IPBA/T/14/100/111 Jld.

19( 8 Januari 2009

)

En. Ibrahim Hj Ismail Urusetia Bahagian Pendidikan Guru Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Tuan, PROGRAM CITRA GURU – KHIDMAT MASYARAKAT (SK RANAU) & PENGAPAIAN GUNUNG KINABALU Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 1. Dengan rasa sukacitanya, kami memohon jasa baik pihak tuan untuk membantu kami bagi mengadakan Program Citra Guru – Khidmat Masyarakat (SK Ranau) dan memaklumkan kepada pihak pengurusan Kinabalu Park tentang Pengapaian Gunung Kinabalu seperti butiran berikut: Program Tarikh Tempat Peserta : Program Citra Guru – Khidmat Masyarakat (SK Ranau) & Pengapaian Gunung Kinabalu : 30 Mei – 4 Jun 2009 : Ranau & Gunung Kinabalu, Sabah. : 40 orang

2. Sehubungan itu, kami juga memohon sebut harga dan kos pendakian bagi Program Pengapaian Gunung Kinabalu dan anggaran perbelanjaan Program Khidmat Masyarakat. 3. Bersama-sama ini, disertakan kertas kerja Program Citra Guru – Khidmat Masyarakat (SK Ranau) & Pengapaian Gunung Kinabalu, untuk makluman dan tindakan tuan. 4. Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan perkara ini. Kerjasama daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Yang menurut perintah,

(DR. MOHD. SOFI B. ALI) Pengarah Institut Perguruan Bahasa- Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful