut akhbar Utusan Malaysia bertajuk Cabaran. mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi setiap jenis sekolah. mengira dan menulis malah ia lebih menjurus kepada melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan pelbagai kemahiran bagi menghadapi dunia yang penuh cabaran.

Atas kesedaran awal pihak kementeriaan. Akta Majlis Pendidikan Tinggi negara 1996. Hal ini juga turut menimbulkan tuntutan-tuntutan baru dalam pendidikan negara khususnya bagi melahirkan sumber tenaga kerja dalam jangka masa pendek mahupun panjang. Perubahan-perubahan yang berlaku ini dikawal oleh tiga undang-undang utama dalam sistem pendidikan iaitu Akta Pelajaran 1961. pada ketika itu negara kita sedang mengalami proses transformasi pembangunan yang dinamik dalam pelbagai aspek kehidupan akibat perubahan serta peningkatan proses globalisasi dunia dalam bidang ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Akta Universiti dan Kolej Universiti. terdapat pelbagai undang-undang dan aktaakta yang digunakan bagi mencapai matlamat ini antaranya Akta Pendidikan 1996.[5] Misi dan hala tuju pendidikan negara menjadi semakin pesat setelah terbentuknya wawasan 2020. Selain itu juga beliau turut menyatakan bahawa aspirasi dan citacita negara kita adalah untuk melangkah jauh ke hadapan sebuah negara industri yang maju[7]. Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996. Akta Institusi Pendidikan Swasta.[6] Dalam masa yang sama. Dapat kita lihat disini bahawa pada ketika itu. Hal ini menyebabkan Malaysia turut terjebak dalam arus permodenan dan globalisasi terutamanya dalam revolusi sains dan teknologi. kerajaan telah membina dasar-dasar serta pelbagai strategi bagi membawa masyarakat menuju serta bersaing pada zaman globalisasi. mencari ilmu pengetahuan tidak kira dimana dan membuka minda untuk menghadapi cabaran. Oleh yang demikian ianya telah menyebabkan wujudnya persekitaran yang mencabar dalam persekitaran pembangunan negara. Ini menunjukkan bahawa kerajaan kita pada hari itu telah bersedia dalam menghadapi cabaran menghadapi zaman baru. agama.. serta Akta Pembiayaan Pendidikan Tinggi Negara1997[8]. Undang-undang yang diwujudkan ini bukan sahaja mampu memberi panduan kepada sektor pendidikan negara malah ia turut membantu kerajaan dalam melahirkan . politik dan sebagainya. sosial. Essential (Higher Education) Regulation 1969 dan Akta Universiti dan Kolej 1971. Ini menunjukkan bahawa pihak kementerian telah mewujudkan prasarana-prasarana yang berkesan dan efektif dalam menjadikan wawasan ini sebagai satu kejayaan. Ia juga dikatakan berusaha mengetahui apa yang kita belum pelajari.sistem pendidikan pada masa itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor-faktor yang dicetuskan daripada sistem pendidikan itu sendiri dan juga faktor-faktor luaran seperti faktor-faktor ekonomi. Dengan berasaskan falsafah pendidikan negara dan sembilan strategi dalam wawasan 2020 kerajaan Malaysia telah berusaha mencapai hala tuju pendidikan masa hadapan yang dibentangkan dalam bentuk penyataan misi Kementerian pendidikan pada tahun 1995. Menurut Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abdul Razak pendidikan bertaraf dunia bermaksud usaha-usaha strategik dalam menglobalisasikan pendidikan. budaya. pelbagai rang undang-undang dibentuk dalam menghadapi cabaran abad ke 21 ini. Selain itu juga.

Penguasaan terhadap teknologi maklumat ini amat penting agar masyarakat serta negara kita tidak ketinggalan jauh berbanding negara maju yang lain seperti Amerika dan Jepun. berkemahiran dan berakhlak mulia. Tan sri Alimuddin Mohd Dom turut menyatakan bahawa masyarakat dunia pada abad ke 21 telah berubah kepada zaman baru yang dikenali sebagai ‘knowledge edge’ atau digelar juga sebagai K-ekonomi. dunia kini sangat bergantung akan penggunaan teknologi maklumat dan ICT. Kerajaan telah memperuntukkan RM23. Seperti yang kita ketahui. Dalam jumlah ini. kretiviti dan inovasi dalam memberikan perkhidmatan baru kepada masyarakat. pihak KPM juga berperanan dalam memajukan bidang teknologi malumat dan Komunikasi (ICT). celik ICT. kaedah serta teknologi yang baru dalam bidang pendidikan agar bidang pendidikan negara kita setanding dengan negara maju yang lain. Oleh yang demikian sistem pendidikan dan R&D yang mantap sangat diperlukan dalam menganangi isu globalisasi dan ICT. Ini adalah antara bukti yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan bahawa sistem pendidikan negara sentiasa dinamik dan holistik berdasarkan peredaran zaman berdasarkan perubahan dan pindaan dalam dasar pendidikan itu sendiri.198 bilion dibawah peruntukkan pembangunan pendidikan yang dirangka bagi memajukan bidang pendidikan. dengan perkembangan zaman matlumat ini. pentingnya pengetahuan baru ini kerana pengetahuan baru ini menekankan bahawa pentingnya matlumat.masyarakat yang berpendidikan serta memenuhi sember guna tenaga bukan sahaja dari segi kuantiti malah mempunyai kualiti yang tinggi. Selaras dengan apa yang dibincangkan oleh Tan Sri Alimuddin. Bagi memberi penekanan dalam bidang ini bagi menghadapi zaman K-Ekonomi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan Program Pembangunan Pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan. Segalanya hanya terletak di hujung jari sahaja. Selain itu juga. Zaman k-ekonomi ini telah memberi peluang kepada masyarakat untuk mempelajari pelbagai bidang serta ilmu baru terutamanya ilmu tentang penggunaan ICT dan teknologi maklumat. ia telah memberi ruang kepada kita untuk memperolehi pengetahuan secara mudah dan cepat. ia turut memberi peluang kepada kita mengembangkan bakat yang sedia ada serta potensi melalui kemahiran teknologi ini serta memberi mereka peluang dalam mengikuti pendidikan sepanjang hayat. Dalam teras ke 4 strategik . Dengan adanya perubahan ini. Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka Pelan Induk Pembangunan pendidikan (PIPP)[9] 2006-2010 yang merupakan garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun dalam RMK-9. Kini kerajaan telah mengambil langkah sejak awal lagi bagi memberikan pengetahuan kepada masyarakat tentang kepentingan teknologi. Kerajaan juga harus memberi peruntukan dalam penyelidikan dan pembangunan supaya pelbagai lagi hasil. Selain itu juga.

