Undang-undang Bola Sepak Pertama Permainan bola sepak ketika itu berlangsung tidak tersusun.

Ini adalah kerana tiada undang-undang untuk dijadikan panduan. Undang-undang yang ada adalah rekaan diri sendiri, dan mengikut selera sendiri. Mereka boleh membawa lari dan memegang bola, menendang, serta boleh mengguna apa sahaja anggota badan. Pintu gol pula bermacam jenis dan pelbagai saiz. Padangnya juga tidak menentu. Dalam perebutan bola sering berlaku pergaduhan. Ada yang sampai mengalami kecederaan. Di kalangan beberapa pusat pengajian tinggi di England, sudah ada peraturan yang direka untuk permainan bola sepak. Dengan peraturan-peraturan inilah merreka mengadakan perlawanan persahatan sesama universiti-universiti terkenal. Universiti Cambridge sudah terkenal dengan 10 undang-undang yang mereka hasilkan. Undangundang ini kelihatanya tidak lengkap. Tetapi dari sinilah undang-undang bola sepak dapat kita lihat sekarang bermula. Ini terjadi pada tahun 1846. Apabila Persatuan Bola Sepak England ditubuhkan pada tahun 1863, undangundang yang dihasilkan oleh university Cambridge diterima dan diperkemaskan sebagai undang-undang rasmi bola sepak. Sejak itu semakin ramai orang bermainnya, khususnya di England. Kelab-kelab bola sepak mula dianjurkan di sana-sini. Kelab-kelab ini kemudianya menganjurkan perlawananan sesama sendiri. Pada tahun 1871, pertandingan Piala Persatuan Bola Sepak England (Piala FA) telah dianjurkan. Penubuhan kelab-kelab bola sepak juga berlaku di Scotland. Dari England, bola sepak diperkenalkan ke Eropah, Amerika Selatan dan Negaranegara dibawah jajahan Inggeris. Pada tahun 1885, bola sepak professional dimulakan. Dalam bola sepak profesional, pemain akan diberikan bayaran setiap kali bermain atau suatu tempoh tertentu. Kadar bayaran bergantung kepada kebolehan seseorang pemain. Kini bola sepak professional amat terkenal di England, Negara-negara Eropah, Amerika Selatan dan beberapa Negara Asia. Di peringkat antarabangsa, perlawanan pertama di dunia adalah antara England dengan Scotland, iaitu pada tahun 1872, di Glaslow, Scotland. Antara kedua-dua Negara ini, pemain-pemain dari salah satu Negara boleh bermain di negara lain untuk pertanndingan antara kelab. Jadi ramai pemain dari Scotland bermain bola sepak di England.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful