GURU SEBAGAI PEMBIMBING

Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan Sekiranya pelajar tidak tahu cara akan menjejaskan berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini

pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranan sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya. Di bawah topik ini kita akan membincangkan maksud, matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, kemahiran yang digunakan dalam bimbingan, dan peranan guru dalam membimbing pelajar yang menghadapi masalah dalam hidupnya. Kita juga akan melihat jenis-jenis bimbingan yang diberi oleh sekolah kepada pelajar secara ringkas, serta cara guru dan murid dapat menggunakannya.

Sebelum kita teruskan, berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan berikut.

Bagaimanakah anda telah membimbing pelajar anda untuk menangani masalah hariannya? Apakah isu-isu kehidupan dan masalah emosi yang sering dihadapi oleh pelajar anda?

4.1

Matlamat dan Prinsip-prinsip Bimbingan

Sebelum kita melihat matlamat dan prinsip-prinsip bimbingan, mari kita teliti maksudnya dahulu. Umumnya, bimbingan merujuk kepada proses membantu seseorang membina kefahaman dan kemahiran untuk menangani isu dan cabaran hidup dengan berkesan. Dalam proses ini, seseorang itu belajar untuk berubah dan membina sikap, nilai dan kemahiran baru supaya dapat menangani situasi yang sukar dengan lebih baik. Kita perlu faham bahawa bukan mudah untuk berubah; ia merupakan proses yang berterusan dan sebagai guru kita perlu faham bahawa seseorang pelajar itu memerlukan masa untuk berubah.

Oleh itu, walaupun bimbingan ialah satu cara untuk membantu pelajar, namun ini tidak bermaksud bahawa guru atau kaunselor harus menyelesaikan masalah pelajar. Sebaliknya, ini bermaksud guru haruslah mempunyai sikap mengambil berat dan mendengar supaya pelajar dapat menerokai dan memahami situasi dan dirinya dengan lebih baik, lalu membina kemahirannya sendiri untuk menangani masalahnya. Matlamat utama bimbingan adalah untuk membantu pelajar: • Membina potensinya supaya ia boleh menjadi seorang yang sihat dan seimbang, dengan kebolehan dan sikap yang akan membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup dengan berkesan. • • • • Membina kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan. Membina kemahiran menguruskan diri seperti menguruskan masa, menguruskan tekanan, dan menentukan matlamat dan keutamaan untuk dirinya. Memperbaik hubungan interpersonalnya dan membina kemahiran komunikasi yang baik. Membina nilai dan sikap yang sihat dan positif terhadap dirinya dan orang lain, untuk meningkatkan kesedran dirinya serta kefahaman peranan dan tanggung jawabnya dalam hidaup, dan • Membina kemahiran dan sikap bagi kejayaan akademik dan kerjayanya Guru dan kaunselor harus memastikan bahawa bimbingan yang diberi kepada pelajar haruslah sejajar dengan prinsip dan etika tertentu seperti yang berikut: • Bimbingan adalah bagi semua pelajar, kerana perkembangan diri, dijalankan secara sistematik dan terancang dan tidak harus ditujukan kepada “pelajar bermasalah” sahaja. • Fokus utamanya ialah pencegahan – iaitu, untuk mencegah masalah yang serius dalam kalangan pelajar dengan memberi mereka kemahiran untuk menangani masalah sementara masalah itu masih boleh dikawal; • Ia harus dijalankan secara kolaborasi dengan kakitangan sekolah yang lain, seperti guru besar, guru-guru lain, kaunselor, serta dengan kerjasama ibu bapa dan masyarakat; • Pelajar haruslah menyertai proses bimbingan ini sepenuhnya dan penuh rela, serta membina matlamat sendiri untuk membantu dirinya – iaitu, faham bahawa ia bertanggungjawab terhadap perkembangan dirinya serta keputusan yang dibuat dalam hidupnya pada akhirnya. Guru atau kaunselor tidak membuat keputusan bagi pelajar;

Antara perkhidmatan bimbingan yang diberi di sekolah termasuklah: • • • • Bimbingan pendidikan – motivasi pelajar. pilihan mata pelajaran. dan • Guru/kaunselor perlu menggunakakan kemahiran interpersonal seperti mendengar dengan aktif dan empati.• Ia harus mengikut garis panduan etika bagi bimbingan dan kaunseling. dan lain-lain. seperti (i) semua keputusan yang dibuat semasa sesi bimbingan dan kaunseling adalah sulit – iaitu. Apakah caranya anda rasa seorang guru dapat bekerja secara kolaboratif dengan guru bimbingan dan kaunselor untuk memberi bimbingan yang sesuai kepada pelajar apabila diperlukan? Antara tugas guru bekerjasama dengan perkhidmatan bimbingan sekolah untuk pelajar dapat diterangkan seperti yang berikut: . apakah aspek yang paling sukar bagi anda semasa membimbing pelajar? Apakah halangan yang anda hadapi dalam situasi sekolah anda untuk memberi bimbingan yang berkesan kepada pelajar apabila diperlukan oleh mereka? Saya pasti anda sedar bahawa kebanyakan sekolah mempunyai guru bimbingan atau kaunselor yang terlatih untuk memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Bimbingan kerjaya – kecerdasan dan tinjauan minat. dan mengelakkan diri daripada menjalin hubungan yang tidak sihat serta tidak beretika dengan pelajar tersebut. persediaan untuk peperiksaan. supaya dapat menjalin hubungan baik dengan pelajar. (ii) guru/kaunselor haruslah senantiasa bertingkah laku secara profesional terhadap pelajar. dan Bimbingan perkembangan diri – komunikasi dan kemahiran memimpin. Sebagai guru. Sesi bimbingan kumpulan dan individu. dan lain-lain. dan mempunyai perasaan prihatin dan bersikap positif terhadap murid. Berhenti sejenak dan buat refleksi terhadap soalan yang berikut. Guru perlu berganding bahu dengan guru bimbingan/kaunselor untuk memastikan bahawa pelajarnya mendapat bimbingan yang diperlukan. perbincangan dengan ibu bapa. bahan rujukan. kemahiran belajar. menangani masalah hubungan dan masalah emosi. maklumat mengenai pelajar dan hal yang dibincangkan semasa sesi tersebut tidak harus didedahkan kepada orang lain tanpa kebenaran pelajar tersebut. kebajikan pelajar. penempatan untuk pengajian tinggi. memilih kerjaya yang betul.

