You are on page 1of 17

WAJ 3106

HUBUNGAN ETNIK

HUBUNGAN

ETNIK

DAN

CABARAN-CABARAN

HUBUNGAN

ETNIK

DI

MALAYSIA SEHINGGA KINI. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, adalah hasil daripada kesepakatan 3 etnik terbesar negara yang membolehkan rakyat menikmati kuasa politik yang sama rata dengan dasar perkongsian kuasa. Di samping itu juga, dengan dasar pengagihan kekayaan, pembangunan adil di sisi undang-undang, amalan

masyarakattelah dilaksanakan dengan

demokrasi serta kontrak sosial di antara kepelbagaian kaum telah berjaya menghasilkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia. Dari segi konsep perkongsian kuasa, pengagihan pendapatan negara dapat dijalankan secara adil, peluang pendidikan yang sama rata di antara kaum,

kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan negara, perlindungan terhadap kaum minoriti serta dasar-dasar yang lain, telah dapat menjamin keharmonian rakyat berbilang kaum dan etnik di negara kita. Hubungan etnik di Semenanjung Malaysia telah melalui beberapa fasa iaitu:  Zaman Penjajah Iaitu dimana pada zaman penjajah ini telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap hubungan etnik dan pembangunan politik di Malaysia. Melalui penjajahan Inggeris, telah wujud kepelbagaian masyarakat etnik melalui kemasukan orang Cina dan India sebagai buruh. Mereka telah diasingkan dengan penduduk tempatan dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem persekolahan. Ini akan menyukarkan untuk berinteraksi sesama kaum. Pada zaman penjajahan Jepun pula, telah mengamalkan dasar pembahagian meningkatnya yang begitu jelas antara dan kaum akhir dan telah menyebabkan mencetuskan

perasaan

permusuhan

pergaduhan antara kaum. 

Selepas Perang Hubungan etnik menjadi lebih rumit lagi dengan penubuhan Malayan Union yang ditolak oleh orang Melayu dan diterima pula oleh kaum Cina dan India terutama berkaitan dengan isu kewarganegaraan.

1

ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Politik Setiap kaum di Malaysia akan diwakili oleh parti politik masing-masing. Ini kerana. Fungsi parti politik tersebut adalah untuk menyuara pendapat. menjaga serta memperjuangkan kepentingan dan kelangsungan kaum masing-masing. Ini akan mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya. Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Antara isu utama politik ketika ini adalah penguasaan ekonomi oleh golongan pendatang.Penyatuan etnik dipupuk melalui dasar-dasar kerajaan berkaitan pendidikan dan ekonomi serta kerjasama politik melalui Perikatan  Hubungan Etnik Masa Kini Pelaksanaan dasar-dasar awam kerajaan berkaitan sosial. pendidikan dan ekonomi bagi mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia. kebudayaan. dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik. Cabaran-cabaran Dalama Hubungan Etnik. Antaranya melalui Majlis Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak 2 . bahasa dan pendidikan.WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK  Zaman Darurat Hingga Zaman Pembentukan Malaysia Hubungan etnik menjadi semakin rumit selepas darurat diisytiharkan terutama antara kaum Melayu dan Cina. Rancangan-Rancangan Ekonomi dan sebagainya. mereka ingin mengukuhkan semangat perkauman yang menebal. Ini kerana mereka sukar menerima pemimpin dari kaum lain. Gagasan 1Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan. pendidikan. agama. Ia menjadi semakin teruk selepas British memperkenalkan rancangan penempatan semula iaitu dengan membataskan pergaulan kaum Melayu yang ditempatkan di kampung Melayu dan Cina di kampung Baru. penglibatan Cina dalam politik Tanah Melayu serta perjuangan etnik mempertahankan budaya. kerakyatan. pastinya. Isu-isu perkauman seperti bahasa.

kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. 3 . Akan tetapi. semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri.WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK yang sama rata. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Pertama. Jika harga meningkat. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. . Ekonomi Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan iaitu penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. maka. implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala. pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Selain itu. Justeru itu. penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Bagi kaum Cina. mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu.

Selain itu. manakala. pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial. Keadaan ini juga menyebabkan golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih rapat di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang berbeza. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda. sistem pendidikan yang berasingan. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan. Ini bermaksud. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu 4 . malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Dari segi pendidikan pula. pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan.WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK Sosial Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat perkara yang berbeza iaitu dari sudut pemisahan fizikal. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Ini adalah kerana mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada kesan dasar “pecah dan perintah” yan g diamalkan oleh British setelah menjajah Tanah Melayu. Dengan ini. perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal. adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza.

Jika kita lihat. sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain.WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK juga akan melahirkan bakal pemimpin yang akan mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja. kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud. Ini akan mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan kaum mereka sendiri dalam memilih sahabat. pada masa kini. Pastinya. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Agama dan Budaya Perbezaan dari segi agama. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah. bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. kerana ada juga ibu bapa menghantar ke sekolah kebangsaan. Walau bagaimanapun. Cina dan India mempunyai agama. mendapatkan perkerjaan. bahasa. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Kaum Melayu. 5 . Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden sekali pun.

Integrasi Ekonomi. ia bertujuan mewujudkan satu system pendidikan bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi “JERIS” 6 . Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. pendidikan dan banyak lagi. Definisi Perpaduan Perpaduan merupakan proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap angggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Integrasi Kebudayaan. Konsep Perpaduan dan Integrasi Kaum Dicapai Melalui Perlaksanaan Dasar Kerajaan Serta Keberkesanannya. ii.WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Definisi Integrasi Menurut Ahmad Haji Kambar. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Integrasi sosial. iii. v. ia merangkumi usaha dalam menyatupadukan rakyat melalui program sosial. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya. ialah usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik. 1987. sukan. sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Integrasi Wilayah. Unsur Integrasi ini terdiri daripada: i. ia merupakan usaha dalam membentuk satu kebudayaan kebangsaan. iaitu bertujuan untuk mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. iv. Integrasi pendidikan. Integrasi merupakan satu proses dalam mewujudkan identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan.

Pematuhan kepada Rukun Negara ini akan dapat mewujudkan perpaduan antara etnik di Negara ini. Rukun Negara ini juga sebagai instrumen untuk mengatasi garis pemisah etnik dalam membentuk dan membimbing masyarakat Malaysia ke arah perpaduan. Perlaksanaan Dasar-Dasar Kerajaan.WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK vi. pertama ialah untuk mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. 7 .Rukun Negara ini juga merupakan ideologi nasional Malaysia dan panduan dalam merencanakan program dasar Negara. ia merangkumi uasaha-usahadalam meyatukan rakyat melalui kerjasama. rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:      Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) Kerajaan telah melancarkan satu program pembangunan bersepadu dan menyeluruh iaitu dengan melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk membentuk perpaduan negara. Integrasi politik. Kerajaan telah mengambil dua langkah melalui dasar ini iaitu. Rukun Negara Ia dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Malaysia (MAGERAN) yang berdasarkan pindaan Draf Rukun Negara yang terbentuk melalui Majlis Perundangan Negara (MPN). Mukaddimah dan lima prinsip Rukun Negara: MAKA KAMI. Rukun Negara juga akan menjadi peraturan dan norma hidup kepada masyarakat di Malaysia.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK Langkah yang kedua pula ialah dengan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki dan memulihkan keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurang dan seterusnya dapat menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini. Pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi adalah punca utama berlakunya peristawa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 apabila berlakunya ketidak tegasan melaksanakan apa yang telah termaktub dalam kontrak sosial terutama sekali perkara yang melibatkan isu-isu kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera dalam semua bidang. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-2. Pelaksanaannya telah berjaya mengubah keadaan negara yang huru-hara pada ketika itu setelah menggabungkan ketiga-tiga proses iaitu pendidikan. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga 1990 dengan harapan daripada pihak kerajaan pada masa itu iaitu Kerajaan Perikatan agar dapat mengurangkan ketidakseimbangan antara orang Bumiputera dengan Bukan Bumiputera dari segi semua bidang. RMK-2 (1971-1975) sehingga Rancangan Malaysia ke-5. Pengasingan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi juga turut mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi ekonomi dan taraf pendidikan serta jurang perbezaan ekonomi yang sangat ketara di antara kaum Melayu dan Bumiputera dengan Bukan Bumiputera semakin melebar hingga mengakibatkan jumlah kemiskinan dan pengangguran di desa semakin bertambah sehingga memaksa anak-anak muda Melayu berhijrah ke kota mencari pekerjaan. 8 . pembangunan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera ke dalam dasar-dasar dan program-program tertentu. ianya secara tidak langsung telah membawa kesan yang positif dalam memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia. RMK-5(1986-1990) yang tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang begitu besar dari segi ekonomi tanpa mengira kaum serta mengelakkan berulangnya peristiwa 13 Mei 1969.

iv. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran. Antara strategi yang telah digubal untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah: i. iii. berdisiplin dan terlatih. menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dilaksanakan secara berperingkatmulai tahun 1988. tenaga dan 9 . ii. 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Kerajaan juga telah memperkenalakn Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). dan juga berkongsi kemudahan. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Kerajaan juga telah memperkenalkan sekolah wawasan yang bertujuan untuk menyediakan ruang sosial serta memberi kesempatan kepada pelajar daripada pelbagai etnik untuk berinteraksi dan seterusnya menjalainkan hubungan yang harmonis antara kaum. peralatan. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan semua jenis sekolah. Objektif utama RIMUP ialah untuk menggalakkan penyertaan guru dan murid dalam kegiatan bersama iaitu mewujudkan sikap kerjasama dan tolong-menolong. v. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhan dengan menyediakan Malaysia bagi pendidikan yang menyeluruh seimbang dan bersepadu. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu. melahirkan persefahaman dan bertolak ansur antara murid pelbagai kaum di sekolah.

Matlamat wawasan 2020. Diperkenalkan pada 28 Febuari 1991 dan dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad. Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. tenteram dan berkeyakinan. Langkah ini mampu meningkatkan lagi hubungan etnik di kalangan pelajar. • Cabaran Kedua Membina masyarakat berjiwa bebas. Memberikan sumbangan ke arah mewujudkan hubungan antara kaum. Musuh negara mudah ditangkis. Sembilan Cabaran Wawasan 2020 : • Cabaran Pertama Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia. Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara dan mengangkat martabat bangsa dan Negara.WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK kepakaran untuk kegiatan khas. ialah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju. WAWASAN 2020 Merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Dasar Bahasa Kebangsaan. • Cabaran Ketiga Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Serta menitikberatkan kemajuan bersepadu. Perpaduan dapat dicapai melalui dasar kerajaan seperti dasar Pembangunan Nasional. Masyarakat memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan menggunakan hak-hak demokrasi dengan 10 .

11 . pengamalan sistem demokrasi. serta keunggulan institusi kekeluargaan sumber pembinaan masyarakat bermoral. perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin disalurkan melalui saluran tertentu • Cabaran Keempat: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. liberal dan bertoleransi. pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang. Kepatuhan kepada agama. keberkesanan sistem pendidikan. Diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentuk masyarakat berbudaya unggul. berakhlak . seimbang dan harmonis • Cabaran Kelima Mewujudkan masyarakat yang matang . Masyarakat progresif yang dapat menyerap perubahan persekitaran untuk membina kecemerlangan penguasaan masyarakat terhadap ilmu pengetahuan yang bertunjangkan sains dan teknologi ukuran kemajuan bangsa serta mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif. Dapat dilihat melalui perlembagaan negara.WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK sewajarnya. Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan • Cabaran Keenam Membina masyarakat yang maju dan saintifik. Penekanan kepada melahirkan insan berilmu . kewujudan parti politik gabungan pelbagai kaum seperti Barisan Nasional . Masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka serta menerima perubahan dan pandangan orang lain.

Gagasan Satu Malaysia dibahagikan 3 teras iaitu Prinsip Penerimaan. di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling 12 . Meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan diri. Tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan. Pelaksanaan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. • Cabaran Kesembilan Memupuk dan membina masyarakat yang makmur. saling memahami dan menghomati.WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK • Cabaran Ketujuh Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang bermuafakat. Rancangan Pembangunan Luar Bandar. bekerjasama dan saling membantu. Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan Sosial. Asas masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama. nilainilai murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan • Cabaran Kelapan Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. Prinsip penerimaan membawa maksud menekankan sikap penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Dasar-dasar ini adalah untuk memjamin keadilan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat. Pendapatan isi rumah pendapatan negara berada pada tahap yang tinggi. GAGASAN SATU MALAYSIA Pembentukan gagasan ini bertujuan untuk menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan antara kaum yang semakin pudar. Dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi.

amalan dan kebudayaan yang berbeza. dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan 13 . Dengan kehadiran prinsip ini sekaligus dapat melonjakkan amalan kebudayaan kaum masing-masing malah secara tidak langsung dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum. amalan atau agama dan kebudayaan yang berbeza. Oleh itu. Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Prinsip yang terakhir sekali ialah Prinsip Keadilan Sosial.WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaandi mana penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan ikhlas tanpa ada unsur paksaan. Ini kerana konsep 1Malaysia tidak sekali-kali akan menyimpang daripada kamus Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara sama ada secara tersurat mahupun secara tersirat. Cina dan India yang sudah lama bertapak di negara tercinta ini. Prinsip-prinsip Kenegaraan berasaskan kepada dua perkara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Perlembagaan Persekutuan seperti ini. masyarakat kita menerima antara satu sama lain sebagai satu masyarakat yang harmoni. Prinsip yang kedua ialah Prinsip Kenegaraan memupuk semangat nasionalisme. Oleh itu. di mana kerajaan telah mengambil inisiatif dengan meletakkan Prinsip Kenegaraan sebagai teras di dalam Konsep 1 Malaysia dengan harapan semangat nasionalisme dan perpaduan kaum lebih utuh. Gagasan 1Malaysia sesungguhnya yang dijelaskan berbeza sebelum konsep sangat dengan Malaysian Malaysia. Malaysia mempunyai tiga kaum terbesar iaitu. Prinsip Penerimaan telah diwujudkan bagi menyatu padukan ketiga-tiga kaum ini sekaligus merealisasikan Wawasan 2020 yang menjadi impian negara dalam mencapai negara maju dan setaraf dengan neagara-negara lain di mata dunia. kaum Melayu. Kaum masing-masing mempunyai cara hidup. Walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa di mana ia berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.

yang dimajukan dalam Gagasan 1 Malaysia supaya negara bangsa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. ketabahan . Tindakan yang bijak telah diambil oleh pihak kerajaan dengan memperkenalkan pelbagai dasar untuk menerapkan semangat perpaduan pada setiap etnik sejak di bangku sekolah lagi. Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan. budaya ilmu . dan agama. integriti . setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum lain. budaya ketetapan.WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya. Ini juga membuktikan sikap permusuhan kaum boleh menghancurkan sesebuah Negara. Melalui Konsep 1Malaysia. Kesimpulan Pada kesimpulannya. Namun begitu. Malaysia telah menjadi Negara contoh bagi Negara majmuk yang berjaya menyatu padukan rakyatnya dan hidup secara harmonis tanpa perlu menghilangkan identiti kaum itu sendiri. Malaysia mempunyai kumpulan etnik yang unik dan hidup serumpun yang mempunyai pelbagai bangsa. akan tetap dilaksanakan. Dengan memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan.etnik. kini kita mula merasakan bahang perkauman mula menular ini adalah di sebabkan kurang pendedahan mengenai perpaduan di kalangan generasi muda .damai dan sejahtera dipersada dunia. agama malah kefahaman politik harus memahami. kebijaksanaan dan budaya inovasi. aman. menghayati dan menerapkan teras-teras perpaduan seperti penerimaan. kesetiaan. Sejarah telah mematangkan rakyat Malaysia supaya peristiwa tersebut tidak berulang lagi. kita perlu segera menyemai sikap saling mengenali dan menghormati budaya di kalangan generasi muda agar keamanan yang kita rasai kini 14 . Rakyat Malaysia . tanpa mengira keturunan. Namun begitu. kenegaraan dan keadilan sosial dan nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi. Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting.

Oleh itu. Maka. Beliau telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia supaya generasi muda dapat menerapkan semula perpaduan diantara pelbagai etnik. Dengan itu. perpaduan kaum dapat diwujudkan. bangsa Malaysia yang sejati akan wujud apabila semua rakyat mengetepikan kepentingan kaum masing-masing.WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK akan terus berkekalan. 15 . tindakan bijak yang diambil oleh Perdana Menteri kita. Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.

jasa.penerangan.com.WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK BIBLIOGRAFI 1.Shamsul Amri Baharuddin (UPENA. Tajuk :Modul Hubungan Etnik.Yusri.gov.my 16 .1malaysia. Wawasan 2020.Fatimah Azzahra.UITM Shah Alam.gov.my http://www. http://pmr.my http://www. Penerbit setiamas 1995 Internet.2007) 2.

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK LAMPIRAN 17 .