You are on page 1of 28

Sains ialah aplikasi prinsip idea serta pengetahuan sains ke atas aktiviti sukan.

Ia merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan jasmani dan aktiviti kokurikulum. sumber : Cheah Swee Ming,Sains dalam sukan ( 1995 )

Pengetahuan sains sukan boleh menjawab berbagai soalan yang sering dibangkitkan seperti : apakah sukan yang sesuai bagi diri saya? Bagaimanakah saya dapat mencapai kemajuan dalam teknik sukan saya? Apakah kesan tertentu ke atas tubuh saya semasa saya bersukan? bolehkah saya mencapai kepantasan pergerakan yang lebih baik?

BIDANG SAINS SUKAN

Biomekanik Sukan Fisiologi Sukan Psikologi sukan

Sosiologi sukan Perubatan sukan

Pembelajaran dan pengajaran sukan

DEFINISI PSIKOLOGI.
Psikologi??
Psikologi berasal dari perkataan tamadun Greek purba psyche dan logos. Psyche = Jiwa Logos = kajian mengenai sesuatu ( kajian mengenai pemikiran yang dapat mempengaruhi sikap dan perlakuan organisme). Kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang

DEFINISI PSIKOLOGI.
Psikologi??
Kajian tentang proses mental dan pemikiran,terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan;pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia. ( Kamus Dewan )

DEFINISI PSIKOLOGI SUKAN DAN SENAMAN


Psikologi sukan..??? (Wann, 1997), - bidang ini membabitkan bidang
sukan dan pergerakan Cox (1998) - psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan Weinberg dan Gould (1999)- merumuskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan.

DEFINISI PSIKOLOGI SUKAN DAN SENAMAN


Psikologi sukan..???
Oleh itu..dapat disimpulkan bahawa.. ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, afektif serta kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut.

DEFINISI PSIKOLOGI SUKAN DAN SENAMAN


senaman..???

Sejenis aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya dilakukan dalam jangka masa tertentu, berulangkali bertujuan meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan . ( Sumber dari : http://www.infosihat.gov.my )

SEJARAH PSIKOLOGI SUKAN. Mendapat perhatian oleh para pengkaji pada penghujung abad ke -19 Kajian pertama dalam bidang psikologi sukan telah dilakukan oleh Norman Triplett pada tahun 1898 ( Davis, Huss dan Backer,1995 ) melalui kajian tesis yang dilakukan oleh beliau ke atas pelumba basikal di mana masa yang di catat pelumba basikal yang berlumba secara individu adalah perlahan berbanding pelumba yang bersaing dengan pelumba lain KESAN DARI SEGI FASILITI SOSIAL.

SEJARAH PSIKOLOGI SUKAN. untuk memastikan kesahihan fasiliti sosial ini,kajian yang sama ke ke atas sekumpulan kanak-kanak di dalam makmal telah dilakukan oleh beliau.Kanak-kanak dikehendaki mengayuh basikal secara bersendirian dan beramai-ramai KEPUTUSAN ADALAH SAMA seperti kajian pertama Makmal kajian sukan yang pertama telah ditubuhkan di University of Illinois,Amerika Syarikat pada tahun 1925 oleh Coleman Robert Griffth.

SEJARAH PSIKOLOGI SUKAN. Griffith sangat berminat mengkaji tentang fenomena psikologi sukan sejak 1910 sehingga diberi gelaran sebagai bapa Psikologi Sukan Amerika Syarikat (Cox,1998). Kajian beliau tertumpu kepada 3 bahagian utama iaitu MOTOR,PRESTASI serta PERSONALITI. Hasil kajian serta idea yang popular tentang psikologi banyak terdapat dalam buku beliau iaitu The Psychology of Coaching dan The Psychology of Athletics.

SEJARAH PSIKOLOGI SUKAN.

1932 - makmal Griffth ditutup menyebabkan perkembangan psikologi sukan terbantut sehingga tahun 1950.Sejak dekad tersebut,psikologi sukan mula membebaskan diri dari induknya iaitu bidang pembelajaran motor serta bergerak ke arah menjadi bidang pengkhususan tersendiri( Landers,1995 )

SEJARAH PSIKOLOGI SUKAN. Persidangan kongres Antarabangsa Psikologi Sukan ( 1965 ) yang pertama memperlihatkan kewujudan persatuan Psikologi Sukan Antarabangsa (International Society of Sport Psychology) telah menjadi pemangkin kepada penubuhan persatuan psikologi yang lain. 1967 Lahir persatuan Psikology Sukan dan Aktiviti Fizikal Amerika Utara yang mewakili pengkaji psikologi sukan.

SEJARAH PSIKOLOGI SUKAN.

1985 Persatuan Peningkatan Bidang Psikologi Sukan Gunaan DITUBUHKAN bagi memudahkan pertukaran meklumat antara pengamal psikologi sukan (Pendidik serta ahli Psikologi Sukan Klinikal).

SEJARAH PSIKOLOGI Bidang psikologi sukan diperkenalkan dinegara kita apabila ianya SUKAN. mula didedahkan kepada pelajar yang mengikuti kursus dalam bidang pendidikan jasmani di Universiti Putra Malaysia ( Universiti Petanian Malaysia ) pada awal 1980-an. Penubuhan MSN - bertujuan untuk meningkatkan pencapaian negara dalam bidang sukan dan membantu mempopularkan bidang ini di Malaysia. MSN mewujudkan unit Psikologi sukan serta menghantar pegawai ke luar negara bagi mendalami bidang ini untuk membantu persiapan atlet negara supaya menjadi pemangkin kepada perkembangan

1. Penurunan tahap stres dan depresi cth : senaman aerobik.. 2. Perubahan perasaan hati ( Mood ). 3. Perubahan personaliti 4. Kesan kepada fungsi kognitif..

1983 - Majlis Olimpik Amerika Syarikat (USOC) telah menerbitkan satu artikel yang mengandungi peranan serta klasifikasi ahli psikologi sukan. Menurut USOC ahli psikologi sukan boleh dibahagi kepada dua iaitu ahli psikologi sukan gunaan (applied sport psychology) (Martens, 1987) dan penyelidik psikologi sukan (experimentel sport psychologist) (singer, 1984)

1. Ahli Psikologi Sukan Gunaan


a ) Ahli psikologi sukan klinikal
golongan yang terlatih dalam bidang psikologi klinikal dan berkelayakan menjadi seorang pakar psikologi Tugas- membantu atlet yang menghadapi masalah personaliti serta mental yang serius seperti atlet yang mengalami masalah gangguan emosi yang teruk seperti kemurungan, anoresia, panik, yang memerlukan rawatan dalam jangka masa yang tertentu. Ahli psikologi sukan kjinikal yang berkelayakan perlulah mendaftar sebagai ahli dalam persatuan psikologi yang diiktiraf dan mempunyai lesen untuk menjalankan perkhidmatan bagi membantu atlet dalam menangani masalah mereka.

1. Ahli Psikologi Sukan Gunaan


(b) Pendidikan psikologi sukan
lazimnya mendapat latihan dalam bidang pendidikan jasmani dan sains sukan. berkemahiran serta mempunyai pengetahuan asas psikologi sukan. Kebanyakannya bertugas sebagai tenaga pengajar di pusat pengajian tinggi atau kolej yang terlibat dalam pengajaran kursus psikologi sukan, memberikan ceramah, memberikan khidmat rundingcara terhadap atlet, membantu atlet membina kemahiran psikologi (seperti imageri, strategi daya tahan, daya tindak), menyedari potensi diri serta kursus kepada jurulatih yang bertindak sebagai konsultan kepada pasukan dan atlet tertentu.

1. Ahli Psikologi Sukan Gunaan


(b) Pendidikan psikologi sukan
Tugas lebih kepada jurulatih mental iaitu membantu individu yang terbabit dengan sukan tentang cara untuk mengenali serta memaksimumkan potensi diri masing-masing. kelayakan peringkat sarjana dalam bidang psikologi sukan diutamakan kerana mereka perlu sentiasa peka terhadap perubahan ilmu dan teknik terkini yang membabitkan latihan mental.

2. Penyelidik Psikologi Sukan


memastikan bidang psikologi sukan mampu berdiri dengan sendirinya serta mendapat perhatian yang wajar di kalangan ahli akademik dan mampu memberikan sumbangan kepada mereka yang terlibat (Anshel, 1997; Wann, 1997). Sumbangan ahli psikologi sukan gunaan banyak bergantung kepada hasil kajian penyelidikan psikologi sukan.

satu garis panduan tentang kajian dan tugas klinikal dalam bidang psikologi sukan yang digariskan oleh Persatuan Psikologi Sukan dan Aktivit Fizikal Amerika Syarikat (North American Society for the Psychology of Sport and Physical Activity). Garis panduan ini menjelaskan tentang tatacara seorang ahli psikologi sukan (Wann, 1977) :

1. Bertanggungjawab Ahli psikologi sukan bertanggungjawab diatas segala perlakuan, nasihat serta saranan yang diberikan dan bertanggungjawab keatas kesan dan akibat berkaitan dengan saranan tersebut serta MEMASTIKAN tindakan yang diambil itu bertepatan dengan keadaan.

2. Berkelayakan Ahli psikologi sukan yang


memberikan bantuan dan latihan hendaklah berkelayakan serta berpengalaman melakukannya. 3. Mematuhi moral dan etika Ahli psikologi sukan TIDAK membabitkan diri dengan kegiatan yang berlawanan dengan peraturan, etika serta moral yang ditetapkan. 4. Kenyataan umum Ahli psikologi sukan MENYATAKAN kelayakan ikhtisas serta penglibatan mereka dengan persatuan profesional dengan jelas. 5. Kerahsiaan Ahli psikologi sukan menghormati serta menjaga rahsia atau maklumat yang diberikan oleh klien atau subjek kajian mereka.

6. Kebajikan klien Ahli psikologi sukan menjaga


kebajikan serta integriti klien serta kumpulan yang mendapatkan khidmat mereka. 7. Hubungan profesional Ahli psikologi sukan mesti PEKA terhadap keperluan serta pendapat rakan-rakan dalam bidang lain yang berkaitan dengan sukan.

8. Teknik penilaian Dalam usaha untuk


membentuk, menerbit serta menggunakan sesuatu alat atau teknik penilaian atau pengukuran,kebajikan klien perlu diutamakan. 9. Kajian yang melibatkan manusia Dalam melaksanakan kajian psikologi kebajikan mereka yang terbabit dengan kajian tersebut perlu diutamakan agar ia selaras dengan peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa diperingkat persekutuan, negeri serta badan profesional terbabit.

Sumber rujukan
1. Anshel, M H. (2003). Sport Psychology: From theory to practice. USA: Pearson, Education, Inc. 2. Shaharudin Abd. Aziz. (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Kula Lumpur: Utusan Publications & Distributors. 3. http://sainssukan.forumotion.com

You might also like