sebagai mentor bagi program mentor-menti. dan • Membantu pelajar membina nilai dan sikap positif. dan mempunyai sikap prihatin dan positif terhadap mereka.2 Kemahiran Asas dalam Bimbingan Sekarang kita akan mempelajari beberapa kemahiran asas dalam bimbingan. dengan berperanan sebagai fasilitator dalam kem motivasi. sebelum merujukkannya kepada guru bimbingan atau pegawai lain sekiranya diperlukan bantuan/bimbingan yang seterusnya. seperti maklumat latar belakang pelajar dan laporan kemajuan kedatangan dan prestasi akademiknya.• • Memberi maklumat serta maklum balas mengenai keperluan pelajar dan keberkesanan program bimbingan. tetapi membimbing bermaksud guru perlu membantu pelajar membina sikap serta kemahiran yang baik untuk mengatasi masalahnya. supaya guru lebih peka dan memahami keperluan pelajar.2. 4. peranan guru sebagai pembimbing adalah secara tidak langsung. dan mempercayai bahawa gurunya akan membantunya. Memberi bimbingan awal kepada pelajar dan berbincang tentang keperluannya. Kemahiran asas bimbingan akan dibincangkan di bawah. dan guru perlu membina satu hubungan yang baik dengan pelajarnya supaya ia bertanggungjawab mengatasi masalahnya. • • Menyimpan rekod terkini mengenai pelajar dalam kelasnya. Membina hubungan baik dengan pelajarnya.1 Menunjukkan hormat dan layanan yang positif . dan lain-lain. 4. untuk membantu mereka menangani masalah isu-isu dalam hidup mereka? Kita perlu ingat bahawa tugas guru bukanlah untuk menyelesaikan masalah pelajar. • Memberi sokongan dan bantuan kepada program bimbingan yang ada di sekolah. dan mereka boleh menyesuaikan diri dan berkomunikasi dengan lebih berkesan dalam menjalankan aktiviti dalam kelas. Apakah kemahiran yang diperlukan oleh seorang guru untuk membimbing pelajar dengan berkesan. • Guru haruslah mengenal perkhidmatan bimbingan yang diberi oleh pihak sekolah supaya dapat memberi maklumat yang berkaitan kepada pelajar dan menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Oleh itu.

Beberapa kemahiran mendengar yang penting disenaraikan di bawah: Kemahiran Mendengar Yang Asas Mendengar penuh perhatian :Menghantar mesej verbal dan non-verbal kepada klien.Apakah maksudnya? Ringkasnya.2. Untuk menjadi pendengar yang baik kita perlulah ‘mendengar dengan telinga. 4. 1997]. serta juga mengambil kira latar belakang peribadi dan sosialnya [Nelson-Jones.. Mendengar kandungan verbal mesejnya. iaitu peka. Howe Mendengar secara aktif bukan sekadar mendengar kata-kata lisan klien kita. isyarat badan dan memek muka. mesra dan tidak berat sebelah. yang seterusnya dapat membina hubungan mesra dengan pelajar. sekiranya kita mahu menyertai rahsia insan lain… dengan mendengar kita memperoleh kuasa untuk meningkatkan atau menghapuskan kehidupan orang lain yang berkaitan dengan kita” .daripada puisi ‘On Listening’ oleh Reul L. komitmen kita kepada orang lain… kita perlu mendengar sepenuh perasaan. . dan memerhatikan tingkah laku nonverbalnya. serta menunjukkan minat dan keikhlasan untuk memahami situasi dan pandangannya. Memparafrasa : Menyatakan kata-kata klien semula dengan menggunakan perkataan/ayat lain Minta penjelasan: :Meminta klien menerangkan maksudnya dengan lebih terperinci. dapat membina hubungan baik dan kepercayaan pelajar. Ini akan membantu pelajar kita supaya menjadi lebih terbuka dan berterus terang dalam mengeluarkan perasaannya apabila bercakap mengenai isu peribadi dan masalahnya. tindakan prihatin.2 Kemahiran mendengar secara aktif “Mendengar ialah satu tindakan kasih sayang. Anda boleh melakukan ini dengan mendengar pendapat pelajar itu dan menghormatinya. hal ini bermaksud bahawa guru menunjukkan sikap positif dan prihatin terhadap pelajarnya. tetapi juga cuba memahami maksud klien kita dengan menjadi peka kepada petanda nonverbalnya. serta menghargai pelajar sebagai individu yang unik dan berguna. walaupun anda tidak bersetuju dengannya. mata dan hati’! Amalan mendengar secara aktif. seperti intonasi serta nada suara. Imbas kembali : Mengulangi hal yang dikatakan oleh klien. R.

. dan memberi respons yang boleh menggalakkan klien meluahkan idea dan perasaannya dengan selesa. Galakkan klien memberi pendapatnya atau menerangkan pengalamannya dengan menggunakan kenyataan atau soalan terbuka.seperti gugup. dan menggunakan intonsi perbualan. Tingkah laku mendengar penuh perhatian membantu klien menerokai dan mengembangkan pendapatnya dan mengurangkan pendengar membuat respons dan saranan yang tidak berguna. • • Contoh soalan terbuka yang menggalakkan klien supaya mula bercakap mengenai pengalamannya: “Bolehkah kamu beritahu apa yang berlaku dalam kelas Matematik semalam?” “Kamu kelihatan tegang. seperti anggukan kepala. “Sila teruskan” . dan konsisten dengan angin klien.” Contoh bisikan verbal yang menunjukkan minat (respons galakan minimum): “Uh-hmm” . Baca dan cuba fahamkan garis panduan kemahiran mendengar dengan penuh perhatian yang berkesan di bawah: Garis panduan untuk kemahiran mendengar dengan penuh perhatian • • • • Duduklah dalam kedudukan yang membolehkan anda melihat klien secara bersemuka. tanpa mengkritik atau menolak pendapatnya. “Dan…?” “Oh?” “Lepas itu apa yang berlaku. kamu boleh beritahu saya jika kamu mahu. Gunakan respon galakan yang minimum. air muka dan suaranya. jelas. Suara anda haruslah tenang. Air muka anda haruslah tenang. Memerhati dan memahami mesej non-verbal yang ditunjukkan oleh klien .?” . tak perlu terburu-buru. tertekan. tetapi janganlah merenung klien. sedih atau marah melalui pergerakan badan. “Lepas itu?” . dan bisikan verbal untuk menggalakkan klien supaya terus bercakap. menunjukkan minat.Sekarang marilah kita melihat kemahiran mendengar yang disenaraikan di bawah: (i) Kemahiran mendengar dengan penuh perhatian Mendengar dengan penuh perhatian bermaksud memberi perhatian sepenuhnya terhadap klien. tidak terlalu kuat atau berdominasi.

Saya tidak boleh membuat kerja saya. anda menukar perkataan atau menukar ayat yang disebutkan oleh klien.(ii) Kemahiran imbas kembali yang mudah Kemahiran ini membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien. anda mengulangi sebahagian atau sepenuhnya hal yang diluahkan klien. serta memberitahu klien bahawa anda mendengar hal yang diperkatakan olehnya. Contoh kemahiran mengimbas kembali. Contoh memparafrasa ialah.” “Kamu rasa kamu tidak boleh membuat kerja dan menjawab soalan dalam kelas kerana tingkah laku kawan-kawan kamu? Kamu tidak faham mengapa mereka ketawakan dan mengganggu kamu? Guru: Anda mungkin fikir bahawa respons pendengar seperti di atas adalah lewah. bukannya kritikan atau Hal ini tidak bermaksud bahawa anda mengulangi sindiran atau merendah-rendahkan. Pelajar: “Saya bimbang saya tidak mendapat gred yang baik dalam Matematik. dan membuang masa. seperti burung kakatua. Apabila saya cuba menjawab soalan dalam kelas. Dalam imbas kembali. Penting supaya intonasi suara anda menunjukkan minat. mere ketawakan saya. Pelajar: “Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya. segala yang dikatakan oleh klien. Saya perlukan bimbingan” Guru: situasi) ATAU Guru: pelajar) “Awak bimbang mengenai Matematik?” (fokus anda adalah terhadap perasaan “ Awak perlu bimbingan dalam Matematik?” (fokus anda adalah terhadap (iii) Memparafrasa Dalam memparafrasa. lalu . Tetapi memparafrasa memainkan peranan penting dalam mendengar secara aktif – ia membantu anda memberi fokus terhadap hal yang dikatakan oleh klien. supaya ia berpeluang mendengar semula hal yang disebutnya serta mengembangkan maksudnya dengan anda.

apa yang dilakukan oleh mereka?” “Apa yang saya faham ialah apabila kawan-kawan awak ketawakan dan mempermainkan awak. supaya maksudnya menjadi lebih jelas. meminta penjelasan daripada klien: Pelajar: “Saya tak tahu mengapa kawan-kawan saya senantiasa mengganggu saya. dan bukan sebagai satu kemahiran [Nelson-Jones. Guru: ATAU Guru: Cuba fikirkan soalan yang berikut buat beberapa ketika. ia dapat memberi peneguhan kepada klien dan menggalakkannya untuk meneruskan perbualan.2. Saya tidak boleh membuat kerja saya. Rogers lebih suka menganggap empati sebagai sikap atau cara hemah seseorang. untuk memahami pengalaman dan situasi hidupnya mengikut sudut pandangannya. maksud awak begitu? Kemahiran ini memastikan Contoh respons yang bahawa kedua-dua pihak memahami mesej klien dengan jelas. Mengapa anda rasa mendengar murid anda adalah penting? Adakah anda pendengar yang baik? Apakah kesulitan yang anda alami apabila mendengar murid anda? 4. Ia juga memberitahu klien bahawa kita telah mendengar dengan tepat hal yang dikatakannya.. 1997]. kawan-kawan saya ketawakan saya. (iv) Mendapatkan Penjelasan Dalam kemahiran ini. dan anda membuat kepastian dengan klien sama ada anda telah faham mesejnya dengan tepat. Carl Rogers menerangkan empati sebagai kebolehan menyelami “dunia dalaman seseorang yang sulit dan peribadi” dan untuk menyampaikan kefahaman ini kepada orang lain. anda meminta klien menjelas dan mengembangkan hal yang dikatakannya.” “Bila kamu kata kawan-kawan kamu mengganggu.3 Berempati (atau menunjukkan kefahaman) Apabila anda berempati dengan seseorang. .memastikan sama ada kita telah mendengar dengan tepat atau tidak. awak rasa tidak selesa dan tidak boleh menumpukan perhatian terhadap kerja. Apabila saya cuba menjawab soalan dalam kelas. R. anda sebenarnya menyelami pandangan atau perasaan orang itu.

dan cuba menyemak semula dengannya untuk melihat sama ada fahaman anda adalah tepat. Berkongsi kefahamannya dengan orang lain secara lisan Empati bukan bermakna kita bersetuju dengan orang lain (ia bukan simpati). Ia hanya bermakna bahawa kita memperlihatkan cara orang lain berasa atau berfikir mengenai situasinya. Saya tak sukalah menyatakan saya tak mahu bayar minuman mereka. jangan buat andaian. Memberi respons dengan menyatakan hal yang anda fikirkan mengenai perasaannya. Mereka mengharapkan saya boleh bayar kerana saya menang perlawanan itu. dengannya memahami pandangan/perasaannya dengat tepat. Garis panduan menunjukkan empati: • • Respons anda haruslah ‘selari’ dengan perasaan atau angin orang itu.Kefahaman empati melibatkan dua langkah utama: 1. Penanggapan tepat mengenai dunia dalaman seseorang. mereka akan menganggap awak kedekut?” Guru: Contoh 2 .” “Awak rasa jika awak tidak bayar. Jangan memberi respons dengan menyatakan “saya faham bagaimana anda rasa” – ini tidak menggambarkan sama ada anda telah benar-benar memahami pandangan atau perasaannya. kebolehan melihat sesuatu dengan cara yang sama seperti orang lain. • • • Gunakan Selalu pandangan semak semula orang tersebut sama dan ada bercakap anda telah dari sudut perspektif/pandangannya. Kenyataan seperti “saya rasa sama seperti kamu” juga tidak membantu. dan 2. ia merupakan simpati dan bukan empati! Contoh respons empati dalam sesi bimbingan” Contoh 1 Pelajar: “Saya gunakan wang saya untuk belanja kawan.

Soalan terbuka lebih baik daripada soalan tertutup (lihat contoh di bawah).4 Kemahiran Memudah Cara (facilitative) Dalam bimbingan. atau bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang ‘betul’. dan relaks. kita menggunakan soalan untuk membantu seseorang itu memfokus dan berfikir. 4. Jangan menggunakan soalan untuk memaksa seseorang memberi maklumat terperinci yang tidak rela diberi.” Guru: Perhatikan bahawa dalam contoh di atas guru menunjukkan empati dengan menyatakan hal yang dirasakan oleh pelajarnya. dan .Pelajar: “ Apabila saya cuba jawab dalam kelas. kerana soalan terbuka membantu seseorang berasa lebih relaks dan bebas untuk memberi maklumat secara tak langsung.2. yang akan membantu untuk memulakan perbincangan. pelajar lain mula ketawa dan mempermainkan saya. Contoh soalan terbuka. atau sebagai soal siasat. Penyoalan tidak harusnya dijalankan sebagai temu duga.” “Awak rasa tidak selesa apabila mereka berbuat demikian. soalan dikemukakan dengan nada lembut. tetapi tidak perlu menyatakan sama ada ia bersetuju dengan pelajarnya atau mempunyai perasaan yang sama seperti pelajarnya. Jadi saya tidak lagi mengangkat tangan untuk menjawab. serta membantunya menganalisis situasinya lalu mengeluarkan maklumat relevan yang akan membantunya memahami situasinya dengan lebih jelas. “Aspek apakah yang awak suka bincang atau fokus dalam perbincangan kita?” “Biasanya bagaimana awak belajar di rumah?” “Bagaimana perasaan awak apabila tahu yang awak tidak dijemput?” Soalan “mengapa” selalunya tidak membantu – contohnya “mengapa awak tidak menyiapkan kerja rumah?” – kerana ia boleh menjadikan pelajar tersebut lebih defensif. Awak rasa lebih baik berdiam diri dan tidak menarik perhatian mereka terhadap awak. Ketika memudahcarakan. sebagai permintaan bukan paksaan.

Contoh rumusan ringkas pada pertengahan sesi: “Tadi kamu menyatakan bahawa kamu masih teringatkan kawan-kawan di sekolah lama. kerana ia menutup perbincangan. Ini akan menutup kerelaannya untuk memberi respons. atau anda boleh menunggu sehingga akhir sesi untuk membuat rumusan yang lebih panjang. Kamu juga kata guru-guru sekolah ini tidak memberi layanan seperti guru di sekolah lama. Semasa sesi bimbingan. anda boleh membuat rumusan ringkas setelah klien bercakap beberapa minit. dan kamu berasa susah untuk berkawan dengan pelajar dalam kelas sekolah ini. Anda juga boleh membuat rumusan ringkas pada permulaan atau pada akhir sesi untuk membantu klien membuat tumpuan mengenai hal yang perlu dibincangkannya. Jadi kamu berasa agak kecewa dan tidak berminat untuk datang ke sekolah.mendorongnya mencari alasan. “Bila awak balik ke rumah?” “Apa pekerjaan bapa awak?” “Apa markah yang awak perolehi dalam Matematik?” “Adakah awak lebih suka sukan atau muzik?” Soalan berbentuk tertutup membuatkan orang itu berasa tertekan untuk memberi jawapan.2. Soalan yang lebih baik harus berbunyi “Apa masalah anda dalam membuat kerja rumah?” Contoh soalan tertutup (yang tidak membantu. Selepas membuat rumusan. dan tidak membantunya memberi penumpuan kepada situasi sebenar. Berikut ialah contoh rumusan dalam sesi bimbingan. Ia juga membantu klien membuat tumpuan terhadap matlamat dan keperluannya semula.5 Kemahiran membuat rumusan Merumus melibatkan hal menyatakan kesemua aspek dan isu utama yang dibincangkan dan dijelaskan semula. serta mengelakkan kedua-dua pihak menyeleweng daripada isu-isu penting. pastikan anda menyemak semula dengan klien sama ada anda telah mendapat isu yang betul. 4. Begitu?” . tidak menggalakkan untuk membuka perbincangan). dan selalunya berasa dunianya dicerobohi.

kita akan memberi fokus kepada sebab-sebab pentingnya bagi kamu untuk memuaskan hati kawan-kawan kamu. seorang memainkan peranan pembimbing dan seorang lagi sebagai pelajar. dan kita cuba cari jalan. imbas kembali. saya berasa bahawa kamu sering menekankan hal betapa pentingnya kamu disukai oleh kawan-kawan sedarjah dan guru-guru kamu. Ia sangat penting kepada kamu. (iii) empati. sehingga kamu berasa sangat sedih dan tidak boleh membuat kerja kamu apabila kamu rasa mereka tidak suka kamu dan tidak menerima kamu. cara lain untuk mendekati mereka. namun tiada orang yang berpuas hati. ketika kamu bercakap. kemahiran komunikasi non-verbal. dan (v) kemahiran membuat rumusan. walaupun kamu rasa perkara yang mereka mahu kamu buat adalah tidak betul.Contoh rumusan yang lebih panjang apabila hampir tamat sesi: “Liza. Boleh tak begitu?” Setakat ini kita telah membincangkan lima kemahiran asas yang anda boleh gunakan semasa sesi bimbingan dengan klien anda. Minta rakan atau pelajar anda berbincang dengan anda masalah yang sedang dialaminya. Walau bagaimanapun. Keadaan ini membuatkan kamu berasa tertekan dan tidak seronok dengan diri dan hidup kamu. Meskipun begitu. 1. Dalam pasangan. kamu rasa betapa bersungguh-sunguh anda cuba. (ii) kemahiran mendengar secara aktif seperti mendengar penuh perhatian. mencatat nota untuk memaklumkan balik. dapatkan seorang rakan lain untuk memerhati dan . Latihan untuk dipraktikkan. Kamu cuba bersungguh-sungguh untuk menyukai kawan kamu. ia adalah (i) menunjukkan layanan positif dan hormat. Minta kebenarannya untuk merakam sesi perbincangan tersebut. (iv) menyoal bertujuan untuk memudah cara (facilitative). Kemahiran ini memerlukan banyak latihan sebelum anda boleh menggunakannya secara alamiah. Apa kekuatan anda? Apa Kemudian. kelemahan atau kekurangan anda? Cuba gunakan setiap kemahiran secara bergilir-gilir. Berikutnya adalah beberapa latihan kemahiran yang boleh anda lakukan dengan rakan-rakan. main peranankan satu sesi bimbingan. Dalam perbincangan seterusnya nanti. kemahiran asas inilah yang akan membantu anda membimbing pelajar anda dengan lebih berkesan pada setiap peringkat dalam proses bimbingan. memparafrasa dan kemahiran menerangkan atau menjelaskan. dengar semula dan cuba buat penilaian mengenai bagaimana anda menggunakan kemahiran asas dalam membimbing. 2.

masalah makan. Masalah akademik termasuklah: . tekanan. kawan-kawan. persekitaran rumah yang tidak selesa. kematian ibu bapa/ahli keluarga. • • • Masalah kesihatan .3. kesukaran menyuarakan emosi yang sebenar. mood yang tidak stabil.3 Masalah pelajar Dalam bahagian ini. 4. kita akan bincang beberapa masalah pelajar dan bagaimana mengenalpastinya. tidak upaya mengawal emosi. kemarahan yang amat sangat. kawan sedarjah. dan lain-lain. kecacatan fizikal. berlebihan/kekurangan berat badan Masalah kewangan – pendapatan keluarga rendah . tingkah laku menyendiri. Masalah emosi – konsep kendiri negatif. dan bagaimana untuk melaksanakan proses bimbingan untuk menangani masalah tersebut.penyakit fizikal dan mental. dan lain-lain. lemah kemahiran komunikasi.4.lemah dalam pengurusan kewangan. rendah harga diri.1 Mengenalpasti masalah pelajar Masalah pelajar boleh dikategorikan seperti berikut: MASALAH PELAJAR Isu-isu personal Masalah akademik Penyesuaian sosial Rajah 4. kekurangan pemakanan. perasaan takut dan tidak selamat. Masalah keluarga – ibu bapa yang bercerai.1 : Masalah Pelajar Isi-isu peribadi yang menyebabkan masalah kepada pelajar termasuklah : • • • Masalah perhubungan – dengan ahli keluarga. tidak mempunyai kemahiran untuk menangani situasi yang tegang. dan Isu pengurusan kendiri – lemah dalam mengurus masa. kawan wanita/lelaki.

perosak. dan lain-lain. dan kemahiran belajar yang kurang baik Masalah penyesuaian sosial merujuk kepada masalah tingkah laku yang disebabkan oleh kurang kebolehan pelajar tersebut untuk mengadaptasikan diri dengan situasi sosial serta ekspektasi norma dalam masyarakat. • galakkan pelajar anda membincangkan masalah dan pengalamannya secara terbuka dengan anda . . perhubungan sex secara rambang. ponteng.• • • • • • masalah pembelajar dalam mata pelajaran tertentu. rusuhan. pencapaian akademik yang rendah. gangster. dan aktiviti jenayah – mencuri. Guru dan kakitangan sekolah harus mengenal pasti masalah pelajar dengan segera. motivasi rendah dan kurang berminat untuk belajar. melepak. Sekiranya guru itu tiada masa atau tidak terlatih untuk membimbing masalah tersebut. bagaimana ia berinteraksi antara satu sama lain. bagaimana ia berkomunikasi dan menyuarakan perasaannya. masalah berkomunikasi dengan guru. ia haruslah mempastikan bahawa pelajar tersebut dirujukkan kepada orang lain yang lebih bertauliah supaya pelajar tersebut mendapat bantuan yang diperlukannya. mengedar dadah kepada kawan sekolah. tidak menyertai aktiviti kelas. Ia termasuklah: • • • • • • • tidak mematuhi peraturan sekolah. bergaduh. peras ugut. supaya boleh memberi bantuan kepada pelajar sebelum masalahnya menjadi lebih besar atau lebih serious. salah guna bahan-bahan. Beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengenal pasti masalah pelajar ialah: • perhatikan tingkah laku pelajar anda di dalam dan di luar kelas. Ini akan membolehkan anda mengesan masalah yang serious lebih awal.

Bina perhubungan dan kenal pasti masalah • bina rapo • Peranan guru sebagai pembimbing Menunjukkan layanan yang positif dan rasa hormat • Peranan pelajar. 1997]. bagaimana melaksanakan proses bimbingan dalam menangani masalah pelajar. R. Jadual berikut menunjukkan garis panduan mengenai lima peringkat utama dalam proses bimbingan [Nelson-Jones. dan sebagainya. kita akan pertimbangkan.• • rujuk kepada rekod dan laporan prestasi pelajar.2 Melaksanakan proses bimbingan Membimbing pelajar untuk menangani masalahnya dengan berkesan adalah satu proses yang memakan masa dan melibatkan beberapa peringkat. dan • ada sesi bimbingan secara peribadi dengan pelajar tersebut untuk membicangkan masalahnya yang telah anda perhatikan.. Apakah masalah yang dialami oleh kebanyakan pelajar? Apakah cara yang anda gunakan untuk mengenal pasti masalah tersebut? Apa tindakan yang biasa anda ambil? Seterusnya. Ini membolehkan anda mengesan sejarah masalah tersebut. 4. Jadual 4. supaya mereka boleh mengenal pastinya dengan lebih awas dan langkah-langkah pencegahan boleh diambil. untuk melihat sama ada terdapat satu corak tingkah laku yang konsisten yang menyebabkan masalahnya.3. Berhenti sebentar dan buat refleksi mengenai soalan di bawah.1 : Peringkat Dalam Proses Bimbingan Peringkat dalam proses bimbingan I. dengan tugas-tugas yang sejajar dengannya untuk kedua-dua guru dan pelajar. rekod kesihatannya. Mahu berbincang mengenai masalah atau situasinya . • berbincang dengan ibu bapa untuk meninjau sama ada mereka mempunyai maklumat terhadap anaknya. bincangkan pemerhatian anda terhadap pelajar tersebut dengan guru lain yang berkenaan. tingkah laku di rumah.

dan akibatnya Membentuk persepsi yang tepat mengenai masalahnya Bertanggung jawab membuat pilihan untuk hidupnya Membina keyakinan diri dan motivasi dengan menentukan matlamat dan membuat keputusan hidupnya sendiri Menggunakan kreativiti dan kemahiran berfikir untuk menyarankan penyelesaian yang kreatif yang sesuai dengan situasinya. Bina matlamat. Menggalakkan pelajar mengambil tanggung jawab membina kemahirannya sendiri untuk mengatasi masalahnya Memikirkan tentang masalah tersebut dan membuat penilaian pertama mengenai situasi pelajar Menggunakan empati dan kemahiran membuat penjelasan untuk membantu pelajar menyedari perasaannya Menggunakan kemahiran menyoal dan membuat rumusan untuk membantu pelajar mengenal pasti punca kepada masalahnya Bantu pelajar menyatakan semula masalahnya dengan menyatakan apa kemahiran dan perubahan sikap yang diperlukan Bantu pelajar melihat pertalian antara tindakan dan akibatnya • • • • • Beriltizam untuk mencari cara menangani masalahnya Bekerjasama dengan gurunya dengan menepati temu janji untuk sesi bimbingan Jujur serta ikhlas Mengambil tanggung jawab untuk mencari penyelesaian Berusaha membentuk matlamat awal untuk menangani situasinya II. supaya mudah untuk kerja membimbing • • • • • • • • • • • • Menerokai pemikiran dan perasaan sendiri Menganalisa masalah dan mengenal pasti sebab-sebabnya Meningkatkan kesedaran kendiri dengan sentiasa menyedar perasaannya Memahami pertalian antara pemikiran. tidak cuba menyelesaikan masalah untuk pelajar. Mencari penyelesaian masalah yang kreatif dan praktikal Membuat keputusan Merancang • • • • • • • • • Bimbing pelajar dalam proses menentukan matlamat untuk dirinya Bantu pelajar menentukan matlamat yang realistik untuk menangani situasinya Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif untuk mencari penyelesaiannya sendiri dan cadangan untuk tindakan Bimbing pelajar berfikir secara kritikal dan menilai beberapa alternatif untuk tindakan Bimbing pelajar dengan proses membuat keputusan Menunjukkan sikap yang positif dan optimistik. dan • • • . perasaan dan tindakan. Merancang tindakan yang boleh diambil dan beriltizam untuk menjalankan dan III. untuk memotivasi pelajar. Menterjemahkan masalah menggunakan istilahistilah yang lebih praktikal. buat keputusan dan rancang tindakan • Bina matlamat yang realistik untuk membina kemahiran menangani masalah dan mengubah situasi yang bermasalah itu. Menunjukkan empati Realistik dalam membantu pelajar menentukan matlamat awal untuk sesi tersebut.• • • bina saling mempercayaai & saling hormat iltizam untuk bekerja bersama untuk matlamat yang sama jelaskan masalah dan bentuk matlamat awal • • • • • • • Tingkah laku yang tidak menilai Membentuk persekitaran yang mesra dan selesa Menggunakan kemahiran mendengar secara aktif untuk mendengar dan memahami masalah pelajar. Teroka dan fahami masalah. Tidak memberi nasihat. dan nyatakan semula masalah dalam istilah yang lebih praktikal • • Mengenal pasti sumber atau sebab masalah Meneliti & mengenal pasti komponenkomponen atau bahagian masalah. terokai alternatif.

mengubah sikap dan corak tingkah laku supaya dapat berhadapan dengan situasi bermasalah dengan lebih berkesan • Belajar kemahiran baru. yang lebih sihat dalam berhadapan dengan situasi harian dalam hidupnya. Maklum balas. setelah . mengubah sikap dan corak tingkah laku • Mengambil langkah yang sesuai untuk menangani situasi bermasalah • memberinya keyakinan untuk membuat keputusannya sendiri Memberi masa dan perhatian untuk membimbing pelajar berlatih kemahiran yang diperlukan untuk mengambil tindakan seterusnya Mengurangkan rasa bimbang pelajar dengan berlatih di tempat yang selamat terlebih dahulu. sebelum melaksanakan tindakan yang telah dipersetujui Membimbing dan mendemonstrasikan kemahiran langkah demi langkah. Memberi maklum balas positif dan negative mengenai usaha pelajar untuk membaiki dirinya Menggalakkan pelajar untuk menilai dirinya serta kemajuannya Berbincang dengan pelajar mengenai keberkesanan tindakan yang diambil. serta kerisauan pelajar mengenainya. Mengambil tindakan untuk membina kemahiran hidup. serta mengakhiri sesi bimbingan • Laporan-kendiri oleh pelajar mengenai kemajuannya • Pemerhatian guru atau kaunselor • Maklum balas dari guru dan orang lain mengenai keberkesanan tindakan • Penilaian semula matlamat. tidak mengharapkannya memperoleh kemahiran dengan serta merta Memberi peneguhan kepada pelajar dengan memberi maklum balas kepada pelajar mengenai kemajuannya Main peranan dengan pelajar untuk membantunya berlatih kemahiran-kemahiran tersebut Menggalakkannya untuk mencuba tingkah laku baru. dan memotivasikan dirinya untuk terus memperbaiki kemahiran dan tingkah lakunya dalam menangani masalah Menilai keberkesanan tindakannya dan pencapaian matlamat Membuat keputusan untuk menamatkan sesi bimbingan. atau kemajuan seterusnya tidak boleh dibuat melalui sesi ini Jadualkan perjumpaan susulan untuk memantau kemajuan pelajar. dan samada rancangan tindakan yang baru perlu dibuat Semak dengan pelajar untuk melihat sejauh mana matlamatnya telah dicapai Berbincang dengan pelajar mengenai menamatkan sesi bimbingan. jika perlu • Pemantauan kemajuan pelajar dalam mengubah tingkah laku • Menamatkan sesi bimbingan • • • • • • • • • • • • • Berbincang secara jujur dengan gurunya mengenai kemajuannya dalam menggunakan kemahiran barunya atau dalam mengubah tingkah lakunya Berbincang dengan gurunya mengenai kerisauan terhadap kemajuannya Meminta maklumbalas daripada guru. Menamatkan sesi bimbingan dengan kedua-dua guru dan pelajar merasakan matlamatnya telah dicapai.tindakan yang perlu diambil IV. penilaian mengenai keberkesanan tindakan. • menyelesaikannya Berbincang mengenai kebimbangan dan sangsi mengenai tindakan yang telah diputuskan Berlatih kemahiran menangani masalah untuk menghadapi situasi bermasalah Mengambil risiko untuk mencuba tingkah laku baru untuk mengubah amalan berfikir dan beraksi yang tidak membantu Mengambil tindakan untuk menangani masalah atau situasinya • • • • • • • • V. rakan atau keluarganya Sentiasa memantau kemajuannya. memantau kemajuan.

