P. 1
patriotik

patriotik

|Views: 12|Likes:
Published by Anbarasi Bala
huraian
huraian

More info:

Published by: Anbarasi Bala on Sep 19, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/23/2014

pdf

text

original

Mengumpul, menganalisis dan menghuraikan maklumat dalam pelbagai cara : Lagu : Jalur Gemilang

Belia zaman kini disaran supaya lebih menghayati sejarah kemerdekaan demi menjiwai dan menyemai perasaan hormat terhadap Jalur Gemilang. "Contohnya dalam peperangan, panji-panji ini akan dipertahankan sehingga ke titisan darah terakhir. Begitu juga dengan Jalur Gemilang yang merupakan lambang kedaulatan negara kita," katanya. Katanya, kempen kibar Jalur Gemilang yang dilaksanakan sempena Bulan Kemerdekaan bermula esok bukan sekadar aktiviti mengibar bendera secara semberono, tetapi nilainya harus dihayati. Bulan Ogos dan September merupakan bulan-bulan bersejarah buat negara kita yang tercinta. Ogos adalah bulan kemerdekaan, manakala September merupakan hari Malaysia. Negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, manakala penubuhan Malaysia pula ialah pada 16 September 1963. Ini bermakna pada tahun ini kita menyambut hari kemerdekaan negara ke55 dan hari Malaysia yang ke-49. Sabah dan Sarawak merdeka pada hari penubuhan Malaysia. Justeru, kedua-dua bulan ini dianggap sebagai bulan sambutan kemerdekaan. Apa jua acara dan aktiviti memperingati kemerdekaan sangat sesuai dilakukan sepanjang bulan kemerdekaan ini. Antara aktiviti atau amalan yang boleh dikatakan sinonim dengan sambutan bulan kemerdekaan ialah aktiviti kibar ‘Jalur Gemilang’, iaitu bendera rasmi negara. Bagi mereka yang nipis semangat patriotisme atau kenegaraannya mungkin akan bertanya, “apa faedahnya mengibarkan bendera?” Sebaliknya, bagi mereka yang faham dan menebal semangat

kenegaraannya akan berfikir secara positif erti sebuah bendera.

Bagi sebuah negara berdaulat. Pada awalnya. namun bagi rakyat yang tinggi sifat patriotisme melihat bendera kebanggaan negara itu mempunyai nilai dan darjat yang cukup istimewa. warna. bendera merupakan simbol dan juga identiti utama bagi negara itu. bendera adalah saksi sejarah terhadap kemerdekaan. Bendera melambangkan kedaulatan. maka saat paling dinanti-nantikan ialah penurunan bendera penjajah. kedua-kedua pasukan terbabit akan membawa dan mengibarkan bendera mereka bagi membakar semangat tentera dan rakyatnya.Walaupun bendera hanyalah selembar kain yang dicorakkan dengan warna dan lukisan tertentu. 31 Ogos 1957. Ketika negara akan diisytiharkan merdeka. Tepat pada jam 12. Kajian ilmu tentang bendera (ilmu veksilologi) yang diasaskan oleh seorang Amerika Syarikat (AS) bernama Whitney Smith pada tahun 1957 adalah bukti begitu pentingnya nilai dan makna bendera bagi bangsa yang bertamadun. Memang makna dan erti sebuah bendera sangat dalam dan berharga. bendera digunakan untuk membezakan pihak yang sedang berperang.00 tengah malam. gaya. Sepanjang sejarahnya. bendera 'Union Jack' diturunkan lalu bendera negara pun dikibarkan sebagai tanda lahirnya Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang merdeka. Kajian tentang bendera ini cukup luas cakupannya merangkumi sejarahnya. bahagian-bahagian dari bendera tersebut. kedaulatan dan kewujudan identiti kita sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat di pentas dunia. Dalam sejarah perang salib antara Islam dan Kristian. reka bentuknya. bendera yang digunakan oleh pelbagai bangsa dan negara itu mempunyai variasi (kepelbagaian) yang unik. Ia juga memiliki makna ideologi bagi negara itu. Justeru. protokol-protokol bendera dan apa jua yang berkaitan dengan bendera. gambarnya. kemerdekaan dan kebebasan sesebuah negara. Tugas memegang bendera biasanya diserahkan kepada seorang atau beberapa pahlawan yang kental .

Misalnya. Dalam pertandingan sukan antarabangsa. Bendera akan dilipat dan dibentangkannya dengan baik dan tertib serta diletakkan di tempat yang bersih dan layak. Akhirnya. Bendera bagi sesebuah negara turut dihargai oleh negara atau bangsa lain. Mereka akan mempertahankan bendera masing-masing sebagai lambang kedaulatan. Ia tidak akan memijak. Jelaslah bahawa kewujudan bendera itu mempunyai akar umbinya tersendiri. Seorang warganegara yang baik dan prihatin terhadap kedaulatan negaranya akan memberikan penghormatan sewajarnya terhadap bendera tanah airnya. bendera pasukan akan dijulang tinggi ke udara supaya seluruh tentera segera berkumpul pada bendera tersebut bagi menantikan arahan selanjutnya daripada kepimpinan pasukan. mengoyak dan memijak bendera seterunya. apabila ketua tertinggi sesebuah negara itu mengadakan kunjungan hormat ke sebuah negara lain maka bendera negara tamu itu akan turut dikibarkan mengikut protokolnya. Dalam keadaan kucar kacir ketika peperangan. kerap juga berlaku bendera bagi sebuah negara dijadikan sasaran oleh negara lain terutamanya ketika saat krisis kedua-dua negara itu menjadi genting. .semangat juang agar tidak jatuh ke tanah. menconteng dan mengoyakkan bendera tanah airnya. Mungkin rakyat dari salah sebuah negara yang berkrisis itu menunjukkan kemarahan atau protes mereka dengan cara membakar. Penggunaan bendera kemudiannya berkembang sebagai simbol kelompok masyarakat. bendera negara-negara yang mengambil bahagian akan dikibarkan dengan megahnya. bendera menjadi simbol negara-bangsa dan juga organisasi-organisasi seperti yang kita kenal sekarang ini. Ia juga akan memastikan bendera yang ingin dikibarkan itu berada dalam keadaan yang baik dan sempurna. kelompok agama serta kelompok-kelompok lainnya. Namun.

sudah sewajarnya di seluruh pelosok tanah air. tradisi mengibarkan bendera kemegahan negara pada bulan kemerdekaan tidak seharusnya luntur dari sanubari rakyat negara ini. . pada saat bulan kemerdekaan ini mengibarkan Jalur Gemilang di premis-premis bangunan. Memang benar mengibarkan bendera bukannya satusatu cara untuk menunjukkan semangat patriotisme tetapi setidak-tidaknya sambutan kemerdekaan negara yang disambut setahun sekali itu dipamerkan melalui kemeriahan kibaran Jalur Gemilang. kediaman dan kenderaan.Justeru. Oleh itu. Apatah lagi jika ia dilakukan dengan penuh penghayatan terhadap erti sebuah kemerdekaan.

. Merdeka!Merdeka! Tetaplah Merdeka. Sebenarnya sambutan hari kemerdekaan ini mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri terutamanya jika disambut di peringkat sekolah. kenderaan dan sebagainya.. Ia pasti menjadi sejarah. Manakala sambutan di peringkat sekolah pula. guru.Lagu : Tanggal 31 Tanggal 31. perayaan hari kemerdekaan negara akan kita sambut setiap pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Bulan 8. Aktiviti yang dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini menjurus pada usaha meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.. hari bahagia. iaitu tahun 2013. memasang bendera pada bangunan. dipanggil sambutan Bulan Kemerdekan yang diisi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan semua warga sekolah iaitu. Memang tidak dapat dinafikan. Hari yang mulia. Malah.. negara kita akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan yang ke 56 tahun dengan tema. para pentadir. pelajar-pelajar dan juga kakitangan sokongan. Merdeka !! Demikianlah antara bait-bait lagu keramat dendangan Allahyarham Sudirman Hj. tahun '57. Pada tahun ini. hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan. antaranya . sambut dengan jiwa yang merdeka. Mari kita seluruh rakyat negara ramai-ramai menyambut hari merdeka. 'Malaysiaku Berdaulat. Tanah Tumpahnya darahku. Arshad yang biasanya akan berkumandang di corong-corong radio mahupun di kaca televisyen setiap kali menjelangnya hari ulang tahun kemerdekaan tanah air kita yang tercinta.

dan sebagainya. Pelajar juga akan mengetahui dan menghayati bagaimana sukarnya tokoh-tokoh pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. mendeklamasi puisi patriotik. Oleh itu. pelajarpelajar akan memahami dengan lebih mendalam tentang sejarah negara kita dalam usaha mencapai kemeredekaan daripada penjajahan Inggeris.pelbagai pertandingan dijalankan seperti. menulis esei . iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung. menulis esei dan sebagainya yang menjurus kapada sejarah kemerdekaan tanah air atau tokoh-tokoh pemimpin negara kita. melukis poster. . tak kenal maka tak cinta. antara kebaikan program sambutan hari kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara dalam kalangan pelajar. diharap sambutan hari kemerdekaan di sekolah dapat menyemai semangat patriotik yang kian luntur dalam sanubari generasi muda di negara kita. pertandingan nyanyian lagu patriotik. nyanyian lagu-lagu patrotik oleh badan-badan beruniform. Setiap kelas pula dihiasi dengan kibaran bendera jalur gemilang dan pelajar-pelajar berlumba-lumba menghias kelas dengan jalur gemilang untuk merebut anugerah hiasan kelas paling cantik. sambutan hari tersebut terutama dalam kalangan pelajar di sekolah hendaklah diteruskan kerana terdapat banyak kebaikannya dalam usaha melahirkan generasi muda yang mampu mengerti dan menghayati erti kemerdekaan tanah air tercinta. Justeru. Perkara ini demikian kerana. Di peringkat sekolah. biasanya antara aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ialah seperti ceramah . Justeru. seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Apakah sebenarnya kebaikan-kebaikan sambutan hari kemerdekaan ini di sekolah? Sememangnya.

dan Bajau turut serta dalam sambutan terebut. sikap individualistik bagai enau dalam belukar.Selain itu. Oleh itu semangat kekitaan akan wujud dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan mengukuhkan semangat bersatu padu dengan matlamat yang sama iaitu untuk memastikan negara Malaysia sentiasa aman. Hal ini demikian kerana. mementingkan kehendak bangsa sendiri dan mengabaikan masyarakat di sekeliling yang berlainan bangsa. Kita sebenarnya tidak mahu wujudnya kalangan masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Kadazan. India. Mereka sanggup berkorban harta. nyawa dan tenaga iaitu seperti lilin yang . Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan di sekolah ialah tayang filem atau dokumentari tentang pejuang-pejuang dan tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air yang berjuang dan berkorban untuk kemerdekaan negara kita daripada penjajahan Inggeris. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara. Cina. melepaskan pucuk masing-masing dapat dikikis dalam diri setiap rakyat di Malaysia. Melalui sambutan hari kemerdekaan juga. Dengan ini. Dato' Maharaja Lela sehinggalah ke zaman tokoh kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman. Mat Kilau. Iban. pelajar akan memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. kita dapat memupuk perpaduan kaum. pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum. seperti kaum Melayu. Tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan sejak zaman residen Inggeris di tanah Melayu seperti Tok Bahaman. dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. Tun Abdul Razak dan lain-lainnya diharap dapat mememberi kesedaran dan keinsafan kepada para pelajar tentang pahit getir para pejuang kemerdekaan yang berusaha memerdekakan Tanah Melayu dengan keringat dan darah. kita dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Seterusnya. agama dan budaya. makmur dan maju jaya setanding dengan negara-negara maju di persada dunia.

bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum. Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 56 pada tanggal 31 Ogos 2013. sebagai rakyat negara ini.membakar diri untuk menerangi orang lain. Jasa mereka patut dikenang kerana harimau mati meninggalkan belang. semua pihak perlulah berganding bahu dan melangkah sederap untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan sambutan hari kemerdekaan negara. Justeru. manusia mati meninggalkan nama. Sambutan hari kemerdekaan diharapkan mampu menjadi wahana yang penting dalam memupuk semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat tanpa mengira keturunan. Dengan cara itu. semata-mata untuk memerdekakan negara kita. hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara ini dengan penuh penghayatan di semua peringkat terutama di peringkat sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dan kanak-kanak di bangku sekolah masih mudah dilentur untuk mencintai dan menghargai Malaysia tanah tumpah darah kita. Bersyukurlah dan berterima kasih kepada pejuang kemerdekaan negara dan pemimpin kita yang berjaya menjadikan negara kita Malaysia sebagai sebuah negara maju. Kesimpulannya. kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila. . Generasi muda juga diharap akan sentiasa berusaha memelihara keamanan dan kemakmuran negara agar berkekalan. aman dan makmur.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->