1.

0

PENGENALAN Konsep integrasi pada Seni Dalam Pendidikan ke arah pembangunan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan

ilmupengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Ini membolehkan pelajar memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Ia juga memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhan serta hubung kait antara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu.

2.0

HURAIAN KONSEP Sebelum saya memulakan penulisan akademik saya, saya ingin menerangkan definisi konsep bagi tajuk anda”. 2.1 INTEGRASI penulisan ini iaitu “Bincangkan Intergrasi

kecerdasan pelbagai dalam SDP dan perkaitannya dengan subjek major

Apakah yang dimaksudkan dengan integrasi? Setelah saya menganalisis maklumat-maklumat yang saya kumpul, kebanyakan pendidik menggunakan konsep dan makna pengintegrasian dari pelbagai sudut, antaranya sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi. Integrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personaliti total di mana ini bermaksud bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspekaspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain. Dari sudut sosiologi, integrasi mempunyai lebih daripada satu makna. Pertama, integrasi boleh dilihat dari sudut perhubungan antara personaliti dengan personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan antara pelajar dengan guru. Kedua, perlu ada rasa keinginan yang terjalin

dalam perhubungan antara individu dengan pelbagai agensi masyarakat dan akhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan antara pelbagai institusi. Manakala dari sudut pedagogi, integrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar. Menurut kamus dewan edisi yang keempat pula, integrasi bermaksud keselarasan, kesesuaian atau penyatuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat, Hajah Noresah, 2010)

2.1.1 JENIS-JENIS INTEGRASI 2.1.1.1 PENGGABUNGJALINAN

Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu. Jenis-jenis Penggabungjalinan Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dilihat dari tiga sudut seperti: (i) Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran;

Proses penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan.1. Dengan ini.(ii) Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu matapelajaran. Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. dan (iii) Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum. Contohnya. guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. pelajar akan memperoleh ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. daripada mata pelajaran sains.2 PENYERAPAN Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.1. .1: Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran bahasa 2.1. Rajah 2.

nilai kemasyarakatan.1. 2. nilai alam sekitar. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni.1.1.1. nilai kewarganegaraan.2: Penyerapan unsur-unsur Sains dan Kajian Tempatan (KT) dalam Bahasa Melayu 2. ketuhanan dan sebagainya.4 PEMULIHAN Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M.1. Aktiviti pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.3 PENERAPAN Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.membaca menulis mendengar lisan unsurunsur isi kandungan sains dan KT Rajah 2.1. nilai kemanusiaan. .

bakat.1. kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Guru perlu mengorganisasikan semula kelas untuk menempatkan murid dengan aktiviti pengayaan. seni didefinisikan sebagai karya (sajak.5 PENGAYAAN Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni. Pencapaian sedemikian menunjukkan bahawa murid telah menguasai unit pembelajaran tertentu dan kumpulan murid ini akan terus menjalani aktiviti pengayaan tanpa melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut.1. Hajah Noresah. . Aktiviti pengayaan juga dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri 80% dalam pascaujian selepas melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut 2.2 SENI DALAM PENDIDIKAN Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat. 2010) Menurut Herbert Read (buku. lukisan. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. The Meaning of Arts) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan. Oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas.2. (Kamus Dewan Edisi Keempat. muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat. Keduadua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Aktiviti pengayaan dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri 80% dalam praujian.

pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek. Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. “Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana ” (Pahlawi Web Al. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. suara. Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur. Kepuasan. Seni itu indah dan halus. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan. taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan. seni tari dan seni lakon. moral. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual.keseronokan dan kesenangan estetik (Art is Expression). Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu. kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. seni pergerakan dan juga seni muzik. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara. . kenikmatan. Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu. dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. rajin.

kita semestinya akan menemui pelbagai irama.2. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. emosi. irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Dalam pendidikan seni. dan maksud dalam karya seni visual. Sebagai contoh bunyi tapak kaki. bunyi degupan jantung. Dalam kehidupan kita seharian. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna.1.1 SENI VISUAL Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. . bunyi titisan air di sinki dan sebagainya.2.1 ELEMEN-ELEMEN SENI DALAM PENDIDIKAN 2. 2. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Semestinya.2 SENI MUZIK Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.2.2.1.

3 KECERDASAN PELBAGAI Dalam konteks teori kecerdasan pelbagai.2. Oleh itu. 1983) Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan . imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanakkanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak. Howard Gardner mendefinisikan kecerdasan seperti berikut : “An intelligence is the ability to solve problems.1. respon mereka. or to create products that are valued within one or more cultural settings” (Frames of Mind.3 SENI PERGERAKAN Cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “ melakukan” (learning by doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya komunikasi yang mengintegrasikan telinga (pendengaran). Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi fizikal secara improvisasi pembelajaran muzik . minda dan tubuh badan sebagai respon kepada muzik.2. 2. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan yang bersifat „non verbal‟.

1 LOGIKAL MATEMATIK ini mempunyai kaitan dengan logik. makanan. abstrak. dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999.1 JENIS-JENIS KECERDASAN PELBAGAI 2. suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi. catur. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang dalam bidang matematik. dan nombor.semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya. Menurut Howard Gardner. Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan . pemikiran saintifik dan penyiasatan dan keupayaan untuk melaksanakan penaakulan kiraan. tempat takrif yang lebih tepat kurang penekanan kepada keupayaan matematik tradisional dan lanjut mengenai keupayaan penaakulan.1.3. peluang pendidikan. 2. pengaturcaraan komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanakkanak istimewa.3. persekitaran. antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Logikal kompleks berkait rapat kepada kepintaran bendalir dan keupayaan umum. Kebolehan dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual. Kecerdasan penaakulan. mengenal pasti pola abstrak.

Individu ini berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Manakala individu yang cerdas ruang mampu menggunakan warna secara sempurna. jurutera.2 VISUAL RUANG Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea-idea visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif. saintis. arkitek dan doctor lazimnya memiliki kecerdasan ini. Selain itu.1. .yang berbentuk eksplorasi. Contohnya. Individu yang tersesat di dalam perjalanan adalah individu yang mengalami gangguan orientasi ruang. individu ini suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. pereka dan arkitek. Individu ini suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan.3. Individu ini termasuk dalam golongan tidak cerdas ruang. Individu ini sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga baik dalam puzzle. Individu yang ruang tingkat kecerdasan ruang visual rendah akan selalu berasa bingung untuk mengingat jalan dan tempat di mana dia tinggal meskipun sudah tinggal di tempat tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat ruang dan waktu. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor di bawahnya dalam model hierarki kepintaran. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk artis. 2.

penyair. penyunting. . angkasawan dan juga termasuk pelukis. wartawan. bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh. dan perancang bandar. Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang. Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang. arkitek. Contohnya. menulis.1.3.3 LINGUISTIK Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata. dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. pensyarah. Azhar Mansor dan Yuri Gagarin. lisan atau bertulis. Individu ini biasanya yang baik untuk membaca. gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Individu ini pandai berbicara. Verbal adalah salah satu kebolehan yang paling tinggi dalam diri kebanyakan individu. 2. mendengar kuliah. Contoh di Malaysia seperti Munshi Abdullah. mengambil nota. Individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan ingatan. ahli pelayaran. Orang dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya.membaca peta dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat. penulis skrip dan novelis. dan kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur.

pakar bedah. Walaupun kerjaya ini boleh disalin melalui simulasi maya. pembina. mereka tidak akan menghasilkan pembelajaran sebenar fizikal yang .Samad Said dan di luar negara seperti William Shakespeare. dan Enid Blyton. rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal. dan bukannya dengan membaca atau mendengar tentang hal itu. penari.A. pelakon. Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuk atlit. Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa kecerdasan ini juga termasuk rasa masa.3. 2. pemuzik.1. doktor. juruterbang. Mereka boleh menikmati bertindak atau membuat persembahan. Secara teori. Mereka sering belajar dengan lebih baik dengan melakukan sesuatu secara fizikal. orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam pengalaman pembelajaran). Mereka yang mempunyai kuat badan-kinestetik perisikan seolah-olah menggunakan apa yang mungkin diistilahkan sebagai memori otot – mereka ingat perkara melalui badan mereka seperti memori lisan. dan secara amnya baik pada aktivitiaktiviti fizikal seperti sukan atau tarian.4 KINESTATIK Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk mengendalikan objek mahir. dan secara umumnya mereka baik di bangunan dan membuat perkara-perkara. pegawai polis dan askar. bersama-sama dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi seperti refleks.

diperlukan dalam badan perisikan ini. melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Nicole David. Shalin Zulkifli. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan. binatang. Manan Ngah.1. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. dan Lim Chong Wei. Contohnya. guruh serta suara-suara yang lain. Kitaro. Contohnya. kehebatan P. Habsah Hassan. muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan baik.5 MUZIK Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari. dan Kenny G. mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik.Ramlee dengan ciptaanya yangevergreen. . Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik. baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia.3. ketukan. 2. pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma. Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini. Beethovan. Selain itu.

fikiran. berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendriri. mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi. mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali .6 INTERPERSONAL ini merupakan antara kemampuan individu dalam Kecerdasan mendiskriminasi kebolehan untuk pelbagai petandainterpersonal dan dengan berkesan secara berkomunikasi pragmatik terhadap petanda tersebut. motivasi. Selain itu.1. Seterusnya. tingkah laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah. Dato‟ Dr. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri.7 INTRAPERSONAL kesedaran tentang diri Kecerdasan intrapersonal merupakan sendiri.3. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan. Fadzilah Kamsah. jururunding dan imam. tabiat dan hasrat orang lain. 2.3.2. bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah pergaulan. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran. Contohnya. kecerdasan ini termasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. perasaan.1. kaunselor.

mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan. mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang berlangsung. Orang yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi.8 NATURALISIS Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora. memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. .3. orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun.1. pendeta dan pemikir. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri. prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari. 2. Selain itu.diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Secara keseluruhannya. ahli falsafah. Di samping itu. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat-saat yang diperlukan. Contohnya. Biasanya individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup. tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. pemimpin.

erti kehidupan. dan galian dengan mudah. Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat.3.1.fauna. Kecerdasan ini telah diperkenal dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999. petani dan tukang kebun. mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna. Dengan itu. dan lain-lain Kerjaya mereka dengan kecerdasan ini termasuk alamiah. Contohnya termasuk mengklasifikasikan bentuk-bentuk semula jadi seperti haiwan dan spesis tumbuhan dan batu-batu dan jenis gunung dan pengetahuan yang digunakan semula jadi dalam perladangan.9 SPIRITUAL / EKSISTENSIALISME Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia. perlombongan. Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam. Mereka mempunyai tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. 2. . sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang.

Teori ini dilihat adalah sangat baik untuk diaplikasikan dalam psikologi pendidikan.3. Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. guru boleh menggunakan cara pengintegrasian kecerdasan pelbagai dalam Seni Dalam Pendidikan yang merangkumi bidang seni muzik. Teori kecerdasan pelbagai ini adalah sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk kesemua mata pelajaran yang terdapat di sekolah kerana ia tidak terhad atau menjerumus kepada satu-satu mata pelajaran sahaja contohnya terhad kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup. seni pergerakan dan seni visual dalam tajuk mata pelajaran yang diajar.0 PENULISAN AKDEMIK Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dan difahami. .

guru memilih untuk mengintegrasikan tajuk dengan Seni Visual dengan melakukan aktiviti melukis dan mewarna. guru memilih untuk menggunakan cara pengintegrasian kecerdasan pelbagai dalam Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipilih iaitu „Tanaman Sayuran‟. integrasi dalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatan tajuk ini dalam minda pelajar dengan melukis gambar yang berkaitan. Kemudian muridmurid diminta melukis gambar sayur-sayuran yang mereka tahu menggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Guru boleh memilih untuk menyanyikan lagu „Pak Mamat Tukang Kebun‟ beramai-ramai sambil membuat gaya pergerakan berdasarkan dengan lagu yang dipilih. Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Guru akan menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan meminta murid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang ditunjukkan. . Secara tidak langsung. (i) Matapelajaran Tajuk : Kemahiran Hidup (Tahun 4) : Tanaman sayuran Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan: 1) Muzik 2) Pergerakan :Nyanyian lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ :Membuat gaya membanting padi.Contoh spesifik pengintegrasian tiga bidang seni dalam pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang dipilih. guru juga dapat mengintegrasikan tajuk „Tanaman Sayuran‟ dengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid lebih mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. 3) Seni Visual :Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran. Dalam tajuk ini. merumput dan menyemai. Di samping itu.

pelajar boleh diberi peluang untuk bermain alat muzik yang mudah dan memainkan lagu-lagu mudah yang bertemakan ikan. Fitrah kanak-kanak yang cenderung kepada pembelajaran lebih menarik. Aktiviti ini boleh menimbulkan minat bagi pelajar yang mempunyai jenis kecerdasan pelbagai muzik. Guru dan murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama. Aktiviti ini boleh menimbulkan minat pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru kerana murid berasa seronok. guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk pengajaran iaitu „ Ikan Hiasan‟ sebagi set induksi.Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakan dalam tajuk dan sekaligus memberi kecekapan psikomotor dalam kalangan murid-murid. Penggubahan lirik lagu yang masih mengekalkan lagu- . Kebosanan dapat dielakkan sebaliknya murid-murid berasa seronok untukmengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang diajar.1 AKTIVITI MUZIK : Ikan Kekek : Ikan kekek mek iloi iloi Ikan gelama mak ilai ilai Nanti adik mak iloi iloi Pulang sama mak ilai ilai Tajuk Lagu Lirik Lagu Ada satu si ikan parang Badanya panjang berbelang belang Isinya sikit banyak tulang Sedap makan kalau masak pindang Di awal pengajaran. Kemudian. Kemudian guru mengedarkan lirik lagu yang bertajuk „Ikan Kekek‟ kepada setiap murid dan memasang kaset lagu „Ikan Kekek‟ untuk diperdengarkan kepada murid-murid. 3.

lagu pendidikan yang sama juga boleh membantu pelajar menjadi semakin berminat terhadap pelajaran. berfaedah untuk masa hadapan mereka dan bukannya sebagai satu bebanan. Dengan adanya kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar. guru boleh mengaitkannya dengan bahagian-bahagian ikan hiasan dan fungsinya. ketukan. akan berasa seronok dan akan . ini akan dapat menjadikan mereka lebih kreatif. Tambahan pula. Murid ini mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Dengan melakukan aktiviti muzik. Pelajar tentunya tidak akan bosan lagi untuk belajar sebaliknya akan lebih berminat untuk datang ke sekolah kerana beranggapan bahawa pelajaran itu menyeronokkan. pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma.2 AKTIVITI PERGERAKAN Murid diminta melakonkan pergerakan-pergerakan seperti ikan di hadapan bilik darjah. Bagi mempelbagaikan situasi. guru juga dapat mencungkil bakat-bakat murid. maka perasaan bosan untuk belajar dapat diatasi. guru boleh memberi arahan kepada murid untuk memilih pergerakan yang mereka mahu dan melakonkan pelbagai gaya. pelajar yang minat tehadap muzik iaitu pelajar mempunyai kecerdasan muzik. akan berasa seronok dan akan melibatkan diri dengan lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan melakukan aktiviti pergerakan. Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan baik. murid dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi di mana secara tidak langsung. inovatif. pelajar yang minat tehadap muzik iaitu pelajar mempunyai kecerdasan kinestik. Aktiviti ini mudah untuk dijalankan kerana menggunakan pengalaman sedia ada murid-murid. Semasa murid melakukan pergerakan seperti ikan. Contohnya. ekor ikan berfungsi untuk menyokong pergerakan ikan manakala sirip pula menjamin kestabilan pergerakan ikan. Semasa berlakon. 3. melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. bertanggungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dengan guru melaksanakan aktiviti di atas. Dengan aktiviti di atas. Secara teori. satu lagi elemen yang tidak kurang pentingnya ialah seni visual. pengintergrasian kecerdasan pelbagai dalam SDP membolehkan guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran. cukup sekadar menunjukkan keprihatinan mereka terhadap apa mereka fahami tentang ikan. orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot dan secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian.0 RUMUSAN Konklusinya. 3. Penggunaan warna dalam lukisan mereka juga menonjolkan kefahaman mereka tentang bahagian –bahagian ikan. Murid yang mahir dalam melukis dikategorikan dalam kecerdasan spatial atau visual ruang. Ia membolehkan guru itu untuk menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan kecerdasan dan potensi murid. Murid ini juga berasa dirinya dihargai dan melibatkan dirinya secara aktif dalam proses pengajaran dan pembejaran. Ini sudah cukup untuk menunjukkan tahap kefahaman murid terhadap topik yang diajar . dan secara umumnya mereka baik di bangunan dan membuat perkara-perkara.melibatkan diri dengan lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.3 AKTIVITI SENI VISUAL Setelah menjalankan aktiviti muzik dan pergerakan. Lukisan mereka tidak perlu pengamatan yang sempurna. . guru boleh mengambil inisiatif dengan memberi sekeping kertas kepada murid-murid dan meminta mereka melukis ikan. Mereka boleh menikmati bertindak atau membuat persembahan. guru dapat memberi peluang kepada murid-murid yang mempunyai kecerdasan kinestatik. 4. Lukisan yang kelihatan kemas dan cantik menunjukkan tahap penguasaan murid terhadap topik ikan hiasan tersebut. guru dapat memberi ruang kepada murid yang mahir dalam lukisan.

ekspresi. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna. inkuri. mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis. Ini diakui oleh beberapa tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze. Aktiviti seni pergerakkan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi. . Secara yang tersirat. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Integrasi seni muzik dengan matapelajaran Kemahiran Hidup membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Shinuchi Suzuki. pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional menganai apa yang hendak mereka lakukan. dan kecerdasan pelbagai. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh guru dan diikuti oleh pelajar. Bidang meningkatkan seni visual pula murid mendatangkan dalam kesan positif dan dari segi kebolehan pengamatan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat atau “sequential”. Ini diakui oleh Brown (1980).Kecerdasan pelbagai ini tidak menghadkan guru ke atas cara pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Carl Orff. Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon yang mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Seterusnya. yang berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan-kebolehan murid dalam aspek yang disebutkan.

Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan lain yang ada pada diri pelajar tidak diberi perhatian. 5. Selain itu. saya memperolehi pelbagai manfaat yang berguna dari segenap aspek serta turut memperolehi ilmu dan pengalaman baru. pelajar juga akan mendapat kebaikan dari aplikasi kecerdasan pelbagai ini dimana pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan mereka akan berasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri mereka diiktiraf. Ini dapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan mereka untuk memperkembangkan lagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka. Kecerdasan pelbagai ini dapat memberi keyakinan yang jitu kepada pelajar.0 REFLEKSI Setelah melalui proses penghasilan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi subjek Seni Dalam Pendidikan (SDP) ini. Ini kerana. Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai.Melalui pengintergrasian. Ini kerana kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu diberikan perhatian dan begitu juga kelemahan mereka akan diperbaiki. kecerdasan pelbagai memberi perhatian terhadap kecerdasan selain logikal-matematik disamping kecerdasan logikal-matematik itu sendiri. Maka pelajar akan rasa lebih bersemangat untuk belajar. sesetengah kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-matematik dan apabila seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai kecerdasan logikal-matematik maka pelajar dikategorikan sebagai lemah. Tugasan Seni Dalam Pendidikan ( SDP ) yang telah diberikan serba sedikit telah membuka minda kami sebagai bakal guru yang akan berkhidmat sebagai seorang guru kelak bahawa sesi pembelajaran seharusnya menarik dan menyeronokkan untuk menarik minat pelajar untuk belajar tanpa ada perasaan . pelajar juga akan dapat memahami kecerdasan yang ada pada individu disekeliling mereka yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka. Sebaliknya.

Walaupun pada mulanya sukar untuk saya fahami kerana subjek ini teorinya agak mengelirukan dan ada sedikit yang lebih kurang sama maksudnya. Tetapi hal itu tidak pernah melunturkan semangat saya untuk terus berusaha menyiapkan tugasan ini kerana keluhan tugasan bukanlah alasan untuk tidak menyiapkan tugasan ini. Ini kerana tajuk yang diberikan agak umum. dapat saya simpulkan di sini bahawa. Masing-masing mempunyai tanggapan yang berbeza. menghargai keindahan alam persekitaran. Sepanjang penghasilan tugasan ini. Setelah berbincang bersama-sama rakan sekelas.jemu dalam jiwa mereka. keindahan seni dan . tetapi melangkaui sempadan pemikiran kuno saya selama ini. Itulah prinsip yang ada dalam diri saya untuk lebih memberi motivasi dalam diri saya. Berdasarkan tugasan saya ini. Sebelum tugasan bermula. Semasa pertama kali mendapat tugasan yang diberikan oleh beliau. namun saya berjaya juga memahami semua yang telah di ajar oleh beliau. saya agak keliru tentang fokus utama tugasan ini. pelbagai ilmu baru telah saya perolehi antaranya. seni dalam pendidikan berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan. hal ini kerana terdapat banyak lagi tugasan yang harus disiapkan berikutan dengan tarikh serahan tugasan yang telah diberikan. Tugasan yang diberikan tidaklah susah berbanding dengan tugasan yang lainkerana semuanya ada dalam nota yang diberikan oleh beliau. pembelajaran yang berkesan bukan hanya bersandarkan kepada kurikulum semata-mata bahkan turut perlu mempunyai elemen seni agar penerimaan ilmu dalam kalangan pelajar lebih jitu dan mampan.sememangnya tidak dinafikan keluhan yang ada dalam diri saya. saya mulai nampak apa itu fokus utama dalam tugasan kerja kursus pendek ini. dan menyebabkan saya beberapa kali merujuk kepada rakan-rakan yang lain. Tugasan ini secara tidak langsung telah membuka mata dan minda saya bahawa seni pada hari ini bukan hanya menjuruskan kepada hiburan sahaja. Pembelajaran yang menyeronokkan akan membuatkan pelajar semakin hari semakin menebal minat mereka untuk menuntut ilmu.

. mereka bentuk serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain. saya ingin berterima kasih kepada Tuhan kerana dapat menyempurnakan tugan pendek ini dengan baik. Guru juga lebih mudah untuk merancang. Seni dalam pendidikan juga dapat membantu guru dalam menentukan jenis kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam kelas mengikut tahap penerimaan murid. seni dalam pendidikan ini banyak membantu mengembangkan pelbagai potensi pelajar. Bagi guru pula. masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri. bidang seni dalam pendidikan akan memudahkan guru menyediakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada murid. keluarga. Berdasarkan kepada tugasan. Akhir sekali. dapatlah disimpulkan bahawa.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful