FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MATLAMAT DAN MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INTELEK

ROHANI

ILMU PENGETAHUAN AKHLAK MULIA

INSAN SEIMBANG DAN HARMONIS

TANGGUNG JAWAB & SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT

JASMANI

EMOSI

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. i.

MATLAMAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu ii. Melahirkan insan yang beriman,berilmu berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera iii. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. iv. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembang potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful