P. 1
kertas kerja Tempat Belajar

kertas kerja Tempat Belajar

|Views: 274|Likes:
Published by thoyyibah

More info:

Published by: thoyyibah on Jun 30, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA

KERTAS KERJA CADANGAN
PENYEDIAAN TEMPAT BELAJAR DI ASRAMA PANTAI PURI

Disediakan oleh: Exco Akademik, MPP IPBA

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPBA

INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA (IPBA)

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IPBA.
KERTAS KERJA CADANGAN PENYEDIAAN TEMPAT BELAJAR DI ASRAMA PANTAI PURI. 1.0 TUJUAN 1.1 Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan daripada Pengarah IPBA, untuk menyediakan kemudahan tempat belajar di Asrama Pantai Puri. 1.2 Memohon sedikit peruntukan dari pihak pentadbiran IPBA untuk menampung kos bagi penyediaan kemudahan tersebut.

2.0 OBJEKTIF 2.1 Dapat meningkatkan kualiti pembelajaran mereka seterusnya menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar yang lebih baik. 2.2 Memberi peluang kepada pelajar asrama Pantai Puri untuk mengadakan perbincangan kumpulan dengan lebih baik terutamanya perbincangan yang melibatkan pelajar yang tinggal di luar asrama. 2.3 Memberi keselesaan untuk pelajar belajar di kawasan asrama. 2.4 Merangsang pelajar untuk lebih tekun belajar dan mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan. 2.5 Menjadi tempat pertemuan sosial pelajar, seterusnya mengeratkan lagi hubungan pelajarpelajar IPBA yang tinggal di asrama.

3.0 PENYEDIAAN KEMUDAHAN  Tempat-tempat belajar yang telah dikenalpasti ialah: a) Kawasan lapang bersebelahan Blok 3 b) Kawasan lapang bersebelahan Blok 4 c) Kawasan lapang bersebelahan Blok 5 d) Kawasan lapang bersebelahan Blok 6  Selain itu, dicadangkan supaya, kerusi-kerusi dan meja-meja marmar yang tidak digunakan yang diletakkan di tepi tempat letak kenderaan para pensyarah, dapat diturunkan ke kawasan asrama untuk dimanfaatkan. 4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran perbelanjaan program ini adalah seperti dalam Lampiran 1.

5.0 PENUTUP Kami amat mengharapkan jasa baik dari pihak tuan sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan supaya permohonan kami ini dapat diluluskan, seterusnya memberi kemudahan yang lebih selesa bagi pelajar-pelajar asrama mengadakan ulangkaji dan perbincangan pelajaran.

Disediakan oleh , ……………………….. (Taiebah Mohamad Sagir) Exco Akademik , MPP IPBA

Disemak oleh , ..……………………… (Pn. Zuraidah bt. Abd. Majid) Pensyarah Penasihat, Exco Akademik, MPP IPBA.

Disokong oleh, ………………………….. (En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA.

Diluluskan oleh , ….…………………… (Dr. Mohd Sofi Bin Ali) Pengarah, Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur.

LAMPIRAN 1 Anggaran perbelanjaan untuk program Hari Kecemerlangan IPBA 2008.
Perkara Anggaran perbelanjaan 1 Blok = RM500 RM500 X 4 = RM2000

-

Kerusi dan meja kayu bulat di: a) Blok 3 b) Blok 4 c) Blok 5 d) Blok 6

JUMLAH KESELURUHAN

RM2000

Pengesahan anggaran perbelanjaan. Disediakan oleh , ……………………….. … (Taiebah Mohamad Sagir) Exco Akademik, MPP IPBA Disemak oleh , ..…………………… (Pn. Zuraidah bt. Abd. Majid) Pensyarah Penasihat Exco Akademik, MPP IPBA

Disahkan oleh,

………………………….. (En. Mohd. Tahir b. Kamaruzaman) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPBA.

Diluluskan oleh,

…………………………… (Dr.Mohd Sofi Bin Ali) Pengarah Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->