You are on page 1of 23

KHEMAH

.1 SEJARAH PERKHEMAHAN.

Sejarah berkhemah bermula lebih kurang sama dengan sejarah manusia dan tempat kediaman.Berkhemah ialah mendirikan (memasang) khemah untuk membuat tempat kediaman sementara untuk berteduh dan bermalam. Khemah ini diperbuat daripada kain tebal, nilon, dan kain layer. Khemah yang diperbuat daripada kain nilon lebih popular kerana ia lebih ringan dan senang dibawa. Khemah-khemah ini ditegakkan dengan tiang besi atau kayu dan tali. Kebiasaannya askar, pemburu, pengembara dan sesetengah puak yang selalu berpindah randah mendirikan khemah untuk berteduh. Beberapa puak yang selalu berpindah randah seperti kaum Badwi dan Bushman sangat cekap dan pandai memasang khemah. Pada tahun 1907 Lord Baden Powel, iaitu pengasas pergerakan pengakap dunia telah membawa seramai 12 orang belia ke Pulau Brownsea, England. Di pulau ini satu perkhemahan pengakap yang pertama di dunia telah berjaya dilakukan. Kini perkhemahan merupakan satu aktiviti yang diutamakan dalam pergerakan pengakap dan pandu puteri. Lord Baden Powell (1955) menyatakan berkhemah merupakan satu kegiatan yang paling menyeronokkan dalam kehidupan seorang

pengakap. Perkhemahan dapat dikelaskan kepada tiga kategori. Tiga kategori tersebut ialah perkhemahan ringkas, perkhemahan kumpulan dan Jambori atau rover mood atau dikenali juga dengan nama korobori. Berkhemah bukanlah semata-mata satu jenis sukan. Pada suatu ketika dahulu berkhemah adalah satu cara hidup bagi kaum-kaum Dayak Merah di Amerika Syarikat dan kemudian bagi golongan peneroka-peneroka di dunia baru

itu. Terkenang juga kita kepada betapa syahdunya kita berkhemah semasa wukuf di Arafah dalam musim Haji dengan hati setulus sutera yang putih, yang membawa satu keinsafan bahawa kita sebenarnya hanyalah berkhemah sementara di alam ini sebelum kita berpindah ke alam kekal di Akhirat kelak. Berkhemah kini menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta umat manusia.Manusia sudah pun didorong oleh naluri dan perasaan sayang dan kesediaan melindungi alam sekitar semula jadinya yang penuh dengan

keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam sekitar semula jadi luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak henti-henti membinasakannya, buat selama-lamanya.

1.2 TOKOH DALAM PERKHEMAHAN.

Semua manusia kenal bahawa pekhemah ulung di dunia ini ialah Lord Baden Powell, iaitu pengasas pengakap sedunia yang menganjurkan perkhemahan sebagai satu kegiatan yang wajib. Bila disebut perkhemahan maka serentak diingati namanya dan pengakap. Lama sebelum Lord Baden Powell mempopularkan perkhemahan sebagai satu kegiatan latihan yang sepadu dengan kesempurnaan pendidikan sahsiah manusia, terdapat tokoh-tokoh lain seperti Alexandar The Great, The Roman Legions dan berbagai ketumbukan bala tentera dunia telah berkhemah semasa peperangan yang telah merubah tamadun dunia. Nabi kepada umat Islam, iaitu Nabi Muhammad S.A.W adalah salah seorang pekhemah yang masyhur semasa baginda berulang alik ke negeri Syam dan lainlain negeri dalam urusan perniagaanya.Satu bukti pentingnya berkhemah ini dalam Islam ialah ia termasuk di dalam salah satu hubungan Rukun Islam yang kelima dimana semasa mengerjakan rukun yang kelima iaitu Rukun Haji umat islam seluruh dunia seramai berjuta-juta orang diwajibkan berada (wukuf) di Arafah dan bermalam di Muzdalifah. Inilah perkhemahan agung muslim setahun sekali. Sebelum Kota Mekah dimodenkan tidak semua jemaah haji itu terpaksa bermukim di bawah khemah.

1.3 OBJEKTIF/ RASIONAL PERKHEMAHAN.

Objektif, rasional dan matlamat utama dalam aktiviti-aktiviti perkhemahan ini ialah:

i.

Memantapkan

jati

diri

rakyat

Malaysia

khususnya

belia-belia

melalui pengalaman (Experiential Learning) dan pengembaraan ke arah menyumbangkan kepada pembangunan negara yang

mempunyai warganegara yang lengkap dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani.

ii.

Membentuk

dan

memupuk dan

peribadi

yang untuk

mantap meningkatkan

melalui serta

latihan pengalaman

pengembaraan

menonjolkan sifat atau tingkah laku yang baik seperti sifat berdikari, kepintaran, berdisiplin, bertanggungjawab, tekad untuk berjaya,

kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berpasukan.

iii.

Untuk memupuk nilai-nilai individu, khususnya kepada para belia sebagai penyumbang kepada masyarakat supaya dapat memainkan peranan sebagai ahli yang berguna dalam masyrakat yang dinamik. Nilai-nilai yang hendak dipupuk melalui aktiviti perkhemahan ialah:

> Kepintaran, berdikari dan semangat keusahawanan. > Kesedaran dan keyakinan diri yang lebih tinggi. > Disiplin, sifat bertanggungjawab, dan tekad untuk berjaya. >Interaksi kumpulan dan antara individu serta kepimpinan yang meningkatkan keupayaan untuk bekerja secara berpasukan. > Sifat positif terhadap kesihatan mental dan fizikal. > Sikap penyayang bertimbang rasa sesama manusia.

2.0 TUJUAN DAN KEPENTINGAN PERKHEMAHAN 2.1 TUJUAN PERKHEMAHAN SECARA UMUM

Pada masa sekarang terdapat banyak kejadian yang kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah yang sering mencabar remaja zaman globalisasi ini. Para belia pada masa kini lebih terdedah kepada berbagai-bagai aktiviti yang tidak sihat dan keruntuhan moral yang sangat serius. Pergerakan pengakap dan pandu puteri sejak 80 tahun lepas telah mengadakan berbagai-bagai aktiviti yang dapat menyalurkan belia supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negaranya. Disini ilmu perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang sangat diutamakan dalam pergerakan tersebut. Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan.Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika di rumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedang membesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan

mencabar. Banyak faedah yang diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu perkhemahan diantaranya ialah:

i. Berkhemah sebagai cara pendidikan.

Merupakan

salah

satu secara

kaedah langsung

menyalurkan dan tidak

pendidikan langsung

terarah dalam

yang disampaikan

pergerakan pengakap dan pandu puteri. Sebagai contoh semasa menuju ke tempat perkhemahan, dansebagainya. Kerap peserta kali terpaksa berjalan kaki, berbasikal bukit-bukau,

mereka

terpaksa

merentas

danau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihanlatihan ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental. Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada

bidang akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam perkhemahan di mana, setiap peserta dipertanggungjwabkan menguruskan kesemua kegiatan hariannya tanpa bantuan daripada sesiapa pun contohnya,memasak, membasuh pakaian, menjaga keselamatan diri dan sebagainya. Perkhemahan dapat menambahkan pengetahuan belia. Terutamanya mereka yang tinggal di bandar yang kurang terdedah dengan persekitaran alam semulajadi dan kawasan desa.Sesetengah- sesetengah mereka tidak

mengenali pokok getah atau padi dan sebagainya. Belia dari bandar dapat mengadakan perkhemahan di kawasan pergunungan, perkampungan dan tepi pantai.Mereka dapat melihat dan menyiasat tumbuh-tumbuhan, binatang, batu batan, dan sebagainya.Sesetengah tumbuh-tumbuhan, binatang dan batu batan ini tidak terdapat di kawasan bandar bahkan di kawasan perkampungan tertentu.

ii. Berkhemah sebagai cara ibadat.

Aktiviti berkhemah merupakan satu cara pendidikan untuk menyedarkan kita tentang kebesaran dan kekuasaan Allah dengan melihat alam ciptaan-Nya yang terbentang luas saujana mata memandang, sekaligus mewujudkan rasa

keinsafan kepada - Nya dan juga menimbulkan rasa betapa kerdilnya kita didepan-Nya yang Maha Esa. Melalui aktiviti perkhemahan ini juga akan menggalakkan kita untuk berfikir tentang ciptaan-ciptaan Allah yang berbagaibagai, seterusnya kita juga boleh melakukan kajian keatas spesimenspesimen yang dijumpai untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada kebesaran Allah S.W.T yang menjadikan sesuatu pasti ada sebabnya. Tidak lupa juga, yang paling penting ialah supaya apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Allah, maka itu adalah merupakan ibadat terhadap Allah S.W.T.

.iii. Perkhemahan Untuk Orientasi Sosial.

Di perkhemahan peringkat negeri, negara, rantau dan dunia setiap peserta akan tinggal bersama.Mereka belajar, bergaul, bertukar fikiran, melakukan aktiviti dan berkenalan di antara satu sama lain. Mereka dapat mengenali peserta dari negara lain daripada semua aspek seperti sosial, adat resam, kebudayaan, masakan dan sebagainya. Keadaan ini sangat penting bagi mewujudkan persaudaraan dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Di

perkhemahan

setiap

peserta

terpaksa dengan

menyelesaikan

sendiri

semua masalah

yang

berbangkit

bantuan

kawan-kawannya.

Sehubungan dengan itu setiap peserta seharusnya bekerjasama, Bantu membantu di antara satu sama lain dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin. Di perkhemahan juga, dari banyak kumpulan, pertunjukkan daerah, atau kebudayaan negara lain

dapat diadakan. Peserta

yang menyertai perkhemahan tersebut dapat mununjukkan kebudayaan masing-masing. Setiap orang seharusnya faham dan tahu adat resam sesuatu daerah, negeri, kaum dan agama terutamanya di negara kita yang berbilang kaum demi mempereratkan lagi tali persaudaraan

dan mengurangkan jurang konflik diantara kaum, agama dan kebudayaan.

iv. Berkhemah Untuk Rekreasi.

Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka lapang serta bebas daripada segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal buku-buku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila menghadiri sesuatu

perkhemahan.Jiwa yang damai akan melahirkan peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir.

iv.

Berkhemah

Untuk Menghargai

Alam

Semulajadi

dan

Mencari Ketenangan. Berkhemah kini bukan sahaja menjadi kegiatan riadah dan sukan

yang diminati oleh berjuta-juta manusia tetapi juga ia didorong oleh naluri dan perasaan sayang serta kesediaan untuk melindungi alam sekitar semula jadi juga sebagai yang satu penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin khazanah

pengajaran

sebelum

segala

keindahan

alam luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak hentihenti membinasakannya. Sudah menjadi lumrah sesuatu yang nampak tidak bernilai pada mulanya akan nampak semakin berharga apabila kita semakin

hampir kehilangannya. Begitu juga dengan alam semulajadi kita yang semakin hari semakin lenyap dari muka bumi ini akibat daripada

pelbagai provokasi. Seolah-olah ada satu keanehan dimana apabila dunia sedang pesat membangun, kecintaan terhadap alam maya ini bertambahtambah. Seolah-olah kasih sayang yang tiba-tiba datang dengan

mendadakterhadap seorang ibu yang sedang sakit tenat dan nazak walaupun kasih sayang itu diabaikan sahaja sebelumnya. Pinggiran hutan yang penuh dengan misteri akan melahirkan satu perasaan yang aneh dan penuh dengan kebanggaan apabila kita mendapat peluang untuk berdikari atau menemui cabaran-cabaran tanpa bantuan sesiapa pun yang sebelum ini kita memperolehinya dengan mudah dengan adanya

bantuan daripada teknologi-teknologi yang canggih, pembantu rumah yang sentiasa melayani kehendak kita serta berbagai-bagai kemudahan lagi.

vi. Berkhemah Untuk Merapatkan Hubungan Kekeluargaan.

Perkhemahan keluarga mengalami pertumbuhan besar selepas Perang Dunia II. Bermula dari beberapa keluarga bercambah menjadi berjuta- juta

keluarga. Untuk menyahut kelahiran semula minat untuk berkhemah kerajaan tempatan dan kebangsaan telah memajukan taman-taman lipurdan kawasankawasan perkhemahan khas. Lebih dari 9,308,000 hektar telah dikenal pasti sebagai taman lipur tempatan, negeri dan kebangsaan, hutan lipur untuk tujuan perkhemahan. Kerajaan negeri dan persekitaran dengan senang hati memberi maklumat-maklumat kepada bakal pekhemahtentang tempat-tempat dan kemudahan- kemudahan yang terdapat untuk berkhemah dan banyak sekali terdapat buku dan brocer panduan tentang perkhemahan diterbitkan.

Daripada aktiviti ini hubungan kekeluargaan akan dapat dieratkan lagi apabila kita bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti di tapak perkhemahan seperti memasang khemah, membuat unggun api, memasak serta mandi bersamasama di sungai. Selain dapat mengeratkan lagi hubugan kekeluargaan kita juga berpeluang untuk lebih memahami pasangan masing-masing serta mempunyai lebih masa untuk bersama-sama melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan danmembaiki semula hubungan yang telah lama tegang.

vii. Perkhemahan membuka mata perihal kesihatan. Perkhemahan juga merupakan sebagai salah satu inisiatif

untuk meningkatkan pengetahuan para belia tentang kesihatan serta sebagai usaha individu menjadi untuk lebih mempromosikan prihatin, perihal kesihatan dan agar setiap

berpengetahuan

berkeupayaan

dan mempertingkatkan status kesihatan mereka. Sepanjang perkhemahan para peserta akan diberikan penerangan mengenai topik-topik kesihatan seperti taklimat pertolongan cemas, bahaya merokok dan juga aktiviti yang menjurus kepada hidup sihat seperti bersenam, mengamalkan diet yang seimbang serta menjauhi amalan-amalan yang

menjejaskan kesihatan seperti menghisap rokok, mengambil pil atau dadah dan sebagainnya.

3.0 PROSUDER

3.1 PEMILIHAN TEMPAT

Banyak tempat yang menarik di negara kita yang boleh dijadikan kawasan untuk berkhemah bagi sesebuah kumpulan. Tempat yang biasa menjadi pilihan ialah seperti di tepi pantai, tepi sungai, tepi tasik, kawasan pergunungan dan kawasan hutan. Pemilihan tempat adalah sesuatu yang amat penting kerana ia menjadi faktor utama keselesaan sesuatu aktiviti perkhemahan itu. Antara yang perlu diteliti semasa memilih tempat ialah :

1. Keselamatan peserta dan harta benda Keselamatan peserta dan harta benda merupakan aspek yang terpenting yang perlu diambil kira. Keselamatan diri daripada bahaya-bahaya seperti kemungkinan tanah runtuh, serangan binatang buas, dan sebagainya haruslah diberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan nyawa peserta. Kawasan tapak perkhemahan haruslah mempunyai ruang yang cukup untuk bermain, bergerak, berehat, serta kawasan yang lapang untuk tapak perhimpunan. Kawasan yang sempit boleh

mengundang kepada kecelakaan dan kemalangan. Antara lain yang perlu diambil perhatian ialah seperti memikirkan kemungkinan berlakunya bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya. Keselamatan peserta semasa perjalanan ke tempat tapak perkhemahan juga dianggappenting. Oleh itu, taklimat perlu diberikan kepada peserta bagi mengatasi dan memudahkan bertindak semasa berlakunya kesesatan atau kecemasan ketika berada di dalam hutan atau di tapak perkhemahan tersebut.

2. Kemudahan asas Tempat yang ingin dijadikan tapak perkhemahan seharusnya

mempunyai kemudahan asas. Kemudahan asas ini ialah seperti bekalan air bersih yang berdekatan. Bekalan air yang bersih sebagai contohnya ialah daripada aliran sungai, danau, telaga, air terjun dan daripada sumber piliatau paip. Tujuannya

adalah supaya senang untuk mandi dan membasuh selain menjadi sumber minuman. Selain daripada bekalan air, kawasan perkhemahan juga mestilah terletak dekat dengan kawasan yang mudah untuk mendapatkan bekalan kayu dan bahan api yang banyak. Kemudahan lain yang perlu ada ialah seperti jalan perhubungan dan sebagainya.

3. Tempat menarik dan selesa Keseronokan merupakan salah satu daripada matlamat pekhemah Sehubungan itu, pemimpin seharusnya meneliti semasa memilih sesuatu tempat supaya matlamat itu tercapai. Biasanya kawasan seperti di tepi pantai, sungai, dan tasik merupakan kawasan yang menarik dan menjadipilihan utama untuk diadakan perkhemahan.

4. Kawasan Kawasan yang sangat sesuai untuk berkhemah ialah kawasan yang berada di kawasan yang agak tinggi. Jangan berkhemah di tempat yang mempunyai tandatanda pertumbuhan rumput. Ini sedikit sebanyak akan menyukarkan peserta untuk mendirikan khemah juga dan untuk beraktiviti dikawasan tersebut. bandar Kawasan kerana

perkhemahan

haruslah

berdekatan dengan

kawasan

mempunyai sistem pengangkutan yang baik dan sempurna. Kawasan yang bertanah lembap pula tidak sesuai untuk berkhemah. Selain itu juga, kawasan tapak perkhemahan haruslah diperiksa terlebih dahulu supaya bebas daripada seranggaserangga yang boleh mengganggu semasa berkhemah. Seorang ahli perkhemahan yang mahir dan baik seharusnya memeriksa kawasan perkhemahan terlebih dahulu sebelum mengadakan aktiviti perkhemahan.

Peralatan perkhemahan Peralatan untuk berkhemah seperti khemah, peralatan kerja dan memasak seharusnya disediakan terlebih awal. Bilangan, kepadatan dan berat peralatan yang dibawa bergantung kepada pemilihan peralatan yang mustahak dan serbaguna diutamakan. Peralatan serta barang yang hendak dibawa haruslah disenaraikan setelah kawasan perkhemahan itu ditetapkan. Setiap peserta seharusnya membawa peralatan masing-masing. Bilangan bagi setiap jenis peralatan yang dibawa bergantung kepada jumlah hari berkhemah dan kemudahan tertentu.

Antara peralatan yang boleh dibawa oleh individu ialah :

a) Pakaian seperti baju, seluar tuala dan kelengkapan diri yang mencukupi. b) Peralatan mandi c) Kompas d) Wisel e) Lampu suluh f) Mancis dan pisau g) Pinggan dan mangkuk h) Pen dan buku catatan i) Lain-lain peralatan

Bagi peralatan kumpulan pula ialah seperti : a) Khemah b) Skop dan cangkul c) Parang d) Tali e) Kotak pertolongan cemas f) Lampu gaslin g) Baldi h) Alatan untuk aktiviti i) Lain-lain peralatan

APA ITU KHEMAH? Melalui kamus Dewan definisi sebenar khemah adalah tempat berteduh yang biasanya dibuat daripada kanvas yang disokong oleh tiang dan tali yang diikatkan pada pancang. Khemah didirikan (dipasang) untuk membuat tempat kediaman sementara bagi berteduh daripada panas dan hujan. Biasanya khemah dibuat daripada kain tebal, kain layar, campuran plastik (nilon) dan sebagainya. Sekarang khemah yang dibuat daripada nilon lebih popular kerana ia ringan dan senang dibawa ke tempat perkhemahan. Maksud tempat perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari kanvas, nilon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen

sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang. Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, dan kesejukan.

PEMILIHAN TEMPAT KHEMAH Sebelum mendirikan sesuatu khemah, anda seharusnya mengetahui beberapa perkara bagi menjamin keselamatan diri dan keselesaan anda. Di antara perkara yang seharusnya diteliti dan difikirkan semasa mendirikan khemah adalah seperti berikut: 1. Khemah anda tidak didirikan di bawah pokok yang tua dan mudah sekah. Besar kemungkinan dahannya boleh patah dan menimpa khemah anda. 2. Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah yang rata atau agak rata terutama apabila berkhemah di kawasan pergunungan. Ini sangat penting bagi mengekalkan kestabilan edaran darah keseluruh tubuh badan anda. Jangan tidur kaki lebih tinggi daripada aras kepala kerana peredaran darah akan menjadi kurang stabil. Kawasan yang didirikan khemah seharusnya lebih tinggi sedikit dan bersih daripada batu, lubang, tunggul kayu, sarang semut dan sebagainya. 3. Jangan dirikan khemah di kawasan berhampiran dengan rumput dan lalang yang panjang serta pokok renek. Tempat ini berkemungkinan terdapat binatang berbisa seperti kala jengking, ular, semut dan sebagainya. 4. Anda seharusnya meneliti cuaca, arah matahari dan tiupan angin. Apabila mendirikan khemah tiada berpintu, anda seharusnya mengelakkan cahaya matahari terus memancar ke dalam khemah. Apabila berkhemah pada musim hujan, anda perlu mendirikan khemah berlawanan dengan arah tiupan angin. Ini bertujuan mengelakkan angin yang bertiup membawa membawa air hujan ke dalam khemah. Sebaliknya apabila berkhemah pada musim kemarau, khemah seharusnya didirikan menghadap tiupan angin. Keadaan ini bertujuan agar udara yang nyaman akan bertiup ke dalam khemah. 5. Anda seharusnya memilih tempat yang selesa dan teduh terutama apabila waktu tengah hari. Tujuan khemah didirikan adalah untuk keselesaan dan kerehatan sepanjang masa. Secara ringkasnya, memilih dan memasang letak khemah bolehlah berpandu kepada 4A. (Air, Api, Asas, Angin).

Sumber air adalah yang paling penting sekali, di antara sumber-sumbernya ialah sungai, anak sungai, matair, tasik, perigi dan sebagainya. Pendek kata, elakkan sama sekali tempat- tempat yang tiada sumber air semula jadi. Lainlah halnya kalau anda hendak berkhemah di kawasan perkhemahan tradisional yang disediakan dengan bekalan air pili atau pancuran. Walau apapun punca air yang anda temui, tidak ada jaminan yang air itu 100% suci dan bersih. Dari itu, semua air yang hendak diminum mestilah direbus dahulu sebelum mendidih. Air yang bersih tidak bewarna dan berbau. Adalah penting anda membawa ubat pemati kuman seperti iodin. Air boleh dimati kumankan dengan kadar tiga titik iodine bagi setiap liter air. Seterusnya adalah api. Dengan api dimaksudkan kemudahan kayu api yang banyak dan kayu jenis yang baik untuk membuat umpan api, penyala, dan pembakar untuk dapur dan unggun. Perkara yang ketiga ialah ASAS. Asas dimaksudkan tempat letak khemah itu. Ada beberapa cirri tempat letak khemah yang dicadangkan. Elakkan tempat yang berhampiran dengan kaki bukit atau tubiran bukit (cliff), kerana malang tidak berbau, dengan perubahan suhu batu-batan yang longgar mungkin bergolek turun atau dengan sedikit hujan, tanah tubir akan runtuh atau menggelunsur turun sebagai landslide atau mudslide. Selain dari itu, perhatikan bahawa khemah anda tidak dipasang terlalu hampir dengan punggur (batang pokok mati atau pokok tua yang terlalu rendang) bimbang dahan-dahan yang besar dan berdaun lebat akan terbungkis akarnya atau dedahannya akan sekah dan menimpa khemah anda. Asas tapak juga hendaklah di luar kawasan lembangan atau lekuk kerana tempat seperti itu bila- bila masa menjadi takungan air atau tasik yang boleh menenggelami anda dan membawa anda ke kuala. Dan biasanya tempat lembah seperti itu menjadi lembap atau berlopak dari dihuni oleh serangga seperti nyamuk atau tikus dan lainlain yang menjemput benda-benda merayap seperti ular, lipan, kala jengking, pacat, lintah dan sebagainya. Elakkan juga berkhemah di kawasan pasir yang luas, kalau tidak mahu dipenuhi pasir dan debu. Cubalah menghalakan pintu khemah anda membelakangi angin dan ke arah matahari terbit, kerana khemah akan dijemurkan pada matahari pagi dan bahang matahari boleh membangunkan anda yang jarang-jarang solat subuh.

Akhir sekali, laluan udara yang dimaksudkan ialah bayu yang memuput nyaman dan bukanlah angin yang kuat yang mendatangkan kesukaran menungku atau memasang api.

CARA MENDIRIKAN KHEMAH Setelah menetapkan kawasan untuk mendirikan khemah, anda hendaklah

mengetahui cara mendirikan khemah. Kaedah memasang khemah adalah berlainan mengikut jenis khemah tetapi idea asasnya serupa sahaja. Di bawah adalah contoh mendirikan khemah ringan dengan alas tanahnya dijahit sekali dengan badan khemah.

CIRI KHEMAH UNGGUL Pada zaman dahulu tidak banyak pilihan selain dari khemah kanvas besar bewarna kipar yang telah banyak meninggalkan kenangan kepada pekhemahpekhemah veteran. Khemah-khemah besar dan berat seperti itu memang sukar dipasang dan sukar pula dirombak, lagipun khemah- khemah tersebut baik dan berkesan pada hari yang sempurna cuacanya.Khemah ini mempunyai satu macam bau, kadang-kadang bau getah beku. Sudahlah begitu duduk di bawahnya seakan akan berhampiran bara api, pada waktu panas terik. Pada masa itu berkhemah hanyalah menjadi hobi bagi orang yang fanatik kepada hobinya itu dan pengakap sahaja. Khemah zaman moden ini ringan, bermacam warna, mudah di bawa, mudah untuk dipasang dan mudah dirombak. Walaupun ada bermacam- macam model, tiap-tiap satu mempunyai mutu yang khusus dan tersendiri. Pada zaman ini jarang sekali untuk mendapatkan khemah kanvas. Kalau adapun kanvasnya digunakan untuk pelapik bumi sahaja. Kebanyakkan khemah diperbuat daripada bahan-bahan ringan sahajadan kalis air seperti nilon, benang kapas, duck dan poplin. Pastikan khemah anda lega untuk bilangan penghuninya. Gunakan yang lebih besar (biarlah terbesar daripada terkecil) kerana selain daripada penghuni, anda juga hendak menggunakan ruang untuk bagasi, dapur (memasak), dan lain-lain alat yang tidak boleh didedahkan. Sesetengah orang salah fikir bahawa khemah yang tebal dan berat adalah lebih selamat dari khemah yang nipis dan ringan. Cara memasang dan bukan berat

khemah yang menentukan kestabilannya. Carilah khemah yang paling ringan tetapi kuat. Biasanya khemah yang berukuran 2.45m 2.45m beratnya kurang dari 22.7kg termasuklah pancang dan tiangnya. Pilihlah warna khemah anda seperti mana anda memilih permaidani untuk ruang tamu rumah anda. Warna yang cerah mempunyai fungsi yang sebenar dan estatika. Warna yang cerah membawa lebih banyak cahaya matahari dan memantulkan cahaya lampu dan membiaskan haba matahari. Di bawah adalah spesifikasi ciri- ciri khemah yang unggul:

Kalis air Ini amat penting. Memanglah logik untuk mengkalis airkan khemah untuk mengelakkan kerpasan (moisture) dari menyelinap masuk tetapi ada orang tidak menyedari bahawa kekalisan air menghalang kerpasan yang terjadi di dalam khemah untuk keluar. Kerpasan wap air ini terjadi dari pernafasan atau api lilin. Tidak lama kemudian kabus kecil akan memenuhi ruang dalam khemah, dan genangan air terjadi di mana- mana seperti embun. Ini terjadi kerana anda hanya dikalisairkan dari dalam. Untuk meminimakan kerpasan dalam khemah, wap air hendaklah boleh meresap keluar melalui liang-liang fabrik (bebenang kain). Dalam kata lain, liang-liang fabrik hendaklah boleh bernafas. Kebanyakan fabrik khemah disediakan dengan pengalis air, yang mengizinkan ruang nafas dan melindungi bahagian dalam daripada hujan dan embun. Terdapat dua jenis penjagaan khemah iaitu basah atau kering. Yang kering tidak berbau dan tahan lebih lama. Jadi sewaktu mahu memilih khemah, tanyalah penjual khemah tersebut samada khemah tersebut jenis yang kering atau basah.

Kalis api Khemah anda mestilah kalis api yakni semua unsur dalam modulnya bukan sahaja fabriknya. Kalau tidak anda akan bernaung di bawah perangkap api, kerana percikan api dari bara, penggores api, rokok dan lingkaran ubat nyamuk bukan sahaja mencari nahas malahan menempahbala yang besar.

Ventilasi Khemah anda mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua jendela yang bertentangan. Jaringan serangga hendaklah menutup jendela-jendela kecil itu atau

di pintu khemah dan kalau boleh khemah itu hendaklah dilengkapkan dengan juntaian (flap) untuk menyangga sinaran matahari atau memendam haba. Jika tidak anda harus menggunakan ubat nyamuk, kelambu kiranya pintu khemah itu dibiarkan terbuka pada waktu malam untuk ventilasi. Tanpa apa-apa lankah ventilasi, anda mungkin berada dalam keadaan yang bahaya.

Jahitan Kukuh Memanglah tidak dapat dielakkan regangan terhadap khemah, kerana ia adalah wajib dan prinsip pemasangan khemah yang baik. Dari itu khemah mestilah dijahit dengan kuat disemua bahagian regangan sepanjang bumbung, layar, dinding dan sudut. Lantai hendaklah dijahit atau pasang terus kepada khemah sebagai perlindungan tambahan terhadap kerpasan atau tiris, serangga, benda-benda merayap atau menjalar di bumi. Sebagai pekhemah backwoods seseorang lebih gemar mencari tiang khemah di kawasanitu sendiri. Tetapi bagi pekhemah biasa usahlah bimbang kerana kebanyakan model khemah sekarang datang bersama rangka-rangka pasang siap.

Berzip Pintu khemah patutlah memakai zip pencantum. Zaman khemah memakai pencantum tali barut sudah berakhir. Zip yang kukuh seperti yang dibuat menggunakan nilon dapat mencantumkan bukan sahaja dua layang pintu bahkan satu khemah dengan satu khemah yang lain (attachable Tents) membuka dan menutup zip lebih mudah berbanding mengurai tali barut khemah.

PERATURAN PERKHEMAHAN

1) Kawasan perkhemahan hendaklah sentiasa bersih. 2) Jaga keadaan alam sekeliling dan jimatkan air. Tumbuh-tumbuhan mestilah dipelihara dan elakkan daripada menebang pokok yang berhampiran.

3) Semua peralatan perkhemahan seharusnya dijaga dengan rapi, diletakkan di tempat khusus dan dilaporkan kepada pemimpin bertugas sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan. 4) Semua barang beharga mesti disimpan di tempat yang selamat. 5) Semasa istiadat rasmi seperti pemeriksaan pagi dan upacara menaikkan bendera, semua peserta seharusnya memakai pakaian seragam yang lengkap. 6) Semua peserta mesti mengikut setiap aktiviti yang telah ditetapkan. 7) Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan tanpa kebenaran daripada pemimpin bertugas. Jika seseorang peserta harus keluar dari kawasan perkhemahan, catatan seharusnya dibuat. Contohnya nama peserta, masa keluar, dijangka tiba, tempat dituju dan tujuannya. 8) Semua peserta tidak dibenarkan masuk ke kawasan larangan yang tertentu, seperti kawasan perkhemahan perempuan dan kawasan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola. 9) Jika terdapat peserta yang sakit atau tercedera, pemimpin bertugas atau pegawai pertolongan cemas seharusnya diberitahu. 10) Peserta mesti mengikuti arahan dan perintah yang diberikan oleh pemimpin dan ketua kumpulan. 11) Semua aktiviti seharusnya dilakukan mengikut sistem yang telah ditetapkan. 12) Senyap selepas lampu dipadamkan. 13) Undang-undang pengakap dan undang-undang pandu puteri adalah undangundang perkhemahan.

ADAB ATAU PERATURAN SEBELUM PERKHEMAHAN

1)

Mendapatkan surat kebenaran daripada tuan tanah atau kem warden secara bertulis.

2)

Mendapatkan surat kebenaran daripada ibubapa , penjaga sekurangkurangnya seminggu sebelum bertolak.

3)

Memaklumkan kepada pemimpin kumpulan berkenaan tarikh, tempat, bilangan ahli.

4)

Memastikan terdapat sekurang-kurangnya seorang pemimpin turut serta dalam perkhemahan.

5)

Tinjauan awal pemimpin bagi memastikan keselamatan tapak perkhemahan adalah mustahak (bukit, curam, binatang buas, jenayah dan lain-lain lagi). Tapak perkhemahan mestilah bersih dan jauh daripada bahaya. Jika perlu beritahu pihak polis berkaitan perkhemahan itu untuk langkah berjaga-jaga.

6)

Memastikan terdapat sumber air yang bersih (air paip atau perigi) dan kemudahan-kemudahan lain.

7)

Mengadakan satu unit pasukan pertolongan cemas dengan kelengkapannya untuk bertanggungjawab atas sebarang kecederaan kecil.

8)

Memastikan segala alatan seperti pisau, parang, kapak dan lain-lain tersimpan dengan baik dan selamat.

9)

Sepanjang perkhemahan, seorang pemimpin dimestikan bertugas di pusat untuk menguruskan ahli yang bertugas harian. Ia juga akan menjadi penasihat kepada semua peserta perkhemahan.

10)

Semua ahli perkhemahan hendaklah mengikut dan mematuhi peraturanperaturan perkhemahan.

11) 12)

Menghadiri taklimat perkhemahan. Menyediakan peralatan perkhemahan selengkapnya.

ADAB ATAU PERATURAN SEMASA PERKHEMAHAN

1) Berhati-hati dan jangan bermain atau bergurau dengan menggunakan pisau dan kapak. 2) Apabila keluar dari khemah, mestilah memakai kasut yang sesuai supaya kaki tidak tercedera terkena benda-benda tajam yang terdapat di atas tanah. 3) Jangan bermain api di merata-rata tempat sesuka hati anda kerana hal ini mungkin akan mengakibatkan kebakaran. 4) Semasa mencari kayu hendaklah sentiasa mengikut langkah-langkah keselamatan yang telah diterangkan dalam taklimat sebelum menghadiri perkhemahan ini. 5) Khemah tidak seharusnya didirikan di bawah atau berdekatan dengan pokok.

6) Belerang mestilah ditabur di sekeliling khemah untuk mengelakkan ular dan haiwan berbisa yang lain. Hal ini biasanya dilakukan pada waktu malam, dan mestilah ditabur pada setiap malam perkhemahan. 7) Tin-tin makanan hendaklah dileperkan sebelum ditanam. Sampah sarap dibakar pada setiap petang untuk mengelakkan kehadiran haiwan yang tidak diingini menghidu bau sisa-sisa makanan. 8) Semasa berjalan berhampiran khemah pada waktu malam, gunakan lampu suluh yang terang, iaitu yang kuat kuasanya dan berhati-hatilah supaya anda tidak tersepak kayu penyacak dan tali pengikat khemah semasa berjalan. 9) Sebelum melakukan penerokaan tentukan bahawa hujung tali dan bahagianbahagian yang berjerumbai atau yang hampir putus dibaiki.Ini bertujuan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 10) Sentiasa gunakan budi bicara dan berfikiran secara waras atas segala perbuatan yang hendak dilakukan itu. 11) Menggunakan kod rahsia sewaktu berjaga pada waktu malam.

ADAB ATAU PERATURAN SELEPAS PERKHEMAHAN 1) Jelaskan semua bayaran bil dan bayaran tertentu 2) Runtuhkan semua gejek dan pagar. 3) Kemaskan peralatan individu dan masukkan ke dalam pack. 4) Turunkan semua khemah dan kemaskan. 5) Susun semua peralatan kumpulan di suatu tempat. 6) Semak semula kawasan aktiviti untuk pastikan tiada barang yang tertinggal. 7) Mengutip semua sampah sarap yang tertinggal semasa aktiviti. 8)Pakai pakaian seragam untuk istiadat penutupan atau balik ke rumah masingmasing. 9)Kawasan perkhemahan harus dibersihkan sehingga lebih bersih daripada sebelum digunakan. 10)Ucapkan terima kasih kepada tuan punya tanah, jika kawasan perkhemahan itu ada penjaganya.

KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya aktiviti perkhemahan dapat memberikan kita banyak faedah seperti meluaskan pengetahuan tentang alam semula jadi disekeliling kita,

mendekatkan diri dengan pencipta alam ini, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan alam semula jadi serta merapatkan dan membaiki hubungan sosial diantara rakan sekerja, keluarga dan masyarakat. Tidak dapat dinafikan lagi, melalui aktiviti perkhemahan ini kita bukan sahaja dapat membentuk jati diri kita kearah yang lebih baik malah kita juga berpeluang untuk melakukan kebaikan dimana melalui aktiviti ini kita didedahkan dengan pelbagai kerjakerja kebajikan seperti melawat perkampungan orang asli dimana di sana kita berpeluang untuk memberikan sedikit sumbangan bagi membantu meringankan bebanan mereka yang hidup hanya bergantung kepada pendapatan menjual hasil-hasil hutan dan kraftangan. Selain itu kita juga boleh memberi sumbangan tenaga kepada mereka dengan cara membersihkan halaman rumah mereka, mengajar mereka membaca, serta memberitahu mereka serba sedikit tentang kebersihan diri yang asas yang perlu dijaga dengan teliti agar terhindar daripada penyakit-penyakit seperti kerosakkan gigi, kutu kepala serta bermacammacam lagi. Disamping itu, kesan daripada aktiviti perkhemahan ini selepas seseorang belia atau remaja pulang daripada akiviti berkhemah, kita mengharapkan dia akan dapat menarik lebih ramai anak-anak muda untuk menyertai aktiviti-aktiviti seumpama ini. Ini lebih baik daripada mereka melepak tidak tentu hala tanpa arah tujuan dan terjebak didalam kancah sosial yang tidak bermoral seperti gejala Mat Rempit, menghisap dadah dan mengambil pil khayal serta melakukan gejala-gejala vandalisme yang melampau dan eksterim. Tambahan lagi kami berharap agar aktiviti perkhemahan ini dijadikan sebagai salah satu matapelajaran penting dan wajib diambil oleh semua pelajar didalam kokurikilum sekolah. Ini penting bagi menentukan dan mencari serta melatih seorang pelajar yang benar-benar mampu menjadi menjadi seorang yang berdisiplin, berjiwa berani, matang dalam membuat keputusan dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Ini semua tidak akan dapat dinilai melalui peperiksaan atau ujian bertulis sahaja, melainkan kita mendedahkan mereka kepada alam sebenar dan melatih mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang benar-benar berwibawa yang mana merekalah yang akan memacu Negara kita kelak kearah yang lebih baik. Sebagai contoh di Amerika Syarikat jika seseorang ingin mencari pekerjaan, kriteria yang menjadi keutamaan bukanlah mendapat kelulusan Ijazah Pertama tetapi apa yang diutamakan ialah seseoarang itu mestileh memp[unyai pengalaman

dalam aktiviti-aktiviti yang mementingkan nilai-nilai kepimpinan seperti kesabaran, kecekalan, ketawakalandan juga keberanian sebagaimana klasifikasi yang

diperlukan untuk menjadi seorang pathfinder. Amerika memerlukan kepimpinan dan keperibadian yang intergrated bukannya College Bookworm. Walaupun seseorang itu buruh kasar tetapi kepimpinan adalah kriteria utama yang diatasnya Negara agung itu dibina. Bukan diatas mortar board seorang siswazah yang kaku.

JENIS-JENIS KHEMAH Khemah berangka

Khemah ini sesuai untuk kawasan-kawasan yang mudah sampai kenderaan untuk pengangkutan membawanya. Khemah ini merupakan kerangka pasang siap. Polular di pasaran dan juga kepada penggemar aktiviti luar (outdoor) yang inginkan lebih keselesaan.

Khemah Rabung Pasang Siap

Khemah bentuk ini mempunyai 2 batang tiang dan sebatang alang. Dua batang tiang untuk menyokong alang manakala alang pula menyokong bumbung dan

keseluruhan struktur khemah tersebut. Di hujung khemah dikuatkan dengan ikatan pancang atau pokok. Agak ringkas dan boleh dipasangkan dengan mudah menggunakan kain khemah dan kayu-kayu yang terdapat di kawasan sekitar. Khemah ini mudah terdapat di pasaran.

Khemah dinding

Khemah ini biasanya mempunyai kain khemah yang digunakan sebagai dinding dan bumbung. Ianya juga dipanggil pisang sesikat. Popular untuk kapasiti penghuni yang besar jumlahnya.

REFLEKSI BIG INDIVIDU Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kea rah

pembangunan diri sebagai insane guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Proigram Bina Insan Guru pada kali ini telah dijalankan di Pusat Penyelidikan Marin UPM yang bertempat di Teluk Kemang, Port Dickson. Pensayarah pembimbing kami yang terlibat ialah Encik Amran Bin. Sepanjang menjalani program ini, saya sedikit sebanyak telah mempelajari pelbagai aktiviti yang sebelum ini hanya mampu menjadi pemerhati. Antara akviti yang telah dijalankan sepanjang program ini ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK), kayak, khemah, keyakinan di air dan berakit. Dalam aktiviti LDK, kumpulan pelajar diminta untuk melakukan beberapa aktiviti yang bersesuaian. Ianya bertujuan untuk memberi ruang kepada pelajarpelajar lain untuk mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain. Bagi aktiviti berkhemah pula, kami sebagai guru sebagai pemudah cara untuk memantau pelajar mendirikan khemah. Sebelum itu, para pelajar telah diberi penerangan dengan selengkap yang mungkin bagaimana untuk mendirikan khemah dengan baik. Semasa mendirikan khemah, tugas guru hanyalah untuk memantau pelajar dan membantu jika pelajar mempunyai masalah. Kemudian, dijalankan aktiviti keyakinan di air. Ianya bertujuan untuk memberi pelajar keyakinan apabila berada di dalam air sekiranya berlaku kecemasan di air. Pelajar di ajar bagaimana untuk menahan nafas dengan teknik yang betul. Bagaimana untuk mengapungkan diri dan bagaimana untuk mengawal diri agar tidak panik. Aktiviti rakit dan kayak pula menyusul kemudian. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk merasa pengalaman menaiki rakit dan kayak. Aktiviti kayak

merupakan aktiviti yang agak mencabar kerana ianya memerlukan kesepakatan di antara rakan di hadapan dan di belakang ketika hendak mendayung. Begitu juga untuk mengendalikan rakit. Ketua kumpulan memainkan peranan yang penting untuk member arahan yang jelas dan baik. Sebagai kesimpulannya, diharap agar segala ilmu yang dipraktikkan akan dapat digunakan pada aktiviti perkhemahan yang seterusnya.

Disediakan oleh NOR HIDAYAH BINTI SAPUAN