You are on page 1of 32

Ayat Tunggal

Ayat yang terbina daripada dua bahagian iaitu: subjek dan predikat. subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan. predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek

Ayat Tunggal
1 2 3 4 Ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu klausa bebas. Oleh yang demkian, kita dapati bahawa ayat tunggal juga merupakan ayat dasar. Tidak semua ayat tunggal boleh dikategorikan sebagai ayat dasar. Mana-mana ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dikategorikan dalam ayat tunggal tanpa mengira bentuk binaannya.

Ayat
ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konsitituen kepada ayat. Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri dengan sendiri dan boleh bersifat ayat yang lengkap. Klausa tak bebas ialah klausa yang tak dapat berdiri sendiri.

Frasa Ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih
Perkataan Boleh ditakrifkan sebagai bentuk bebas yang terkecil yang membawa maksud bahawa perkataan boleh berdiri sendiri dan binaannya tidak boleh dibahagi atau dipisahkan kepada bentuk tatabahasa yang lebih kecil lagi.

Ayat Klausa Frasa Perkataan

Anak orang itu sedang tidur. anak orang itu sedang tidur anak orang itu anak sedang tidur

orang itu sedang tidur

Ayat tunggal tidak mementingkan susunan subjek dan predikat. Adakalanya sebahagian atau seluruh predikat mendahului subjek, misalnya dalam ayat songsang aktif atau ayat songsang pasif.
1. Contoh: Pendepanan sebahagian predikat Emak ke bandar petang tadi. Ke bandar emak petang tadi. Adik ke sekolah berjalan kaki. Ke sekolah adik berjalan kaki. Pendepanan seluruh predikat Perangainya baik sungguh. Baik sungguh perangainya. Bapanya seorang petani. Seorang petani bapanya. Ayat songsang aktif Bayi perempuan itu menangis. Menangis bayi perempuan itu. Encik Halim membaca buku cerita. Membaca buku cerita Encik Halim. Ayat songsang pasif Sampah sarap itu dibakarnya Dibakarnya sampah sarap itu. Burung itu kena tangkap semalam. Kena tangkap burung itu semalam.

2.

3.

4.

Ayat Penyata
Juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Ialah ayat yang menyatakan sesuatu yang diucapkan kepada pendengar. Merupakan pernyataan seseorang dan mempunyai tujuan untuk memberikan keterangan atau menyatakan sesuatu. Terdapat dalam kebanyakkan bahan bacaan, misalnya akhbar, majalah, novel dan sebagainya yang memaklumkan sesuatu kepada pembaca. Contohnya: 1. Budak itu berjalan seorang diri dalam gelap. 2. Hospital itu telah ditutup minggu lalu. 3. Harga ikan telah naik beberapa lalu.

Ayat Tanya
Ialah ayat soal atau ayat tanya yang digunakan untuk menanyakan sesuatu kepada seseorang Mempunyai nada menaik atau nada meninggi, diikuti dengan tanda soal pada bahagian akhir ayat.

1.

Ayat tanya boleh digolongkan kepada dua jenis: Ayat tanya dengan kata tanya
a. Ialah ayat yang menggunakan kata tanya dalam ayat. Kata tanya tersebut terdiri daripada: kata ganti nama tanya
Terdiri daripada tiga kata, iaitu apa, siapa dan mana. Kata ganti nama tanya ini boleh menjadi unsur predikat atau mengalami proses pendepanan predikat. Dalam proses pendepanan predikat, kata ganti nama tanya mestilah menerima partikel kah seperti contoh berikut:

Unsur predikat i Benda itu apa ? ii Budak itu siapa? iii Adik awak mana? Pendepanan predikat i Apakah benda itu? ii Siapakah budak itu? iii Manakah adik awak?

b.

frasa sendi nama tanya - terdiri daripada ayat yang didahului oleh frasa sendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila, bagaimana, dengan siapa dan sebagainya. Frasa sendi nama tanya ini berada dalam binaan predikat dalam susunan ayat biasa. Partikel kah mestilah diletakkan selepas frasa sendi nama tanya apabila ayat tersebut mengalami proses pendepanan predikat. Contohnya : i - Tuan tinggal di mana? - Di manakah tuan tinggal? ii - Awak berbual dengan siapa? - Dengan siapakah awak berbual?
iii - Budak itu datang dari mana? - Dari manakah budak itu datang?

2.

Ayat tanya tanpa kata tanya ayat akan - ialah ayat tanya yang tidak ditandai dengan kata tanya. Dari segi pengucapannya, nada suara ditinggikan pada akhir ayat ini. Oleh itu, ayat penyata apabila diberikan nada meninggi pada bahagian akhir akan berubah menjadi ayat tanya tanpa kata tanya. Unsur partikel kah boleh disisipkan pada akhir ayat. Contohnya: a. Rumah itu terbakar. ayat penyata Rumah itu terbakar/terbakar ? ayat tanya

b.

Pemuda kacak itu dikejar anjing. ayat penyata Pemuda kacak itu dikejar anjing?anjingkah ? ayat tanya
Kereta buruk telah dilanggar lori. ayat penyata Kereta buruk telah dilanggar lori/lorikah ayat tanya

c.

Ayat tanya memerlukan jawapan daripada orang yang diajukan pertanyaan. Jawapan boleh diberikan dalam dua bentuk, sama ada terbuka atau tertutup. Ini menghasilkan ayat tanya terbuka dan yt tanya tertutup. Ayat tanya terbuka ialah ayat tanya memerlukan jawapan dalam bentuk penjelasan. Ayat tanya tertutup pula memerlukan jawapan pendek sama ada ya, bukan atau tidak.

Ayat Perintah
ialah bentuk ayat yang dituturkan dengan tujuan menimbulkan sesuatu tindak balas daripada orang yang mendengarnya. Orang yang bertindak balas ini ialah orang kedua, iaitu orang yang dilawan bercakap. Ayat perintah boleh dibahgikan kepada empat jenis: a. Ayat suruhan b. Ayat larangan c. Ayat silaan d. Ayat permintaan

a. Ayat suruhan
Ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menyuruh orang yang dilawan bercakap melakukan sesuatu yang disuruh oleh orang pertama. Subjek dalam ayat ini yang terdiri daripada kata ganti nama kedua boleh mengalami pengguguran. Contohnya: 1. 2. 3. (Awak) keluar dari bilik ini! (Kamu) belikan sepinggan mi goreng. (Engkau) ambil duit buat belanja.

Ayat ini mempunyai nada yang lembut sekiranya partikel lah disisipkan pada predikat keluar, belikan dan ambil.

b. Ayat larangan
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.nada ayat laranganmenjadi lembut apabila partikel lah disisipkan selepas katalarangan. Contohnya: 1. 2. 3. Usah/usahlah balik lambat. Jangan/Janganlah ambil barang berharga itu. Tak usah/Tak Usahlah pedulikan budak nakal itu.

Ayat larangan juga wujud dalam bentuk umum, tetapi ayat ini tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel lah. Contohnya: 1. 2. 3. Dilarang merokok Dilarang menampal pelekat Ditegah berludah

c. Ayat Silaan
Ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang melakukan sesuatu. Biasanya digunakan pada permulaan ayat. Unsur pelembut lah boleh juga digunakan. Contoh: 1. Sila/Silalah naik ke rumah. 2. Jemput/Jemputlah makan bersama-sama. 3. Jemput/Jemputlah masuk.

d. Ayat permintaan
Ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong untuk memohon pertolongan dan kerjasama seseorang. Contohnya: a. b. c. Minta tuan-tuan bersabar sebentar. Tolong datang awal sedikit. Tolong tutupkan pintu itu.

Ayat ini boleh dilembutkan dengan menggunakan kata harap seperti contoh berikut: a. b. c. Harap jangan merokok Harap jangan bising Harap jangan berludah

Ayat Seruan
Ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi untuk melahirkan sesuatu perasaan, sama ada takut, kagum, marah, geram, sakit hati, gembira dan sebagainya. Tanda seruan diletakkan pada akhir ayat seruan. Dalam ayat seruan, kata seru sering digunakan, seperti amboi, wah, cis, aduh, oh dan syabas. Contohnya: a. Amboi, tingginya bangunan itu ! b. Wah, kau dah pandai melawan ! c. Nah, rasalah tikamanku ini ! Sebagai kesimpulannya ayat-ayat yang telah dibincangkan boleh diperincikan seperti Rajah 7.1

Ayat Majmuk juga disebut sebagai ayat kompleks merupakan gabungan dua atau lebih ayat tunggal dalam satu ayat. Dibentuk melalui cara-cara tertentu dan tidak melanggar hukum tatabahasa. Ayat majmuk terhasil daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal.

Ayat Majmuk
Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk berdasarkan binaanya boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu: 1. 2. 3. ayat majmuk gabungan ayat majmuk pancangan ayat majmuk campuran

1. Ayat Majmuk Gabungan


Terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal yang digabungkan dengan menggunakan kata hubung dan, atau, tetapi dan sebagainya.

Contohnya: Emak sedang memasak. (ayat tunggal) Adik sedang menyanyi. (ayat tunggal) Emak sedang memasak dan adik sedang menyanyi.(ayat majmuk)

Ayat majmuk gabungan juga boleh dibentuk tanpa menggunakan kata hubung tetapi mestilah mempunyai unsur nada suara sebagai penanda deretan pernyataan. Tanda koma (,) merupakan penanda unsur nada suara. Contohnya: Ayah pergi ke hutan. Ayah memburu rusa. Ayah pergi ke hutan, memburu rusa

Ayat majmuk yang dihasilkan melalui penyambungan beberapa ayat tunggal melibatkan dua perkara. Pertama, sekiranya subjek atau predikat kedua-dua ayat tunggal berlaian, penyambungan semua unsur subjek dan predikat dibenarkan berlaku dalam ayat majmuk, contohnya: Petani itu ke sawah (ayat tunggal) Isterinya sedang sakit (ayat tunggal) Petani itu ke sawah walaupun isterinya sedang sakit.

Sekiranya ayat-ayat ang digabungkan mempunyai subjek atau predikat ayat yan sama, mak bahagian yang sama itu tidak perlu diulang lagi dalam ayat majmuk. Proses ini disebut pengguguran subjek atau pengguguran predikat. Contohnya: Pengguguran subjek Anjing menggigit kaki budak. Anjing lari. Anjing menggigit kaki budak itu lalu lari. Pengguguran predikat Pelajar-pelajar sedang membaca akhbar. Bapa saudara Abu sedang membaca akhbar Pelajar-pelajar dan bapa saudara Abu sedang membaca akhbar.

Ayat-ayat majmuk gabungan yang dibentuk dengan menggunakan kata hubung menghasilkan jenis gabungan yang berbezabeza. Pertama, gabungan yang berbentuk urutan fakta-fakta, iaitu urutan satu peristiwa dengan peristiwa yang lain. Kata hubung yang sesuai digunakan dalam gabungan jenis ini ialah dan, lalu, lagi, serta, sambil, tambahan pula, malahan, kemudian dan akhirnya. Gabungan yang melahirkan maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan. Kata hubung yang digunakan dalam gabungan jenis ini ialah tetapi, walaupun, sebaliknya, melainkan, padahal, sedangkan, manakala dan sebagainya.

2. Ayat Majmuk Pancangan


Ialah gabungan ayat-ayat tunggal yang tidak setara membentuk satu ayat baru. Dalam ayat majmuk pancangan, terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan beberapa ayat kecil lain dalam satu ayat. Ayat-ayat kecil ini dipancangkan dalam ayat induk dengan menggunakan kata pancangan dalam ayat majmuk pancangan.

Ayat Majmuk Pancangan


Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu iaitu: 1. Ayat majmuk pancangan relatif 2. Ayat majmuk pancangan komplemen 3. Ayat majmuk pancangan keterangan

1.

Ayat majmuk pancangan relatif menggunakan kata pancangan yang dalam binaannya. Kata pancangan ini bertugas memancangkan ayat kecil ke dalam ayat induk untuk membentuk ayat majmuk jenis ini. Contoh:

Ayah membeli sebuah kereta yang telah rosak.

2. Ayat majmuk pancangan komplemen merupakan ayat yang ditandai kata hubung bahawa dan untuk. Dalam binaan ayat ini terdapat satu ayat induk dan ayat kecil yang dinamakan ayat komplemen. Dalam pembenukan ayat majmuk pancangan komplemen terdapat pengguguran beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai ganti kata komplemen. Contoh:
Orang itu menjelaskan bahawa projek itu akan diteruskan. Orang itu menjelaskan. (ayat Induk) Projek itu akan diteruskan. (ayat komplemen)

3. Ayat Majmuk Keterangan


Ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Contoh: a. Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu. b. Anak itu menangis kerana ia lapar.. c. Ali tidak begitu pandai semasa saya mengajarnya dahulu. Ayat-ayat kecil yang dihubungkan dengan kata-kata hubung ini disebut ayat keterangan. Ayat induk + Kata hubung + Ayat keterangan

Jenis-jenis keterangan
1. Keterangan musabab. Kata hubung keterangan musabab ialah seperti kerana, lantaran dan oleh sebab 2. Keterangan akibat. Kata hubung keterangan ialah seperti hingga dan sehingga. 3. Keterangan syarat. Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau. 4. Keterangan waktu. Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala, .dan ketika

5.

6.

7. 8. 9.

Keterangan pertentangan. Kata hubung keterangan pertentangan adalah seperti berikut walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipundan sedangkan. Keterangan harapan. Kata hubung keterangan harapan adalah seperti supaya, agar, semoga, mogamoga dan kalau-kalau. Keterangan cara. Kata hubung keterangan cara ialah dengan. Keterangan tujuan. Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti, untuk, demi dan bagi. Keterangan perbandingan. Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat,bagaikan dan bak.

4. Ayat Majmuk Campuran


Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat majmuk cmpuran biasanya panjang serta mempunyai banyak perkara yang diperkatakan. Contohnya:
Bangsa Melayu terkenal dengan sifat lemah lembut dan budi bahasa yang tinggi nilainya. Ayat majmuk keterangan cara Bangsa Melayu terkenal. (ayat induk) Dengan sifat-sifat lemah-lembutnya. (ayat keterangan)

Ayat majmuk pancangan relatif


Bangsa Melayu terkenal dengan budi bahasa. (ayat induk) Budi bahasa bangsa Melayu tinggi nilainya. (ayat kecil)