Hubungan Kompetensi Guru Bimbingan Dan Kaunseling Dengan Penerimaan Klien dalam Kalangan Pelajar Sekolah-sekolah Menengah

Daerah Batu Pahat Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti adakah terdapat hubungan di antara kompetensi guru bimbingan dan kaunseling dengan penerimaan klien dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah menengah daerah Batu Pahat. Kompetensi guru bimbingan dan kaunseling dalam kajian ini dilihat dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran dan personaliti manakala penerimaan klien diukur dari aspek proses kaunseling, kepimpinan dan profesionalisma bagi menentukan hubungannya dengan kompetensi guru bimbingan dan kaunseling. Seramai 300 orang pelajar daripada enam buah sekolah di daerah Batu Pahat telah dipilih sebagai responden penyelidikan ini. Data kajian diperoleh melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 13.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan nilai korelasi. Nilai keseluruhan korelasi di antara kompetensi guru bimbingan dan kaunseling dengan penerimaan klien dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah menengah ialah 0.921. Dapatan kajian ini menyatakan terdapat hubungan yang signifikan di antara kompetensi guru bimbingan dan kaunseling dengan penerimaan klien dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah menengah. Oleh yang demikian, kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada guru-guru bimbingan dan kaunseling dan pihak yang terlibat untuk memperbaiki dan memantapkan lagi kompetensi guru bimbingan dan kaunseling bagi menjamin penerimaan klien dalam kalangan pelajar berada pada tahap yang sangat memuaskan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful