You are on page 1of 23

Amali 1

Tarikh : 25 Jun 2013

Tajuk : EKOSISTEM TANAH - BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN

Tujuan : Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di dalam jenis tanah yang berbeza.

pengenalan : Ekosistem adalah suatu unit ekologi yang di dalamnya terdapat hubungan antara struktur dan fungsi. Struktur yang dimaksudkan dalam definisi ekosistem tersebut adalah berkaitan dengan keanekaragaman atau kepelbagaian spesis (species diversity). Ekosistem mempunyai struktur yang kompleks, memiliki keanekaragaman spesis yang tinggi. Sedangkan istilah fungsi dalam definisi ekosistem menutur A.G Tansley berhubungan dengan kitar material dan arus tenaga melaui komponenkomponen ekosistem. Ekosistem adalah sistem yang terbuka di mana input-input, perpindahan dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. Aliran tenaga setiap ekosistem berlaku dalam satu arah sahaja. Aliran tenaga bermula bila autotrof sebagai pengeluar menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosntesis. Autotrof adalah organisma pengeluar primer bagi suatu ekosistem.Sebatian organik menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem. Kebanyakkan tenaga yang memasuki jaringan makanan dalam ekosistem akan hilang ke persekitaran dalam bentuk tenaga haba. Majoriti nutrien dikitar semula dalam jaringan makanan tetapi sebahagiannya hilang ke persekitaran. Air, karbon, notrogen, fosforus dan vahan-bahan lain ang diperlukan semasa produktiviti permulaan bergerak melalui kitaran biogeokimikal. Ekosistem tanah merupakan ekosistem yang baik dan mudah untuk dipelajari. Dalam ekosistem tanah, makrofauna bukan sahaja menyumbangkan kepada proses

penguraian pada tanah malah ianya juga menambah kandungan zat organik tanah serta membentuk agrigasi tanah. Tanah yang banyak didiami oleh makrofauna dan mikrofauna tanah juga membantu struktur tanah dengan lebih baik dan meningkatkan keporosannya. Keadaan ini boleh meningkatkan kesuburan tanah dan kaya dengan mineral kerana makrofauna dan mikrofauna tanah merupakan pengurai organisma yang baik. Dalam hal ini, persekitaran tanah seperti faktor abiotik (yang meliputi sifat fizikal dan kimia tanah) serta faktor biotik (adanya biota tanah dengan tanaman tingkat tinggi) ikut berperanan dalam menentukan kadar pertumbuhan dan aktiviti biota tanah tersebut Perkhidmatan ekosistem adalah proses-proses dimana persekitaran

menyediakan sumber-sumber seperti air bersih, balak, hbitat untuk perikanan, pendebungaan tumbuhan asli dan pertanian. Perkhidmatan ekosistem yang pelbagai memberikan kesan kepada tanah, air, makanan dan kesihatan hidupan lain. Di antara kesannya adalah seperti menyederhanakan cuaca yang keterlaluan, mengitar dan menggerakkan nutrien, menyahtoksik dan menguraikan bahan buangan dan

menyebarkan biji benih. Kitaran biogeokimia atau kitar nutrien adalah satu laluan dimana unsur-unsur kimia atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotik dan abiotik bumi. Unsur-unsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran terdapat tempat dimana unsur-unsur ini dikumpulkan atau jangka masa yang panjang. Kehidupan terdiri daripada dua komponen iaitu komponen abiotik dan biotik. Komponen abiotik merangkumi benda-benda yang tidak hidup seperti air, tanah, kelembapan udara dan cahaya matahari manakala komponen biotik pula terdiri daripada benda hidup seperti haiwan, tumbuhan dan manusia. Interaksi antara komponen biotik dengan abiotik ini membentuk satu jaringan ekosistem. Dengan adanya interaksi-interaksi tersebut, suatu ekosistem dapat mempertahankan keseimbangannya.

Hipotesis: Sampel tanah dari lokasi A mempunyai bilangan makrofauna yang lebih banyak

berbanding dengan sampel tanah dari lokasi B.

Pembolehubah : Dimanipulasi Bergerak balas Dimalarkan : Jenis tanah / lokasi sampel tanah : Bilangan dan jenis makrofauna : Suhu persekitaran, teknik mengumpul makrofauna

Bahan dan radas : I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X. Sampel tanah Etanol Corong tulgren Bikar Lampu Corong turas Piring petri Forseps Kanta pembesar Besin

Prosedur

1. Satu sampel tanah dikumpul dibawah litupan daun luruh (O Horizon) dan tanah atas (A Horizon tidak melebihi kedalaman 3cm) daripada dua lokasi berbeza. 2. Sampel tanah dipilih dari laman, kawasan tumbuhan asli, aman,di bawah spesis pokok yang berbeza ataukawasan-kawasan lain. 3. Sampel-sampel dimasukkan ke dalam bag plastik, dimeterikan dan dilabelkan dengan nama anda dan lokasi kutipan. 4. Pada setiap lokasi, jenis tanaman pada lokasi direkodkan (contoh, hutan, paya, laman dan lain-lain) dan ciri- ciri dalam jadual di bawah, kemudian digunakan untuk membandingkan habitat tanah dari dua lokasi. 5. Jika anda tidak mempunyai peralatan yang cukup (contoh: pH kit atau penetrometer), buang ciri tersebut. 6. Kembali ke makmal, sampel tanah dicampurkan dengan tanah litupan daun dari lokasi yang sama. 7. Satu sampel yang diketahui dimasukkan ke dalam corong Tulgren. 8. Sampel tanah diiarkan selama 2 hari, kemudian dituangkan kedalam piring petri yang mengandungi alkohol. 9. Sampel dari lokasi kedua dimasukkan ke dalam corong Tulgren dan dituangkan selepas 2 hari, mengikut prosedur yang sama. 10. Jika anda tahuisipadu tanah yang dikaji, anda akan boleh membandingkan kehadiran makrofauna antara dua lokasi. 11. Daripada beg-beg sampel ,sampel tanah diperiksa dari O Horizon dan A Horizon dengan menggunakan kanta pembesar. 12. Sebarang fauna yang dijumpai dimasukkan ke dalam piring petri untuk dikenalpasti. Semua organisma dikenal pasti dan dikelaskan ke dalam kumpulan yang berlainan (contoh: Kumpulan A tiada kaki cacing; kumpulan B 8 kaki laba-laba, hama dan lain-lain). 13. Jumlah individu dalam setiap kumpulan dikira. Jika terlalu banyak, anggaran jumlahdiambil kira. 14. Kandungan dalam jar pengumpul dikosongkan ke dalam piring petri, dan dikenalpasti dalam kumpulan. Jumlah individu dari setiap kumpulan dikira.

15. Keputusan dari Jadual 2 dan 3 digunakan dan bilangan order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun dikira, dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun.

Keputusan :

i.

Jenis lokasi

Ciri-ciri Lokasi
Jenis tumbuhan

Lokasi 1

Lokasi 2

Pokok buluh

Pokok bunga ixora

Warna tanah

Coklat muda

Coklat

Kekeringan/kelembapan Lembap

Kurang lembap

Kepadatan tanah

Padat

Kepadatan sederhana

Tekstur tanah

Tanah pamah

Tanah pamah

Jadual 1

ii.

Makrofauna yang diperhatikan di Lokasi 1 dan Lokasi 2 ;

Kumpulan

Bilangan

lokasi 1 Bilangan

lokasi 2

(bawah pohon buluh)

(Tepi kolam ikan)

Makrofauna Besar 5 Cacing tanah 3 Semut tentera 4 Kerengga 0 0 0

Makrofauna Kecil 0 Anak lipan Lebih 30 Semut hitam 0 Semut gula 3 Kutu tanah 2 Anak labah-labah 2 Earwigs 0 0 0 Lebih 10 0 3

Jadual 2

iii.

Organisma yang ditemui di dalam kedua-dua jenis tanah

Kumpulan Makrofauna

Bilangan

Cacing

Semut merah

Semut hitam

Kutu tanah

kerengga

semut tentera

anak lipan

anak labah-labah

earwigs

Jadual 3

iv.

Kriteria makrofauna

Makrofauna

Lokasi 1

Lokasi 2

Bilangan kumpulan per liter tanah

Bilangan kumpulan cacing per liter tanah

Bilangan kumpulan semut per liter tanah

Bilangan kumpulan kutu tanah per liter tanah

Bilangan kumpulan siput babi per liter tanah

Bilangan kumpulan lipan per liter tanah

Bilangan kumpulan ulat gonggok per liter tanah

Jadual 4

GAMBAR-GAMBAR :

Sampel Tanah Lokasi A

Sampel Tanah Lokasi B

(Tanah dileraikan dalam besin berbeza )

Sampel Tanah A (Sampel tanah dituras)

Sampel Tanah B

Sampel Tanah A

Sampel Tanah B

(Makrofauna yang terdapat dalam bikar )

Makrofauna sampel tanah A

Makrofauna sampel tanah B

(Makrofauna dipindahkan ke dalam piring petri)

Langkah-langkah berjaga: 1. Sampel tanah diambil dengan cara yang betul. 2. Alatan digunakan mengambil tanah tidak membahayakan keselamatan. 3. Sentiasa berhati-hati dengan hidupan yang boleh menyengat atau menggigit.

Kemahiran manipulatif : 1. Mengguna dan mengendalikan alat dan radas sains dengan cara yang betul dan selamat. 2. Mengendalikan specimen hidup dengan selamat. 3. Meletakkan spesismen hidup dan tanah ke tempat asal. 4. Mencatat rekod pemerhatian dengan jujur.

Perbincangan :

1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna yang ditemui pada tanah dari keduadua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan terjadinya perbezaan antara mereka? Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan mengapa perbezaan-perbezaan tersebut Kepelbagaian makrofauna yang ditemui pada tanah daripada kedua-dua lokasi adalah berbeza di mana hasil kajian telah mennjukkan bahawa ljumlah makrofauna yang dijumpai di lokasi A adalah lebih banyak bilangannya berbanding dengan lokasi B. sepsis makrofauna juga berbeza bagi kedua-dua lokasi yang dikaji. Perbezaan sepsis dan bilangan makrofauna yang dijumpai bagi kedua-dua lokasi kajian adalah kemungkinan besar dipengaruhi oleh habitat bagi makrofauna tersebut. Setiap hidupan yang terdapat di permukaan bumi sememangnya memerlukan habitat masing-masing. Dalam kajian ini, tanah merupakan salah satu habitat yang penting bagi makrofauna yang pelbagai sepsis.

Tanah mempunyai sifat-sifat yang bervariasi. Sifat tanah yang berbeza-beza pada pelbagai tempat menunjukkan ianya dipengaruhi oleh banyak faktor yang membentuknya. Kepelbagaian makrofauna yang terdapat pada tanah boleh berbeza-beza disebabkan oleh jenis tanah atau lokasi tanah tersebut. Sehubungan dengan itu, lokasi atau kawasan yang berbeza akan mempunyai makrofauna yang berbeza-beza. Ini adalah disebabkan oleh kandungan tanah yang mana merangkumi tahap teduh (level of shade), kelembapan/kekeringan tanah, pH tanah, kepadatan tanah dan juga tekstur tanah tersebut. Habitat adalah tempat suatu makhluk hidup. Istilah habitat dapat juga digunakan untuk menunjukkan tempat sekelompok organisma dari berbagai spesies yang membentuk suatu komuniti.oleh yang demikian, daripada keputusan yang diperolehi, tanah dari Lokasi A mengandungi lebih makrofauna apabila dibandingkan dengan sampel tanah Yang diambil dari lokasi B. Sampel Tanah A adalah diambil dari kawasan bawah pokok buluh yang sedikit lembap tanahnya. Keadaan di sekeliling pokok buluh adalah redup. Kawasan permukaan tanah adalah terlindung daripada cahaya matahari. Dalam ekosistem ini lantai tanah ditutupi dengan dedaun buluh mati yang membuatkan permukaan tanah di kawasan ini lembut. Pokok-pokok disekitar kawasan itu juga kelihatan hidup dengan subur. Daun-daun pokok buluh yang banyak gugur ke permukaan tanah merupakan salah satu faktor menjadikan kawasan tersebut adalah sebagai hbitat yang sesuai bagi kebanyakkan makrofauna. Manakala bagi sampel tanah B pula telah diambil daripada kawasan pokok bunga ditanam di tepi kolam. Sekitar kawasan pokok bunga di tepi kolam adalah panas di mana tidak terdapat pokok-pokok yang besar di situ. Oleh itu, cahaya matahari terus sampai ke permukaan tanah. Keadan tanah kelihatan kurang lembap. Daun-daun kelihatan sedikit jatuh ke lantai permukaan tanah

memandangkan hanya pokok-pokok bunga yang rendah dan berdaun kecil sahaja di kawasan itu. Oleh yang demikian keputusan telah menunjukkan bahawa bilangan

dan spesis yang dijumpai di lokasi B adalah kurang kerana kawasan tersebut kurang sesuai untuk dijadikan hbitat bagi makrofauna. Parameter tanah yang digunakan untuk menjelaskan perbezaan

kepelbagaian makrofauna yang tinggi di lokasi 1 berbanding lokasi 2 adalah faktor kelembapan tanah, kepadatan tanah, tekstur tanah, peratus kandungan air dalam tanah dan jenis tumbuhan besar di lokasi.

2. Terangkan peranan makrofauna di dalam tanah tersebut.

Makrofauna berfungsi sebagai sebuah komuniti di dalam tanah yang membantu menyeimbangkan sifat fizikal tanah. Makrofauna dan mendapan organik dapat membantu mencegah hakisan tanah, bertindak sebagai pengurai, membantu meningkatkan aktiviti biologi dan meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan struktur tanah dalam kawasan tersebut. Makrofauna tanah terdiri daripada pelbagai jenis fauna dengan panjang lebih dari 1mm dan berdiameter tubuh lebih daripada 2mm. Sebahagian besarnya terdiri daripada kelompok Arthropods, Molusca dan Cacing Tanah. Dalam pengelolaan atau menjamin ekosistem tanah, makrofauna memiliki peranan yang sangat penting. Fungsi utama makrofauna dalam tanah adalah untuk memelihara sifat-sifat fizikal dan biologikal tanah. Makrofauna tanah merupakan bahagian kepelbagaian hidupan tanah yang penting dalam usaha membaiki sifat fizik, kimia dan biologi tanah melalui proses imobilisasi dan humifikasi. Dalam proses pereputan bahan organik yang

terdapat dalam tanah, makrofauna memainkan peranan dalam proses fragmentasi yang memudahkan proses pereputan yang lebih lanjut. Selain itu, makrofauna tanah juga membantu mempercepatkan proses penguraian organisma yang telah mati. Tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma yang telah mati akan diurai dan diserap ke dalam tanah untuk ditukarkan kepada nutrien tanah yang penting seperti kalsium, magnesium, nitrogen, fosforus dan potassium. Semuanya ini dibantu oleh makrofauna yang terdapat pada tanah

termasuklah bakteria dan juga fungi. Dengan ini, nutrien dapat dikembalikan ke dalam tanah dan memelihara keseimbangan ekosistem tanah di dalamnya. Kesimpulannya, makrofauna dalam tanah berperanan sebagai menjamin keseimbangan ekosistem tanah dengan membantu dalam proses pereputan dan penguraian, memelihara sifat fizikal dan biologikal tanah, proses humifikasi serta memperbaiki struktur dan pembentukan tanah. Tanpa makrofauna, tahap kesuburan dan kesihatan tanah tidak terjamin dan mampu menjejaskan aktiviti biologikal, sifat fizikal seterusnya ekosistem tanah itu sendiri.

Jadual : Peranan organism tanah Jenis organisma Ciri dan peranan organisma kepada tanah

Bakteria

Terlibat di dalam proses pereputan sisa organik Penting dalam membantu peredaran karbon, nitrogen, fosforus dan sulfur di dalam tanah.

Aktinomisit

Penting dalam proses pereputan sisa organik.

Kulat

Penting dalam pereputan bahan organik : bersimbiosis dengan akar tumbuhan

CacingTanah

Mencampurkan hasil reputan daun di atas tanah. Membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain. Membaiki pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang yang digalinya.

Najisnya mengandungi kalsium yang menyuburkan tanah.

Nematod

Membantu pereputan bahan organik

Alga

Menggunakan cahaya matahari untuk menjalankan fotosintesis

3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota (contoh : fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, pemakan, daun dan lain-lain); dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku. Contoh, dimanakah bermulanya pembentukan tenaga dan dimanakah ianya berakhir (puncak rantai makanan). Apakah yang terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantai makanan mati? Sertakan rajah ini dengan laporan anda.

Organisma-organisma individu dari kompnen biosik berkemandirian sama ada dengan menghasilkan makanan sendiri ataupun dengan memakan organisma lain. Tumbuhan hijau dapat menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis kerana adanya pigmen klorofil yang dapat memerangkap tenaga dari matahari. Makanan yang dihasilkan ini digunakan oleh tumbuhan untuk terus hidup dan juga membekalkan makanan kepada organisma lain apabila organisma itu memakan tumbuhan. Kesemua ekosistem mempunyai tiga kumpulan nutrisi iaitu pengeluar, pengguna dan pengurai. Rantai makanan adalah satu siri organisma dalam suatu ekosistem yang dihubungkan kepada organisma yang lain melalui pemindahan atau pengaliran tenaga. Setiap organisma masing-masing menjadi pemangsa dan mangsa kepada organisma sebelum dan selepasnya. Jaringan makanan pula merupakan interaksi makanan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantai makanan. Dalam sebarang komuniti, setiap pengguna biasanya mempunyai pelbagai pilihan makanan dan pengguna itu juga mungkin dimakan oleh pelbagai pemangsa (pengguna) yang lain. Merujuk kepada Rajah di atas, pengeluar primari (primary producer) atau juga dikenali sebagai organisma autotrof ialah rumput. Rumput memerangkap tenaga cahaya matahari dan menggunakannya untuk mensintesiskan karbohidrat dan protein melalui fotosintesis. Kemudian, tenaga yang diperangkap akan dipindahkan kepada pengguna seterusnya iaitu pengguna primer, sekunder dan tertier (heterotrof). Untuk tujuan tersebut, hanya 1% hingga 5% tenaga solar ditukarkan kepada biomas semasa proses penghasilan. Pengeluar biasanya menduduki aras trof yang pertama. Detritivor pula merupakan heterotrof yang mengambil zat makanan dengan memakan detritus. Mereka telah menyumbang kepada penguraian dan kitaran zat makanan. Detritivor hidup dalam mana-mana tanah yang mempunyai komponen organik, dan juga hidup dalam ekosistem marin di mana mereka dinamakan kesalingbolehtukaran dengan penghantar bawahan.

Konsumer (consumers) merupakan organisma yang bergantung kepada pengeluar (producers) dalam memperoleh tenaga. Ia termasuklah haiwan, pengurai (decomposer) dan detritivores. Siratan makanan tersebut merupakan kombinasi beberapa rantai makanan parasitik dan rantai makanan pemangsa. Lazimnya, dalam sesuatu rantai makanan bilangan peringkat adalah terhad kerana pemindahan tenaga akan berkurangan di setiap peringkat sehinggalah

semua tenaga habis digunakan.

Salah satu contoh rantai makanan yang dapat dikenalpasti berdasarkan siratan makanan di atas ialah: Rumput Nematod (Pemakan akar) Arthropod (Pencincang -shredder) Arthropod (Pemangsa) Burung

Rajah : Salah satu rantai makanan yang terdapat dalam siratan makanan Rumput ialah pada aras trofik pertama (pengeluar), nematod pemakan akar ialah pengguna primer, arthropod pencincang-shredder ialah pengguna sekunder, arthropod pemangsa ialah pengguna tertier manakala burung ialah pengguna di aras trofik tertinggi. Rumput iaitu pengeluar akan menjadi bahan organik setelah ia mati dan dimakan oleh pengguna detritivores. Detritivores merupakan organisma yang memakan detritus. Ia bertindak dan mengurai tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang telah mati dalam tanah serta mengembalikan kitaran nutrien melalui proses penguraian tersebut. Contoh detritivores adalah cacing tanah, ulat gonggok dan woodlouse. Rantaian makanan ini tidak wujud dalam pengasingan (isolation) dan biasanya saling berhubung dengan siratan makanan. Seterusnya, pengguna detritus dimakan oleh pemangsa yang lebih kecil seperti burung kecil dan tikus tanah. Apabila organisma yang berada di puncak siratan makanan mati (burung dan mole), nutrien dan tenaga belum lagi hilang kerana akan dikembalikan semula ke

tanah oleh ulat-ulat yang memainkan peranan sebagai pengurai semula jadi. Organisma yang selalunya dianggap sebagai haiwan perosak yang kotor akan menjalankan peranan ekologikal mereka dengan memakan bangkai-bangkai haiwan yang mati busuk. Pertukaran tenaga dalam ekosistem dapat dikesan daripada tahap satu ke tahap yang lain. Namun, sepanjang proses pemindahan tenaga, hampir 90% daripada tenaga terbebas ke persekitaran sebagai tenaga haba. Proses pemindahan tenaga adalah tidak sama seperti pemindahan karbon dan nitrogen yang berkitar dalam ekosistem secara berterusan. Tenaga tersebut semakin berkurangan kerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dan akhirnya akan hilang sebagai haba dan perlu diambil lagi daripada matahari oleh pengeluar Perpindahan tenaga di dalam ekosistem boleh dikesan dari satu aras kepada aras yang lain. Namun begitu, hampir 85% tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai haba. Tenaga tersebut semakin berkurangan kerana ia bergerak dari satu fasa ke fasa yang lain dan akhirnya akan hilang sebagai haba dan perlu diganti oleh tenaga daripada matahari.

4. Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna dan mikrofauna? Apakah fungsi-fungsi utama kedua kumpulan tersebut?

Mesofauna adalah organisma yang mempunyai saiz antara 0.1 mm dan 2.0 mm yang berperanan sebagai penukar daun reput (litter transformer). Mesofauna juga adalah organism yang masih boleh bergerak di dalam tanah tetapi mereka tidak berpengaruh terhadap struktur tanah. Contoh mesofauna adalah mites iaitu hama atau tungau. Ia penting dalam proses penguraian dan proses permineralan (meniralization processes). Mesofauna menguraikan bahan organik melalui penghadaman bahan daripada tumbuhan. Mereka akan memakan kembali najis mereka dan najis organisma lain untuk menggunakan nutrien dan bahan lain untuk aktiviti harian mereka. Tindakan ini menyediakan habitat baik bagi aktiviti mikrobial, seterusnya menguraikan lagi bahan organik untuk menghasilkan nutrien yang penting bagi organisma lain

Mikrofauna pula adalah organism yang mempunyai saiz kurang daripada 0.1mm yang hanya dapat dilihat menggunakan mikroskop. Kebanyakan mikrofauna adalah protozoa dan nematod yang heterotrofik serta memerlukan karbon organik bagi tumbesaran. Mereka berfungsi dalam penguraian melalui memakan dan memproses partikel organik yang kecil dalam tanah yang mendap. Mikrofauna juga mendiami usus organisma lain yang lebih besar untuk menguraikan bahan selulos. Contoh organisma tersebut ialah Protozoa (unisel eukaryotes) iaitu flagellates, naked amoeba, testacea dan ciliates, Turbelarria, rotifers, Nematod dan cacing castrotricha. Mikrofauna ini merupakan pemangsa kepada fungi dan bakteria serta mengawal populasi fungi dan bacteria. Ia penting dalam proses neutralizasi. Fungsi utama dua kumpulan ini adalah mengurai hampir semua bahan-bahan semulajadi dan organik. Mikroorganisma menukarkan bahan organik kepada nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dan mesofauna pula membantu memecahkan zarah tanah serta sumber protein apabila organism atau tumbuhan mati dan reput. Inilah yang menjadi indikator kepada keseluruhan keadaan ekosistem.

5. Jaringan makanan dapat menunjukkan kerencaman biologi dan juga kesihatan tanah. Terangkan bagaimana amalan pengurusan tanah anda supaya ia sihat.

Kesihatan tanah bergantung kepada jaringan makanan yang menunjukkan kerumitan biologi. Salah satu cara untuk mengurangkan bilangan perosak dalam ladang secara semulajadi adalah melalui kawalan biologi. Kawalan biologi merujuk kepada penggunaan sesuatu organisma untuk mengawal pembiakan atau populasi organisma lain yang mendatangkan kerosakkan. Amalan pengurusan tanah yang baik amat penting agar ekosistem tanah dapat dipelihara dan menjamin kesihatan serta kesuburan tanah. Pengurusan tanah yang terancang hanya akan menjejaskan kualiti dan kesuburan tanah sekaligus memberi kesan negatif kepada organisma atau biota tanah yang menjadikan tanah sebagai habitat mereka.

Terdapat banyak kegiatan atau aktviti yang merosakkan kesuburan tanah. Sebagai contoh, aktiviti pembalakan tidak terancang, pertanian, pembinaan empangan dan perlombongan mampu mengubah keseimbangan ekosistem tanah dan menjejaskan kesuburan tanah. Tanah membekalkan nutrien untuk tumbuhan. Namun, jika amalan

pengurusan tanah yang mencemarkan kesuburan tanah tidak terkawal dan berterusan, masalah yang serius akan mengancam alam sekitar dan seterusnya mengancam manusia. Penggunaan baja kimia dan racun rumpai mencemarkan tanih. Ini kerana pembajaan yang berlebihan akan meningkatkan keasidan tanih dan menganggu keseimbangannya. Selain daripada itu, kegiatan pertanian yang secara giat juga mampu menghakis permukaan tanah. ini menyebabkan kandungan humus dan garam mineral dalam tanah berkurangan. Segala nutrien yang terkandung akan tercemar dan boleh merosakkan struktur tanah. Oleh yang demikian, pengurusan sumber tanah yang baik amatlah perlu di samping amalan pertanian yang baik agar dapat memulihara kesuburan tanah. Beberapa cara untuk memulihara tanih bagi meningkatkan kesuburan tanah dapat dilakukan seperti berikut: a) Menanam tanaman tutup bumi seperti jenis kekacang di ladang kelapa sawit dan getah dapat menguatkan struktur tanah dan menambahkan kesuburan tanah melalui proses pengikatan nitrogen. b) Pembajakan mengikut kontur dapat mengurangkan larut resap tanih. Ini membolehkan air meresap ke dalam tanah dan mengurangkan nutrien dan bahan organik. c) Penggunaan sisa tanaman seperti jerami padi dan pelepah kelapa sawit sebagai bahan sungkapan pada batas sayur mampu menambahkan kesuburan tanah apabila berlaku pereputan dan menjadi humus untuk kesuburan tanah. kehilangan

d) Pembajaan organik mampu meningkatkan aktiviti mikrob dan hidupan tanah yang lain, seterusnya meningkatkan proses penguraian dan menambahkan kesuburan tanah. e) Penggunaan kaedah kawalan biologi iaitu menggunakan sesuatu organisma yang boleh membantu mengawal pembiakan dan populasi organisma lain yang mendatangkan kerosakan. f) Mengamalkan teknik penanaman bergilir yang akan menyeimbangkan nutrien dalam tanah kerana tanaman yang berbeza memberi pengaruh yang berbeza terhadap struktur tanah dan kandungan nutrien dalam tanah.

6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang ke arah ekosistem tanah yang berfungsi. Apakah perkhidmatan ekosistem yang boleh disediakan oleh biota tanah?

Tanah yang berada dalam keadaan normal dan tidak tercemar mengandungi pelbagai jenis mikroorganisma di dalamnya. Biota tanah termasuklah bakteria, mikroorganisma, semut, cacing dan mikroskopik organisma yang lain. Ekosistem tanah yang baik merupakan ekosistem yang meliputi kesuburan tanah yang baik. Tanah yang subur mengandungi jutaan biota tanah yang mampu mengubah bahan organik dan unsur-unsurnya menjadi bermanfaat kepada tumbuhan. Fungsi utama biota tanah adalah menjamin kesuburan tanah. Biota tanah membantu membentuk saluran atau aliran udara daripada terowong yang berfragmen dalam tanah. Sebagai contoh, lubang cacing dalam tanah. Lubanglubang ini turut membantu akar tumbuhan untuk berkembang dengan baik. Cacing memakan tanah, meninggalkan longgokan tanah halus yang dikenali sebagai buangan cacing (worm casts). Cacing tanah menarik daun-daun dan juga tumbuhan yang mati ke dalam tanah untuk dikunyah. Aktiviti-aktiviti ini menyumbang kepada menyeimbangkan paras pH tanah dan mengekalkan tekstur tanah.

Biota tanah turut bermanfaat kepada produktiviti tanah dan menyumbang kepada kebolehidupan ekosistem kerana aktiviti biota tanah mengekalkan proses kitaran nutrien asas yang berlaku di dalam ekosistem tanah. Di samping kitaran ini, penghasilan mukus bersama rembesan air dalam tubuh biota tanah seperti cacing juga meningkatkan aktiviti mikroorganisma tanah yang lain. Hal ini diikuti dengan penghasilan bahan organik yang banyak. Justeru, akan terdapat banyak nutrien seperti nitrogen, kalium, fosforus, potassium dan kalsium yang boleh digunakan oleh tumbuhan. Selain itu, biota tanah boleh meningkatkan pengmineralan nitrogen melalui kesan terus atau tidak terus ke atas komuniti mikrobioal. Di samping itu, biota tanah juga membantu dalam proses penguraian bahanbahan organik terutama sekali bangkai-bangkai haiwan dan tumbuhan dengan menguraikannya kepada hama dan oleh yang demikian ianya menambahkan kelembapan tanah dan meningkatkan kesuburan tanah. Biota tanah amat penting bagi memastikan kestabilan beberapa fungsi dan keseimbangan dalam ekosistem tanah. Berkurangnya kepelbagaian tanah terutama sekali dalam penghapusan spesis fauna hanya akan memburukkan tahap kesuburan tanah dan menyebabkan kapasiti produktiviti agrikultur berkurangan. Biota tanah harus dipelihara dan dijamin habitatnya bagi memastikan fungsi ekosistem tanah tidak terjejas.

Kesimpulan :

Terdapat pelbagai jenis makrofauna di dalam tanah. Lokasi 2 mempunyai lebih banyak bilangan makrofauna berbanding dengan Lokasi 1. Setiap ekosistem tanah mengandungi pelbagai jenis makrofauna di dalamnya. Faktor yang mempengaruhi jumlah fauna yang terdapat dalam sesuatu ekosistem tanah terdiri daripada pelbagai aspek yang bukan sahaja melibatkan kuantiti nutrien dan mineral yang terdapat di dalamnya malahan tekstur, kepadatan, pH tanah, peratus air dalam tanah, jenis tumbuhan dan keadaan kawasan yang meliputi tahap keteduhan, keselamatan dan kesesuaian dengan keperluan organisma-organisma yang berhabitat di dalamnya.

RUJUKAN

Mah Chee Wai dan Dr. Tina Lim Swee Kim. (2008). Biology SPM Form 4 . 5. Selangor Darul Ehsan. Sasbadi. Sdn. Bhd. Fitri. (2011). Peranan Makrofauna Tanah. Diakses pada 28 Jun 2013 daripada http://fitri05.wordpress.com/2011/01/24/peran-makrofauna-tanah/ Makrofauna Tanah. Diakses pada 30 Jun 2013 daripada

http://bioryzacollage.blogspot.com/2011/03/makro-fauna-tanah.html Soil Biota and Biodiversity. Diakses pada 5 Julai 2013 daripada

ftp://ftp.fao.org/docrep/fao/010/i0112e/i0112e07.pdf ] Sugiyarto. (2001). Konservasi Makrofauna Tanah dalam Sistem Agroforestri. Diakses pada 10 Julai 2013 daripada http://pasca.uns.ac.id/wp-

content/uploads/2009/02/sugiyarto-konservasi-makrofauna-tanah.pdf

You might also like