You are on page 1of 20

BMM3107

Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

SEMANTIK
Oleh: PUAN MAZURA BINTI SULAIMAN JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KSAH

Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Dalam ilmu linguistik, istilah semantik bermaksud kajian fenomena makna dalam bahasa. Selalunya terdapat perbezaan antara "semantik" dengan "sintaksis". Dalam keadaan tersebut, "semantiks" merujuk kepada makna perkataan manakala "sintaksis" merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya (contoh, secara bertulis ataupun bertutur).

Makna
Mengikut Ferdinand de Saussure berpendapat bahawa tanda lingustik terdiri dari dua komponen iaitu signifian (yang mengertikan berupa bunyi) dan signifie (yang mengertikan berupa konsep). Contoh: meja (komponen signifian :/m/e/j/a/ ) (komponen signifie :sejenis perabot rumah tangga) Kesimpulan, makna menurut Ferdinand adalah pengertian atau konsep yang dimiliki pada sebuah tanda linguistik.

Semantik Dalam Bahasa Melayu


Semantik dan makna Semantik dan linguistik Semantik dan sejarah Fitur makna dalam bahasa Melayu

Semantik dan makna


Ada dua jenis makna yang lazim iaitu makna denotasi dan makna konotasi. Makna Denotasi
Maksud denotasi ialah makna yang ditunjukkan oleh sesuatu perkataan tersebut. contohnya, perkataan kaki ialah anggota badan manusia atau binatang (di bahagian bawah) digunakan untuk bergerak. Apabila berlaku perluasan, maka perkataan tersebut masih lagi dalam makna denotasi. Contohnya, perkataan kaki bukit bermakna bahagian pangkal bukit.

Makna Konotasi
Maksud konotasi ialah perkataan yang mempunyai makna tambahan disamping makna denotasi. Contoh perkataan bunga kemboja. Bunga kemboja ini membawa makna duka kerana kematian. Ini ada kaitan dengan tanah perkuburan yang ditanam bunga tersebut. Konotasi ini membawa makna yang buruk. Konotasi juga boleh membawa makna yang baik. Contohnya perkataan kuning adalah lambang diraja dalam budaya Melayu tetapi membawa konotasi buruk iaitu penakut dalam budaya Inggeris.

Makna dengan tatabahasa


Makna digunakan dalam menganalisis bunyi, perkataan dan ayat. Unsur makna wujud dalam sebarang analisis bentuk bahasa. Ini menunjukkan malma ada hubungan dengan tatabahasa. Contoh ayat: a) Ali minum ais. b) Ali minum angin. Ayat (a) cukup syarat dari segi tatabahasa dan ayat ini mengandungi makna. Manakala ayat (b) tidak cukup syarat kerana tidak mempunyai makna.

Semantik dan linguistik


Bahasa melayu memiliki cara pembinaan kata dengan cara pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukkan. Ia semata-mata untuk meluaskan makna yang sudah sedia ada atau menambah makna yang sudah ada untuk memberi makna yang baharu.

Pengimbuhan
Dengan menambahkan imbuhan yang sesuai pada sesuatu perkataan, makna asalnya akan berubah menjadi makna baharu atau makna lain. Contoh : Hasil pengimbuhan kebun PePengpekebun pengebun Contoh ayat Kebun pisang Pak Ali sentiasa bersih. Hidup pekebun kecil di negara ini cukup mewah. Dia mencari nafkah sebagai pengebun di rumah orang kaya itu.

Imbuhan

Penggandaan
Penggandaan atau pengulangan merupakan salah satu cara membina perkataan dalam bahasa melayu. Contoh:

pengganda Hasil an penggandaan Langit Penuh Separa Langit -langit Lelangit

Contoh ayat Langit nampak cerah pada petang ini. Ayah baru sahaja memasang langit langit di rumah kami. Dia tidak dapat bercakap dengan baik kerana lelangit mulutnya luka.

Pemaduan
Kata paduan terdiri daripada dua kata atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi apabila perkataan tersebut di deretkan maka maknanya menghasilkan makna baharu.
Perkataan Buah Hati Buah hati Contoh ayat Pokok mangganya belum ada buah lagi. Dia senang hati setelah mendengar berita itu. Japar belum ada buah hati hingga kini.

Intonasi
Dalam bahasa Melayu bukan hanya binaan perkataan sahaja yang boleh membezakan makna, intonasi juga dapat mengubah maksud sesuatu maklumat.

contoh ayat
Orang itu tidak gila. Orang itu gila? Orang itu tidak gila!

Penjelasan ayat
Memberi maklumat bahawa orang itu tidak gila. Merupakan maklumat yang menyoal sama ada orang itu gila atau pun tidak. Memastikan sesungguhnya orang itu tidak gila.

Semantik Dan Sejarah


Makna sesuatu perkataan boleh kekal dari awal hingga kini, mungkin boleh berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Ini disebabkan sifat bahasa yang berkembang dan hidup. Perkembangan makna merupakan sejarah bahasa. Ia tidak hanya mengambil kira makna perkataan yang lama tetapi juga perlu merekodkan setiap makna perkataan yang baru masuk ke dalam bahasa tersebut. Oleh itu, perlu ada kamus besar yang sentiasa terbuka menambah perbendaharaan perkataan baharu dengan maknanya sekali.

Semantik Dan Sejarah


Di dalam bahagian perkamusan, setiap hari semua media cetak mesti diteliti untuk mengetahui adakah perkataan baharu yang muncul atau adakah perkataan lama yang mepunyai makna baharu. Keteletian dan kesabaran petugas di bahagian ini sangat penting. Setiap sepuluh atau dua puluh tahun kamus besar akan membesar. Kamus besar ini sangat penting kepada pengguna dan pengkaji bahasa tersebut.

Fitur makna
1. 2. 3. 4. 5. Cirri-ciri makna: Pilihan menentukan makna Budaya menentukan makna Konteks menentukan makna Makna dalam kiasan Makna berubah

Pilihan: Ciri pilihan adalah faktor penting dalam menentukan makna. Apabila kita tiada pilihan maka ungkapan yang kita hasilkan adalah tidak bermakna.

Budaya: budaya masyarakat penutur berhubung rapat dengan bahasa. Ini adalah kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya.

Konteks: Bergantung kepada situasi dan perasaan penutur.

Makna dalam kiasan: Dalam simpulan bahasa terdapat kata2 yang digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal.

Makna berubah Makna sesuatu kata boleh berubah melalui peredaran zaman.