dengan tugas-tugas guru dan murid. Philosophical and Ideological Perspectives on Education. • • Prinsip melaksanakan proses bimbingan adalah berdasarkan kepada garis panduan etika seperti kerahsiaan dan hormat kepada hak pelajar untuk menerima bimbingan. dan kemahiran membuat rumusan.berbincang dengan gurunya. dengan kebolehan dan sikap yang membantunya menangani cabaran dan kesukaran hidup dengan berkesan. Cuba buat refleksi mengenai soalan berikut… Fikirkan pengalaman yang anda telah ada mengenai membantu pelajar yang mempunyai masalah. kemahiran mendengar dengan aktif. G. Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan Teks bacaan asas Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994). . kemahiran menyoal. Aspek mana yang berkesan? Apa yang tidak berkesan? Manggunakan kemahiran membimbing dan peringkat-peringkat bimbingan. dan Lima peringkat utama proses bimbingan telah diterangkan. apakah kelainan yang akan anda lakukan? Rumusan Topik ini membincangkan guru sebagai pembimbing. Kemahiran asas bimbingan termasuk menunjukkan layanan positif dan hormat. akademik dan masalah perkembangan sosial. Isi-isi utamanya ialah: • Matlamat utama bimbingan ialah untuk membantu pelajar membina potensi dan kemahiran hidup supaya ia boleh menjadi individu yang sihat dan seimbang. Bhd. berempati. (1997). Edisi Kedua. Falsafah dan Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.L. Gutek. • • Masalah pelajar yang sering berlaku termasuk peribadi.

( 1969). New York: Macmillan Publishing Company. K. Curriculum Development: A Guide to Practice.html http://www. Curriculum Development: Theory and Practice. Needham Heights: Allyn and Bacon. Tyler.eg/www/universities/html/hamed2. Living Issues in Philosophy.). Stenhouse. Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. London: Heinemann. S. (1984). G. Titus.eun. Barrow.V. (1962). http://www. (1976).my . B. (1997). (1975). Practical Counselling and Helping Skills.E.moe. T. 3 (20).. Duke.gov. Henson. Curriculum Evaluation (Unit 19 till Unit 21). Englewood Cliffs: Prentice Hall. D.R.frcu.F.). Raslan. Philosopher and Theologian.Ohio: Merrill Publishing Co. New York: Macmillan College Pub. A Critical Introduction to Curriculum Theory. (4th Ed.susancanthony. (1995).M. An Introduction to curriculum Research and Development . H. New York: McGraw-Hill Publishing Co. The Philosophy of Education (Report of the National Workshop and Survey). New York: Harcourt Brace and World.com/Workshops/philosophy_hand.T. Averroes As A Physician. Taba. Glenview: Scott.Second Edition. (1989). R. Curriculum Leadership. & Craver. The Educational Imagination.). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. H. Bondi. Teacher Education Division (1982).G. Rujukan Ead. Basic Principles of Curriculum and Instruction. London: Cassell Publications Ozmon. A. (4th Ed. Glatthorn. (1970). Jenkins. (1994).A. Chicago: The University of the Chicago Press Teacher Education Division (2002). (1995). & Rudnitski.A. Ibn Rushd. Armstrong. (1990). Frazee. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1992). (3rd ed. New York: Delmar Publishers. Pacific Grove: Brooks/Cole Publishing Co. R. R. H. Philosophical Foundations of Education. Kuala Lumpur: Ministry of Education.A. Kuala Lumpur: Ministry of Education. & Savage. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Brighton: Wheatsheaf Books.W.com/index. Walton Hall. Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. A. Milton Keynes: Open University Press. D.W. (1997). New York: Van Nostrand Reinhold Company. Eisner.aljadid. Integrated Teaching Methods. Teaching: An Introduction. (1998). Education: An Introduction. Giving Teaching Back to Teachers.L. (1987). Y. D.htm Egan. Al-Jadid. H. Foreman. http://www. Education Resource Book for Lecturers. Fifth Edition. The Skilled Helper. Kuala Lumpur: DBP Nelson-Jones. W.A. (1990). Albany.html http://www. (1995).

html http://www.org/biblio/b-curric.willis/fourtheories.infed.org/udl/EnvisioningFutureCurriculum189. http://pages.morehead-st.edu/people/w.doc http://www.http://cw.html http://www.wikipedia.purdue.edueyctr/cdromsup.org/wiki/Philosophy http://www.html http://www.soe.prenhall.edu/fac/georgeoff/phil am ed/essentialism.com/bookbind/pubbooks/armstrong3/chapter3/chapter12/deluxe.htm.nyu.cast.edu/~asr209/curriculum.siu.cfm .html http://www.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful