You are on page 1of 21

(11) Sistem Sosial. a) Tamadun Yunani. 1.

Di Athens terbahagi 3 kumpulan warganegara (ada hak politik), bukan warganegara dan hamba (tiada hak politik). 2. Di Sparta 3 kelas warganegara tulen, pekerja/artisan/pedagang, helot (penguasaha tanah / majoriti). b) Tamadun Rom. 1. Terbahagi tiga warganegara (orang Rom), bukan warganegara (penduduk taklukan) dan hamba. c) Tamadun India. 1. Sistem 4 kasta utama Brahmin, Ksyatria, Vaisya, Sudra. 2. Perkahwinan lelaki/wanita dan bercampur gaul kasta berbeza tidak dibenarkan. d) Tamadun China. 1. Terbahagi 3 kelas utama atasan (pentadbir seperti maharaja dan keluarganya, bangsawan dan sida sida ), rakyat bawahan (petani, artisan), dan hamba.Kumpulan dua dan tiga ialah kumpulan sokongan. 2. Confiucius membahagikan 4kelas teratas (sarjana/pegawai), ke-2(petani), ke-3(tukang), terbawah(pedagang). 3. Setiap individu boleh bertukar kelas. (12) Sumbangan tamadun kepada dunia hari ini a) Tamadun Yunani. 1. Demokrasi rakyat terlibat secara langsung. 2. Kesan di Malaysia demokrasi berparlimen. 3. Aristotle, Socrates, Plato menjadi rujukan falsafah moden. 4. Karya Iliad masih dirujuk. 5. Teknologi matematik dan sains masih diterima pakai. 6. Sukan Olimpik terus diadakan 4 tahun sekali hingga kini. b) Tamadun Rom. 1. Republik- sistem 2 konsul. 2. Zaman kini di India, Perancis dan Afrika Selatan mempunyai unsure demokrasi memilih president. 3. Aqueduct, Collosium menjadi sumber pelancongan.

4. Bahasa Latin digunakan agama Kristian. c) Tamadun India. 1. Agama Buddha dan Hindu hingga kini. 2. Stupa, candi dan pagoda menjadi sumber pelancongan. 3. Bahasa Sanskrit digunakan agama Hindu/Buddha. 4. Karya Ramayana Mahabharata masih dirujuk. d) Tamadun China. 1. Confucianisme dan Taoisme menjadi amalan hingga kini. 2. Tembok Besar China menjadi sumber pelancongan. 3. Mewariskan teknologi kertas dan tembikar. 4. Sistem peperiksaan awam diteruskan dan diubahsuia.

Dasar British Terhadap Pertanian Apakah kesan yang berlaku di Tanah Melayu akibat daripada dasar British memperkenalkan pertanian dagangan. 1) Memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran baik diperingkat antarabangsa seperti kopi,tembakau dan getah. 2) Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam. 3) Mengusahakan tanaman secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh yang dibawa masuk dari China dan India. 4) Memperkenalkan undang-undang pemilikan tanah bagi meneruskan penguasaan ekonomi. 5) Melindungi dan mengelakkan tanah milik orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal dan pelabur asing. Apakah tujuan British memperkenalkan undang-undang tanah di Tanah Melayu. 1) Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah. 2) Sistem pemilikan dan penggunaan tanah yang dipratikkan masyarakat Melayu tidak sesuai dengan sistem tanah di Barat. 3) Sistem pemilikan tanah di kalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya. 4) Rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.

5) Rekod bertulis memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urus niaga terhadap tanah seperti pajakan,sewa beli,penjualan dan pembelian. 6) Tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal. 7) Membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah ladang,tanah peribumi dan tanah perlombongan. 8) Menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan. 9) Menetapkan individu ataupun syarikat yang berminat untuk mengusahakan sesuatu kawasan membuat permohonan di Pejabat Tanah. 10) Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah,damar dan rotan. Apakah kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British ke atas masyarakat Melayu. 1) Individu yang ingin mengusahakan tanah tidak perlu mendapat kebenaran pembesar Melayu sebaliknya mesti memohon melalui Pejabat Tanah. 2) Memberikan kuasa kepada Residen negeri untuk menentukan kawasan konsensi tanah yang diberikan kepada para pemodal. 3) Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah,damar dan rotan. 4) Perkembangan sistem ekonomi wang terhadap masyarakat Melayu.

5) Semua urusan jual beli,cukai,sewa tanah,barang keperluan dan perkhidmatan dibayar dengan wang. 6) Masyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang. 7) Ramai orang Melayu menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang. Senaraikan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak. i) Akta Tanah Simpanan Melayu ii) Land order iii) Land Settlement Order iv) Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi. Apakah tindakan yang diambil oleh British bagi mengekalkan tanah pemilikan peribumi. 1) Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913. 2) Akta ini diperlukan untuk menjamain ekonomi dan politik orang Melayu masa depan. 3) Mengelakkan tanah orang Melayu berpindah kepada orang asing. 4) Residen diberi kuasa mengisytiharkan mana-mana tanah hak milik orang Melayu sebagai Tanah simpanan Melayu. 5) Akta tersebut tidak membenarkan orang Melayu menanam tanaman komersial. 6) Undang-undang menetapkan jenis tanaman padi dan kelapa. 7) Memperkenalkan Land Order 1931 yang memperuntukkan hak milik tanah peribumi Sarawak. 8) Melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha Cina untuk kegiatan pertanian.

9) Menguatkuasakan Land Settlement Order 1933 memberi perlindungan hak tanah peribumi. 10) Pemilikan tanah hanya boleh dilakukan secara warisan. 11) Mengelakkan berlaku pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah terhadap tanah warisan. 12) Memperkenalkan Land Order 1948 membahagikan tanah kepada tanah campuran, tanah simpanan dan tanah pendalaman. 13) Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran. 14) Mewartakan Proklamasi Perlindungan Hak Peribumi 1889. 15) Pegawai Daerah diberi kuasa menjaga kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah. 16) Menganggap tidak sah segala urusan tanah antara peribumi dengan orang Eropah sebelum 1888. 17) Pegawai Daerah diberi kuasa dalam urus niaga tanah dengan orang Eropah. 18) Penduduk peribumi Sabah berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing. Jelaskan kandungan Akta Tanah Peribumi di Sabah dan Sarawak. 1) Akta Land Order 1933 melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha dari China untuk tujuan pertanian. 2) Akta Land Settlement Order memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat peribumi. 3) Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan untuk mengelakkan berlakunya pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah.

4) Akta Land Order 1948 membahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan,iaitu kawasan tanah campuran,kawasan tanah simpanan dan kawasan tanah pendalaman. 5) Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran sahaja. 6) Proklamasi III perlindungan Hak Peribumi menetapkan bahawa Kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah. 7) Segala urusniaga tanah dengan orang eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi. 8) Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing. Apakah kesan dasar British terhadap pekebun kecil getah di Tanah Melayu. 1) Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah di kawasan penanaman padi. 2) Penyertaan pekebun kecil getah terutamanya daripada kalangan orang Melayu dalam sektor perusahaan getah berkurangan. 3) Premium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah turut dinaikkan. 4) Pembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang sama sekali oleh kerajaan British. 5) Memberikan perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi rancangan Sekatan steveson 1922 semasa kejatuhan harga getah. 6) Pekebun kecil diberi kuota yang lebih rendah melalui pelaksanaan Rancangan Peraturan

Getah antarabangsa pada tahun 1934. 7) Orang Melayu tidak berminat untuk mengerjakan sawah padi. Mengapakah British ingin mengekalkan orang Melayu dalam penanaman padi. 1) Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah. 2) Mengurangkan Tanah Melayu bergantung import beras dari luar negara seperti Thailand,Indo-China dan Myanmar. 3) Bekalan beras dari luar negara tidak sentiasa terjamin. Sekirannya berlaku kekurangan pengeluaran beras luar,kesan buruk akan berlaku di Tanah Melayu. 4) Pekebun kecil dilarang menanam getah di tanah sawah. 5) Pekebun kecil dilarang menanam kerana mengancam ladang getah pengusaha Eropah. Mengapakah orang Melayu kekal dalam ekonomi tradisional semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. 1) Tidak memberi keutamaan nasib rakyat tempatan. 2) Mengutamakan ekonomi penjajah dan ekonomi peladang besar atau kelas komprador yang mengaut keuntungan negara. 3) Menggalakkan pelaburan eropah melalui skim perladangan. 4) Intensif kewangan dan bantuan teknikal tidak pernah ditawarkan kepada pekebun kecil. 5) Menyekat orang Melayu daripada menanam getah. 6) Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah. 7) Memperkenalkan Sekatan Stevenson melindungi peladang Eropah semasa kejatuhan harga

getah. 8) Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934 yang memberi kuota yang rendah untuk penjualan getah oleh orang Melayu. 9) Menaikkan premium tanah untuk tanaman getah.

Bab1 : Imperialisme Barat di Asia Tenggara - Nota Ting 5 Imperialisme Barat di Asia Tenggara 1. Kegiatan imperialisme telah berlaku sejak zaman Empayar Yunani dan Empayar Rom lagi. 2. Imperialisme zaman moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat mula menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia. 3. Imperialisme ini boleh ditakrifkan sebagai dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruhnya dan wilayahnya dengan menjajah Negara lain untuk kepentingan tertentu seperti ekonomi, politik dan keagamaan. 1.1.1 Imperialisme Barat
1. Portugal merupakan perintis utama kepada imperialisme

Barat .
2. 3. Ini kerana kejayaannya menawan Melaka pada tahun 1511. Imperialisme Barat ini berlaku secara tidak langsung dan

Bertujuan untuk menguasai kepentingan Perdagangan rempah sahaja.


4. 5. Namun, selepas tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah, persaingan antara kuasa barat menjadi semakin sengit. Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand telah dikuasai sepenuhnya oleh kuasa Imperialisme Barat.

Faktor Imperilisme

1.

Kedudukan Asia Tenggara yang strategik antara China dan India telah menarik minat imperialisme Barat untuk menguasainya. 2. Ini akan menjamin pasaran yang luas. 3. Asia Tenggara juga mempunyai banyak bahan mentah dan tanah yang subur. 4. Sejak abad ke-17 berlaku kepesatan sektor perindustrian di Eropah yang membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai barangan perkilangan secara besar-besaran. 5. Ini telah menyebabkan berlakunya pertambahan keperluan bekalan bahan mentah 6. Keperluan untuk mencari pasaran baru bagi memasarkan barangan perkilangan yang dikeluarkan oleh kilang-kilang mereka. 7. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya perluasan imperialisme Barat yang lebih pesat di Timur terutamanya di China, India dan Asia Tenggara. 8. Ini kerana China dan India mempunyai pasaran barangan yang luas bagi barangan keluaran Barat. 9. Perkembangan di dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga telah mendorong berlakunya imperialisme Barat di Asia Tenggara. 10. Kapal berkuasa wap telah digunakan yang membolehkan muatan yang lebih banyak dan mempercepatkan perjalanan antara barat dan Timur. 11. Pada tahun 1869 terusan Suez telah dibuka dan telah memendekkan jalan perdagangan antara Barat dan Timur.

12. Perjalanan antara Barat dan Timur menjadi lebih selamat dan menjimatkan kos 13. Penciptaan alat telegraf telah membawa perubahan kepada perhubungan antara Barat dan Timur. 14. Perhubungan antara Majikan dan pegawai di Tanah jajahan menjadi semakin cepat dan berkesan, urusan perdagangan dan perniagaan menjadi semakin pesat 15. Imperialisme Barat juga telah didorong oleh persaingan antara kuasa barat yang telah menjadikan Negara Asia Tenggara sebagai mangsa penjajahan mereka.

BAB 7 TINGKATAN 5

Sejarah Tingkatan 5
SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA

1. Nyatakan ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berpalimen

Perlembagaan Raja berpelembagaan Parlimen Pilihan raya Kuasa pemerintah Parti-parti politik Kebebasan asasi

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Demokrasi Berpalimen?

- Rakyat melibatkan diri dalam pemerintahan negara - Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat - Rakyat berpeluang membentuk kerajaan - Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya - Rakyat berhak menyokong, mengekalkan/menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya

3. Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan?

Undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan Dijadikan dokumen rasmi Terkandung segala peraturan dan prinsip Panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara Menjamin kerajaan menunaikan tangungjawab kepada rakyat

4. Jelaskan ciri-ciri Perlembagaan Malaysia

- Mula diperkenalkan pada 16 Setember 1963 - Mengandungi 183 perkara - Mengandungi Senarai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaaan Negeri - Institusi Yang Di-Pertaun Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman - Perlembagaan Malaysia membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri - Perlembagaan Malaysia telah memperuntukan Senarai persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama

5. Apakah yang dimaksudkan dengan Keluhuran Perlembagaan

- Keagungan dan ketertinggian undang-undang Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah - Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia tidak sah - Undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan

6. Apakah yang dimaksudkan dengan Ketinggian Perlembagaan Malaysia?

- Peruntukan kuasa parlimen, kedudukan Yang di-Pertuan Agong kuasa perundangan dan kebebasan asasi - Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan - Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia

7. Apakah yang ada pada mahkamah? - Berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia

8. Nyatakan kepentingan perlembagaan

- Untuk menjamin kestabilan sesebuah negara - Membantu dalam menjamin kecekapan/kejujuran/ketelusan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan - Menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara - Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat - Menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri - Menjadi rujukan utama dalam pengubalan undang-undang persekutuan dan negeri - Menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu, bumiputera Sarawak dan Sabah tidak boleh dipersoalkan

9. Apakah yang anda tahu tentang pindaan Akta Hasutan 1970?

- Akta yang menghadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensetif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini

10. Apakah tujuan Akta Hasutan 1970?

- Memelihara keselamatan.ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini

BAHAGIAN B
Bab 1: Makna & Ciri-ciri Tamadun Makna Tamadun Bahasa Arab: - Berasal dari perkataan Arab; Mudun dan Madani - Tamadun juga dikaitkan dengan perkataan Arab, Madana (tinggi budi bahasa @ pembukaan bandar) Bahasa Inggeris: - Tamadun dipanggil Civilization - Civilization berasal dari perkataan Greek; Civitas (bandar) Pandangan Orang Barat: - Kaitkan tamadun dengan pembangunan lahiriah iaitu hal-hal kebudayaan (penulisan, kesenian, undang- undang, pembandaran) - Gordan Childe (sarjana Barat); pencapaian lahiriah menjadi penentu kemajuan tamadun sesebuah msyk - Darcy Riberio & R.A. Buchanan menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun Pandangan Islam

- Tamadun meliputi perkembangan lahiriah dan rohaniah (unsur penting utk ukur tahap ketamadunan sebuah msyk - Menurut Syed Naquib Al-Attas, tamadun merupakan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah msyk. - Pandangan Syed disokong oleh Richard Sullivan bahawa unsur rohaniah sgt penting dlm konsep tamadun Rumusan - Tamadun diertikan sebagai peradaban - Konsep tamadun pentingkan pencapaian lahiriah (pembinaan kota & kesenian) - Tamadun mengutamakan pencapaian berbentuk rohaniah, moral dan tatasusila Ciri Ciri Tamadun Penempatan Kekal - Kehidupan secara menetap (corak hidup lebih sistematik) - Perkembangan yang berlaku memberi peningkatan pengeluaran - Kemajuan dalam bidang: i. Pertanian (penanaman & penyimpanan makanan) ii. Perternakan binatang iii. Penciptaan peralatan baru (cangkul) iv. Penggunaam teknologi (sistem pengairan) Kehidupan Berorganisasi - Merangkumi aspek sosial, ekonomi & politik - Mampu atur cara hidup manusia (stabil & makmur) - Sistem sosial masyarakat awawl berbentuk piramid & bersusun lapis - Raja, Bangsawa, Rakyat Bebas & Hamba Sistem Pemerintahan - Memudahkan menjalankan perntadbiran sebuah masyarakat yang besar dan kompleks - Raja & pemimpin sering menggunakan unsur magis (dakwa diri sbg wakil tuhan > utk dpt mengiktirafan sbg ketua pemerintah) - Sistem perundangan diwujudkan ( panduan pd masarakat > kekal aman dan makmur) Pengkhususan Pekerjaan - Pengkhususan Kerja wujud disebabkan peningkatan produktiviti manusia - Menghasilkan kemakmuran & kestabilan politik yg membawa peningkatan & perkembangan ekonomi - Sistem barter digunakan lalu wujud perdagangan - Aktiviti perdagangan yang berlaku, wujudnya pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi & budaya. Agama & Kepercayaan - Percaya ada kuasa ghaib kuasai alam sekeliling - Amalan kepercayaan Animisme - Msyk tamadun awal amalkan Politisme (sembah banyak tuhan) - Penting kepada: i. golongan pemerintah ii. pembahagian sosial msyk iii. kesenian iv. perkembangan ilmu v. pembinaan dlm proses pembentukan tamadun awal Bahasa & Tulisan - Bahasa tertua: Yunani & Sanskrit - Tulisan awal: Heiroglif, Cuneifom & Iderogram - Kepentingan:

i. sebar ilmu pengetahuan ii. sbg medium perhubungan sesama msyk & antara msyk iii. Urusan pentadbiran (simpan rekod & tulis undang2) iv. Menyampai, catat, mengembangkan idea.

Hijrah Apakah yang dimaksudkan dengan Hijrah dalam konteks Islam? 1. Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah untuk memperkukuhkan kedudukan Islam. 2. Merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam. 3. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan. 4. Semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi sikap, cara, berfikir, dan tingkahlaku. Bilakah berlaku penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah? 1. Pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M. Nyatakan empat hujah menolak pendapat Barat menyatakan hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah sebagai pelarian. 1. Jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah kedua. 2. Ketibaan orang Islam Makkah telah disambut dengan rela dan meriah oleh orang Madinah. 3. Orang Islam Makkah telah diberi tempat tinggal serta dijamin keselamatan. 4. Nabi Muhammad s.a.w. telah dilantik menjadi pemimpin Madinah dan diterima oleh oleh semua golongan masyarakat Madinah. Huraikan sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w. berpindah dari Makkah ke Madinah? 1. Perintah Allah menerusi wahyu. 2. Niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w. 3. Penentangan dan ancaman kaum Quraisy Makkah semakin meningkat. 4. Merupakan strategi Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengembangkan Islam. 5. Suasana aman di tempat baru akan memudahkan lagi penyampaian dakwah Islamiah. 6. Jemputan masyarakat Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflik dan sentiasa bertelagah antara suku Aus dan Khazraj

7. Orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengetuai mereka. Mengapakah hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah dianggap penting dalam sejarah perkembangan Islam? 1. Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi. 2. Mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj, melalui semangat persaudaraan sesama Islam. 3. Menjalinkan hubungan persaudaraan sehinggakan orang Islam Makkah yang berhijrah itu tidak berasa asing dengan orang Islam Madinah. 4. Menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan sosial. 5. Memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah digelar Ansar. 6. Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripacla pelbagai suku, budaya dan agama serta melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah. 7. Membina sebuah lagi masjid, iaitu Masjid al-Nabawi sebagai tempat untuk beribadat dan belajar, bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam. 8. Wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam yang mula digunakan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al- Khattab. 9. Menukar nama Yathrib kepada Madinah A-Munawwarah atau kota bercahaya sebagai pusat Tamadun Islam. 10. Agama Islam menjadi cara hidup yang merangkumi semua bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial. 11. Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong, menerima orang Islam Makkah sebagai saudara. 12. Sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. misalnya, Abu Bakar al-Siddiq bin Abu Talib dan Abdul Rahman bin Auf. 13. Memperlihatkan wanita menggerakkan kemajuan sesebuah negara contohnya, Asma' menghantar makanan dan menyampaikan berita gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad s.a.w. 14. Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w. yang sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam. 15. Menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi perjuangan dengan tidak terus berangkat ke Madinah sebaliknya bersembunyi di Gua Thur. 16. Merancang penubuhan sebuah negara Islam Madinah dengan merangka sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinamai Piagam Madinah.

Pengaruh Islam Terhadap Politik

Unsur pengaruh Islam dapat dilihat dari aspek:


1. Pentadbiran dan Pemerintahan 1. Ulama sebagai penasihat Sultan: i. Melaka: Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin, Qadi Yusuf. ii. Kelantan : Tuk Pulau Condong iii. Trengganu: Tuk Pulau Manis 1. Pengaruh Islam dalam pentadbiran dan pemerintahan i. Gelaran sultan bayangan Allah di muka bumi ii. Gelaran Khalifatul Mukminin pemimpin orang Mukmin : Sultan Mahmud Melaka dan Sultan Abdul Ghafar Muhyidin Pahang. iii. Nasab sultan dari Iskandar Zulkarnain. Sebelum in daripada Dewa. iv. Kekal sebagai institusi warisan sultan kuasa tertinggi

v. Pentadbiran dibantu oleh pembesar spt Bendahara, laksamana, Temenggong dan Penghulu Bendahari. vi. Ulama jadi penasihat Sultan. vii. Konsep daulat ikatan taat setia terhadap sultan. viii. Adat istiadat yang membabitkab budaya istana gambarkan kedaulatan sultan ix. Amalan protokol atau hijabah pengaruh Umaiyah x. Upacara lafaz taat setia = baiah dalam pelantikan sultan xi. Pengganti sultan dilantik sebelum pemakaman sultan = spt dalam Bani Umaiyah 1. Perundangan 1. Terikat dengan hukum adat = undang-undang tidak bertulis yang jadi malan orang melayu. 2. Dua jenis adat adat pepatih dan adat temenggong 3. Peranan adat: i. Menjamin keselematan ii. Mengawal pelakuan dalam masyarakat iii. Menentukan hak pewarisan harta iv. Menentukan bidang tugas v. Mewujudkan masyarakat bersistem dan berorganisasi vi. Merapatkan tali persaudaraan 1. Beza adat pepatih dan temenggong

Temenggong
Diasas Dato Ketemenggongan Palembang Negeri lain di Tanah Melayu Asas pentadbiran mutlak Sultan dilantik warisan

Pepatih
Dato Pepatih Nan Sebatang Pagar Ruyung Negeri Sembilan dan Utara Melaka Musyawarah Dari bawah =pilihan pembesar

Pilihan pasangan terbuka asal patuh Perkahwinan dari suku berlainan hukum Islam Sistem nasab cara patrilineal bapa Matrilineal ibu Warisan harta keutamaan anak lelaki spt faraid Hukuman berbentuk pembalasan dan pengajaran Perempuan berkahwin menetap rumah lelaki Harta pusaka = perempuan

Berbentuk pemulihan atau diat / denda Menetap rumah perempuan.

1. Undang-undang bertulis di Melaka i. Hukum kanun Melaka ii. Undang-undang laut Melaka 2. Sebab Penggubalan Undang-undang Melaka i. Sebagai peraturan dan hukuman ii. Corak perjalanan pemerintahan dan pentadbiran iii. Perjalanan masyarakat tersusun dengan pelakuan, tanggungjawab serta hukuman terhadap pesalah iv. Hukum Kanun Menjelaskan tanggungjawab pembesar dan raja, pantang larang anggota masyarakat, hukuman terhadap pesalah , undang-undang keluarga, pemasalahan ibadat, jenis hukuman. v. Undang-undang Laut Jelaskan seraoang makhoda diertikan sebagai imam dan anak buah makmum.