You are on page 1of 29

STPM/PS 2014

PERATURAN DAN SKEMA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

2014

Majlis Peperiksaan Malaysia Persiaran 1, Bandar Baru Selayang 68100 BATU CAVES Selangor Darul Ehsan

ISBN 978-983-2321-41-5 KETUA EKSEKUTIF MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG 68100 BATU CAVES SELANGOR DARUL EHSAN

Telefon: 03 - 6136 9663 Faksimile: 03 - 6136 1488 Portal: www.mpm.edu.my E-mel: ceo@mpm.edu.my ppa@mpm.edu.my

© Majlis Peperiksaan Malaysia 2013

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa-apa bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara-cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia.

Muka taip teks: Arial Saiz taip teks: 12/16 poin

i

.............................. Pusat Peperiksaan ........................................…… Peraturan Peperiksaan Pendaftaran Masuk Peperiksaan .......................................... Penarikan Diri daripada Peperiksaan .......................................... Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) .................... Pembatalan Keputusan dan Penyingkiran Calon ..................................... Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan ...................................................................... 1 2 5 6 6 7 7 8 8 8 8 9 9 10 12 12 13 13 15 15 16 17 18 19 26 ii .........................................……………......... Hasil Kerja Calon ........................................................................................... Perpindahan Pusat Peperiksaan .......................... Laporan Peperiksaan ......... Skema Peperiksaan Syarat Kelayakan untuk Menduduki Peperiksaan .................................. Pemilihan Mata Pelajaran ....................................... Pemberitahuan tentang Keputusan Peperiksaan ...................................................................KANDUNGAN Pengenalan ………………………………………………………………….................................................................................................................................... Jadual Waktu Peperiksaan ........................................... Sijil ................................................ Peluang Memperbaiki Keputusan Peperiksaan ............................... Calon Kes Istimewa ............................................................. Penangguhan Peperiksaan .................................... Mata Pelajaran yang Ditawarkan dan Buku Sukatan Pelajaran..................... Bahan yang Dibawa oleh Calon ................. Senarai Mata Pelajaran dan Kertas …………………………………………….......................... Perhatian untuk Calon ....................................... Senarai Buku Sukatan Pelajaran ……………………………….................................................................................................................................... Penyakit Berjangkit .......... Pendaftaran Calon Lewat ...................................................................................................................................................................

Peperiksaan STPM ini juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti pelajar lepasan STPM seperti yang dimatlamatkan oleh bidang keberhasilan utama peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-10. (c) mendaftarkan calon. MPM melaksanakan fungsi yang berikut: (a) menyediakan dan menerbitkan sukatan pelajaran peperiksaan. Dalam mengelolakan peperiksaan STPM dan MUET. Sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. badan profesional yang berkaitan. Di samping mengurus peperiksaan STPM. dan lima orang ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ujian MUET ditadbirkan tiga kali setahun mulai tahun 2012. Dalam pengurusan peperiksaan. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. Pengerusi Majlis dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan Naib Canselor universiti awam tempatan. Ujian penguasaan bahasa Inggeris ini wajib diambil oleh pelajar yang ingin mengikuti program ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). University of Cambridge Local Examinations Syndicate. Ketua Pegawai Pentadbir. Gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal ini akan menentukan pencapaian keseluruhan dalam pengajian STPM. (d) mentadbirkan peperiksaan. Pengarah Peperiksaan. Urus Setia Majlis diketuai oleh Ketua Eksekutif yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif. serta individu yang mempunyai kepakaran khusus. MPM mengelolakan Malaysian University English Test (MUET) mulai tahun 1999. Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). MPM juga menitikberatkan soalan berkemahiran berfikir aras tinggi dalam peperiksaan STPM. IPTA. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. dan Ketua Pegawai Akademik. (e) menganugerahkan sijil. Pentadbiran MPM dan pengurusan peperiksaan dijalankan oleh Urus Setia Majlis yang bertanggungjawab kepada Majlis. (b) menyediakan kertas soalan peperiksaan. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ditadbir urus oleh lembaga pengelola yang disebut “Majlis” yang keanggotaannya terdiri daripada sembilan belas orang naib canselor universiti awam tempatan. MPM dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mulai peperiksaan tahun 1982. MPM mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Peperiksaan STPM ini dilaksanakan pada setiap penggal di sepanjang tempoh pengajian yang terdiri daripada tiga penggal.PENGENALAN Majlis Peperiksaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225] merupakan badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. 1 . Peperiksaan ini menggantikan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan/Higher School Certificate yang dikelolakan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate. Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

00 RM50.00 RM90.4 1.edu. iaitu calon sekolah integriti 1. iaitu dalam penggal 1.2 Semua calon jenis 1.3 Calon Jenis 1. semua calon yang ingin mengulang peperiksaan bertulis sesuatu penggal akan dikenakan caj sebanyak RM50.5 Nota: * Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dikecualikan daripada membayar yuran STPM. Calon yang mengambil peperiksaan ini terbahagi kepada lima jenis seperti yang berikut: ( a) ( b) ( c) ( d) ( e) 1. Walau bagaimanapun.PERATURAN PEPERIKSAAN 1 Pendaftaran Masuk Peperiksaan 1.mpm. Calon jenis 2 dan 3 boleh mendaftar pada penggal 1 atau penggal 2.my pada bulan April 2013.1 Pengumuman tentang tarikh pendaftaran dibuka dan tarikh pendaftaran ditutup akan dibuat melalui akhbar tempatan dan Kalendar Peperiksaan STPM Tahun 2014 pada portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) http://www. calon boleh memilih untuk menduduki peperiksaan pada penggal tersebut atau menduduki semua peperiksaan bagi kertas bertulis pada penggal 3. iaitu calon persendirian individu Calon Jenis 7. Bayaran yuran* untuk mengambil peperiksaan ini adalah seperti yang berikut: ( a) ( b) ( c) Yuran Asas Yuran setiap mata pelajaran Caj mengulang peperiksaan bertulis per kertas RM120. iaitu calon sekolah kerajaan negeri Calon Jenis 8. 7. Jika calon jenis 2 dan 3 ini membuat pendaftaran pada penggal 2. calon mesti mendudukinya pada penggal 3. Bagi kertas peperiksaan bertulis pada penggal 1. iaitu calon sekolah swasta Calon Jenis 3.00 1. iaitu calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan Calon Jenis 2. untuk menduduki peperiksaan STPM bagi ketiga-tiga penggal.00 per kertas. Calon dibenarkan mengambil hingga lima mata pelajaran termasuk Pengajian Am. 2 . dan 8 dikehendaki mendaftar sekali sahaja.

Calon membayar secara dua kali bayaran semasa mendaftar pada penggal 1 persekolahan tingkatan enam.00 akan dikenakan bagi setiap PIN MEC.00 dan bayaran per mata pelajaran sebanyak RM30. Manakala bakinya pula perlu dibayar oleh calon pada penggal 2 persekolahan tingkatan enam.6 Bagi calon jenis 2 dan calon jenis 3. calon dikehendaki membayar bayaran asas dan bayaran mata pelajaran STPM yang hendak diambil dengan membeli PIN MEC di kaunter BSN.my/online bagi tujuan pendaftaran. iaitu sebanyak RM60. calon perlu membayar bayaran asas sebanyak RM120. (c) 1.7 Pendaftaran masuk peperiksaan bagi semua jenis calon hendaklah dibuat secara dalam talian. Calon dinasihatkan merujuk Senarai Mata Pelajaran dan Kertas pada halaman 19 sebelum membeli PIN MEC. Caj perkhidmatan BSN sebanyak RM1. Kemudahan dua kali bayar ini hanya boleh diperoleh sekiranya calon membuat pendaftaran pada penggal 1 sahaja. 3 .mesp. iaitu semasa calon mendaftar pada penggal 1 persekolahan tingkatan enam.9 Bagi calon persendirian individu. Pengetua/Setiausaha Peperiksaan Sekolah dikehendaki membayar bayaran asas dan bayaran mata pelajaran STPM yang hendak diambil oleh calon sekolahnya dengan membeli nombor PIN MEC (nombor pengenalan diri Malaysian Examinations Council) bagi setiap calon daripada Bank Simpanan Nasional (BSN). Melalui cara ini. Calon boleh menduduki peperiksaan bertulis pada penggal berkenaan atau memilih untuk menduduki semua kertas peperiksaan bertulis sahaja pada penggal 3.00 bagi setiap mata pelajaran (untuk peperiksaan penggal 2 dan penggal 3).7. Bagi calon sekolah swasta.8 1. Calon dikehendaki menduduki semua kertas peperiksaan bertulis pada penggal 3. bayaran yuran STPM boleh dilakukan melalui tiga cara seperti yang berikut: (a) (b) Calon membayar secara sekali gus. Calon boleh membeli PIN MEC tersebut melalui tiga cara seperti berikut: (a) (b) (c) Pembelian di kaunter BSN secara tunai Pembelian di kiosk BSN secara tunai Pembelian PIN MEC secara pukal di kaunter BSN dengan menggunakan cek (bagi calon sekolah swasta sahaja) 1. Bagi pelaksanaan PBS calon.00 akan dikenakan bagi setiap pembelian PIN MEC. iaitu semasa calon mendaftar pada penggal 2 persekolahan tingkatan enam.1. Calon yang mendaftar selepas keputusan peperiksaan STPM 2013 hendaklah membuat pembayaran secara sekali gus. Caj perkhidmatan BSN sebanyak RM1.00 pada penggal 1 persekolahan tingkatan enam.gov. sila rujuk perkara pada para 15. Calon membayar secara sekali gus. Pengetua/Setiausaha Peperiksaan Sekolah/calon dikehendaki melayari portal MPM atau http://www.

Mata pelajaran ICT tidak boleh diambil sebagai mata pelajaran tambahan pada penggal 2. Penambahan mata pelajaran hanya boleh dibuat pada penggal 1 dan penggal 2 sahaja. dan penggal 3) hanya boleh digunakan untuk membuat pembayaran peperiksaan STPM pada penggal tahun semasa sahaja (PIN MEC yang dibeli untuk pendaftaran STPM pada penggal 1 akan tamat tempohnya pada tarikh tutup pendaftaran penggal 1. Jika calon ingin menambah mata pelajaran (calon dibenarkan mengambil maksimum lima mata pelajaran sahaja) selepas tarikh pendaftaran ditutup. caj sebanyak RM50. Semua Pengetua/Setiausaha Peperiksaan Sekolah/calon diingatkan bahawa sebarang pindaan atau pembetulan maklumat hendaklah dilakukan sebelum tarikh tutup pendaftaran.14 1. jika mata pelajaran yang hendak ditambah tidak menawarkan kertas alternatif bertulis yang menggantikan PBS. calon boleh mendudukinya pada penggal 3.13 1. Caj RM50. Namun demikian. Jika calon telah mendaftar bagi sesuatu mata pelajaran dan ingin menukar mata pelajaran itu dengan mata pelajaran yang lain selepas tamat tempoh pendaftaran.00 per mata pelajaran. caj sebanyak RM50. Calon yang membuat penambahan mata pelajaran pada penggal 2 akan dikehendaki mengambil kertas alternatif bertulis yang menggantikan PBS. nombor sijil lahir atau nombor kad pengenalan polis/tentera. calon akan dikehendaki melaksanakan kerja kursus PBS dan penghantaran kerja kursus PBS tersebut akan dilanjutkan pada suatu tarikh yang akan ditentukan oleh MPM kemudian.3 dan para 1.15 1.00 akan dikenakan di samping caj bagi mata pelajaran yang ditambah. Semua Pengetua/Setiausaha Peperiksaan Sekolah/calon yang ingin membeli PIN MEC di BSN hendaklah mengemukakan nombor pengenalan diri calon sama ada nombor kad pengenalan baharu/lama.10 Pendaftaran untuk menduduki peperiksaan STPM hanya dibuka pada penggal 1 dan penggal 2 sahaja (sila rujuk para 1. PIN MEC yang dibeli (merangkumi pendaftaran STPM untuk penggal 1.16 . Calon yang akan mendaftar STPM pada penggal 2 hendaklah membeli PIN MEC pada penggal 2). nombor pasport.00 akan dikenakan jika pembetulan maklumat dilakukan selepas pendaftaran ditutup.1. penggal 2.00 akan dikenakan.4). Bagi peperiksaan kertas bertulis penggal 1 yang tertinggal (jika calon membuat pendaftaran pada penggal 2 sahaja). 4 1.11 1. Penukaran mata pelajaran selepas tamat tempoh pendaftaran hendaklah dikemukakan selewat-lewat sebulan dari tarikh tutup pendaftaran bagi sesuatu penggal yang berkenaan. iaitu sebanyak RM90. Calon bertanggungjawab menentukan bahawa semua butiran dan maklumat yang dimasukkan dalam sistem pendaftaran dalam talian adalah betul dengan menyemak maklumat pendaftaran yang tercatat pada Penyata Pendaftaran (STPM/PP). Penambahan mata pelajaran selepas tamat tempoh pendaftaran hendaklah dikemukakan selewat-lewat sebulan dari tarikh tutup pendaftaran bagi sesuatu penggal yang berkenaan.12 1.

Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) dengan kadar SEGERA. bayaran bagi mata pelajaran yang digugurkan itu tidak akan dikembalikan.2 Pendaftaran lewat hanya dibenarkan kepada calon yang gagal memasuki IPTA.1 2. dan menghantarnya ke 15888.17 Calon yang mendaftar selepas tarikh keputusan STPM 2013 diumumkan atau calon yang mendaftar lewat kerana gagal memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak dibenarkan untuk menukar atau menambah mata pelajaran yang telah didaftarkan.p. 2. Calon yang mendaftar lewat juga dikehendaki menyiapkan tugasan/kerja kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mengikut keperluan mata pelajaran yang diambil (rujuk halaman 19 – 25).9 1. Sekiranya calon tidak menduduki salah satu kertas pada penggal yang berkenaan. 1. Calon mesti menduduki kesemua kertas yang telah didaftarkan pada setiap penggal.11 2 Pendaftaran Lewat 2.1. Calon tidak dibenarkan untuk menggugurkan mata pelajaran sekiranya peperiksaan bagi salah satu kertas untuk mata pelajaran tersebut telah diadakan. Tarikh penghantaran PBS bagi calon yang mendaftar lewat bagi kes ini akan ditentukan oleh MPM kemudian. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis berserta dengan bayaran pendaftaran dalam bentuk Kiriman Wang/Wang Pos atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia terus ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u. Calon yang mendaftar lewat bagi kes ini hendaklah menduduki peperiksaan bagi ketiga-tiga penggal sekali gus pada penggal 3. Calon perlu mencetak LPKC masing-masing dari portal MPM. Calon boleh menyemak status pendaftaran STPM mereka dengan melayari portal MPM atau melalui sistem mesej singkat (SMS) dengan menaip INFOSTPM<jarak><nombor kad pengenalan>. Bagi calon yang ingin menggugurkan sesuatu mata pelajaran.3 2. Calon hendaklah menghubungi MPM atau JPN jika maklumat calon tiada dalam senarai semakan LPKC dengan kadar SEGERA.18 1. keputusan X akan dikeluarkan. Calon hendaklah membuat pendaftaran lewat dalam tempoh satu minggu selepas keputusan kemasukan ke IPTA dikeluarkan. Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) akan digunakan oleh calon sebagai tiket untuk menduduki peperiksaan bagi setiap penggal.4 5 .10 1.

calon dikehendaki mengambil kertas peperiksaan alternatif bertulis yang menggantikan PBS.p.1 Peperiksaan bertulis akan diadakan pada setiap akhir penggal.p. Manual PBS boleh dirujuk pada portal MPM.2. Kemudahan ini tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan pertama. 2. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) yang berkenaan.6 2. 4. Masa yang diperuntukkan kepada tiap-tiap kertas soalan akan dinyatakan dalam sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang berkenaan dan dalam jadual waktu peperiksaan. sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas peperiksaan alternatif bertulis yang menggantikan PBS. Semasa mendaftar. Masa untuk membaca soalan adalah termasuk dalam masa yang dinyatakan bagi setiap kertas dalam jadual waktu peperiksaan.7 3 Pusat Peperiksaan Senarai pusat peperiksaan bagi sesebuah negeri akan ditentukan oleh Pengarah Pelajaran Negeri (u. dan ulangan 3 boleh dirujuk pada portal MPM pada tarikh pendaftaran ulangan 1 dibuka. penggal 2. calon hendaklah memilih pusat peperiksaan di mana calon bercadang hendak mengambil peperiksaan ini. Walau bagaimanapun. ulangan 2. Jadual waktu peperiksaan ulangan 1.2 4.5 Bagi mata pelajaran yang mempunyai PBS pada penggal 1 dan penggal 2. maka markah PBS yang diperoleh dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor PBS tahun mengulang sekali sahaja. dan penggal 3 boleh dirujuk pada portal MPM pada tarikh pendaftaran penggal 1 dibuka. 4 Jadual Waktu Peperiksaan 4. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) berhak menetapkan pusat peperiksaan di bandar pilihan calon atau di bandar yang berhampiran. Namun demikian. Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah PBS tahun sebelumnya.3 6 . manakala Ujian Lisan Bahasa Arab (ULBA) akan diadakan pada penggal 3 dan peperiksaan kertas melukis bagi Seni Visual akan diadakan pada penggal 2. (Sila rujuk Senarai Mata Pelajaran dan Kertas pada halaman 19) Calon hendaklah merujuk kepada sukatan pelajaran STPM untuk mendapatkan maklumat tentang kerja kursus PBS. Jadual waktu peperiksaan bertulis STPM untuk penggal 1. calon dikehendaki memilih dan menduduki kertas alternatif bertulis yang menggantikan PBS tersebut (rujuk Senarai Mata Pelajaran dan Kertas pada halaman halaman 19 – 25). Sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaan bertulis alternatif yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran. calon dikehendaki melaksanakan PBS. Pengarah Pelajaran Negeri (u.

00 akan dikenakan bagi setiap calon jika permohonan dibuat selepas pendaftaran ditutup bagi sesuatu penggal. 7 6. Yuran peperiksaan hanya akan dikembalikan bagi kes yang berikut: ( a) ( b) ( c) Calon yang sakit berpanjangan dan dapat mengemukakan surat pengesahan tentang penyakitnya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.4 5. Calon yang memohon perpindahan pusat peperiksaan boleh menyemak status permohonan mereka melalui portal MPM. 5.1 Permohonan untuk berpindah ke pusat peperiksaan yang lain hendaklah dikemukakan tidak lewat dari 4 minggu sebelum hari pertama peperiksaan bagi sesuatu penggal bermula.4. Calon tidak dibenarkan membawa masuk jadual waktu peperiksaan ke dalam dewan/bilik peperiksaan.1 Calon yang menarik diri daripada mengambil peperiksaan tidak akan dikembalikan yuran peperiksaannya.5 6 Penarikan Diri daripada Peperiksaan 6. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.2 . Calon yang terlibat dengan pertembungan masa peperiksaan hendaklah mendapatkan keterangan lanjut daripada Ketua Pengawas. Calon yang telah diluluskan perpindahan pusat peperiksaannya mestilah menduduki peperiksaan di pusat yang baharu dengan menggunakan nombor pusat dan angka giliran yang baharu. Ketua Pengawas akan memaklumkan calon tentang waktu peperiksaan bagi kertas yang bertembung itu. Calon yang diluluskan permohonannya untuk memasuki IPTA atau IPTS (salinan surat kelulusan hendaklah dikemukakan oleh calon). 4.2 5. Perpindahan calon dari satu pusat ke satu pusat yang lain hanya dibenarkan atas sebab yang munasabah.3 5.4 Kertas yang terlibat dengan pertembungan perlu diduduki oleh calon pada hari yang sama.5 5 Perpindahan Pusat Peperiksaan 5. Calon yang meninggal dunia (salinan surat perakuan kematian hendaklah dikemukakan oleh ahli keluarga atau wakilnya). dan bayaran sebanyak RM50. Calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dinasihatkan memilih sekolah yang mempunyai mata pelajaran yang sama dengan yang telah didaftarkan bagi memudahkan pengendalian PBS calon.

alat matematik. 8 .2 di atas akan ditentukan oleh MPM. calon akan mengambil peperiksaan di bilik yang berasingan. 10.1 Calon dikehendaki membawa Kad Pengenalan/Mykad atau dokumen pengenalan diri yang bergambar yang lain semasa menghadiri setiap sesi peperiksaan. Penggunaan dakwat merah tidak dibenarkan. Bagi ujian kertas aneka pilihan. spastik. Mereka dikehendaki menulis jawapan dengan pena mata bulat berdakwat hitam atau biru sahaja. rabun. tetapi pensel dan dakwat warna lain boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta. Pengetua sekolah boleh memohon pertimbangan khas untuk diberikan kepada seseorang calon sekolah yang prestasi peperiksaannya mungkin terjejas oleh sesuatu penyakit yang baharu dihidapnya atau kejadian malang yang menimpa dirinya. pekak. Penggunaan sebarang jenis pemadam tidak digalakkan.6.2 10 Bahan yang Dibawa oleh Calon 10. 7 Penangguhan Peperiksaan Calon yang ingin menangguhkan peperiksaannya hendaklah mengemukakan permohonannya dengan memberikan sebab dan menyertakan bukti kepada MPM sebelum tarikh peperiksaan penggal 1 bermula. Kelulusan permohonan untuk menangguhkan peperiksaan ini tertakluk kepada pertimbangan MPM. dan alat lukisan mereka sendiri.3 Jumlah yuran yang akan dikembalikan dalam perkara 6. 9. Permohonan boleh dibuat secara bertulis berserta dengan bukti dokumen sokongan kepada MPM selewat-lewatnya sehari selepas tarikh akhir peperiksaan bertulis. Jika dibenarkan.2 Calon hendaklah membawa alat tulis. autisme. sengau. 8 Penyakit Berjangkit Calon yang menghidap sebarang penyakit berjangkit biasanya tidak dibenarkan mengambil peperiksaan. bisu. Pengetua sekolah/calon persendirian individu dikehendaki mengemukakan permohonan berserta dengan dokumen sokongan kepada MPM melalui JPN selewat-lewatnya satu minggu selepas tarikh tutup pendaftaran. dan lain-lain) permohonan awal diperlukan supaya penyiasatan dapat dibuat dan persediaan khas dapat diadakan bagi calon berkenaan. calon hendaklah membawa pensel 2B atau BB dan getah pemadam.1 Bagi kes istimewa atau calon yang kurang upaya (buta. 9 Calon Kes Istimewa 9.

dan apa-apa peranti elektronik berkeupayaan bluetooth/wifi ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas. radio. Calon dinasihati supaya berpakaian kemas dan sesuai (calon sekolah memakai pakaian seragam sekolah). Calon tidak dibenarkan merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan/kawasan sekolah. atau (ii) calon telah diberi kertas soalan yang lain daripada yang dijadualkan bagi sesi peperiksaan berkenaan. 9 ( b) ( c) . nota. apa-apa buku. Jangan melanggar atau tidak mematuhi apa-apa arahan Majlis Peperiksaan Malaysia. kertas. kamera. Jangan berhubung dengan mana-mana calon lain atau mana-mana orang semasa peperiksaan berlangsung. kecuali apa yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas peperiksaan. Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas tulis sama ada yang telah atau yang belum digunakan dari dewan/bilik peperiksaan. dokumen. ( b) ( c) ( d) ( e) ( f) 12 Pembatalan Keputusan dan Penyingkiran Calon 12.3 Kalkulator elektronik yang senyap dan tidak boleh diprogram sahaja yang boleh digunakan dalam peperiksaan STPM kecuali soalan tertentu tidak membenarkan penggunaannya.10. Bahan lain yang berkaitan dengan kalkulator tersebut seperti manual pengguna tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/bilik peperiksaan. Calon hendaklah memberitahu Pengawas dengan serta-merta sekiranya (i) calon telah diberi kertas soalan bagi sesuatu kertas yang tidak diambil olehnya. Flexicurve boleh digunakan bagi mana-mana kertas yang memerlukan lukisan bergraf.1 Calon diberi amaran oleh MPM supaya: ( a) Jangan membawa atau menerima daripada sesiapa sahaja. Pusat peperiksaan tidak bertanggungjawab untuk menyediakan punca kuasa bagi kalkulator. Ketua Pengawas. walau dengan apa cara sekalipun.4 11 Perhatian untuk Calon Calon diminta mengambil perhatian tentang perkara yang berikut: ( a) Calon tidak boleh membawa masuk alat seperti telefon bimbit. calon diminta menyerahkan semula kertas tulis itu kepada Pengawas. gambar. atau apa-apa peranti lain. Jika calon menerima kertas tulis yang mempunyai kesan lipatan. perakam suara. 10. Calon tidak dibenarkan melipat kertas tulis yang dibekalkan untuk mengelakkan calon daripada disyaki membawa masuk kertas tulis. kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas. atau Pengawas. dan sentiasa mengikut tatatertib di dalam dewan/ bilik peperiksaan.

MPM berhak menyingkirkan calon berkenaan daripada peperiksaan ini dan tidak membenarkannya meneruskan peperiksaan ini. 12.1 pada halaman 14).2 Jika calon melanggar mana-mana amaran pada para 12. Untuk menghantar SMS. dan nilai gred mata pelajaran akan dikeluarkan semasa pengumuman keputusan peperiksaan STPM melalui Pengarah Pelajaran Negeri (Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) dalam bentuk slip keputusan STPM. Jangan menipu atau cuba menipu. Calon boleh juga menyemak keputusan STPM masing-masing melalui portal MPM dan SMS. biadab atau melakukan sebarang perbuatan tidak jujur yang bersabit dengan peperiksaan ini.1 Keputusan bagi ketiga-tiga penggal yang menunjukkan gred kertas akan dimuat naik ke portal MPM mengikut penggal. Keputusan keseluruhan peperiksaan bagi semua penggal yang digabungkan yang menunjukkan gred kertas. calon akan didakwa di bawah kaedah 3 dan 4.3 12. Keputusan ini boleh juga disemak melalui SMS. Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225].( d) ( e) ( f) ( g) Jangan mengganggu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalam atau di sekitar dewan/bilik peperiksaan. gred mata pelajaran. 13. 12. dan tidak membenarkan calon mendaftarkan diri sebagai calon untuk peperiksaan STPM bagi suatu tempoh yang difikirkan patut oleh MPM. 1986). dan hantar ke 15888. Kaedah Majlis Peperiksaan Malaysia (Tatacara Dalam Kes Salah Laku. Slip keputusan ini bukan sijil (rujuk para 17. Jangan bersubahat dengan seorang lain dengan tujuan untuk menipu. taip STPM<jarak><nombor kad pengenalan>. membatalkan keputusannya bagi mana-mana kertas atau mata pelajaran atau membatalkan keputusannya bagi seluruh peperiksaan ini. Jangan mewakilkan orang lain menduduki peperiksaan ini untuk diri calon.4 13 Pemberitahuan tentang Keputusan Peperiksaan 13. atau keadaan pada masa peperiksaan itu dijalankan tidak memuaskan. Jika MPM berpuas hati bahawa seseorang calon telah melanggar arahan dan amaran bagi peperiksaan ini atau terlibat dalam sebarang perbuatan luar biasa. atau cuba menipu untuk tujuan peperiksaan ini. Jika MPM berpuas hati bahawa sesuatu perbuatan salah laku atau perbuatan melanggar arahan atau amaran bagi peperiksaan ini telah berlaku dengan meluas di sesuatu pusat peperiksaan. Calon boleh mencetak slip keputusan masing-masing dari portal tersebut.2 10 . atau berkelakuan dengan cara yang boleh dianggap sebagai menipu. maka MPM berhak membatalkan seluruh peperiksaan di pusat berkenaan atau membatalkan peperiksaan bagi satu mata pelajaran atau lebih di pusat peperiksaan berkenaan.1 di atas sama ada dengan cara disedari atau tidak disedari.

00 TAHAP PENCAPAIAN Lulus Penuh Lulus Penuh Lulus Penuh Lulus Penuh Lulus Penuh Lulus Penuh Lulus Penuh Lulus Sebahagian Lulus Sebahagian Lulus Sebahagian Gagal 13. gred mata pelajaran.00 hingga 4. dan NGMP yang akan dinyatakan dalam slip keputusan adalah seperti dalam jadual yang berikut: GRED KERTAS A A– B+ B B– C+ C C– D+ D F GRED MATA PELAJARAN A A– B+ B B– C+ C C– D+ D F NGMP 4.00 hingga 1.7 Calon yang disabitkan bersalah dalam kes salah laku calon.00 ialah gred lulus penuh. dan gred F yang diberi nilai 0. dengan gred A sebagai gred yang tertinggi.4 Gred kertas.00 2.6 13.00 1. 13. manakala gred D hingga C– yang diberi nilai 1. 13.00 0.33 3. gred C hingga A yang diberi nilai 2.67 1.33 1.13. Calon akan mendapat keputusan keseluruhan X dalam sesuatu mata pelajaran bagi kes yang berikut: (a) tidak hadir menduduki peperiksaan bertulis dalam mana-mana kertas (b) tidak menghantar kerja kursus PBS (tiada markah PBS) 13. dan gred F sebagai gred gagal.3 Gred kertas dan gred mata pelajaran ditunjukkan dengan gred A hingga F.67 3.67 ialah gred lulus sebahagian. NGMP ditentukan berasaskan wajaran setiap kertas dan jumlah markah bagi mata pelajaran berkenaan. Majlis Peperiksaan Malaysia berhak meminda maklumat pada slip keputusan yang dikirimkan kepada calon sebelum pengeluaran sijil.33 2.00 3. Setiap gred mata pelajaran diberi Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP).8 11 .00 ialah gred gagal.67 2.5 Bagi gred mata pelajaran. keputusan mata pelajaran atau kertas yang terlibat akan dibatalkan.

calon dikehendaki melaksanakan PBS. calon dikehendaki mengambil kertas peperiksaan alternatif bertulis yang menggantikan PBS. sekiranya mata pelajaran tersebut tidak menawarkan kertas peperiksaan alternatif bertulis yang menggantikan PBS. (Sila rujuk Senarai Mata Pelajaran dan Kertas pada halaman 20) 14. Calon yang ingin mengulang peperiksaan bertulis sesuatu penggal akan dikenakan caj sebanyak RM50. iaitu kerja projek.00 per kertas. iaitu antara 20% hingga 40%.5 15. Tiada peperiksaan ulangan bagi tujuan memperbaiki keputusan PBS dan juga peperiksaan kertas bertulis altenatif yang menggantikan PBS. 12 15. Calon hendaklah membeli PIN MEC untuk mendaftar peperiksaan ulangan. Calon yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi peperiksaan bertulis penggal 3 boleh juga mengulang peperiksaan bertulis tersebut.4 15. Dalam aspek wajaran pula.1 15.5 15 Peluang Memperbaiki Keputusan Peperiksaan 15. Bagi calon yang mengambil mata pelajaran baharu berbanding tahun lepas dan tiada markah PBS tahun sebelumnya.1 PBS merupakan komponen yang wajib diambil oleh setiap calon. PBS STPM terdiri daripada tiga bentuk kerja kursus.2 14. peratusan wajaran yang ditawarkan dalam PBS adalah berbeza mengikut mata pelajaran. Keputusan peperiksaan yang terbaik (skor tertinggi) akan diambil kira antara peperiksaan bertulis yang diduduki kali pertama dengan kali kedua.6 . dan kerja amali.14 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 14. Calon hanya dibenarkan mengulang peperiksaan bertulis penggal 1 dan/atau peperiksaan bertulis penggal 2 bagi tujuan memperbaiki keputusan peperiksaan berkenaan pada hujung penggal 3 sahaja. Manual PBS bagi setiap mata pelajaran untuk guru dan calon boleh dimuat turun daripada portal MPM pada penggal yang menawarkan PBS. Soalan PBS boleh dimuat turun pada penggal yang menawarkan PBS melalui portal MPM.3 15. Kegagalan calon menjalankan PBS akan menyebabkan keputusan bagi mata pelajaran tersebut mendapat gred X. Tarikh untuk mendaftar dan menduduki peperiksaan bertulis ulangan boleh dirujuk pada Kalendar Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Baharu Sesi 2013 yang terdapat di portal MPM.2 TIADA prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu penggal untuk melayakkan pelajar mengikuti pengajian pada penggal yang berikutnya.3 14.4 14. kajian luar. Namun demikian.

3 Cara penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah seperti yang berikut: ( a) ( b) 16.6 pada halaman 6. 13 .5 Keputusan penyemakan semula yang dibuat oleh Majlis Peperiksaan Malaysia adalah muktamad. Sekiranya tidak terdapat kertas peperiksaan alternatif bertulis yang sedemikian bagi sesuatu mata pelajaran.5 manakala pelaksanaan PBS calon adalah seperti tindakan pada para 2. 16. Semua sijil akan dikeluarkan melalui Pengarah Pelajaran Negeri selewatlewatnya pada bulan Ogos 2015.7 Calon yang mengulang peperiksaan STPM 2013 pada tahun berikutnya dikehendaki menduduki kertas peperiksaan alternatif bertulis bagi menggantikan PBS.15.2 Rayuan penyemakan semula keputusan akan dikenakan bayaran sebanyak RM50. pelaksanaan peperiksaan bertulisnya adalah seperti pada para 2. 16. Bagi calon yang baharu mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM dan tiada markah PBS tahun sebelumnya.2 pada halaman 11).8 16 Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan 16.1 Rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan sama ada oleh calon sekolah atau calon persendirian individu hendaklah dikemukakan terus ke MPM dengan melengkapkan borang Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan STPM yang boleh dimuat turun dan dicetak dari portal MPM. Maklumat lanjut berkaitan dengan rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan boleh didapati dari portal MPM.1 Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang mendapat sekurang-kurangnya lulus sebahagian dalam satu mata pelajaran (rujuk para 13. 17 Sijil 17. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. 16. maka markah PBS yang diperoleh dalam peperiksaan STPM sebelumnya akan digunakan untuk skor PBS tahun mengulang. 15.00 bagi satu kertas. Kemudahan ini tidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM dua tahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan pertama.4 Menyemak penghitungan markah dan ketepatan gred yang diberikan bagi sesuatu kertas dan mata pelajaran Memeriksa semula skrip jawapan calon Keputusan penyemakan semula akan dimaklumkan kepada calon melalui portal MPM.

Bagi salinan sijil. iaitu selepas calon selesai menduduki peperiksaan bagi ketiga-tiga penggal. MPM berhak menarik balik sijil STPM yang telah dikeluarkan kepada calon.17.5 17.4 17.2 Calon sekolah kerajaan hendaklah mengambil sijil mereka di sekolah masingmasing.00 bagi permohonan kali kedua. dan angka giliran. Calon yang kehilangan sijil hanya boleh memohon untuk mendapatkan penyata keputusan atau salinan sijil.3 17. caj sebanyak RM50.p.p. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.00 bagi permohonan kali ketiga dan seterusnya. Permohonan ini hendaklah disertai maklumat tentang calon.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan. nombor kad pengenalan. 14 . nama pusat peperiksaan. Calon diberi tempoh 12 bulan selepas sijil dihantar kepada Pengarah Pelajaran Negeri (u. Calon yang ingin mendapatkan sijil selepas tempoh tersebut hendaklah berurusan terus dengan MPM dan akan dikenakan caj sebanyak RM50.00 bagi satu penyata keputusan akan dikenakan bagi permohonan kali pertama. dan RM50. Sijil STPM hanya dikeluarkan sekali sahaja bagi tahun peperiksaan berkenaan.7 Sekiranya terdapat sebab tertentu keputusan calon dibatalkan. seperti nama penuh. Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu hendaklah mengambil sijil mereka di Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. tahun peperiksaan diambil.6 Transkrip tersebut akan dihantar terus oleh MPM kepada universiti berkenaan tanpa melalui calon. RM30. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) akan mengembalikan sijil yang tidak dituntut ke MPM. 17. Caj sebanyak RM20. nama sekolah (jika ada). Selepas tempoh tersebut. Calon yang ingin mendapatkan transkrip sijil STPM dalam versi bahasa Inggeris hendaklah mengemukakan bahan yang berikut: ( a) ( b) ( c) Surat permohonan transkrip sijil yang menyatakan alamat universiti luar negara yang dipohon Salinan slip keputusan atau salinan sijil Bayaran perkhidmatan sebanyak RM50. salinan transkrip dan salinan surat tentang penghantaran transkrip kepada universiti berkenaan akan dihantar kepada calon. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) untuk mengambil sijil mereka.00. pihak sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri (u.00 bagi setiap transkrip yang dibuat secara kiriman wang/wang pos atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia 17. Walau bagaimanapun. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

2 15 . Markah yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM diperingkatkan sebagai SULIT.1 Skrip jawapan calon dan hasil kerja calon dalam sebarang bentuk untuk peperiksaan ini akan menjadi hak milik Majlis Peperiksaan Malaysia. Laporan ini akan dimuat naik ke portal MPM. 19.18 Laporan Peperiksaan Laporan peperiksaan yang memberikan ulasan tentang jawapan calon dalam peperiksaan STPM akan dikeluarkan pada tahun berikutnya. 19 Hasil Kerja Calon 19.

Calon yang berasal dari luar negara dikecualikan daripada syarat lulus Bahasa Melayu peringkat peperiksaan SPM. * Calon yang memenuhi syarat (g) tetapi gagal Bahasa Melayu boleh menggunakan keputusan lulus Bahasa Melayu yang diambil dalam peperiksaan SPM Ulangan. 16 .SKEMA PEPERIKSAAN 20 Syarat Kelayakan untuk Menduduki Peperiksaan 20. ** Kelulusan peringkat biasa GCE/SAP bermakna kepujian pada peringkat SPM/MCE. atau (ii) sekurang-kurangnya gred C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran 20. layak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). termasuk lulus Bahasa Melayu* dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).1 di atas mestilah memperoleh kelayakan itu sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mengambil peperiksaan STPM. 20.1 Calon yang mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut. (a) SPM tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya (b) SPM (Vokasional) (c) Malaysia Certificate of Education (MCE) (d) Federation of Malaya Certificate of Education (e) Cambridge School Certificate ( f) GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan) (g) SPM tahun 2000 hingga tahun 2013 yang diperoleh dalam satu peperiksaan dengan mendapat (i) sekurang-kurangnya gred C bagi tiga mata pelajaran.3 Calon yang mempunyai mana-mana kelayakan luar negara yang setaraf dengan SPM hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran untuk mengambil peperiksaan STPM daripada Majlis Peperiksaan Malaysia.2 Calon yang mempunyai kelayakan seperti yang disenaraikan dalam para 20.

17 .21 Mata Pelajaran yang Ditawarkan dan Buku Sukatan Pelajaran 21.1 Sebanyak 23 mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2014 seperti yang disenaraikan di bawah ini: Kod 900 910 911 912 913 920 922 930 931 940 942 944 946 948 950 954 956 958 960 962 964 966 970 Pengajian Am Bahasa Melayu Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Literature in English Kesusasteraan Melayu Komunikatif Syariah Usuluddin Sejarah Geografi Ekonomi Pengajian Perniagaan Perakaunan Mathematics (M) Mathematics (T) Further Mathematics Information and Communications Technology Physics Chemistry Biology Sains Sukan Seni Visual Mata Pelajaran 21.2 Sukatan pelajaran bagi mata pelajaran peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh dimuat turun dari portal MPM.

p. Test Specifications. 22. Calon tidak boleh mengambil kombinasi mata pelajaran atau kertas yang tidak dibenarkan oleh sukatan pelajaran. Calon dinasihatkan agar mengambil mata pelajaran Pengajian Am berserta mata pelajaran pilihan lain kerana pemilihan kemasukan ke IPTA akan mengambil kira gred keputusan Pengajian Am yang diambil dalam satu peperiksaan. (iii) MUET dijalankan tiga kali setahun. Calon dibenarkan mengambil maksima lima mata pelajaran termasuk Pengajian Am. (ii) Calon yang memohon masuk ke IPTA menggunakan keputusan STPM perlu menduduki Malaysian University English Test (MUET).2 Calon hendaklah mengambil sekurang-kurangnya satu mata pelajaran. Test Format and Sample Questions.Perhatian: (i) Calon yang mengambil kurang daripada lima mata pelajaran dalam peperiksaan STPM dinasihati supaya mengambil mata pelajaran Pengajian Am kerana pemilihan masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengambil kira gred keputusan Pengajian Am yang diambil dalam satu peperiksaan.1 22. Calon Jenis 1. 7.4 18 . Pendaftaran calon yang ingin mengambil mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah/institusi hendaklah dihantar terus secara manual ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u. dan melalui portal MPM. dan 8 dibenarkan untuk mengambil mata pelajaran yang tidak ditawarkan di sekolah/institusi (luar pakej sekolah) dengan syarat mata pelajaran yang hendak diambil itu mempunyai kertas peperiksaan alternatif bertulis yang menggantikan PBS. (iv) Maklumat tentang MUET dapat diperoleh dalam buku MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) – Regulations. 22 Pemilihan Mata Pelajaran 22.3 22. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET).

Semua kertas mesti diambil oleh semua jenis calon. Kod dan Nama Mata Pelajaran 900 Pengajian Am Kod dan Nama Kertas 900/1 900/2 900/3 900/4 Pengajian Am 1 Pengajian Am 2 Pengajian Am 3 Pengajian Am 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Bahasa Melayu 1 Bahasa Melayu 2 Bahasa Melayu 3 Bahasa Melayu 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Bahasa Melayu 5 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Bahasa Cina 1 Bahasa Cina 2 Bahasa Cina 3 Bahasa Tamil 1 Bahasa Tamil 2 Bahasa Tamil 3 Bahasa Arab 1 Bahasa Arab 2 Bahasa Arab 3 Bahasa Arab 4 (Ujian Lisan) Bahasa Arab 5 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Wajaran (%) 29 22 29 20 Masa 2 jam 1½ jam 2 jam Penggal 2 Nota Semua kertas mesti diambil oleh semua jenis calon.33 33.33 33. 912 Bahasa Tamil 912/1 912/2 912/3 913 Bahasa Arab 913/1 913/2 913/3 913/4 913/5 19 .33 33.33 28 28 20 12 12 2 jam 2 jam 2 jam 2 jam 2 jam 2 jam 2 jam 2 jam 1½ jam 15 minit Penggal 3 Semua kertas mesti diambil oleh semua jenis calon. Semua kertas mesti diambil oleh semua jenis calon.33 33.33 33.SENARAI MATA PELAJARAN DAN KERTAS Berikut ialah senarai mata pelajaran dan kertas yang ditawarkan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2014. 910/5 17 Penggal 3 911 Bahasa Cina 911/1 911/2 911/3 33. 910 Bahasa Melayu 910/1 910/2 910/3 910/4 33 20 20 8 2 jam 1½ jam 1½ jam Penggal 2 Semua kertas mesti diambil oleh semua jenis calon.

67 26.67 26.67 26. 20 .67 26.67 20 Masa 2 jam 2 jam 2 jam 2 jam 2 jam 2 jam Penggal 2 dan 3 Nota Semua kertas mesti diambil oleh semua jenis calon.67 20 2 jam 2 jam 2 jam Penggal 2 Semua kertas mesti diambil oleh semua jenis calon.67 20 2 jam 2 jam 2 jam Penggal 3 Semua kertas mesti diambil oleh semua jenis calon.33 33.33 33. 922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 922/1 922/2 922/3 922/4 930 Syariah 930/1 930/2 930/3 930/4 26.67 26.33 26. Semua kertas mesti diambil oleh semua jenis calon.67 26. 931 Usuluddin 931/1 931/2 931/3 931/4 26. 940 Sejarah 940/1 940/2 940/3 940/4 29 22 29 20 2 jam 1½ jam 2 jam Penggal 2 Semua kertas mesti diambil oleh semua jenis calon.Kod dan Nama Mata Pelajaran 920 Literature in English Kod dan Nama Kertas 920/1 920/2 920/3 Literature in English 1 Literature in English 2 Literature in English 3 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 1 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 2 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 3 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Syariah 1 Syariah 2 Syariah 3 Syariah 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Usuluddin 1 Usuluddin 2 Usuluddin 3 Usuluddin 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Sejarah 1 Sejarah 2 Sejarah 3 Sejarah 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Wajaran (%) 33.

8. dan calon yang mengambil Geografi di luar pakej yang ditawarkan oleh sekolah dikehendaki mengambil kertas 5. Calon jenis 2.Kod dan Nama Mata Pelajaran 942 Geografi Kod dan Nama Kertas 942/1 942/2 942/3 942/4 Geografi 1 Geografi 2 Geografi 3 Geografi 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Geografi 5 Wajaran (%) 32 32 16 20 Masa 2 jam 2 jam 1 jam Penggal 3 1¼ jam Nota Kertas 1. dan Kertas 3 mesti diambil oleh semua jenis calon. 3. 21 . Semua kertas mesti diambil oleh semua jenis calon. Calon jenis 1 dan 7 dikehendaki mengambil Kertas 4. 942/5 20 944 Ekonomi 944/1 944/2 944/3 944/4 Ekonomi 1 Ekonomi 2 Ekonomi 3 Ekonomi 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Pengajian Perniagaan 1 Pengajian Perniagaan 2 Pengajian Perniagaan 3 Pengajian Perniagaan 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) 32 32 16 20 2 jam 2 jam 1 jam Penggal 3 1½ jam 1½ jam 1½ jam Penggal 3 946 Pengajian Perniagaan 946/1 946/2 946/3 946/4 25 25 25 25 Semua kertas mesti diambil oleh semua jenis calon. Kertas 2.

67 16. Semua kertas mesti diambil oleh semua jenis calon.33 33.67 1 jam 950 Mathematics (M) 950/1 950/2 950/3 950/4 Mathematics (M) 1 Mathematics (M) 2 Mathematics (M) 3 Mathematics (M) 4 (School-based Assessment) Mathematics (T) 1 Mathematics (T) 2 Mathematics (T) 3 Mathematics (T) 4 (School-based Assessment) Further Mathematics 1 Further Mathematics 2 Further Mathematics 3 26. dan Kertas 3 mesti diambil oleh semua jenis calon. dan 3 1½ jam 1½ jam 1½ jam Penggal 1.67 20 1½ jam 1½ jam 1½ jam Penggal 1.33 33.67 26.33 22 . Semua kertas mesti diambil oleh semua jenis calon. Mathematics (M) tidak boleh diambil bersama dengan Mathematics (T) atau Further Mathematics. dan 3 1½ jam 1½ jam 1½ jam 954 Mathematics (T) 954/1 954/2 954/3 954/4 26. dan 8 dikehendaki mengambil Kertas 4. Calon jenis 1. 2.67 26. Calon jenis 3 dan calon mengulang peperiksaan STPM dan calon yang mengambil Perakaunan di luar pakej yang ditawarkan oleh sekolah dikehendaki mengambil Kertas 5.33 16.67 26. 2. Semua kertas mesti diambil oleh semua jenis calon. Further Mathematics hanya boleh diambil bersama dengan Mathematics (T). Mathematics (T) tidak boleh diambil bersama dengan Mathematics (M). Kertas 2.67 Masa 2 jam 2 jam 1 jam Penggal 3 Nota Kertas 1.67 26.67 20 956 Further Mathematics 956/1 956/2 956/3 33. 2. 948/5 16. 7.33 33.Kod dan Nama Mata Pelajaran 948 Perakaunan Kod dan Nama Kertas 948/1 948/2 948/3 948/4 Perakaunan 1 Perakaunan 2 Perakaunan 3 Perakaunan 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Perakaunan 5 Wajaran (%) 33.

Kod dan Nama Mata Pelajaran 958 Information and Communications Technology Kod dan Nama Kertas 958/1 Information and Communications Technology 1 Information and Communications Technology 2 Information and Communications Technology 3 Information and Communications Technology 4 (School-based Assessment) Physics 1 Physics 2 Physics 3 Physics 4 (School-based Assessment) Physics 5 Wajaran (%) 20 Masa 1½ jam Nota Semua kertas mesti diambil oleh calon.67 26. dan 3 1½ jam 960/5 20 Kertas 1.67 26. dan Kertas 3 mesti diambil oleh semua jenis calon. 2. dan 3 960 Physics 960/1 960/2 960/3 960/4 26. 23 . dan calon yang mengambil Physics di luar pakej yang ditawarkan oleh sekolah dikehendaki mengambil Kertas 5. Calon jenis 2 boleh memilih untuk mengambil Kertas 4 atau Kertas 5 tertakluk kepada kelulusan Majlis Peperiksaan Malaysia. 2. 958/2 20 1½ jam 958/3 20 1½ jam 958/4 40 Penggal 1. Kertas 2.67 20 1½ jam 1½ jam 1½ jam Penggal 1. Mata pelajaran ini hanya boleh diambil oleh calon dari sekolah kerajaan atau sekolah swasta yang dibenarkan oleh MPM untuk menawarkan mata pelajaran ini. Calon jenis 1 dan 7 dikehendaki mengambil Kertas 4. calon mengulang peperiksaan STPM. 8. Calon jenis 3.

67 26. Calon jenis 1 dan 7 dikehendaki mengambil Kertas 4. Kertas 2. 8. Kertas 1.Kod dan Nama Mata Pelajaran 962 Chemistry Kod dan Nama Kertas 962/1 962/2 962/3 962/4 Chemistry 1 Chemistry 2 Chemistry 3 Chemistry 4 (School-based Assessment) Chemistry 5 Wajaran (%) 26. dan Kertas 3 mesti diambil oleh semua jenis calon.67 26.67 26.67 26. Kertas 2. 2. dan 3 1½ jam Nota Kertas 1.67 20 Masa 1½ jam 1½ jam 1½ jam Penggal 1. dan Kertas 3 mesti diambil oleh semua jenis calon. 8. dan calon yang mengambil Biology di luar pakej yang ditawarkan oleh sekolah dikehendaki mengambil Kertas 5. Calon jenis 2 boleh memilih untuk mengambil Kertas 4 atau Kertas 5 tertakluk kepada kelulusan Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon jenis 3. 962/5 20 964 Biology 964/1 964/2 964/3 964/4 Biology 1 Biology 2 Biology 3 Biology 4 (School-based Assessment) Biology 5 26. calon mengulang peperiksaan STPM. calon mengulang peperiksaan STPM. dan 3 1½ jam 964/5 20 24 . 2. Calon jenis 3.67 20 1½ jam 1½ jam 1½ jam Penggal 1. Calon jenis 2 boleh memilih untuk mengambil Kertas 4 atau Kertas 5 tertakluk kepada kelulusan Majlis Peperiksaan Malaysia. dan calon yang mengambil Chemistry di luar pakej yang ditawarkan oleh sekolah dikehendaki mengambil Kertas 5. Calon jenis 1 dan 7 dikehendaki mengambil Kertas 4.

dan calon yang mengambil Sains Sukan di luar pakej yang ditawarkan oleh sekolah dikehendaki mengambil Kertas 5. 8. calon mengulang peperiksaan STPM. 2. 3. Calon jenis 1 dan 7 dikehendaki mengambil Kertas 3. dan 8 dikehendaki mengambil Kertas 4. 7. dan calon yang mengambil Seni Visual di luar pakej yang ditawarkan oleh sekolah dikehendaki mengambil Kertas 4. Calon jenis 2 boleh memilih untuk mengambil Kertas 4 atau Kertas 5 tertakluk kepada kelulusan Majlis Peperiksaan Malaysia.Kod dan Nama Mata Pelajaran 966 Sains Sukan Kod dan Nama Kertas 966/1 966/2 966/3 966/4 Sains Sukan 1 Sains Sukan 2 Sains Sukan 3 Sains Sukan 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Sains Sukan 5 Wajaran (%) 25 25 25 25 Masa 1½ jam 1½ jam 1½ jam Penggal 1. Kertas 2. Calon jenis 1. 966/5 25 970 Seni Visual 970/1 970/2 970/3 Seni Visual 1 Seni Visual 2 Seni Visual 3 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Seni Visual 4 40 35 25 2 jam 3 jam Penggal 3 970/4 25 3 jam 25 . Calon jenis 2. dan Kertas 3 mesti diambil oleh semua jenis calon. dan 3 2 jam Nota Kertas 1. Calon jenis 3. Kertas 1 dan Kertas 2 mesti diambil oleh semua jenis calon.

2. Biology 22. 10. 12. Sains Sukan 23. Chemistry 21. Mata Pelajaran Pengajian Am Bahasa Melayu Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Literature in English Kesusasteraan Melayu Komunikatif Syariah Usuluddin Sejarah Geografi Ekonomi Pengajian Perniagaan Perakaunan Mathematics (M) Mathematics (T) Further Mathematics Information and Communications Technology Physics Tahun Mula Digunakan* 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 2012 20. 17. 6. 11.SENARAI BUKU SUKATAN PELAJARAN Sukatan pelajaran yang lengkap bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2014 dicetak dalam buku-buku yang berasingan mengikut mata pelajaran seperti yang berikut: Bil. 15. 8. 18. 19. Seni Visual * Sukatan pelajaran ini digunakan bagi peperiksaan tahun berkenaan dan tahun-tahun seterusnya sehingga perubahan dimaklumkan. 13. 1. 5. 7. 26 . 3. Sukatan pelajaran ini boleh dimuat turun dari portal MPM. 14. 4. 9. 16.