Kemahiran dalam bidang ICT ini mampu membangunkan keupayaan masyarakat serta mampu menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran sejajar dengan wawasan 2020. kini dengan adanya pelbagai dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan kini. Namun. Melalui PIPP ini kerajaan telah membekalkan komputer ke sekolah-sekolah dan menyediakan pelbagai program latihan dalam bidang perkomputeran untuk guru-guru khususnya bagi kawasan luar bandar agar para guru dapat menguasai bidang ICT. Dengan adanya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ini menunjukkan bahawa kementerian pendidikan malaysia berusaha keras dalam membangunkan bidang ICT seterusnya memberi pendedahan dalam penggunaan ICT kepada masyarakat dan pelajar bukan sahaja di kawasan bandar malah kawasan bandar. Masalah mula timbul apabila sesetengah guru terutamanya mereka yang telah lama berkhidmat dalam sektor pendidikan menolak penggunaan ICT ini kerana tidak mahu mencuba dan kurang pengalaman serta pendedahan menyebabkan mereka kurang berminat dalam penggunaan teknologi maklumat. Selain itu juga ia turut mewujudkan pendidikan interaktif yang turut mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan K-Ekonomi. Hal ini adalah bertujuan untuk merapatkan jurang ICT mahupun digital antara kawasan bandar dan luar bandar supaya masyarakat luar bandar dapat menikmati pendidikan yang berasaskan teknologi maklumat seperti di kawasan bandar. pihak kerajaaan terus menerus memperkembangkan penggunaan ICT dan teknologiteknologi baru bagi memastikan bahawa negara kita tidak ketinggalan bukan sahaja pendidikan . Penguasaan bidang ICT amat penting bagi guru-guru kerana melalui guru-guru inilah sistem pendidikan yang berteraskan teknologi maklumat dapat dicapai. menambahbaik TV pendidikan dan banyak lagi. walaupun terpaksa menggunakan perbelanjaan yang besar.Ada guru yang menerima penggunaan komputer dalam pembelajaran mereka namun ada juga guru-guru yang enggan menerima dengan pelbagai alasan. kerajaan telah berusaha merapatkan jurang digital iaitu membangunkan insfrastruktur dan kemudahan di luar bandar seperti makmal komputer. sudah pasti para guru telahpun menggunakan ICT bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam pengurusan. pembestarian sekolah luar bandar. Dalam pengurusan prasarana pula. pusat akses.000 buah sekolah di seluruh negara. Prasarana School net menyediakan kemudahan pembelajaran tanpa sempadan yang bertujuan untuk menyediakan insfrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menekankan aspek merapatkan jurang pendidikan.PIPP. Hal ini juga dapat menyeragamkan sistem pendidikan di sekolah bagi menghadapi zaman globalisasi seperti yang dibincangkan oleh Tan Sri Alimuddin. KPM telah membangunkan insfrastuktur dan pembangunan luar bandar dengan menyediakan makmal komputer dan pusat akses Projek School Net yang melibatkan penyediaan capaian jalur lebar yang melibatkan sebanyak 10. Dalam aspek ini.

tetapi bidang-bidang lain. kerjaan berhasrat untuk melahirkan serta membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan kesenian bangsa. Pandangan Tan Sri Alimuddin yang menyatakan bahawa negara yang mengabaikan penggunaan ICT akan terus mundur dan ketinggalan dalam persaingan peringkat global berbanding negara yang menggunakan bidang ICT dalam memacu pembangunan negara. Bagi mencapai hasrat ini kerajaan telah menggunakan pelbagai idea serta langkah dalam membentuk pembinaan negara bangsa antaranya memperkasakan bahasa melayu. Penggunaan ICT yang meluas di negara kita mampu melahirkan lebih individu yang mampu bersaing dalam zaman K-Ekonomi. Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan Taklimat Perkembangan Baru Pendidikan 2010-2012 jelaslah bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidakpernah mengabaikan aspek pembinaan negara bangsa bagi mewujudkan masyarakat yang pentingkan perpaduan seterusnya mewujudkan negara yang aman walaupun berbilang kaum. Dalam memastikan kejayaan teras pembinaan negara bangsa ini. menggiatkan rancangan integrasi murid untuk perpaduan (RIMUP) serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jatidiri serta menerapkan budi bahasa dan adab dalam kalangan pelajar. Dalam taklimat perkembangan pendidikan baru 2010-2011. Jabatan Pendidikan Negeri juga harus terlibat dengan penerapan pembentukan negara bangsa melalui penerapan konsep satu malaysia di peringkat pentadbiran sama ada di sekolah mahupun di peringkat jabatan pendidikan itu sendiri. Seterusnya bagi membentuk perpaduan juga. Ini dapat dibuktikan apabila kerajaan meletakkan aspek pembinaan negara bangsa sebagai teras pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Hingga kini kerajaan masih lagi menekankan aspek pembinaan negara bangsa. Selain itu juga. Selepas kemerdekaan negara kita. pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah melakukan penambahbaikan dalam teras pembinaan negara bangsa. kerajaan turut menentuka kouta penentuan murid daripada pelbagai kaum bagi aktiviti kokurikulum. Selain itu juga kerajaan juga turut memberikan fokus terhadap memartabatkan bahasa melayu dan seterusnya memperkasakan bahasa inggeris. Malah. Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah menerapkan konsep satu Malaysia dalam aktiviti pendidikan kearah pemantapan perpaduan dalam kalangan pelajar. kerajaan melaksanakan pelbagai langkah bagi memupuk perpaduan antara kaum seterusnya berusaha dalam pembinaan negara bangsa. . kerajaan turut memastikan bahawa sekolah-sekolah swasta di seluruh malaysia turut terlibat dengan teras pembinaan negara bangsa ini. meningkatkan disiplin pelajar. Tan Sri Alimuddin turut menyatakan tentang peranan pendidikan dalam pembinaan negara bangsa.

Masalah ini timbul bagi sekolah yang mempunyai dua sesi yang menghadapi kekangan ruang untuk melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran terancang luar kelas. kekangan daripada segi ruang dan waktu juga menjadikan transformasi ke arah kurikulum dan kokurikulum kurang berkesan. . Transformasi kurikulum ini juga bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan. Sejauhmanakah penerimaan guru-guru terhadap dasar baru yang diperkenalkan ini? sudah pasti ada guru-guru mempunyai pemikiran dan sikap negatif terhadap transformasi ini. Selain itu juga. Kekangan ruang dan masa memerlukan kepimpinan yang kreatif untuk mewujudkan dan memantapkan budaya ownership. proses pembelajaran ini lebih mementingkan interaksi diantara murid. Selain itu juga. Antara kekangan yang dapat kita kenalpasti ialah daripada guru itu sendiri. Namun begitu. hal ini sedikit sebanyak menyukarkan dasar baru ini dijalankan kerana komitmen daripada guru-guru amat penting bagi memastikan usaha-usaha ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya. kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran sudah tentu menjadi asas kepada kekangan terhadap dasar baru ini. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tanpa tenaga pengajar yang mahir. Oleh yang demikian aspek penerokaan ilmu harus diberi penekanan dengan lebih banyak tumpuan terhadap bilik darjah dan pelajar itu sendiri.Tan Sri Alimuddin turut menyatakan tentang dasar-dasar baru yang dilakukan oleh kerajaan serta Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menangani perubahan dan cabaran baru di peringkat glokal. sudah pasti ianya tidak dapat dilaksankan dengan berkesan. Salah satu dasar yang baru diumumkan oleh menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pelaksanaan Transformasi kurikulum bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran supaya ianya menjadi lebih kreatif dan inovatif serta mampu menarik minat pelajar-pelajar. seminar dan pertandingan. Tambah beliau lagi budaya kreativiti dan inovasi juga boleh dipupuk melalui bengkel. guru dan rakan sekelas yang diharap membantu percambahan idea yang kreatif dan inovatif. Transformasi kurikulum ini dijangka mampu memberikan pendidikan sempurna dan lengkap yang dapat menjamin dan membolehkan mereka memberi sumbangan kepada diri dan masyarakat. Sesetengah daripada guru-guru terutamanya mereka yang telah lama berkhidmat menolak dasar ini dengan pelbagai alasan. Langkah bagi menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif ini adalah bermula daripada kurikulum yang seimbang daripada aspek budaya berfikir dan penjanaan ilmu. bagi memastikan Transformasi kurikulum ini dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan berkesan terdapat pelbagai kekangan dan cabaran yang harus dihadapi oleh pihak kementerian bagi memastikan transformasi ini berjalan dengan lancar.

imaginatif dan kreatif diperlukan untuk menghadapi zaman pendidikan dan dunia yang semakin mencabar. Satu lagi dasar yang sinonim dengan pendidikan kini ialah mewajibkan mata pelajaran sejarah sebagai matapelajaran wajib lulus yang akan bermula pada tahun 2013. Bukan itu sahaja. Bidang sains dan teknologi dikenali sebagai daya utama bagi pembangunan ekonomi negara-negara perindustrian. Selain itu ialah dasar memartabatkan bahasa melayu dan memperkasakan bahasa inggeris juga merupakan satu dasar yang bertujuan untuk mengembalikan semula peranan utama bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan meningkatkan keupayaan pelajar dalam menguasai bahasa inggeris. Proses sains harus bergerang dan bergiat dengan aktif dalam reformasi . Oleh yang demikian pendidikan sains sejagat harus dipandang sebagai proses yang dinamik dan harus berkembang seiring dengan pendidikan di negara kita. merancang dan membuat keputusan seterusnya melaksanakan program kurikulum baru. Ia merupakan satu langkah kerajaan dalam menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020. penguasaan terhadap ilmu sains juga merupakan satu bidang yang penting bagi menuju zaman k-ekonomi. Ianya bertujuan untuk meyemai semangat patriotik dan cinta akan negara dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Menurut beliau lagi. Dasar-dasar yang dilakukan ini merupakan pembaharuan yang dijalankan oleh kerajaan serta kementerian pendidikan malaysia bagi mewujudkan pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi serta mewujudkan sistem pendidikan yang mampu melahirkan tenaga kerja yang mempunyai pelbagai kemahiran serta tidak gentar dalam menghadapi apa jua cabaran. dasar menghadkan 12 matapelajaran sahaja dalam peperiksaan SPM dan menambahbaik peperiksaan UPSR dan PMR merupakan satu langkah bagi meningkatkan mutu pendidikan. Menurut Tan Sri Alimuddin antara dasar yang telah diperkenalkan adalah ‘satu pelajar satu sukan’ yang bertujuan meningkatkan minat dan keupayaan dalam bidang permainan dan sukan agar lebih cergas dan aktif.Terdapat banyak lagi cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kementerian pelajaran malaysia. Dalam pendidikan itu sendiri pengurusan yang lebih inovatif. Seterusnya beliau turut menyatakan bahawa zaman k-ekonomi merupakan perubahan global dan cabaran baru ini perlu ditangani melalui perubahan-perubahan dasar-dasar pendidikan. Kecekapan pemimpin dalam mengusahakan penglibatan organisasi dalam proses transformasi ini akan mewujudkan suasan pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Pihak kerajaan pada hari ini juga turut melakukan beberapa dasar lain bagi menghadapi era globalisasi ini. penilaian. Kejayaan kebanyakan transformasi kurikulum banyak bergantung kepada pemimpin sekolah seterusnya melibatkan pelbagai organisasi dalam melakukan analisis. Tan Sri Alimuddin turut menyatakan bahawa negara akan bertambah maju sekiranya penduduk menguasai kemahiran teknologi maklumat dan menggunakan kemudahan ICT dalam semua urusan.

progresif kreatif dan inovatif. negara dan glokal. Oleh yang demikian pihak kementerian harus mencari jalan . Tambahan pula beliau merupakan seorang yang sangat berpengalam dalam bidang pendidikan. Walaupun Tan Sri Alimuddin hanya memberi penekanan kepada bidang ICT namun seharusnya bidang sains ini tidak harus dipandang ringan. menggalakkan dan memaksimumkan kreativiti dalam kalangan generasi muda di sekolah dan banyak lagi. Namun begitu masih banyak bidang yang harus diberi penekanan bagi melahirkan masyarakat berkualiti dan berdaya saing.0 Rumusan Sebagai menteri pendidikan Dato seri Muhyiddin Yassin telah memberi beberapa saranan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara antaranya mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan.dan transformasi pendidikan negara agar ia mampu memenuhi kehendak individu. pihak kerajaan turut menyediakan peruntukan bagi universiti-universiti di negara kita menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang bioteknologi. emotional quotient (EQ) dan spiritual quotient (SQ). UKM. IPTA yang merupakan pengguna dana terbesar R&D negara pasti mampu melahirkan siswazah dalam pelbagai bidang perkhususan dan peringkat bagi memenuhi permintaan institusi penyelidikan dan industri bioteknologi. Hala tuju ini penting dalam memberi panduan kepada sistem pendidikan yang kian mancabar pada hari ini. Tambahan pula perkembangan bioteknologi negara kita semakin mantap dan banyak hasil yang telah diperolehi daripada R&D itu sendiri. Selain itu juga. Pandangan Tan Sri Alimuddin tidak harus dipandang ringan. melahirkan modal insan yang dapat menguasai sekurang-kurang tiga quotient iaitu intelectual quotient (IQ).USM dan UPM yang akan terus mendokong usaha kerajaan dalam dasar bioteknologi kebangsaan bagi membangunkan dasar kondusif bioteknologi negara. merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar selaras dengan pendidikan untuk semua yang disasarkan oleh UNESCO. Terdapat beberapa institusi IPTA yang sedang menjalankan penyelidikan dalam bidang bioteknologi seperti UM. berketerampilan dan mempunyai jati diri. Oleh yang demikian seharusnya bidang sains ini harus diberi pendedahan dan keutamaan semenjak bangku persekolahan lagi bagi melahirkan masyarakat yang berkemahiran dalam bidang sains dan teknologi ini. Walaubagaimanapun pihak kementerian tidak harus memandang ringan aspek agama dan juga nilai murni dalam pendidikan. Perkara tersebut haruslah diterap seawal yang mungkin dalam kalangan pelajar. Oleh yang demikian pihak kerajaan turut mewujudkan dasar sains dan teknologi. 3.

komprenhensif dan menyeluruh [1] Bibliografi Dasar-dasar pembangunan Malaysia (2007). Merupakan ahli falsafah islam Malaysia. bahagian II : . kesasteraan dan penyumbang dalam menghasilkan karya dalam menyuntik semangat nasionalisme. [8] Hussein Haji Ahmad Matlamat pendidikan bertaraf dunia. [2] Sistem pendidikan penjajah melaksanakan sistem pendidikan inggeris. Sistem Pendidikan di Malaysia : Dasar.A. Dasar ini juga menyekat pendidikan orang melayu bagi menjaga kedudukan inggeris. Dasar Pendidikan Progresif ms47 [9] Pelan Induk Pembangunan Pendidikan telah 2006-2010 telah disempurnakan oleh Y. Kuala Lumpur : Institut takbiran awam negara (INTAN) Isu-isu ICT dan pelan induk pembangunan pendidikan (PIPP). Dasar Kecemerlangan pendidikan Negara : Cabaran Kriteria dan Strategi 7-P.B Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. [7] Ucapan Dato’ Seri Najib ketika membentangkan rang undang-undang pendidikan 1995 ketika beliau menjadi menteri pendidikan.com/doc/20373000/Isu-ICT-Dan-Pelam-Induk-PembangunanPendidikan-PIPP Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin (2011).html Hj Mohd Radzi Abd Jabar. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu.scribd. masyarakat dan negara dalam menghadapi abad ke 21 yang kian mencabar ini. cabaran dan pelaksanaan kearah perpaduan nasional. diperoleh daripada http://www. budaya. Dengan adanya pendedahan daripada semua aspek ditambah pula pelajar-pelajar mempunyai nilai murni yang tinggi maka ia sudah cukup untuk melengkapkan diri. [6] Merupakan visi strategic Negara bagi mencapai Negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Diperoleh daripada http://pdfsearchpro.penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah disiplin pelajar sekolah yang kian meruncing pada hari ini. [3] Lihat lampiran [4] Bekas Ketua Pengarah Pelajaran [5] Hussein Haji Ahmad. Taklimat perkembangan baru pendidikan 2010-2012 untuk pengetua dan guru besar negeri Perak darul ridzuan. mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang antaranya agama.com/sistem-pendidikan-di-malaysiadasar-cabaran-danpelaksanaan-ke-pdf.

gov.pd f Hussein Haji Ahmad (2002). Dasar pendidikan progresif : perspektif makro dan mikro. diperoleh daripada http://www. Universiti Teknologi Malaysia Siew Heng Loke (2002).pdf Ramlee Mustapha & Ramziah Husin (2002). Bab 2 : Kerangka pelan strategik.my/v2/modules/maastop_ publish/files/files_4b2eceb0098d3.Gov. . bagi menjamin hidup sejahtera bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat Posted by SyiJu SaLjU at 5:11 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook No comments: Post a Comment Newer PostOlder PostHome Subscribe to: Post Comments (Atom) INDAHNYA CIPTAAN ALLAH . kita harus ingat bahawa ilmu akhirat adalah yang lebih utama.mohe. Dasar kecemerlangan pendidikan negara : Cabaran kriteria dan strategi 7-P. Kuala Lumpur : Perpustakaan negara Malaysia Ingat !! di samping ilmu dunia . Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributers sdn bhd Sufean Hussin (2002).my/transformasi/images/Bab2. Diperoleh daripada http//:PelajaranPerak. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributers sdn bhd Yusof Ismail (2010). Jurnal teknologi : Perancangan pendidikan untuk pembangunan sumber manusia dalam era globalisasi dan kekonomi.. Dasar-dasar penting bagi pembangunan pendidikan sains ke arah pembinaan negara maju. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributers sdn bhd Pelan strategik pengajian tinggi negara.Perkembangan baru PIPP. Dasar-dasar utama kerajaan Malaysia.

.

.

SYIJU SALJU S Suci Y Yakin I Ikhlas J Jujur U Untung S Setia A Amanah .

670 SIAPA INTAI KITA ..L Lemah-lembut J Jelita U Ulung Apa ada pada nama? BLOG ARCHIVE ▼ 2012 (15) ► December(1) ▼ September(3) Cabaran dan Perubahan Dasar Pendidikan RaYa JohoR 2012 Selamat Hari Raya ► June (1) ► April (1) ► March (3) ► February(3) ► January (3) ► 2011 (56) TOTAL PAGEVIEWS 17.. SEARCH THIS BLOG Search ABOUT ME .

sepanjang hdup dan usiamu jgnlah brputus harapan.... jadikn tauladan. • ~~seKetiKa cuMa~~ • .. Song from a Secret Garden JOM SEMBANG-SEMBANG JOM IKUT SAYA JENGUK2 • Billy Info • shameel iskandar • Budak Nakal Blogspot • ! sHaye DaN iMpiaN ! • Love Love Islam • Deco Choco • Asap Dari Dapur Seri.SyiJu SaLjU lihatlah di sekeliling kamu dan teguhlah pndirianmu.... simpan. snyuman yg kau brikan dan air mata yg kau titiskn simpan. jdikan pedoman... View my complete profile DENGARKAN. sgala yg kau pndg dan dgr..

Powered by Blogger. Kalam Latihan Pembangunan Sahsiah MPP UPSI • TINTA BERTEMU KERTAS.. v . MAKA TERCIPTA CERITA ANTARA KITA • Pengajian Malaysia Picture Window template. Template images by borchee.♥ ❀ i lUrVe My LiFe ❀ ♥ • myCeriteraSt0ry • ! ♫♪Sharing Is Caring♪♫ ! • ~IMPIAN DAN HARAPAN~ • Sketch Book • • Cerita..