NAMA : ____________________________________ TARIKH : _________________

A. Jawab soalan yang berikut berpandukan petikan di bawah. ALOR GAJAH, Selasa - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dilaporkan lemas dalam kejadian banjir petang semalam. Kejadian itu berlaku di Kampung Paya Dalam, 16 kilometer dari bandar Melaka. Kanak-kanak itu , Muhd. Rizal Saad sedang mandi berhampiran parit besar di hadapan rumah bersama-sama kawan-kawannya. Tiba-tiba dia tergelincir lalu terjatuh ke dalam parit. Dia sempat menjerit meminta tolong sebelum dihanyutkan air. Gerakan mencari Muhd. Rizal dijalankan sehingga pukul 7 petang. Ia disertai oleh penduduk kampung dengan bantuan pihak polis. Tetapi gerakan ini dihentikan apabila hari bertambah gelap dan hujan turun semakan lebat. Sementara itu , Penolong Penguasa Polis Daerah, Hamdan Hanif, menasihatkan ibu bapa agar melarang anak-anak mereka daripada bermain air. 1. Di manakah kejadian itu berlaku ?

2. Apakah berita yang hendak disampaikan dalam petikan di atas ?

3. Siapakah yang terlibat dalam gerakan menyelamat ?

4. Apakah nasihat Penolong Penguasa Polis Daerah ?

B. Tuliskan ayat -ayat di bawah ini semula dengan memasukkan tanda baca yang betul. 1. bilakah hari raya puasa disambut pada tahun ini

2. ramlah menaiki bas ekspres nasional ke utara

3. emak membeli ikan di pasar besar terengganu

4. marilah kita pergi melawat balai seni dan muzium negara

5. sofea memasak dengan menggunakan rempah adabi

6. ketua darjah 3 mawar tidak hadir hari ini

7. perjalanan ke singapura mesti melalui tambak johor

8. kamil dilantik sebagai pengurus besar bank rakyat

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.