10 Disember 2008

Encik Ng Ping Loong Pengurus Pemasaran Dan Sukan Syarikat Nestle House No. 4, Lorong Persiaran Barat P.O. Box 385, Jalan Sultan 46918 Petaling Jaya Selangor Tuan, PERMOHONAN SUMBANGAN UNTUK PROGRAM EKSPEDISI GUNUNG KINABALU DAN LAWATAN KE SK RANAU, SABAH, INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA (IPBA) KUALA LUMPUR Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur akan mengadakan Program Ekpedisi Gunung Kinabalu dan Lawatan Ke Sekolah Kebangsaan Ranau, Sabah melibatkan 40 orang guru-guru pelatih IPBA bagi tahun 2009 seperti maklumat berikut : Tarikh : 30 Mei – 4 Jun 2009 Hari : Sabtu - Khamis Tempat : Kota Kinabalu – Kinabalu Park – Gunung Kinabalu – Ranau Jumlah Peserta: 60 orang (20 orang AJK Induk dan Pengelola, 40 orang pendaki)

3. Sehubungan itu, sukacita pihak Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA) memohon sumbangan seperti berikut : i. Kain Rentang – 2 unit 1. “Program Ekspedisi Gunung Kinabalu” 30 Mei – 4 Jun 2009. Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa. 2. “Program Lawatan Ke SK Ranau, Sabah.” 3 Jun 2009. Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa.

ii. Baju T untuk AJK Pengelola dan para pendaki BajuT berkolar untuk AJK Pengelola dan para pendaki =20 + 40 =60 helai

4.

Kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan perkara ini. Kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,

(SATINAH BINTI SYED SALEH) Timbalan Pengarah, Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur