PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

TAJUK 7

BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI

7.0

SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus terhadap kanak-kanak masalah sensori iaitu kanakkanak bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Perbincangan topik adalah berkaiatan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan dalam aspek psiko-motor, aspek kognitif dan aspek afektif. Topik ini jugamenghuraikan mengenai masalah bahasa yang dihadapi serta implikasi terhadap intervensi bahasa kepada kanak-kanak masalah sensori.

7.1

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
1.

Menjelaskan

ciri-ciri

kanak-kanak

bermasalah

pendengaran

dan

bermasalah penglihatan dalam aspek psiko-motor, aspek kognitif dan aspek afektif. 2.

Membincangkan masalah bahasa yang dari segi bentuk , kandungan dan
penggunaan bahasa.

3.

Menghuraikan implikasi terhadap intervensi bahasa kepada kanak-kanak masalah sensori.

86

PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 7.Aspek afektif .SENSORI Masalah Bhs Knk-knk M.Kaedah penilaian bahasa . masalah bahasa di kalangan kanak-kanak pendengaran dan penglihatan agak berbeza. Justeru itu.Penggunaan bahasa . Ketidakupayaan mereka untuk berkomunikasi amat berbeza dan masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran lebih ketara berbanding kanak-kanak bermasalah penglihatan.Strategi / teknik intervensi yang spesifik .SENSORI Implikasi Terhdp Intervensi Bhs .Aspek kogniti .3 Pendahuluan Bahasa merupakan campuran kebolehan yang diperlukan untuk berkomunikasi berbahasa atau pengeluaran perkataan. 87 .Bentuk bahasa .2 KERANGKA TAJUKBAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI Ciri-ciri Knk-knk M.Kandungan bahasa . Manakala komunikasi pula ialah proses penyampaian dan penerimaan maklumat antara individu.Keberkesanan komunikasi  KANDUNGAN ISI 7.Aspek psiko-motor .

Manakala bagi cacat pendengaran pula ianya merujuk kepada kehilangan pendengaran konduktif. 1991). di mana kerosakan wujud pada bahagian dalam telinga.PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 7. isyarat bunyi walaupun dihantar ke otak oleh saraf auditori tidak dapat diterima dengan betul atau didengar sebagai bunyi (William. saraf optik. Pekak (deaf) iaitu kanak-kanak ini tidak boleh menggunakan pendengaran untuk memahami pertuturan walaupun boleh mendengar bunyi atau menggunakan alat bantu dengar. Ianya terbahagi kepada separuh buta (partial blindness) atau buta (total blindness). di mana terdapat kerosakan pada bahagian luar dan tengah telinga dan kehilangan pendengaran sensori-neural. “cortical” atau dipusat “sub-cortical” untuk penglihatan atau bahagian-bahagian yang berkaitan dengannya”. retina. 88 .1 Definisi Secara umumnya. b. terdapat pelbagai definisi yang digunakan bagi menjelaskan kategori kanak-kanak bermasalah penglihatan dan pendengaran. Kehilangan pendengaran (hard of hearing) iaitu kanak-kanak masih boleh menggunakan pendengaran untuk memahami pertuturan dan kebiasannya dengan bantuan alat bantu dengar. Menurut Howard (1996) menyatakan bahawa masalah pendengaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu : a.3. “ketidakupayaan untuk bertindak atau memberi respon kepada rangsangan yang menghasilkan penglihatan. Sekiranya berlaku kehilangan pendengaran. Menurut Baldwin (1901) dalam Adeline (1997) menyatakan istilah cacat penglihatan atau “blindness” sebagai . Kecacatan ini mungkin disebabkan oleh kecederaan atau kerosakan dibahagianbahagian “optical mechanism”.

7. xiv. v. 89 .PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Justeru itu. Secara umumnya kanak-kanak bermasalah penglihatan mempunyai ciri-ciri yang berikut yang boleh dikenalpasti. vii. kanak-kanak bermasalah pendengaran dan penglihatan akan mengalami masalah penguasaan kemahiran berbahasa dan komunikasi disebabkan oleh masalah yang dihadapinya.4 Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Penglihatan Kanak-kanak bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh dikenalpasti masalah penguasaan bahasa dan komunikasi berdasarkan kepada keterukan kecacatan yang dialaminya. x. ii. iii. xi. iv. antaranya iaitu : i. vi. ix. xiii. ciri-ciri yang nyata penguasaan bahasa dan komunikasi kanakkanak bermasalah penglihatan dan pendengaran adalah dari segi . viii. Ketidakbolehan untuk memberi tumpuan semasa melihat Memegang kepala dengan kuat Menyengetkan kepala Mengerutkan dahi semasa melihat objek yang jauh Menggosok mata secara melampau Mengedip mata secara berterusan Mengadu kepeningan Sakit kepala Rasa mual selepas menumpukan penglihatan kepada sesuatu objek Menutup sebelah mata dengan tangan Memasukkan jari ke dalam mata Keengganan untuk bermain Ketidakbolehan mengambil bahagian untuk bermain Gelisah Namun begitu. xii.

Ia hanya melibatkan masalah dari segi pertuturan untuk berkomunikasi.1 Aspek Psikomotor Secara umumnya. Hayes (Kauffman. penggunaan motor yang kompleks serta berbagai kesukaran lain.2 Aspek Kognitif Kanak-kanak buta mempunyai kebolehan intelek/kognitif yang sama seperti kanak-kanak normal ketika mereka dilahirkan. Manakala McGrinnis (1981) dalam Hallahan (1978) menyatakan bahawa banyak kajian yang dilakukan dalam menilai pencapaian bahasa antara kanak-kanak 90 .4. P. Perkembangan intelek dan kognitif sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Kebiasaannya The Sandford-Binet Tests akan digunakan kerana ia tidak terlalu banyak menggunakan item yang memerlukan penglihatan. Selain itu. mereka juga mengalami kesukaran pada pergerakan serentak psikomotor. untuk menentukan masalah dari segi kongnitif maka ujian kecerdasan yang biasa digunakan mengikut Standardized Intelligence Tests yang diasaskan oleh Samuel.PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 7. Manakala seseorang yang bermasalah pendengaran sejak lahir biasanya mempunyai tahap kematangan dan keupayaan di bawah paras sederhana pada pergerakanr-pergerakan psikomotor. 1978). kurang keseimbangan. koordinasi lokomotor. kepantasan motor terhad. 7. Kanak-kanak ini biasanya boleh melakukan yang perlu dibantu atau tunjukajar. kanak-kanak bermasalah penglihatan pada dasarnya tidak mempunyai masalah dari segi psikomotor. Pergerakan-pergerakan tersebut perlu diterapkan dan pemulihan yang perlu dilakukan ke atas individu bermasalah pendengaran melalui aktiviti pendidikan jasmani yang melibatkan pergerakan motor kasar.4. penggunaan koordinasi lokomotor dan kepantasan motor adalah pergerakanpergerakan yang sukar dilaksanakan oleh individu bermasalah pendengaran. Pergerakan-pergerakan yang lebih kompleks seperti pergerakan serentak. Kanak-kanak ini biasanya akan mudah terjatuh ketika berjalan kerana kurang keseimbangan pada deria pendengaran.

KOGNITIF. Biasanya kanak-kanak buta akan peka dalam berbahasa kerana mereka hanya ada satu sahaja cara untuk berkomunikasi dengan orang lain. Keadaan ini membawa makna kanak-kanak pekak memunyai kebolehan kognitif yang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Manakala menurut Kirk Gallegher (1986) dalam kajiannya menyimpulkan bahawa kanak-kanak pekak mempunyai IQ yang rendah iaitu purata biasa retadasi pada 10 poin. 7.3 Aspek Afektif Biasanya kanak-kanak bermasalah penglihatan mempunyai sikap dan sifat yang lebih baik dari segi perasaan. 91 . REHAT SEBENTAR . Kepekakan yang berlaku adalah satu halangan kepada kanak-kanak untuk berfungsi dalam dunia objek yang memerlukan pemikiran yang konkrit.PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI normal dan buta menunjukkan tiada perbezaan. SETERUSNYA BUAT SENARAI SEMAK BERDASARKAN MENGENAI ASPEK PSIKOMOTOR. DAN AFEKTIF MENGENAI MASALAH BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN.4.

1993). mempunyai banyak halangan dan kesukaran di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta kehidupan bersama masyarakat sekeliling yang normal setelah tamat persekolahannya. namun terdapat juga kesulitan untuk moniter secara normal. Keperluan untuk kembali dari satu sistem bermoniter (pemantauan) kepada yang lain dalam pembelajaran bahasa adalah unik kepada mereka yang mempunyai kepekakan yang sangat teruk dan ini juga mungkin cara paling susah dalam pembelajaran bahasa oleh manusia. Mereka mempunyai perasaan rendah diri serta mengasing diri daripada rakan yang normal. bahasa pertuturan mesti dipantau melalui rangkaian verbal selain daripada yang normal. Ia digunakan untuk memantau bahasa reseptif. sosial dan peribadi seseorang. meninggalkan atau menukar perkataan Masalah bahasa di kalangan murid bermasalah pendengaran sering kali akan melakukan kesalahan struktur ayat kerana mereka kesukaran menyusun ayat berdasarkan pemerolehan bahasanya.PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 7. 92 . b. Modulasi dan moniter tepat pertuturan seseorang dapat dilakukan apabila seseorang boleh mendengar secara normal. Walaupun kehilangan pendengaran sederhana serta dibantu oleh alat bantu dengar. Antara implikasi masalah yang timbul antaranya : a.5 Masalah Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Penglihatan Secara umumnya. Justeru itu. Kajian menunjukkan individu yang bermasalah pendengaran dari peringkat bayi. c. Ini menimbulkan implikasi dan perkembangan bahasa terhadap mereka di dalam menguasai bahasa (Abdullah Yusuf. masalah komunikasi bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran memberi kesan besar terhadap emosi. Malu untuk bercakap dengan suara yang kuat Perbendaharaan yang sedikit Struktur bahasa yang ringkas.

morfologi. Tumpuan dan perhatian terhadap sesi P&P yang terhad kerana pelajar bermasalah pendengaran bergantung sepenuhnya kepada deria penglihatan untuk mendapatkan maklumat. Penggunaan perbendaharaan kata yang sangat terhad. ole yang demikian mereka akan cepat merasa penat. ii.6 Implikasi terhadap Intervensi Bahasa Secara kasarnya. Berhadapan dengan masalah untuk berkomunikasi dengan pelajar normal seandainya pelajar bermasalah pendengaran ini ditempatkan di sekolah percantuman atau inklusif dan ini menyebabkan faktor salah faham. 93 Biasanya kanak-kanak bermasalah . iv. iii. 7. maka perolehan isi pelajaran akan terputus-putus seterusnya sukar faham. Seringkali mengharapkan bantuan rakan sebaya ketika berada di dalam kelas kerana faktor di atas. vi. Kadang kala boleh menjadi bahan ejekan rakan-rakan dari kalangan pelajar normal dan ini akan menyebabkan gangguan emosi dan seterusnya menggangu tumpuan kepada pelajaran. sintaksis.PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 7.6. v.1 Kaedah Penilaian Bahasa Untuk menilai bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan biasanya menggunakan 5 elemen bahasa iaitu fonologi. masalah pendengaran yang dialami oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran akan memberikan implikasi dalam proses P&P. Di antara implikasi yang boleh menggangu pelajar atau individu yang bermasalah pendengaran ialah : i. Gangguan emsoi dan kurang faham dengan apa yang disampaikan oleh guru ditambah pula dengan tumpuan deria penglihatan yang telah penat. merasa rendah diri dan sebagainya. semantik dan pragmatik.

CCTV Penggunaan TV menggunakan skrin yang boleh dikawal menggunakan alat bagi membesarkan huruf / tulisan.PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI pendengaran mengalami kesukaran dalam kesemua elemen bahasa tersebut berbanding kanak-kanak bermasalah penglihatan yang hanya mempunyai kekurangan dari segi semantik 7. Low Vision Devices (LVD) Penggunaan cetakan besar sebagai medium bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan. Sistem ini dibina oleh Louis Braille tahun 1830 seorang pemuda Peranchis yang buta. antara lain peralatan yang boleh diguna untuk membantu kanak-kanak tersebut adalah seperti berikut : i. Braille adalah sistem bacaan dan tulisan yang mana perkataan. huruf.6. Braille Braille adalah literasi yang pertama bagi individu bermasalah penglihatan (Schroeder 1989). nombor daripada susunan titik-titik yang timbul. ii. Skrin akan memaparkan tulisan samada hitamputih.2 Strategi/teknik intervensi yang spesifik Untuk mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi kanak-kanak bermasalah penglihatan. Kependekan perkataan banyak membantu meningkatkan kecekapan membaca dan menulis Braille (Schroeder 1989). putih-hitam dan terkini adalah tulisan berwarna. Pelajar rabun menggunakan 3 pendekatan asas untuk membaca cetakan : pembesaran mengurangkan jarak antara mata dan kertas dari 40cm ke 5 cm lensa tulisan yang besar iii. 94 .

vii. Ada 4 cara untuk memudahkan mobiliti iaitu :   Panduan manusia Panduan anjing 95 . Mesin pencetak Beryl sejenis peralatan bersuara digunakan untuk menterjemahkan atau mengimbas bahan bercetak dengan menggunakan mesin pengimbas yang diimbas dan disimpan dalam cakra keras atau cakra liut. lidi dsb. Contoh peta timbul menggunakan kertas tebal. TV dan komputer sebagai alat bantuan semasa belajar. Perisian dan Aksesori Komputer Penggunaan media terkini berdasarkan perisian dan aksesori komputer yang diubahsuai bagi memudahkan orang buta menggunakan alat tersebut. v. Ini akan memudahkan pengguna membaca sesuatu teks atau perkataan yang bertulis. Penggunaan Computer Sythernizer (Komputer Bersuara) yang menggunakan perisian “duxburry” yang boleh menterjemahkan tulisan dalam bentuk suara. Peralatan Audio Penggunaan alat seperti radio keset. Tujuannya untuk memudahkan pelajar mempelajari sesuatu topik yang berkaitan dengan lebih mudah dan berkesan.PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI iv. kertas pasir. Bahan Sentuhan (Tactile) Penggunaan bahan timbul sebagai bahan untuk berkomunikasi. Komputer boleh menterjemahkan ke dalam bentuk braille atau bentuk suara bagi memudahkan pengguna. Latihan Mobiliti Keupayaan untuk bergerak adalah terhad maka latihan mobiliti adalah perlu bagi menggelakkan pergantungan berlebihan kepada orang lain untuk bergerak. vi.

Tweezer.PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI   Penggunaan tongkat Alatan elektronik viii. Bantuan Untuk Melihat o Kanta Pembesar Kanta yang terdapat dalam pelbagai bentuk dan pelbagai kuasa pembesar seperti Calmp Magnifier. Ia digunkan untuk penglihatan jangka masa pendek seperti melihat nombor bas. o Kanta Teleskopik Untuk membesarkan jarak objek dan biasanya hanya diperlukan untuk jangkamasa pendek. o Cermin mata Kanta yang biasanya digunakan untuk membaca adalah cermin mata yang mempunyai saiz yang tertentu yang boleh ditambah. 96 . Finger Magnifier dan Setero Binocular Magnifier. o Kanta Sesentuh Digunakan untuk membetulkan masalah rabun. o Kanta Mikroskopik (untuk pandangan dekat sahaja) Didapati dalam 2 atau lebih kanta penambah dan digunakan untuk pandangan dekat sahaja. Bar Magnifier. Ia biasa dan mudah didapati serta merupakan salah satu daripada alat pembesar. Ia digunakan dengan diletakkan di hadapan mata sahaja kerana ia mempunyai pembesaran yang tinggi dan lengkap. Ia selamat dan berkesan terutamanya mengawal penggunaan penglihatan tengah. masalah kornea dan rabun dekat. Digunakan semasa membaca. Dipakai secara berterusan kerana ia mengurangkan keluasan pandangan dan mudah menilai jarak.

American Sign Language (ASL) Ejaan jari Komunikasi Lisan Bacaan bibir “Cue speech” Pertuturan (speech) iii.7 Keberkesanan komunikasi Secara umumnya. Bahasa isyarat ii. Trifokal digunakan untuk mengukur jarak pertengahan. Difokal digunakan untuk membaca tetapi juga digunakan untuk pandangan terus.PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Cermin mata mempunyai unifokal. Berdasarkan pengalaman anda. difokal dan trifokal. Unifokal digunakan untuk melihat satu tujuan sahaja seperti membaca. oral dan gerakan 7. Komunikasi Seluruh (Total communication) Gabungan manual. keberkesanan komunikasi bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran bergantung kepada tahap keterukan kecacatan pendengaran yang dialaminya. Menurut Ward. Marjorie (1985) menyatakan bahawa kaedah komunikasi dalam pengajaran bermasalah pendengaran adalah seperti berikut : i. nyatakan implikasi yang berlaku berkaitan dengan masalah bahasa bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan? Manakala bagi strategi/intervensi yang boleh digunapakai bagai membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran dalam berkomunikasi boleh diguna pelbagai cara. Antara masalah komunikasi dan cara mengatasinya di kalangan 97 .

Perkembangan bahasa kanak-kanak ini adalah ketinggalan berbanding dengan rakan sebaya mereka.PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI kanak-kanak bermasalah pendengaran merujuk kepada ciri-ciri bahasa dan pertuturan seperti berikut : i. Mereka akan mengalami masalah bertutur dan kelewatan berbahasa (speech and langugae delayed). Sintaksis dan morfologi Biasanya kanak-kanak ini mengalami kefahaman yang kurang tentang ayat-ayat aktif dan pasif. contohnya penggunaan “ing” pada sesetengah perkataan seperti di bawah : walk jump walking jumping Malah ciri-ciri bahasa dan pertuturan kanak-kanak ini di mana mereka tidak dapat memahami antara singular dan plural. Mereka juga kurang menggunakan kata kerja dengan baik. contohnya : mouse one pig mice two pigs Anda dikehendaki mencari maklumat berkaitan dengan kaedah komunikasi bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran yang dinyatakan di atas. Kanak-kanak bermasalah pendengaran juga tidak boleh membezakan aspek morfologi dengan tepat. Auditory Deprivation Kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri ini mengalami gangguan secara fizikal. ii. Jelaskan secara terperinci kaedah yang dinyatakan 98 .

namun begitu pendekatan yang berbeza boleh digunakan untuk membantu mereka cara berkomunikasi. Anda dikehendaki membuat bandingbeza masalah bahasa di kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran dan penglihatan. 99 . Malah Radziewicz dan Antonellis (1993). Selain itu. jangkamasa kecacatan dikesan dan darjah kecacatan memainkan peranan penting di dalam memilih kaedah pengajaran kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran. pendekatan yang bersesuaian juga perlu bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi. menyatakan faktor bila berlaku kecacatan.PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Kesimpulan Masalah bahasa bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran dan penglihatan agak berbeza. Terangkan faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam mengatasi masalah bahasa kanak-kanak masalah sensori bermasalah pendengaran dan penglihatan.

Owens. (5th Ed. A. D.PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI Bahan Rujukan Bloom. S. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed. London: David Fulton Pub. Boston : Allyn & Bacon. V.) Boston : Allyn & Bacon. Boston: Allyn & Bacon. (2003) Teaching Students with Language and Communication Disabilities.(1978) Language Development and Language Disorders. R. (2001) Language Development : An Introduction. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. & Lahey. Reed. Martin. L. J. New York : Wiley Kuder. M. 100 .).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful