BALQIS (UNIC

)
Engkaulah ratu Di mahligai permata Istana bayangan syurga Harta dan takhta mengaburi mata Tersesat dikau di terang cahaya Langsung tidak kau endah kata bicara Insan lembut yang benar Semua mengajakmu taat Tuhan Yang Esa Hingggakan menyemai Tuhan Sang Suria Balqis…… Kau bijak dalam menilai Dan jua pemilihan Diantara yang sementara Dan yang kekal jua selamanya Keindahan dunia yang hanya Pinjaman untuk seketika Atau kebahagiaan di akhirat Yang dijanjikannya Tak perlu kau singgapi Labuhan kainmu Ketika kau melangkah Ke istana sulaiman

Bukannya air yang kau pijak tapi kaca Terpedaya dikau dek kemilauan sinarnya Hanya sekelip mata Mahligai pun berani Iblis memindahkannya Tanpa kau sedari Laksanaan solaihah telah Merubahi sekeping hati Akhirnya balqis akur jua Akan kelemahan pada diri Bukti iktibar dari Apa yang telah kau lalui Menjadikan kau isteri yang Taat kepada seorang nabi Pangkat dan jua harta Tak menggambar bahagia Cantik dan keayuaan wajah Kan pudar akhirnya Kemiskinan di dunia Tak bererti kau terhina Itu hanya di pandangan mata Kemewahan tak bermakna Hidupmu akan sentosa Kesempurnaan Tuhan menilainya .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful